The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhamad ismadi Damsuki, 2021-05-17 11:42:13

P. Moral SK Tahun 5 (Bahagian 2)

UNIT
6
KUKUH HORMATI BUDAYA
MORAL
BERMASYARAKAT


Mari kita bernyanyi.



Hormati budaya dalam masyarakat

Jadikan amalan dalam kehidupan

Pelbagai budaya pelbagai amalan
Hidup kita menjadi aman




Amalkan hormat pelbagai budaya
Makanan, bahasa kita berbeza

Hormati makanan pelbagai kaum

Gunakan bahasa difahami semua




Hidup berbudaya hidup sejahtera
Pemakaian kita patut dijaga

Cara hidup kita berbeza-beza

Jangan mengejek sesama kita


























52

UNIT
6












Adat dan tradisi harus dipatuhi
Selamat
Turun-temurun menjadi panduan Menyambut
Hari Deepavali
Hak budaya disanjung tinggi

Amalan hormat tetap dirasa



Hormati budaya hormati bangsa

Elakkan sengketa hidup harmoni

Kenali budaya rapatkan hubungan

Masyarakat gembira kita bahagia



Mari kawan hormati semua

Kita raikan pelbagai budaya

Wujud perpaduan di mana jua
Rakyat tenteram dan berjaya
IMBAS SAYA
Nukilan: Kugan a/l Ravendran

Hormati
Budaya
Bermasyarakat

Berdasarkan lirik lagu, nyatakan kepelbagaian budaya dalam hidup
bermasyarakat.
Bagaimanakah kamu menghormati kepelbagaian budaya dalam hidup
bermasyarakat?
Mengapakah kamu patut menghormati adat dan tradisi kepelbagaian
budaya dalam hidup bermasyarakat?
Apakah perasaan kamu apabila dapat menghormati kepelbagaian
budaya dalam hidup bermasyarakat?


6.1
6.2 Bimbing murid menyanyikan lagu mengikut melodi “Air Pasang Pagi”. 53
6.3
NOTA
6.4 GURU

UNIT
6
HEBAT KEPELBAGAIAN BUDAYA
INSAN
BENTUK KEHARMONIAN



Lengkapkan infografik.

Saya menghormati kepelbagaian budaya dalam hidup bermasyarakat
dengan mengenali perayaan masyarakat setempat.

Perayaan Harik Nyolong Buah Perayaan Gawai Dayak


Masyarakat Orang Asli Suku Urang Huluk Masyarakat Dayak



Tanda ucapan Upacara
terima kasih ini akan Disambut pada
kepada semangat dilakukan bulan Jun.
alam kerana oleh seorang
memberikan hasil pawang.
buah-buahan
hutan. _________________



Disambut
pada bulan Selepas upacara _________________
Ogos setiap berdoa di keramat dan
tahun.
bermandi tepung,
semua akan ke rumah
untuk bejamuk, iaitu _________________
makan kenduri
[Sumber: besar-besaran
Buku Adat dan di Balai Hadat.
Pantang Larang Orang
Asli Semenanjung
Malaysia-Suku Urang IMBAS SAYA
Huluk (JAKUN)]


Keramat bermaksud kawasan suci bagi Orang Asli yang Gawai Dayak
menjadi tempat untuk bemintak atau berdoa.
INFO

Bagaimanakah kamu menghormati sambutan perayaan kuih bulan
dalam hidup bermasyarakat?
Mengapakah kamu patut menghormati kepelbagaian perayaan
dalam hidup bermasyarakat?



Minta murid melayari Internet untuk mencari maklumat 6.1
54 6.2
tentang perayaan Gawai Dayak, Ponggal dan perayaan
NOTA kuih bulan. Murid menghasilkan infografik mengikut kreativiti. 6.3
GURU

UNIT
6
HEBAT HORMATI
INSAN
KEPELBAGAIAN BUDAYA



Mari berpidato.

Kamu menyertai pertandingan pidato yang bertajuk “Kebaikan Menghormati
Kepelbagaian Budaya dalam Hidup Bermasyarakat” anjuran Persatuan
Komuniti Bandar Bayu bersempena dengan sambutan bulan patriotik.

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan
hakim yang bijaksana, Ahli Jawatankuasa
Persatuan Komuniti Bandar Bayu dan para hadirin
yang dikasihi sekalian. Tampilnya saya di sini
untuk menyampaikan pidato yang bertajuk ...


Isi: 3
Kepentingan menghormati
kepelbagaian budaya:

1. Mewujudkan persefahaman
2. _________________________
Isi: 1
Contoh kepelbagaian budaya: Isi: 4
1. Makanan Perasaan menghormati
kepelbagaian budaya:
2. _________________________
1. Seronok
3. _________________________
2. ___________________________
Isi: 2
Cara menghormati Isi: 5
kepelbagaian budaya:
1. Hormati hak budaya kaum lain Kesimpulan
2. __________________________ ______________________________






Tulis pidato lengkap berdasarkan isi pidato yang diberikan.
Apakah yang akan berlaku jika kamu mengabaikan amalan
hormat dalam hidup bermasyarakat?



6.1 Galakkan murid menulis dan menyampaikan pidato ini
6.2 dalam program kemasyarakatan atau program sekolah. 55
6.3 NOTA
6.4 GURU

UNIT
6
PUPUK AMALAN HORMAT
NILAI
KUKUHKAN PERPADUAN


Mari melakukan aktiviti.

Sugen dan Eril sedang mencari maklumat tentang adat dan kepercayaan
dalam hidup bermasyarakat di Pusat Internet Kampung Desa Permai.

