TERHAD S02/1S02/1TERHADARAHAN:1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu.2. Tulis nama, nombor kad pengenalan dan kelas anda pada ruang yang disediakan.3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini.4. Serahkan kertas ujian ini kepada guru bertugas pada akhir ujian.Untuk Kegunaan PemeriksaKod Pemeriksa:Bahagian Soalan MarkahPenuhMarkahDiperolehA 1 – 15 15B1 22 23 44 25 106 10C 1 15Jumlah 60Bahasa Melayu (02/1)1 jam 30 minitNamaNo. Kad PengenalanKelasMODELP1EMAHAMANJSU Model 1disertakanKOLEKSI UJIAN AKHIR SESI AKADEMIKTINGKATAN 1
2TERHADS02/1 BAHASA MELAYU MODEL 1S02/1TERHADArahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian.BAHAGIAN A[15 markah]Soalan 1 – 2Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.1 Kami membawa beberapa ikat untuk membuat unggun api.A kayu C pohonB dahan D ranting2 Penerbangan yang kami naiki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 8:30 malam.A turun C munculB datang D mendaratSoalan 3 – 4Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.3 I Penduduk lega kerana kebakaran tidak merebak.II “Saya lega awak membantu,” kata Rina kepada rakannya. III Ayah lega setelah tahu saya selamat daripada bencana alam itu.IV Setelah melihat rakannya lega daripada sakit kepala, Anita pun pulang.A I dan II sahajaB I, II dan IV sahajaC II, III dan IV sahajaD I, II, III dan IV4 I Aliff pekerja paling lama berkhidmat di syarikat telekomunikasi itu.II Itu sekolah lama saya sebelum saya berpindah ke sini.III Adam menuntut di Universiti Malaya lamalima tahun.IV Bas tiba sangat lama daripada jadual yang ditetapkan.A I dan II sahajaB I, II, dan III sahajaC II, III, dan IV sahajaD I, II, III, dan IVSoalan 5 – 6Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.5 Banyak spesies ikan-ikan di Sungai Pahang semakin pupus akibat penangkapan ikan tanpa had untuk mengaut keuntungan berlipat ganda. A Spesies ikan banyak di Sungai PahangB Spesies ikan kebanyakan di Sungai PahangC Kebanyakan spesies ikan di Sungai PahangD Banyak spesies ikan-ikan di Sungai Pahang6 Beberapa remaja perlu mengatasi tekanan yang dihadapi dengan kaedah sendiri dan tidak memudaratkan kesihatan. A Semua remajaB Banyak remajaC Seluruh remajaD Beberapa remaja
3TERHADS02/1 BAHASA MELAYU MODEL 1S02/1TERHADSoalan 7 – 8Pilih ayat-ayat yang betul.7 I Nelayan tidak turun ke laut.II Roslin menguruskan kedai runcit. III Anak Encik Hafiz teramat nakal.IV Ketua kampung yang mencadangkan.A I dan II sahajaB I dan IV sahajaC I, II dan III sahajaD I, II, III dan IV8 I Siti menjual nasi lemak.II Tikus mengerit langsir.III Gadis itu memberikan senyuman.IV Semua keluarga Mak Cik Robiah kumpul.A I dan IIB I dan IVC I, II dan IIID I, II, III dan IVSoalan 9Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.9 Pengetua mengarahkan guru-guru memantau aktiviti murid pada waktu petang.A Guru mengarahkan pengetua untuk membuat pemantauan terhadap aktiviti murid pada waktu petang di sekolah.B Pihak pentadbir mahu segala aktiviti murid di sekolah pada setiap hari dipantau oleh semua guru.C Murid-murid yang ingin menjalankan aktiviti pada waktu petang perlulah mendapatkan kebenaran daripada guru bertugas seperti arahan pengetua.D Guru-guru telah diarahkan oleh pengetua untuk memantau aktiviti yang dijalankan oleh murid pada waktu petang.Soalan 10Pilih peribahasa yang paling sesuai.10Hartini bersusah payah mengangkat bagasinya yang berisi buku-buku tebal.Apakah bandingan semacam yang paling sesuai bagi situasi tersebut?A Berat macam batuB Cepat seperti kilatC Sibuk macam lebahD Gagah seperti gergasi
