The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pengajian malaysia, 2022-06-09 14:28:50

Rukun negara Malaysia

kerja lapangan

TUGASAN BERKUMPULAN

PENGAJIAN MALAYSIA
MPU 11012

TAJUK: KERJA LAPANGAN
(RUKUN NEGARA)

KUMPULAN
MUHAMMAD SYAHIR AQWA BIN ABDOLLAH (B05SKU21F513)

MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN AZMAN (B05SKU21F504)
MUHAMMAD NAIM BIN ZAINI (B05SKU21F501)

DISEMAK OLEH:
PUAN RAAZIZAH BINTI HUSSAIN

ISI KANDUNGAN

Penghargaan……………………………………………………………………………….1

Pengenalan…………………………………………………………………………………2

Isi kandungan…………………………………………………………………….………...5
- Sejarah pembentukan rukun negara
- Pengisytiharaan rukun negara
- 5 prinsip rukun negara
- Maksud rukun negara
- Kebaikan rukun negara kepada masyarakat di Malaysia

Kesimpulan…………………………………………………………………………………6

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Allah SWT, akhirnya Kami mampu menyiapkan tugasan berkumpulan bagi
sesi 2 2021/2022 pada tahun 2022. Kami merasakan tugasan ini tidak akan dapat
disempurnakan tanpa bantuan dan bimbingan guru, rakan-rakan dan ibu bapa kami.

Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang banyak
membantu kami iaitu Puan Raazizah binti Hussain dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa
juga kepada semua rakan – rakan sekelas SKU 1A yang telah banyak menyumbang idea –
idea dan buah fikiran untuk membantu kami dalam proses menyiapkan tugasan ini.

kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami yang telah
memberi dorongan dan sokongan moral serta sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk
membeli peralatan - peralatan seperti komputer riba,mesin cetakan dan internet untuk
menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, kami berharap agar segala tugasan yang kami hasilkan ini dapat
menambah ilmu pengetahuan dan memberi manfaat kepada diri sendiri serta orang lain.

PENGENALAN

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan
Malaysia yang Ke-13. Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa13 Mei 1969 yang
melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negaradibentuk dengan tujuan
utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsipyang terkandung dalam Rukun
Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian danperpaduan kaum demi kejayaan dan
kestabilan Malaysia. Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak
mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya,memelihara
satu cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, menjamin satu cara hidup yang
selesa terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak dan membina
satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

SEJARAN PEMBENTUKKAN RUKUN NEGARA
- Rukun negara diisytiharkan pada 31 ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan
Malaysia ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong IV, Almarhum Tuanku Ismail Nasaruddin Shah
Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin.
- Rukun negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 mei 1969 yang mengganggu-gugat
perpaduan kaum di Malaysia.
- Tragedi 13 mei 1969 berpunca daripada kempen pilihan raya yang menimbulkan isu
perkauman sensitive.
- Tercetusnya tragedi didakwa berpunca perasaan tidak puas hati antara satu sama lain
kerana orang melayu jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi dan Pendidikan.
- Keistimewaan diberikan kepada orang melayu juga mengakibatkan etnik dan bangsa lain
terasa dianaktirikan dan peluang ekonomi mereka terancam.

PENGISYTIHARAAN RUKUN NAGARA
OBJEKTIF DAN PRINSIP RUKUN NEGARA
- Rukun negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh antara
kaum dan etnik. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam rukun negara merupakan kunci
keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

5 PRINSIP RUKUN NEGARA
- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
- KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
- KELUHURAN PERLEMBAGAAN
- KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
- KESOPANAN DAN KESUSILAAN

MAKSUD RUKUN NEGARA
1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
- Kepercayaan kepada tuhan bermaksud sebagai bangsa dan negara ini telah wujud atas
kepercayaan yang kukuh kepada tuhan.
- Melalui kepercayaan beragama yang menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu
bangsa dan negara yang berdaulat.
- Perlembagaan persekutuaan memperuntukkan bahawa islam adalah agama rasmi
persekutuaan, tetapi agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan
tenteram.

2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
- Berteraskan kepada amalan sistem demokrasi berpalimen dan raja berpelembagaan dengan
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai raja mengikut perlembagaan.
- Sistem raja juga diamalkan disetiap negeri, Yang Di-Pertuan Negeri bagi negeri-negeri yang
tidak beraja.
- Warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong .

3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
- Menekankan perlunya rakyat mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan
perlembagaan negara.
- Sumber perundangan tertinggi dan berfungsi untuk memberi perlindungan kepada setiap
rakyat di negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
- Setiap warganegara Malaysia hendaklah menghormati, menghargai, serta memahami
maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan perlembagaan Malaysia.

4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
- Keadilan yang diasaskan atas kedaulatan undang-undang menunjukkan bahawa setiap
rakyat adalah sama taraf di sisi undang-undang.
- Undang-undang negara yang berasaskan perlembagaan perlu diterima dan dipertahankan
kedaulatannya.
- Tanpa adanya undang-undang maka negara tidak dapat mencapai keamanan dan
kestabilan.

5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN
- Menekankan perkambangan personaliti dan tingkah laku setiap rakyat di Malaysia.
- Bertujuan untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras
dengan kempen budi Bahasa dan nilai murni yang dijalankan.
- Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling penting dalam konteks
perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
- Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu
dan masyarakat yang berdisiplin dan bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan
sebuah masyarakt yang harmoni.

KEBAIKAN RUKUN NEGARA KEPADA MASYARAKAT DI MALAYSIA
1. MENCAPAI PERPADUAN YANG LEBIH ERAT
- Melalui usaha untuk mencapai perpaduan, semua lapisan masyarakat perlulah menanam
sifat-sifat yang positif bagi membentuk satu bangsa dan negara yang berkerja sama tinggi.
- Contohnya pada masa kini negara kita dilanda dengan wabak covid-19 yang semakin lama
semakin tinggi, masyarakat perlulah bersatu dan bertanggunjawab mematuhi segala SOP
semasa wabak covid-19 melanda agar dapat mengurangkan kes.

2. MEMBINA MASYARAKAT YANG ADIL
- Semua masyarakat mempunyai peluang dan hak yang sama untuk menikmati hidup di
negara yang berbilang kaum dan aman.
- Contohnya kerajaan haruslah membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada semua
masyarakat tanpa mengira kaum dan agama agar sama-sama dapat merasa hidup di negara
yang adil.

3. MENCIPTA SEBUAH MASYARAKAT YANG SALING TOLONG-MENOLONG
- Masyarakat perlu ada sifat saling tolong-menolong tidak kira kaum dan agama ini akan
memupuk semangat saling kerjasama antara masyarakat yang berbilang bangsa.
- Contonnya ketika ada orang berbangsa melayu dalam kesusahan ada orang berbangsa lain
yang menolong, secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan dan saling mengenali.

KESIMPULAN

Perpaduan antara kaum amatlah penting yang ingin dicapai oleh semua negara termasuklah
negaran kita Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan antara masyarakat sesebuah
negara tersebut akan menjadi lemah dan sukar untuk membangunkan, ini juga mudah untuk
negara lain di luar mengancam kedaulatan negara.

Rukun negara juga diwujudkan agar tidak berlaku permusuhan antara kaum dan juga
masyarakat seperti yang berlaku pada 13 mei 1969 yang meragut banyak nyawa yang tidak
bersalah akibat tiadanya perpaduan antara masyarakat dan juga kaum. Bertapa pentingnya
hidup bersatu padu dan aman damai untuk menghindari kecurigaan dan ketidakpuasan hati
antara satu sama lain.


Click to View FlipBook Version