The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-20215899, 2021-08-18 01:13:51

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 2 2021

MINIT MESYUARAT

Keywords: MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN JELUTONG BARAT
LORONG SEKOLAH

11600 JELUTONG, PULAU PINANG

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.2 / 2021

TARIKH : 17 Mac 2021

MASA : 1:30 – 4:30 petang

TEMPAT : Bilik Mesyuarat SK Jelutong Barat

KEHADIRAN :

1. Edi Osman Bin Ahmad
2. Mashitoh Bt. Pakir Mohamed
3. Suzana Marlina Binti Hasan
4. Insan Sofiah Binti Ishak
5. Rosalieyanti Binti Solleh
6. Sandra Suria A/P Krishnamoorthi
7. Munirah Binti Kamis
8. Zaripah Binti Ismail
9. Amirah Binti Fadzial
10. Noorashikin Bt Mohd Ali
11. Nur Izzatie Binti Seman
12. Ho Hui Wen
13. Aziyanti Binti Bakar
14. Faizah Binti Hassan
15. Mohammad Fahmi Bin Abdul Halim
16. Rozaila Binti Jalil
17. Muhammad Shafiq Bin Badrul Hisham
18. Mohd Suhaidi Bin Ismail
19. Ramziah Binti Zulkifli
20. Mohd Farhan Bin Fadzillah
21. Shaubashini A/P Mohan
22. Amalina An Nur Binti Anas
23. Maryani Binti Abdul Wahab
24. Nora Binti Saleh
25. Norfitriah Bt Hussein
26. Norhazlinawati Bt Ab Aziz
27. Nur Hazirah Binti Zakaria
28. Faiz Basheer Bin Othman
29. Shobariah Binti Jusoh
30. Safiah Binti Humayoon Kabeer
31. Mohamad Shahir Bin Husain
32. Mohd Ismail Farhari Bin Md Sajat
33. Norulafida Bt Elies
34. Zarifah Binti Zulkifli
35. Nur Amani Binti Abdul Rani

1

36. Aisyah Nadzirah Bt Zakaria
37. Khairun Nisa’ Binti Sabri
38. Fadilah Binti Mohd Fuad
39. Akmal Adibah Bt Dzayaoakmal
40. Mohd Noor Akmal Bin Hashim
41. Nurshuhada Binti Mohamed Ali
42. Noor Syazlina Binti Jasferi
43. Masita Binti Md Nasir
44. Nur Atiqah Bin Mokhtar
TIDAK HADIR BERSEBAB
1. Wan Norazimah Bt. Wan Harun (Cuti bersalin)
2. Kesava Raj A/L Neelamagan (CTR)
1. Ucapan Alu-aluan

Puan Mashitoh Bt. Pakir Mohamed mengucapkan terima kasih kepada
semua guru atas kesudian menghadirkan diri dalam mesyuarat kurikulum
Bil. 2 2021.

2. Perutusan Pengerusi Mesyuarat
En. Edi Osman mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana dapat
melaksanakan mesyuarat kurikulum Bil. 2 2021. Beliau turut mengucapkan
terima kasih kepada semua guru atas kesudian menghadirkan diri dalam
mesyuarat pada kali ini.

3. Pengesahan Minit Mesyuarat
3.1. Dicadang untuk disahkan: Pn. Shaubashini A/P Mohan
3.2. Disokong untuk disahkan: En. Mohamad Fahmi B. Abdul Halim

4. Perkara Berbangkit
Tiada

2

5. Perbincangan Profesional
5.1. PdPC
5.1.1. Ketua panitia diminta agar membuat senarai semak berkenaan RPT.
5.1.2. Ketua panitia diminta agar memastikan semua guru menyediakan
RPT dan DSKP.
5.1.3. RPT dan RPH perlu perlu dirancang dengan sebaik-baiknya dengan
membuat sisipan subjek pada tahun sebelum.
5.1.4. Waktu kelas, ganti dan waktu rehat dalam kelas perlu dipatuhi.
5.1.5. Buku pemantauan perlu diisi setiap kali masuk ke kelas.
5.1.6. Perubahan guru kelas dan guru subjek akan berlaku dalam masa
terdekat.
Tindakan: Ketua Panitia