4TERHADS02/1 BAHASA MELAYU MODEL 1S02/1TERHADBaca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.Soalan 11 – 15 berdasarkan bahan di bawah.“Lim Meng pernah mengadu kepada aku, orang kampung semuanya kompelin. Kaunaikkan harga barang sesuka hati. Kausorokkan barang-barang sesuka hati. Apabila orang kampung datang nak beli, kau cakap gula dah habis. Padahal kausorokkan barang-barang itu di dalam stor dekat belakang kedai tapi pada suatu masa pula, kaukeluarkan dan menjualnya pada harga yang tinggi. Kaukaut untung daripada orang kampung, sampaikan orang kampung terpaksa berhutang dengan kau. Hutang itu pula kaukenakan bunga. Kau memang tak berhati perut kerana itulah perniagaan kau lingkup. Apabila orang kampung dah tak percaya akan kau dan perniagaan kau mula tak laku, kau salahkan kelahiran Lim Meng kerana Lim Meng lahirlah perniagaan kau rosak. Tak onglah. Macam-macam lagi kautuduh. Lim Meng tak bersalah. Yang bersalahnya diri kau sendiri.”Lim Pooi seolah-olah menelan sebutir-sebutir kata yang dimuntahkan dari mulut Sim Pau. Dia langsung tidak baran lagi. Ada riak sedar pada wajahnya. Lim Pooi tampak tidak keruan. Dia mula bangun dari kerusi malas dan menuju ke arah jendela nako yang terbuka luas. Malam itu tenang. Cahaya bulan samar di langit.Dipetik daripada cerpen “Kuih Bakul Limau Mandarin”,antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,Kementerian Pendidikan Malaysia.11tak berhati perutBerdasarkan petikan, maksud yang tepat bagi rangkai kata di atas adalahA kasar.B kejam.C bengis.D biadab.12 Apakah peribahasa yang paling sesuai untuk menjelaskan harga barang yang dijual oleh Lim Pooi?A Besar macam gajahB Mahal seperti emasC Ligat seperti gasingD Busuk seperti bangkai13 Mengapakah Lim Pooi menyorok barang-barang di dalam stor?A Menaikkan harga barang-barang tersebutB Membolehkan orang kampung berhutangC Mengaut keuntungan yang banyakD Menganiaya penduduk kampung14 Perwatakan berikut dimiliki oleh Lim Pooi, kecuali A bersikap tamak.B bersikap pilih kasih.C seorang yang berhemah tinggi. D seorang yang mementingkan diri sendiri.15 Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk membentuk keluarga bahagia? A Ibu bapa perlu bekerja keras untuk memberikan kemewahan kepada keluarga.B Ibu bapa perlu membeli apa-apa sahaja yang dikehendaki oleh anak.C Anak-anak perlu menghormati dan taat akan nasihat ibu bapa.D Anak-anak perlu memahami kesibukan ibu bapa bekerja mencari nafkah.KBAT
5TERHADS02/1 BAHASA MELAYU MODEL 1S02/1TERHADBAHAGIAN B[30 markah]1 Dalam petikan di bawah ini, terdapat dua kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.Kini, gejala ponteng sekolah semakin menjadi-jadi. Seandainya masalah ini tidak diatasi dengan segera akan menimbulkan pelbagai kesan yang lebih buruk. Salah satu daripada sebab berlakunya gejala ini ialah kurangnya kawalan daripada ibu bapa. Terdapat setengah ibu bapa terlalu memanjakan anak sehingga melebihi had. Segala kemewahan diberikan kepada anak-anak tanpa memikirkan kesan buruk. Akibatnya anak-anak ini akan malas belajar dan gemar ponteng sekolah. Mereka berangapan bahawa ibu bapa sudah menyediakan segala keperluan yang diingini. (i)(ii)[2 markah]2 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.(i) Masjid Sultan Abdul Samad diletakkan di antara stesen bas dengan taman perumahan. (ii) Kepetahan perbahasan dalam pertandingan debat isu alam sekitar telah menarik perhatian panel hakim. [2 markah]