Masyarakat Melayu Masyarakat Cina

Bersalaman sambil mencium tangan
apabila berjumpa dengan orang yang Dalam upacara perkahwinan,
lebih tua sebagai tanda hormat. pengantin akan memberikan teh kepada
saudara-mara yang lebih tua untuk
mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Masyarakat Kadazandusun

Melakukan upacara sumuku untuk Masyarakat India
meminta izin daripada Tuhan Kinoingan.
Upacara tersebut bertujuan untuk Sujud di kaki apabila berjumpa
membuka tanah bagi pertanian ataupun dengan orang yang lebih tua sebagai
sebagai tapak pembinaan rumah. tanda mendapatkan restu.


Mari menghasilkan rantai kunci berdasarkan adat di atas.
Gunting
Alatan dan Bahan
Kertas
1 2
Gelung besi Plastik
berlamina



Penebuk lubang
Cara-cara Menghasilkan
Rantai Kunci
Rantai Kunci

3 4 1 1. Taip dan cetak maklumat.
2 2. Salutkannya dengan plastik
berlamina dan potong.
3 3. Tebuk lubang dan masukkan
gelung besi.

4 4. Rantai kunci yang telah siap.

• Minta murid berkongsi rantai kunci dengan rakan yang
56 berlainan bangsa. 6.1
• Minta murid menghasilkan album mini yang bertajuk 6.2
NOTA 6.5
GURU “Kepelbagaian Adat dan Kepercayaan dalam Masyarakat”.

UNIT
6
PUPUK AMALAN DIIKUTI,
NILAI HIDUP DIBERKATI



Mari kita melakukan aktiviti Main Peranan (Role Play).


Kad Main Peranan 1:
PANDUAN AKTIVITI Kamu mengajak Salbiah
sekeluarga ke majlis
makan malam
1. Murid membentuk bersempena dengan
tiga kumpulan. sambutan Hari Vaisakhi
di dewan orang ramai.
2. Setiap kumpulan diberi
potongan kad Main Peranan.
3. Apabila wisel dibunyikan, Kad Main Peranan 2:
wakil setiap kumpulan perlu Kamu bersama-sama
Janting sedang
mencari sebahagian dengan William dan
potongan kad Main Peranan menyaksikan perarakan
yang sama bentuk di dalam kavadi semasa
Kotak Ajaib dan sambutan Thaipusam.
cantumkannya.
4. Kumpulan yang dapat
Kad Main Peranan 3:
mencantumkan kad dahulu, Kamu mengikut Aalona
akan memulakan lakonan. untuk menyaksikan Tarian
Ngajat masyarakat Iban
5. Setiap kumpulan diberi
bersempena dengan
masa 10 minit untuk sambutan Hari Gawai
membuat persediaan di Kampung
lakonan. Keniong Lama.

6. Apabila wisel kedua
dibunyikan, kumpulan perlu
bersedia untuk memulakan
lakonan.

7. Lakonkan cara
menghormati kepelbagaian
budaya dalam hidup
bermasyarakat.

Kotak Ajaib
Mengapakah kamu patut menghormati kepelbagaian
budaya dalam situasi di atas? Bincangkan.


6.1 Minta murid menunjukkan amalan sikap menghormati 57
6.3 kepelbagaian budaya dalam hidup bermasyarakat
6.5
semasa aktiviti Main Peranan. NOTA
GURU

UNIT
6 DUGA

AKAL MARI UJI DIRI



Jawab soalan berdasarkan tindakan kamu.



























Jasmine Kaur menghadiri Pesta Makanan dan Pakaian Tradisional Masyarakat Bandar
Sentosa anjuran Persatuan Penduduk Bandar Sentosa. Terdapat hidangan makanan
yang melambangkan kepelbagaian budaya. Jasmine Kaur menghormati masyarakat
setempat yang hadir dengan memberikan salam dan bertegur sapa. Jasmine Kaur
menghadiri pesta tersebut dengan memakai pakaian tradisional.



Bagaimanakah Jasmine Kaur menghormati
kepelbagaian budaya dalam hidup bermasyarakat?



Mengapakah Jasmine Kaur patut menghormati budaya
makanan, pakaian dan bahasa dalam pesta tersebut?



Apakah perasaan kamu apabila dapat menghormati
kepelbagaian budaya dalam hidup bermasyarakat?



Jika kamu Jasmine Kaur, bagaimanakah kamu
menghormati kepelbagaian budaya dalam pesta tersebut?






58

JANA
IDEA



































































59
59

UNIT UNIT
7 7
KUASA SAJAK KASIH SAYANG
MINDA


Baca dan fahami sajak.

Ravi sentiasa mengamalkan sikap menyayangi masyarakat. Dia ingin
menyampaikan sebuah sajak yang bertemakan kasih sayang dalam
Majlis Hari Komuniti Kampung Sejahtera. Dia berlatih mendeklamasikan
sajak yang dihasilkannya di hadapan rakan-rakan.


Kasih sayang
adalah perasaan cinta
yang lahir daripada
hati yang ikhlas.

Kasih sayang
adalah kepekaan
terhadap masyarakat
demi keharmonian dan
kesejahteraan.
Kasih sayang
dicurahkan kepada
semua insan dalam masyarakat.
Yang tua
mahupun yang muda
Yang bertuah
mahupun yang serba kekurangan.

Kasih sayang
menyinari kehidupan
menghapuskan persengketaan
dalam masyarakat
yang kita sayangi.
Nukilan: Shanmuga Velu a/l Subramanian


Berpandukan sajak di atas, nyatakan cara kamu menyayangi masyarakat.
Bincangkan kepentingan amalan menyayangi masyarakat.
Nyatakan perasaan kamu ketika mengamalkan sikap menyayangi
masyarakat.