5.2. PBD
5.2.1. Semua guru perlu menyediakan dokumen PBD.
5.2.2. Dokumen PBD perlu dicetak dan diisi setiap kali pentaksiran (senang
dan boleh diakses)
5.2.3. Dokumen PBD perlu sentiasa dikemas kini dan diserahkan kepada
murid sekiranya murid berpindah.
5.2.4. Jika ada murid yang bertukar, guru kelas perlu mengemas kini dalam
Whatsapp Group bahawa ada murid yang akan bertukar dan meminta
semua guru subjek menyerahkan kembali semua buku, bahan dan
juga pelaporan PBD kepada murid (begitu juga jika berlaku
pertukaran guru).
5.2.5. Pentaksiran perlu ditanda secara manual, iaitu ditanda dengan pensel
atau pen terlebih dahulu.
5.2.6. Borang intervensi boleh diperolehi di pejabat sekiranya murid masih
tidak menguasai TP 3. (murid pemulihan tidak boleh diberi TP 3 ).
5.2.7. Guru subjek yang perlu mengisi borang intervensi, bukan guru
pemulihan dan guru perlu menjelaskan intervensi yang dibuat bagi
meningkatkan tahap penguasaan murid.

Tindakan: Makluman

3

5.3. Pengurusan Panitia
5.3.1. Minit mesyarat perlu dikemas kini.
5.3.2. Semua maklumat yaang sepatutnya ada perlu dimasukkan (carta
organisasi, carta Gantt, biodata guru, jadual waktu guru dan
sebagainya).
5.3.3. Ketua panitia muzik akan diganti oleh guru lain kerana ketua panitia
muzik yang sedia ada akan bertukar ke PPKI.
5.3.4. Jadual baharu akan selesai dalam jangka masa terdekat.
5.3.5. PLC perlu dilaksanakan sebagaimana yang telah dimaklumkan.
5.3.6. Jika telah selesai dengan PLC yang terdahulu (e-Prema), boleh
diteruskan dengan PLC yang lain.
5.3.7. Penetapan target, perancangan program (peningkatan akademik dan
intervensi) perlu dibincangkan.

Tindakan: Ketua Panitia

5.4. Penetapan Dasar Kurikulum
5.4.1. Mesyuarat dijalankan 4 kali setahun.
5.4.2. Sasaran ditetapkan seperti berikut;
.5.4.2.1. Tahap 1: mengurangkan TP 1 dan TP 2.
.5.4.2.2. Tahap 2: penekanan kepada 100% menguasai.
5.4.3. Pencerapan dijalankan 2 kali setahun.
5.4.4. Latihan murid ditanda dalam masa 3 hari.
5.4.5. Peperiksaan dijalankan 3 kali setahun.

Tindakan: Makluman

4

5.5. Peperiksaan/ Ujian

5.5.1. Maklumat telah diterima pada 12 Mac 2021 daripada pegawai
PPDTL,Tuan Haji Wan Sajiri bin Wan Hassan, tiada sebarang
5.5.2. ujian / pentaksiran dalam Mac dan April 2021.
5.5.3.
5.5.4. JPNPP akan mengeluarkan siaran makluman rasmi tarikh ujian /
5.5.5. peperiksaan boleh dijalankan.

Pihak sekolah diminta untuk fokus terhadap PdPC terlebih
dahulu.

Ketua panitia boleh memaklumkan ahli panitia tentang agihan
tugas penggubal untuk PKSR 1 dan PKSR 2.

Tarikh kedua-dua ujian ini akan dimaklumkan apabila makluman
diterima.

Tindakan: Ketua Panitia dan makluman semua guru

5.6. Literasi dan numerasi

5.6.1. Semua guru tahap 1 bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
dan Matematik terlibat dalam program literasi dan numerasi sekolah.

5.6.2. Oleh kerana jumlah bilangan hari persekolahan yang sangat kurang,
maka guru-guru diminta agar membantu murid terutama dalam
penguasaan 3M.

5.6.3. Instrumen saringan belum diterima.

Tindakan: Makluman

5

5.7. Pemulihan

5.7.1. Tempat guru pemulihan diganti oleh Pn. Zaripah Bt. Ismail dan kelas
pemulihan telah bermula.

5.7.2. Bilik pemulihan telah berpindah dari blok atas bilik BNK ke kelas 2
Positif yang lama.

5.7.3. Guru-guru subjek perlu turut membantu murid kerana bukan semua
waktu diambil oleh guru pemulihan.

Tindakan: Guru subjek BM,BI dan Matematik tahap 1

5.8. PSS / Program Nilam

5.8.1. Pada masa sekarang, program Nilam dijalankan pada waktu
perhimpunan dan 1M1S.

5.8.2. Terima kasih kepada guru PSS, Pn. Munirah Bt. Kamis dan Pn.
Rozaila Bt. Jalil kerana telah mengemas kini maklumat mengenai
Nilam (iQ-Nilam)

5.8.3. Guru yang hendak membuat pinjaman buku secara pukal boleh
memaklumkan Pn. Munirah Bt. Kamis.
Tindakan: Makluman

5.9. Program Transisi

5.9.1. Terima kasih kepada penyelaras program Transisi, Pn. Norul Afida Bt.
Elies yang dibantu oleh Pn. Faizah Bt. Hasan.