6TERHADS02/1 BAHASA MELAYU MODEL 1S02/1TERHAD3 Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat-ayat tersebut. Kemudian, tulis subjek dan predikat pada ruang yang disediakan.(i) Kaki Farah tersadung pada bendul pintu biliknya ketika menuju ke ruang tamu.SUBJEKPREDIKAT(ii) Kakitangan di jabatan itu diingatkan oleh ketua jabatan agar menjauhi perbuatan tumbuk rusuk.SUBJEKPREDIKAT[4 markah]
7TERHADS02/1 BAHASA MELAYU MODEL 1S02/1TERHAD4 Lihat bahan di bawah dengan teliti.Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua bandingan semacam yang sesuai.(i)(ii)[2 markah]
8TERHADS02/1 BAHASA MELAYU MODEL 1S02/1TERHADBahan 1DATUK PENGHULU: Begini, Pak Mail. Encik Musa datang ke sini kerana ada tugas.PAK MAIL: Oh, begitu! Apa halnya, Encik Musa?ENCIK MUSA: Begini, Pak Mail. Saya datang ini untuk menyampaikan penghargaan negara kepada keluarga Pak Mail kerana kematian Sarjan Akhbar semasa bertempur di sempadan dahulu. Kami bersimpati benar dengan keluarga Pak Mail, terutamanya kepada Puan Fauziah dan dua orang anaknya.PAK MAIL: Terima kasihlah, Encik Musa. Kami memanglah sedang menghadapi masalah sekarang ini, terutamanya dalam hal persekolahan Hayati. Hari ini dia pulang dari asrama.ENCIK MUSA: Mengapa begitu, Pak Mail?PAK MAIL: Masalah belanja, Encik Musa. Nampaknya saya terpaksa mencari satu punca tetap untuk membantu persekolahannya. Saya sudah pun memberitahu Tuk Penghulu akan hal ini.DATUK PENGHULU: Betul, Encik Musa. Saya akan berikhtiar untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh Pak Mail sekarang. Pak Mail tentu tidak dapat mengharapkan pencen bulanannya yang sedikit itu untuk menyara keluarga.PAK MAIL: Betul, Tuk.ENCIK MUSA: Begini, Pak Mail. Kedatangan saya ini juga untuk menyampaikan sekeping cek yang bernilai sepuluh ribu ringgit untuk Puan Fauziah. Di manakah PuanFauziah sekarang, Pak Mail?Dipetik daripada drama “Hadiah”, antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia.Bahan 2Dewasa ini, negara kita telah kecapi kemajuan dan kemakmuran sehingga mendapat nama di persada antarabangsa. Namun begitu, masyarakat kita hari ini masih tidak sedar akan pengorbanan dan perjuangan golongan perajurit yang tiada galang gantinya demi memastikan negara bebas daripada penjajah dan ancaman musuh. Meskipun ada sebahagian besar daripada kita tidak pernah melalui zaman penjajahandan darurat sebelum ini, kesiagaan anggota keselamatan yang sedia berkhidmat menjaga keamanan di darat, di udara dan di perairan negara, harus terus dikenang dan disanjung sampai bila-bila.Justeru itu, bagi memastikan masyarakat terus memperingati jasa dan pengorbanan pahlawan negara yang terdiri daripada warga Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan pasukan keselamatan yang lain, pihak kerajaan telah menetapkan 31 Julai setiap tahun sebagai Hari Pahlawan. Penetapan tarikh tersebut bersempena dengan hari terakhir peristiwa darurat yang jatuh pada 31 Julai 1960.Diubah suai daripada “Hari Pahlawan Kenang Jasa Perwira”Berita Harian
9TERHADS02/1 BAHASA MELAYU MODEL 1S02/1TERHAD5 (i) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh para pejuang tanah air.[3 markah](ii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam Bahan 1 dan Bahan 2.[3 markah](iii) Tanpa jasa dan pengorbanan para pejuang tanah air, sudah tentu negara kita tidak dapat menikmati keamanan, kestabilan dan kemakmuran seperti kita nikmati pada hari ini. Pada pendapat anda, apakah yang dapat kita lakukan untuk menunjukkan perasaan sayang akan negara?[4 markah]KBAT