Bimbing murid untuk mendapatkan maklumat tentang kasih
sayang terhadap masyarakat daripada Internet, majalah
atau surat khabar. 7.1
60 NOTA 7.2
GURU
7.3
7.4

UNIT UNIT
7 7
KUASA SAYANGI WARGA EMAS
MINDA


Fahami situasi.

Pejabat Kebajikan Masyarakat merancang untuk menganjurkan acara
sukaneka bagi warga emas di kawasan pangsapuri Taman Mentari.
Penganjur memerlukan beberapa orang pembantu untuk menjayakan
acara itu.

John, saya ingin menjadi pembantu
dalam acara tersebut. Saya boleh Saya pun berminat,
membantu mengedarkan minuman Kim. Saya boleh
kepada warga emas. membantu penganjur
mengedarkan peralatan
permainan.
PENGUMUMAN
Hal ini akan memberikan
peluang kepada kita untuk Pejabat Kebajikan Ya, Kim. Saya akan
Masyarakat
memupuk amalan kasih Sukaneka untuk berasa amat gembira
sayang kepada warga Warga Emas sekiranya dipilih sebagai
emas. Kehidupan kita lebih Tarikh: pembantu kerana
sejahtera apabila golongan 26.5.20qq dapat mengambil berat
ini tidak diabaikan. Masa: terhadap golongan
yang memerlukan kasih
9:00 pagi – 12:00 tengah hari sayang.
Tempat:
Padang Awam,
Taman Mentari
















Adakah kamu akan mengamalkan kasih sayang terhadap masyarakat
seperti yang dinyatakan dalam situasi di atas? Jelaskan.
Huraikan kepentingan amalan menyayangi masyarakat.
Ceritakan pengalaman kamu atau rakan lain tentang amalan
menyayangi masyarakat.


7.1 Tayangan video tentang kasih sayang terhadap warga emas
7.2 boleh digunakan untuk membincangkan perasaan murid 61
7.3 ketika mengamalkan sikap tersebut.
NOTA
7.5 GURU

UNIT UNIT
7 7
KUKUH KAMI PRIHATIN
MORAL


Teliti carta alir. Mula






Menanam sikap
menyayangi Orang
Kurang Upaya (OKU)






Mengambil Mengamalkan sikap
bahagian dalam peka terhadap
aktiviti yang keperluan golongan
melibatkan OKU OKU





Memupuk perasaan
sayang akan golongan
OKU









Mengamalkan sikap Tidak
menyayangi OKU


Apakah cara lain untuk memupuk
kasih sayang terhadap golongan OKU Ya
dalam masyarakat?
Jelaskan perasaan kamu berdasarkan Masyarakat penyayang
situasi di atas. OKU terbentuk
Anggota masyarakat patut memupuk
amalan menyayangi golongan
tertentu seperti OKU. Jelaskan.
Tamat


Galakkan murid untuk menceritakan amalan sikap 7.2
62
menyayangi masyarakat, khususnya golongan OKU. 7.3
NOTA 7.4
GURU

UNIT UNIT
7 7
KUKUH IBU TERAS KESEJAHTERAAN
MORAL
MASYARAKAT




Fahami situasi.


Pada minggu hadapan, Laura, Agalya dan Gan akan menghadiri Majlis
Sambutan Hari Ibu di Taman Bersatu. Bersempena dengan majlis itu,
mereka merancang untuk melakukan sesuatu bagi menunjukkan kasih
sayang mereka terhadap kaum ibu.















Marilah kita membuat kejutan Ya. Saya sokong. Saya bercadang
untuk kaum ibu dari Taman untuk membuat gelang manik
Bersatu sebagai tanda kasih dan menghadiahkannya kepada
sayang kita terhadap mereka. mereka. Mereka pasti menyukainya.









Ya, saya setuju. Kita juga
akan berasa bangga apabila
dapat menyayangi kaum ibu.
Keadaan ini akan merapatkan
hubungan kita dengan
masyarakat setempat.


Mengapakah kamu patut mengamalkan sikap kasih sayang terhadap
kaum ibu dalam masyarakat?
Nyatakan perasaan kamu apabila dapat mengamalkan sikap kasih
sayang terhadap anggota masyarakat, khususnya kaum ibu.




Bimbing murid melakonkan amalan menyayangi kaum ibu
7.3 demi kesejahteraan masyarakat. 63
7.4
NOTA
GURU

UNIT UNIT
7 7
HEBAT PROJEK KASIH SAYANG
INSAN




Laksanakan projek ini.

Suren, Kalas, Kandeh dan Sarom ingin Persatuan Penduduk
menyertai pertandingan Persembahan kuching, sarawak
Taman Sejahtera
Amalan Kasih Sayang terhadap
Masyarakat menggunakan aplikasi
MS PowerPoint. PERTANDINGAN

PERSEMBAHAN



Kami amat KASIH SAYANG
menyayangi masyarakat tema:
setempat di Taman Sejahtera. Kasih Sayang
terhadap
Kami mempunyai beberapa Masyarakat
pengalaman yang boleh kami
kongsikan dengan menyertai sempena
pertandingan ini. kasih sayang
minggU












Mereka mengikuti langkah-langkah untuk menghasilkan slaid
persembahan PowerPoint seperti yang berikut.














1 2


64

UNIT UNIT
7 7


















3 4

















5 6
















7 8




Jelaskan cara kamu memupuk amalan menyayangi masyarakat.
Perihalkan perasaan kamu apabila dapat mengamalkan kasih
sayang terhadap anggota masyarakat.
Mengapakah kamu wajar menyayangi masyarakat?






