SMK. TENGKU INTAN ZAHARAH KOD SEKOLAH : KOD TEA 1029
23000 DUNGUN 09 – 8481834
TELEFON :
TERENGGANU DARUL IMAN 09 - 8458032
FAKSIMILI :
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM TINGKATAN 6 BIL. 1/2021
Tarikh : 17 Januari 2021 (Ahad)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Ilmiah 1, SMKTIZ
Pengerusi : Tn. Hj. Razak bin Awang
Penolong kanan Tingkatan 6,
Kehadiran :
1. En. Mohd Kamari bin Ibrahim Pengetua SMKTIZ
2. Tn. Hj. Razak bin Awang Penolong kanan Tingkatan 6
3. Pn. Mek Apuan binti Mohamad Penyelaras Unit Kurikulum
4. Pn Hjh. Khalifah Rahayu bt Saripan Penyelaras Unit Hal Ehwal Murid
5. En. Juri bin Jusoh Penyelaras Unit Kokurikulum
6. Pn. Wan Rospawati Sakinah bt Wan Kaffi Setiausaha Unit Kurikulum
7. Pn. Zuraini binti Arshad Setiausaha Unit Hal Ehwal Murid
8. Pn. Noor Azhana bt Ali Setiausaha Unit Kokurikulum
9. Pn. Rohani bt Mohd Nor Ketua Projek STPM
10. En. Alfian bin Ismail Penolong Projek STPM
11. Pn. Hjh. Razifah binti Abd Ghani Ketua Panitia Pengajian Am
12. Pn. Zuraidah binti Mohd Adam Ketua Panitia Bahasa Melayu
13. Mohd Marzuki bin Jusoh Ketua Panitia Sejarah
14. Ahmad Lotfi bin Md Daud Ketua Panitia Pengajian Perniagaan
15. En. Abd Manam bin A Ghani Ketua Panitia Matematik
16. Pn. Rafidah binti Embong Ketua Panitia Kimia
17. En. Mohd Wafi bin Embong Ketua panitia MUET
18. En. Amra bin Ismail Ketua Panitia Seni Visual
19. Pn. Hjh. Salina binti Jumaah
20. Tn. Hj. Md. Rahim bin Yahaya
21. Pn. Norliza binti Ismail
22. Pn. Rohaida binti Mohamad Basir
23. Pn. Siti Rohaya binti Zakaria
Tidak Hadir : Tiada
AGENDA :
1.0 Ucapan Pengerusi
Tuan Haji Razak bin Awang selaku pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul
Kitab Al-Fatihah dan mengalu-alukan kehadiran semua guru dalam Mesyuarat Jawatan kuasa
Kurikulum Bil.1/2021. Beliau mengucapkan selamat kembali bertugas untuk tahun 2021 dan
terima kasih atas kerjasama yang diberikan sepanjang tahun 2020. Beliau juga menyatakan
banyak cabaran yang perlu dihadapi bagi STPM 2020 dan 2021 ekoran pandemik COVID-19.
(Tindakan : Makluman)
2.0 Ucapan Pengetua
En. Mohd Kamari bin Ibrahim mengucapkan selamat kembali bertugas kepada semua guru.
Beliau memaklumkan ekoran COVID-19 yang semakin meningkat, hanya 30% sahaja yang
boleh hadir secara bersemuka untuk mesyuarat. Beliau juga berharap semua kerja buat guru-
guru berada di landasan yang betul berasaskan “ Dungun LEADS”.
Beliau juga memaklumkan kedudukan terkini guru ting.6 iaitu seramai 22 orang. Berikutan
kekurangan guru Muet, beliau berharap berlaku kemasukan guru bahasa Inggeris ke SMKTIZ
bagi menampung kekurangan guru MUET. Manakala kekurangan guru Pengajian Am
ditampung dengan pertukaran guru dari SMK Tun Telanai.
Beliau menerangkan berkaitan penjawatan guru tingkatan 6.
Beliau menyerahkan surat perlantikan jawatan Guru Tingkatan 6 hakiki DG48 kepada Pn. Wan
Rospawati Sakinah bt Wan Kaffi.
(Tindakan : Makluman)
3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
Tuan Hj. Md. Rahim bin Yahaya mencadangkan Minit Mesyuarat Bil. 4/2020 disahkan dan
disokong oleh Puan Siti Rohaya binti Zakaria.
4.0 Perkara Berbangkit
Tiada perkara berbangkit.
5.0 Pengurusan Kurikulum
5.1 Pematuhan SOP
Sesi pembelajaran bersemuka akan dijalankan bermula 20 Januari 2021 bagi Tingkatan
5 (2020) dan Tingkatan 6 (STPM 2020 dan STPM 2021). Ekoran daripada itu perlu
mematuhi SOP yang ditetapkan dan pematuhan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan
Semula Sekolah.
(Tindakan : Semua Guru Ting. 6)
5.2 Jadual waktu
Jadual akan diedarkan pada hari ini dan diguna pakai pada hari pertama persekolahan
iaitu pada 20.01.2021. Guru-guru diminta memastikan PdPc bermula pada hari
pertama persekolahan “first day, first bell, first lesson”.