5.9.2. Majlis penutup program transisi pada 26/3/2021.
5.9.3. Perbincangan harus dijalankan sekiranya ada yang aktiviti yang

hendak dilaksanakan semasa majlis penutup program transisi.
5.9.4. Laporan/dokumentasi perlu disiapkan selepas tamat program dan

satu Salinan perlu diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.

Tindakan: Penyelaras Program Transisi

6

5.10. Pencerapan

5.10.1. Pencerapan akan dijalankan 2 kali setahun.
5.10.2. Pencerapan pertama akan bermula pada bulan April 2021.
5.10.3. Ada sedikit perubahan pencerap pada jadual pencerapan dalam
buku takwim dan perancangan disebabkan pertukaran guru.
5.10.4. Jadual baru pencerap akan dihantar ke Telegram sekolah.

Tindakan: Makluman

5.11. MMI

5.11.1. MMI ialah mengurus masa instruksional.
5.11.2. Guru kelas diminta agar memberi kerjasama untuk menyediakan
satu buku pendek (ditulis sebagai buku ganti) dan disimpan di
5.11.3. dalam kelas.
5.11.4. Murid-murid tidak dibenarkan membawa pulang buku ganti
5.11.5. tersebut.
5.11.6. Buku ganti akan digunakan oleh guru-guru yang masuk ke kelas
5.11.7. semasa kelas ganti.
Guru-guru tidak perlu memberi latihan yang banyak.
5.11.8. Guru-guru tidak digalakkan meminta murid membuat kerja
sendiri.
Sekiranya guru telah sedia maklum lebih awal akan menghadiri
bengkel,kursus, mesyuarat atau temu janji doktor, latihan perlu
disediakan untuk murid.
Guru ganti tidak dibenarkan menggunakan buku latihan murid,
kecuali guru yang tidak hadir meninggalkan tugasan.

Tindakan: Semua guru

7

5.12. Perancangan Peningkatan Prestasi dan Headcount

5.12.1. Setiap panitia subjek masing-masing perlu menyediakan program

peningkatan prestasi.

5.12.2. Panitia boleh mula membuat headcount dengan mengambil data

PKSR 1 tahun 2020 sebagai TOV, seterusnya menetapkan ETR.

5.12.3. ETR yang ditetapkan lebih awal boleh terus dimasukkan sebaik

sahaja SAPS dibuka.

5.12.4 Ketua Panitia diminta menyenaraikan nama murid yang tidak
Menguasai kemahiran, yang boleh dimantapkan penguasaan
mereka daripada gagal kepada lulus, daripada C kepada B dan
dari B kepada A. Sediakan program intervensi yang dirancang.
Fokus diberi kepada subjek teras terutamanya subjek Matematik.

Tindakan: Ketua Panitia

5.13. Perancangan Taktikal
5.13.1. Hanya 3 panitia yang telah menyerahkan perancangan taktikal
kepada Penolong Kanan Pentadbiran setakat ini dan mohon
ambil tindakan segera untuk panitia lain.
5.13.2. Perancangan taktikal bagi tahun 2021 perlu disediakan.
Tindakan: Ketua Panitia

5.14. RPH
5.14.1. RPH dalam e-Prema perlu disiapkan dan dihantar pada masa
yang ditetapkan.
5.14.2. Setiap RPH mesti disemak sebelum dihantar (pastikan refleksi
ditulis sebelum dihantar)
5.14.3. Masa penghantaran terakhir perlu dipatuhi (sebelum jam 4:00
petang, hari Jumaat).
Tindakan: Semua guru

8

5.15. Semakan Buku Latihan Murid
5.15.1. Sila rujuk buku takwim dan perancangan untuk penghantaran
buku Latihan kepada penyemak.
5.15.2. Guru-guru subjek yang telah terlepas tarikh boleh mula
menghantar buku untuk disemak.
5.15.3. Hanya 1 borang penghantaran perlu disediakan.
5.15.4. Sebanyak 10 buah buku perlu dihantar ( dicampur aduk aras)
Tindakan: Semua guru

6. Hal – hal Lain
6.1. Semua papan kenyataan di sekolah perlu dikemas kini.
6.2. Guru-guru diseru agar membuat sehabis baik supaya ada perkara
yang boleh dibanggakan terhadap diri sendiri.
Tindakan: Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 03:00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………….. ……………………………
(NORHAZLINAWATI BT AB AZIZ) (MASHITOH BT. PAKIR MOHAMED)
Setiausaha Kurikulum Penolong Kanan Pentadbiran
SK Jelutong Barat SK Jelutong Barat

9


Click to View FlipBook Version