Galakkan murid menggunakan media lain bagi
7.2 menghasilkan persembahan mengenai amalan kasih 65
7.3 sayang terhadap masyarakat. NOTA
7.4 GURU

UNIT UNIT
7 7
PUPUK SANDWIC KASIH SAYANG
NILAI
Bahan-bahan yang diperlukan:
Laksanakan tugasan ini. Roti

Mimi menyertai pertandingan memasak sandwic
yang bertemakan “Sayangi Masyarakat empati
Kita” di Kampung Baru Simpang Tiga.
Dalam persembahannya, dia
mengaitkan amalan pemupukan kasih
sayang dengan cara membuat sandwic.
Salad Mayones
• Para hadirin sekalian, sekarang saya akan beradab
menunjukkan cara membuat “sandwic
kasih sayang” terhadap masyarakat. Sebiji telur
ikhlas
• Mula-mula, sediakan dua keping roti
Mayones
empati. Keju peramah
- Sifat empati menjadi asas kepada cinta
amalan kasih sayang seseorang. Marjerin
• Kemudian, sapukan marjerin prihatin prihatin
pada sekeping roti empati.
- Tindakan ini adalah sama seperti
menanam sifat prihatin dan peka
terhadap masyarakat.
• Selepas itu, letakkan salad beradab,
telur rebus ikhlas, keju cinta dan sedikit
mayones peramah.
- Segala ramuan ini ialah asas bagi
sikap menyayangi masyarakat.
• Akhirnya, letakkan sekeping roti empati
pada lapisan atas.
• Sandwic kasih sayang sudah siap sedia
untuk dihidangkan kepada masyarakat.



Jelaskan cara kamu memupuk amalan kasih sayang dalam masyarakat.
Huraikan kepentingan menyayangi pelbagai golongan anggota masyarakat.
Apakah perasaan kamu apabila dapat mengamalkan sikap kasih sayang
terhadap anggota masyarakat?
Apakah yang akan kamu lakukan untuk menyayangi masyarakat di tempat
tinggal kamu?


Galakkan murid menghasilkan kraf seperti kad ucapan, bunga
66 7.2
kertas atau origami bagi menunjukkan amalan kasih sayang. 7.3
NOTA 7.4
GURU

UNIT UNIT
7 7
PUPUK SAYANGI MASYARAKAT KITA
NILAI



Fahami poster kasih sayang.

Guntingkan gambar pada
poster di sebelah secara YANG TUA
berasingan. Kemudian, DIKASIHI
nyatakan cara menyayangi YANG MUDA
anggota masyarakat. DISAYANGI


Contoh:

















Cara menyayangi:






IMBAS SAYA



Poster
Kasih Sayang








Nyatakan cara lain menyayangi anggota masyarakat.
Lakonkan situasi amalan kasih sayang dalam masyarakat bagi setiap gambar.
Huraikan kepentingan menyayangi setiap golongan dalam masyarakat kamu.



• Gambar lain boleh digunakan untuk aktiviti ini.
7.1
7.2 • Perbanyak poster untuk melaksanakan aktiviti ini. 67
NOTA
7.3 GURU
7.5

UNIT
7
DUGA
AKAL MARI UJI DIRI



Jawab soalan.

Kesejahteraan Masyarakat


Melalui Amalan Kasih Sayang


Oleh: Siti Sofia Md Nasir
KUCHING – “Kesejahteraan dalam
kehidupan bermasyarakat dapat dicapai
dengan adanya amalan kasih sayang yang
ikhlas,” kata Tuai Rumah, Lantang Anak
Kalas. Oleh itu, setiap individu patut peka dan
berperasaan cinta secara ikhlas terhadap
semua anggota masyarakat, khususnya
golongan warga emas dan Orang Kurang
Upaya (OKU). “Kasih sayang boleh diamalkan “Kasih sayang dapat mengeratkan
dengan meluangkan masa bersama-sama hubungan sesama anggota masyarakat.
dengan anggota masyarakat atau meraikan Kasih sayang juga akan menghindarkan
hari-hari istimewa,” katanya lagi. kita daripada sebarang perselisihan
faham,” tambah beliau lagi.

Berita Nasional, Rabu, 15 Mei 20qq


1. Senaraikan contoh amalan menyayangi masyarakat seperti yang
terdapat dalam keratan akhbar di atas.
___________________________________________________________


2. Nyatakan cara kamu memupuk sikap menyayangi masyarakat.
___________________________________________________________


3. Jelaskan kepentingan amalan kasih sayang dalam masyarakat.
___________________________________________________________


4. Apakah perasaan kamu apabila dapat mengamalkan sikap
menyayangi semua golongan masyarakat?
___________________________________________________________


68
68

JANA
IDEA



































































69
69

UNIT UNIT
8 8
KUASA SURI TELADAN
MINDA
DICONTOHI MASYARAKAT




Baca dan fahami.




Saya Roboto. Saya
telah dianugerahi
Tokoh Kanak-kanak
Keadilan dalam Kempen
Kesedaran Moral anjuran
komuniti setempat.
Saya diminta berkongsi
pengalaman bersikap
adil dalam hidup Semasa Pesta Makanan anjuran persatuan
bermasyarakat untuk perumahan, saya ditugaskan untuk mengagihkan
dijadikan teladan kepada aiskrim. Kawan baik saya meminta dua batang
anggota masyarakat. aiskrim. Saya menolak permintaannya kerana
setiap orang hanya dibekalkan sebatang
aiskrim sahaja.


























Saya dan kawan-kawan berlatih bermain futsal
di stadium untuk pertandingan futsal anjuran
persatuan taman perumahan. Saya mengajak
Unini menyertai latihan bersama-sama
walaupun dia berlainan jantina dengan kami.