(Tindakan: Semua guru Ting. 6)
5.3 Folio PdPc
Semua guru ting. 6 perlu menyediakan 4 Folio iaitu :
- Folio PdPc
- Folio Kerja Kursus
- Folio Penilaian & pentaksiran
- Folio kokurikulum
Semua guru Ting.6 menggunakan Folio PdPc dan penulisan folio PdPc bermula 1 Januari
2021. Folio PdPc perlu dihantar setiap hari Khamis . Guru- guru diminta menghantar
folio Pdpc yang lengkap pada 4 Januari 2021. Guru-guru Ting.6 diingatkan mematuhi
garis panduan dan Prosedur Operasi Standard Pemusatan Tingkatan 6 .
(Tindakan : Semua guru Ting.6)
5.4 Pemantauan dan pencerapan
Penyelaras kurikulum dan ketua panitia perlu menjalankan pemantauan dan
Pencerapan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
(Tindakan: Penyelaras Kurikulum & Ketua Panitia)
5.5 Kerja Kursus STPM
Pengisian markah kerja kursus semester 3 2020 dalam e-submission bagi mata pelajaran
Sains Sosial akan dibuka bermula 20 Januari 2021 dan ditutup pada 21 Februari 2021.
Manakala bagi Matematik M, Matematik T, Biologi dan Kimia pada 4 Januari 2021
hingga 7 Mac 2021.
(Tindakan : Guru Mata Pelajaran berkenaan)
Untuk Calon STPM 2021, Kerja kursus akan dijalankan pada semester 2 ialah bagi mata
pelajaran Biologi, Kimia, Matematik T,Matematik M, Pengajian Am, Sejarah dan Bahasa
Melayu.
Kerja Kursus semester 3 ialah bagi mata pelajaran Geografi, Ekonomi, Pengajian
Perniagaan, Bahasa melayu, Biologi, Kimia, Matematik T dan Matematik M.
(Tindakan : Makluman)
5.6 Target STPM 2021
Gred Purata Sekolah - 3.07
4 orang – mendapat GPMP 4.0
Sekurang-kurangnya 1P 100%
100% pelajar melanjutkan pelajaran ke IPT.
(Tindakan: Makluman)
5.7 Program Kecemerlangan STPM 2021
Berdasarkan Pelan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi 2021.
(Tindakan : Makluman)
6.0 Hal-hal lain
6.1 Pengerusi mencadangkan kutipan dana RM20 sebulan dalam kalangan guru-guru
diteruskan dan dipersetujui oleh semua guru.
6.2 Pengerusi memaklumkan Program Bacaan Yaasin dan Solat Hajat untuk semua
pelajar ting.6 akan dijalankan pada setiap hari Khamis bergantung kepada SOP
terkini dan perkembangan semasa pendemik Covid-19. Pelajar dikehendaki
membawa sejarah dan telekung sembahyang sendiri.
6.3 Pengerusi juga memaklumkan tentang bantuan mangsa banjir warga pendidikan
daerah dan warga SMKTIZ. Guru kelas diminta mengenalpasti pelajar yang terjejas
dengan banjir.
6.4 Penyelaras Kurikulum, Pn. Mek Apuan memaklumkan peperiksaan percubaan STPM
bagi semester 1 akan bermula pada 3 Februari 2021, manakala semester 3 akan
bermula pada 4 Februari 2021. Jadual akan peperiksaan diselaraskan oleh JPNT.
6.5 Penyelaras Kurikulum juga meminta semua Ketua Panitia Mata Pelajaran
menyediakan kata-kata motivasi untuk membuat bunting bagi Iklim Penyungguhan.
6.6 Penyelaras HEM, Pn. Hjh. Khalifah Rahayu memaklumkan KPI unit Hem iaitu 95%
kehadiran ting.6, 100% tidak melakukan kesalahan kes sederhana dan berat, serta
90% murid mengamalkan sekurang-kurangnya 8 daripada sikap dan perlakuan
positif yang terpuji dan diteladani.
6.7 Penyelaras Kokurikulum, En. Juri bin Jusoh memaklumkan pengisian markah
kokurikulum secara online dibuka pada 1 Januari 2021 hingga 28 Februari 2021.
Ekoran itu, perjumpaan dengan pelajar senior akan diadakan pada 26 Januari 2021
(7.30-8.00 pagi) bagi pengisian borang kokurikulum.
(Tindakan: Makluman)
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari, mesyuarat seterusnya akan diadakan
pada tarikh akan ditetapkan kemudian.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
................................................................ .............................................
(WAN ROSPAWATI SAKINAH BT WAN KAFFI) (TN. HJ. RAZAK BIN AWANG)
Setiausaha JKS Tingkatan 6 Penolong Kanan Tingkatan 6
SMK Tengku Intan Zaharah SMK Tengku Intan Zaharah,
23000 Dungun, Terengganu.
Disahkan oleh:
.......................................................
(EN. MOHD KAMARI BIN IBRAHIM)
Pengetua
SMK Tengku Intan Zaharah,
23000 Dungun, Terengganu.