70

UNIT UNIT
8 8
Tomomo dituduh mengambil
peranti realiti maya Zeni, anak
penghulu. Tomomo sangat sedih.
Saya meminta Zeni menyiasat
perkara tersebut terlebih dahulu
dan tidak menuduh sesiapa
tanpa bukti yang kukuh.
Selepas siasatan dijalankan,
Zeni mendapati peranti realiti
mayanya diambil oleh adiknya.
Saya berasa syukur kerana sikap
adil saya dapat mengelakkan
berlakunya perselisihan faham
antara anggota masyarakat.










Saya mengagihkan tugas
mengemas buku di perpustakaan
komuniti. Selepas membuat
pertimbangan, saya meminta
Kimini menyusun buku di bahagian
atas rak buku, manakala Eono
menyusun buku di bahagian
bawah rak buku. Mereka bersetuju
dengan agihan saya kerana saya
mempertimbangkan ketinggian
mereka.









Senaraikan contoh amalan adil dalam hidup bermasyarakat.
Nyatakan kepentingan amalan adil dalam hidup bermasyarakat.
Huraikan kesan pengabaian amalan adil dalam hidup bermasyarakat.
Apakah perasaan kamu apabila dapat bersikap adil dengan anggota
masyarakat?

8.1
8.2 Minta murid melakonkan amalan adil dalam situasi di atas. 71
8.3 NOTA
8.4 GURU

UNIT UNIT
8 8
KUKUH AMALAN ADIL,
MORAL
HAK DIPELIHARA


Baca dan fahami dialog.



Abang, saya hendak dua keping roti telur. Baik. Mengapakah mata kanan kamu
kemerah-merahan?
Entahlah, mata saya merah sejak pagi ini.

Oh, kamu sakit mata! Kamu tidak boleh
datang ke sini. Penyakit ini berjangkit.
Abang, tidak adil kita bercakap
begitu. Dia belum disahkan
menghidap sakit mata. Dia berhak Ya, betul katanya. Kita perlu
berkunjung ke mana-mana memastikan sesuatu fakta itu
tempat awam. sahih sebelum menyuarakan
pandangan. Jangan mengikut
anggapan sendiri.
Tidak mengapa.
Maafkan saya, adik.











RESTORAN
MAJU







IMBAS SAYA



Apakah yang akan berlaku sekiranya amalan adil
dalam hidup bermasyarakat diabaikan? Jelaskan.
Konjunktivitis
Lakonkan amalan adil ketika kamu berada di tempat awam. (Sakit mata)
Contohnya, pasar malam, pawagam dan taman rekreasi.



Minta murid menyatakan keadaan yang akan dihadapi
72 dan tindakan adil yang perlu diamalkan dalam menangani 8.3
wabak lain seperti Influenza A dan COVID-1 .
NOTA 8.5
GURU

UNIT UNIT
8 8
KUKUH BERSIKAP ADIL,
MORAL
MASYARAKAT HARMONI


Fahami peta minda.
Eh, cucu
ketua
kampung!





Saya terpilih menjadi ketua kumpulan pembersihan Balai Raya Kampung
Bunga Ros. Saya mendapati salah seorang ahli kumpulan saya ialah cucu
ketua kampung. Bagaimanakah saya mengagihkan tugas pembersihan?

Tindakan Adil Tindakan Tidak Adil

Mengagihkan tugas mengikut Mengagihkan tugas yang lebih
kemampuan ahli kumpulan dari segi ringan kepada cucu ketua kampung
jantina, tenaga dan kebolehan. demi kepentingan diri sendiri.

Kesan Kesan

Semua ahli kumpulan berasa Ahli kumpulan lain berasa tidak
gembira dan menurut arahan berpuas hati dan enggan
saya. melaksanakan tugas.

Perasaan Perasaan

Bangga kerana ahli kumpulan
bersetuju dengan keputusan Sedih kerana tidak mendapat
saya. sokongan daripada ahli kumpulan.



Nyatakan contoh lain kamu bersikap adil terhadap anggota masyarakat.
Huraikan kepentingan amalan adil dalam hidup bermasyarakat.
“Kamu sedang mengagihkan belon kepada kanak-kanak dalam Pesta Seni
dan Budaya Kanak-kanak anjuran persatuan taman perumahan. Kawan
karib kamu meminta kamu memberikan dua biji belon kepadanya
sedangkan kanak-kanak yang lain hanya mendapat sebiji belon setiap
seorang.” Hasilkan peta minda dengan mempertimbangkan tindakan adil
dan tindakan tidak adil.

8.1
8.2 73
8.3
8.4

UNIT UNIT
8 8
HEBAT AMALAN ADIL
INSAN
KUKUHKAN SILATURAHIM




Hasilkan slaid dan bentangkan.



1 3 Amalan Adil Saya


• Saya mengadili pertandingan
Amalan Adil secara adil.
Kukuhkan Silaturahim • Saya tidak membeza-bezakan
pemain.
Nama: Koh Ze Liang
Kelas: 5 Amanah • Saya menganggap semua
peserta adalah sama.
• Saya tidak bersikap pilih kasih.



2 Situasi 4 Kepentingan Bersikap Adil


• Mengelakkan salah faham.
• Saya menjadi pengadil
pertandingan badminton anjuran • Peserta akur terhadap keputusan
persatuan penduduk taman. pertandingan.
• Sepupu saya merupakan salah • Meningkatkan persefahaman.
seorang peserta pertandingan • Memperkukuh silaturahim.
badminton.
• Dia meminta saya
menyebelahinya semasa
pertandingan. 5 Amalan Tidak Adil Saya
• Sepupu saya pernah menjadi
jurulatih saya.
• Apakah yang perlu saya • Saya menyebelahi sepupu ketika
lakukan? membuat keputusan.
• Kesalahan sepupu diabaikan.














74

UNIT UNIT
8 8

Situasi A
6 Kesan Pengabaian
Amalan Adil
Dalam pertandingan melukis
• Menimbulkan kemarahan poster anjuran kelab komuniti,
kerana tidak puas hati dengan kamu mendapati anak
keputusan pertandingan. penghulu meniru. Dia merayu
• Hubungan menjadi renggang. kepada kamu supaya tidak
• Kepercayaan terhakis. melaporkan perkara
tersebut.



Situasi B
7 Refleksi
Semasa hari keluarga di taman
perumahan, kamu ditugaskan
• Saya berasa syukur kerana untuk mengagihkan
diberi kepercayaan bertugas cenderamata kepada para
sebagai pengadil. Sikap adil saya pengunjung. Apabila tinggal
telah mengeratkan hubungan sebuah cenderamata, kawan
sesama anggota masyarakat karib kamu dan seorang
dan mengukuhkan keharmonian penduduk taman tiba pada
dalam hidup bermasyarakat. masa yang sama.




















IMBAS SAYA






Contoh PowerPoint

Berdasarkan Situasi A atau Situasi B di atas, hasilkan persembahan
MS PowerPoint yang menarik dan kreatif.


8.1 • Minta murid membuat buku skrap jika tiada kelengkapan
8.2 komputer. 75
8.3 • Minta murid membentangkan hasil kerja mereka. NOTA
8.4 GURU

UNIT UNIT
8 8
PUPUK BERSIKAP ADIL,
NILAI Zon A
MASYARAKAT CERIA

Mari bermain.


CARA BERMAIN


1. Atur gelung plastik untuk dijadikan laluan.
2. Murid membentuk dua pasukan dan
beratur di Zon A dan di Zon B.
3. Pemain pertama daripada kedua-dua
pasukan melompat ke dalam gelung
plastik satu demi satu apabila wisel
dibunyikan.
4. Apabila kedua-dua pemain bertemu,
mereka menunjukkan isyarat “Batu, Soalan
Gunting, Kertas” untuk mengalahkan Dalam majlis rumah
lawan. terbuka anjuran persatuan Zon B
5. Pemain yang menang akan menjawab penduduk, bagaimanakah
soalan untuk mendapatkan ganjaran. kamu mengagihkan
6. Pemain yang kalah tersingkir daripada makanan kepada anggota
meneruskan permainan dan digantikan masyarakat secara adil?
dengan ahli pasukan yang lain. Berikan contoh.
7. Apabila wisel dibunyikan, pemain yang
menang meneruskan lompatan,
manakala pemain pihak lawan yang Soalan
seterusnya akan memulakan lompatan Amanda hendak
dari mula. menyertai pasukan bola
8. Ulangi langkah 4, 5, 6 dan 7 sehingga sepak di taman
tiba di zon pihak lawan untuk perumahan kamu.
mendapatkan ganjaran bonus. Apakah tindakan adil
kamu?







Apakah perasaan kamu apabila dapat mengamalkan sikap adil dalam
aktiviti kemasyarakatan?
Seseorang yang adil akan disanjung oleh anggota masyarakat.
Bincangkan.




• Sebelum memulakan permainan, sediakan pelbagai soalan.
76 8.1
• Minta murid membahagikan ganjaran secara adil sesama 8.2
ahli pasukan. 8.4
NOTA
GURU

UNIT UNIT
8 8
PUPUK PENGUNDIAN ADIL,
NILAI
KEPUTUSAN DIYAKINI



Fahami situasi dan main peranan.


Kamu sedang menyaksikan pertandingan nyanyian lagu patriotik yang diadakan
di taman perumahan. Para penonton diamanahkan untuk membuat undian bagi
memilih pemenang. Setiap penonton hanya mempunyai sekali peluang mengundi.
Berdasarkan undian penonton, siapakah secara adil layak untuk memenangi
pertandingan ini?









1 2 3 4 5





Peserta ke-4
paling baik, Peserta ke-3
suaranya
tidak
merdu tetapi mendapat
orangnya bunga.
nampak
sombong. Kasihannya.





Ibu menyuruh saya
memilih peserta ke-2
kerana peserta itu anak
kawannya tetapi Peserta ke-5 pernah
persembahannya kurang membantu saya tetapi
menarik. Peserta pertama ialah kawan persembahannya
karib saya tetapi persembahan kurang memuaskan.
peserta ke-4 lebih menarik.


Ramalkan kesan jika pengundian dijalankan secara tidak adil.
Apakah perasaan kamu apabila dapat bertindak adil sesama
anggota masyarakat?

8.1 Sediakan bahan yang sesuai untuk menjalankan aktiviti main
8.3 peranan dalam situasi mengundi. 77
8.4
8.5 NOTA
GURU

UNIT
8
DUGA MARI UJI DIRI
AKAL






















1. Kampung kamu akan mengadakan Karnival Jualan Amal. Kamu
dikehendaki mengagihkan tugas persediaan tapak mengikut kebolehan
rakan-rakan sekampung.

NAMA KEBOLEHAN TUGAS



Zairi Paling tinggi. Menghias gerai.


Pemenang
Emily pertandingan Menyusun kerusi
melukis. dan meja.

Mahir membuat Menggantung
Sindun kerja rumah. belon.



Nathan Badan kuat dan Mengelap meja,
bertenaga. kerusi dan gerai.


Mahir dengan kerja Memasang
Ajay
pertukangan. khemah.

Mahir Menghasilkan
Ratih menggunakan
komputer. poster.
2. Adakah rakan-rakan sekampung akan akur terhadap tugas yang kamu
agihkan? Berikan alasannya.
_____________________________________________________________________


78

JANA
IDEA











Tandas ini untuk kegunaan
orang kurang upaya sahaja.




















































79
79

UNIT UNIT
9 9
KUASA BERANI
MINDA
PERTAHANKAN CABARAN



Hayati situasi.


Jimy Anak Ruji sedang mengulang kaji pelajaran. Pada ketika itu, dia
terdengar bunyi bising motosikal yang tidak menyenangkan.













Eh, kuatnya bunyi
motosikal ini! Kegiatan
lumba haram ini semakin
teruk. Saya perlu
berbincang dengan
ayah sebab kegiatan
ini mengganggu
ketenteraman penghuni
di sini.



Pada keesokan hari ...






Ayah, masalah lumba
haram ini semakin serius
di kawasan perumahan
kita. Bolehkah kita
mengadukan isu ini
kepada Persatuan
Komuniti Perumahan Ya, Jimy. Kita
Mayuri? patut membuat

aduan melalui
saluran yang
betul.

80

UNIT UNIT
9 9
Di Pejabat Persatuan Komuniti Perumahan Mayuri ...




Selamat pagi, encik. Kami
hendak membuat aduan
mengenai kegiatan lumba Kami berharap agar
haram yang berlaku tindakan yang
di kawasan perumahan kami. sewajarnya dapat
Kegiatan tersebut melibatkan diambil demi
golongan remaja dari taman ketenteraman hidup
perumahan kami juga. masyarakat setempat.




























Bagus dan syabas Encik Ruji dan Jimy. Saya akan melaporkan
isu ini kepada pihak rondaan malam untuk bertindak dengan
segeranya. Terima kasih.



Berdasarkan cerita di atas, berikan contoh amalan berani dalam hidup
bermasyarakat.
Apakah cabaran yang akan dihadapi oleh Jimy apabila bersikap berani
dalam hidup bermasyarakat?
Mengapakah Jimy patut bersikap berani dalam situasi di atas?
Apakah perasaan kamu apabila bersikap berani seperti Jimy dalam situasi
di atas?




Minta murid menulis aduan kepada persatuan komuniti
mengenai masalah lumba haram ini menggunakan pelbagai
9.1 media elektronik.
9.2 NOTA 81
9.3 GURU
9.4

UNIT UNIT
9 9
KUKUH SANG LEBAH BERANI,
MORAL
RIMBA HARMONI


Hayati cerita.

Sang Nuri, Sang Ayam, Sang Monyet dan Sang Helang hidup bermasyarakat
di Rimba Amazona. Sang Helang merupakan penghuni yang sangat garang
dan ditakuti oleh masyarakat yang lain.




Pada suatu hari, semasa
Sang Nuri, Sang Ayam dan
Sang Monyet pulang
dengan makanan, mereka
terserempak dengan
Sang Helang. Sang Helang
meminta makanan mereka.




“Tidak! Makanan ini untuk keluarga saya.
Nanti anak saya lapar,” kata Sang Ayam.
“Eh, kamu jangan berani sangat!
Nanti saya makan kamu,” kata
Sang Helang dengan suara yang
menyeramkan. Akhirnya, Sang Ayam
memberikan makanannya kepada
Sang Helang.
Tindakan Sang Helang itu menyebabkan
masyarakat di Rimba Amazona hidup
kelaparan. Oleh itu, Sang Nuri, Sang Ayam
dan Sang Monyet berjumpa dengan
Ketua Komuniti Rimba Amazona, Sang
Lebah untuk mengadukan masalah ini.
“Jangan risau, kita patut menghadapi
cabaran ini dengan beraninya. Saya ada
jalan penyelesaian,” kata Sang Lebah
kepada mereka.


82

UNIT UNIT
9 9
Pada keesokan hari, semasa
Sang Nuri, Sang Ayam dan Sang Monyet
pulang dengan membawa makanan,
Sang Helang telah meminta makanan
Sang Nuri.
“Tidak boleh. Saya tidak akan
memberikan makanan kepada
si pemalas,” kata Sang Nuri dengan
garangnya.
“Berani kamu?” kata Sang Helang lalu
merampas makanan Sang Nuri.
Apabila Sang Helang membuka
bakul makanan Sang Nuri, maka
keluarlah Sang Lebah dan
kawan-kawannya daripada
bakul itu dan mula menyengat
Sang Helang. Sang Helang
menjerit kesakitan lalu terbang
dari situ.





Sang Nuri, Sang Ayam dan
Sang Monyet memuji sikap berani
yang ditunjukkan oleh Sang Lebah
dan kawan-kawannya.
Sang Lebah berasa bangga
kerana bersikap berani demi
menjaga keselamatan masyarakat.
Kehidupan mereka juga semakin
bahagia dan harmoni.


Berikan contoh amalan berani yang dilakukan oleh Sang Lebah dalam cerita
di atas.
Apakah cabaran yang akan dihadapi oleh masyarakat Rimba Amazona
apabila bersikap berani dalam situasi di atas? Ramalkan.
Mengapakah Sang Lebah patut bersikap berani dalam hidup bermasyarakat
di Rimba Amazona?

9.1 Minta murid main peranan situasi di atas dengan menunjukkan
9.2 sikap berani dalam hidup bermasyarakat. 83
9.3
9.5 NOTA
GURU

UNIT UNIT
9 9
HEBAT GURINDAM KEBERANIAN
INSAN




Mari kita lafazkan gurindam.




Jika kamu bersikap berani,
Hidup masyarakat menjadi harmoni.

Jangan takut jangan gentar,
Hadapi cabaran dengan pintar.

Berikan teguran secara berhemah,
Hubungan masyarakat menjadi ramah.
Apabila kamu memberikan nasihat,
Kesesuaian tempat patut dilihat.

Buat aduan ikut saluran,
Langkah betul menjadi panduan.

Aduan bertulis secara berhemat,
Hadapi rintangan dengan cermat.

Sikap berani sikap terpuji,
Keselamatan semua sentiasa dijanji.

Nukilan: Kugan a/l Ravendran





Senaraikan contoh Berdasarkan Nyatakan
amalan berani gurindam kepentingan amalan
dalam hidup di atas: berani dalam hidup
bermasyarakat. bermasyarakat.




Senaraikan amalan berani yang terdapat
dalam gurindam di atas. Gurindam bermaksud
sajak dua baris yang
Nyatakan perasaan kamu setelah amalan berisi nasihat atau
berani dalam hidup bermasyarakat dapat pengajaran. INFO
diwujudkan.
9.1
84 9.2
9.3
9.4

UNIT UNIT
9 9
HEBAT HADAPI CABARAN
INSAN
KEKALKAN KEBENARAN



Fahami situasi dan lengkapkan infografik.

Setiap hujung minggu, Ming Kit dan kawan-kawannya menjalani latihan
badminton di Kompleks Rekreasi Pangsapuri Pasir Emas.
Semua makanan
di sini berminyak.















Tandas awam di kompleks rekreasi itu semakin kotor dan berbau.
Lampu juga tidak berfungsi. Makanan yang dijual di kafeteria juga
berminyak. Kadangkala kuantiti makanan sangat sedikit.



Apakah cabaran yang
Cara bersikap berani bagi
dihadapi oleh Ming Kit
mengatasi masalah dalam apabila bersikap berani
situasi di atas.
dalam masalah di atas?


1. __________ 1. __________


2. __________ 2. __________

3. __________ 3. __________

4. __________ 4. __________


Berdasarkan situasi, mengapakah Ming Kit patut mengamalkan sikap
berani?
Lakonkan situasi di atas dengan mengamalkan sikap berani dalam
hidup bermasyarakat.

9.1
9.2 Minta murid melakonkan situasi di atas dengan mengamalkan 85
9.3 sikap berani dalam hidup bermasyarakat.
9.5 NOTA
GURU

UNIT UNIT
9 9
PUPUK HADAPI CABARAN
NILAI
TUNJUKKAN KEYAKINAN



Mari kita terima cabaran kawan.
IMBAS SAYA
CARA BERMAIN

1. Murid membentuk dua kumpulan.
Petak
2. Wakil daripada setiap kumpulan akan bermain Petak Cabaran
Cabaran secara berpasangan.

3. Wakil kumpulan perlu menulis huruf
B, E, R, A, N, dan I secara bergilir-gilir untuk
membentuk perkataan BERANI.

4. Pemenang memberikan Soalan Cabaran yang
disediakan kepada pasangannya yang kalah.

5. Kumpulan yang menerima cabaran perlu membaca
situasi dan melakonkan tindakan berani dalam
hidup bermasyarakat.
6. Kumpulan yang menang dalam Petak Cabaran
mendapat tiga markah.

7. Kumpulan yang menerima cabaran akan mendapat
dua markah jika melakonkan situasi dengan betulnya.

8. Kumpulan yang mendapat markah paling tinggi
dianggap pemenang.






















86

UNIT UNIT
9 9




























Soalan Cabaran 1 Soalan Cabaran 2


Kamu ternampak beberapa orang Ketika membeli barang di Pasar
peniaga menjual makanan
berhampiran dengan padang Mini Warisan, kamu mendapati
awam walaupun ada papan tanda ada makanan yang dijual telah
tamat tarikh luputnya.
kawasan larangan menjaja.



Soalan Cabaran 3 Soalan Cabaran 4


Semasa berjoging di taman
Kamu menegur seorang pemuda permainan bersama-sama
yang menghisap rokok di meja dengan ayah, kamu ternampak
sebelah kamu ketika sedang beberapa orang budak sedang
makan di Restoran Mak Cik Kiah. bermain buaian sambil berdiri
dalam keadaan bahaya.





Berdasarkan situasi di atas, apakah cabaran yang akan kamu hadapi
semasa bersikap berani dalam hidup bermasyarakat?
Apakah kepentingan amalan berani dalam hidup bermasyarakat?




• Murid melayari Internet atau pelbagai media sosial untuk
mendapatkan berita tentang sikap berani dalam hidup
9.1
9.2 bermasyarakat. 87
NOTA
9.3 • Cetak dan kongsikan berita tersebut dengan rakan sekelas yang GURU
9.5 lain.

UNIT
9 IMBAS SAYA
DUGA MARI UJI DIRI
AKAL Imbas
untuk
Jawapan
Pilihan
A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.


1. Kamu patut bersikap ____________ untuk menghadapi situasi dengan
yakin dan tabahnya dalam hidup bermasyarakat.
2. Kamu perlu memberikan ____________ secara berhemah terhadap
masyarakat yang melakukan kesalahan.

3. Jika kamu berhadapan dengan anggota masyarakat yang melakukan
kesalahan, buat aduan menggunakan __________ yang betul demi
ketenteraman.

4. Kamu perlu bertindak dengan _________ yang kukuh apabila
berhadapan dengan masyarakat yang melakukan kesalahan.

5. Sikap berani yang kamu tunjukkan dalam hidup bermasyarakat dapat
menjamin _________________ yang harmoni.

B. Teliti situasi dan jawab soalan.


Tong barangan terpakai yang terletak berhampiran
dengan Balai Raya Taman Anggerik dipenuhi
dengan barang buangan di sekelilingnya. Tindakan
masyarakat menyebabkan pemandangan yang
tidak menyenangkan.

___________________________________
1. Apakah amalan
berani yang boleh ___________________________________
kamu lakukan? ___________________________________




2. Apakah cabaran ___________________________________
amalan berani ___________________________________
yang kamu
hadapi? ___________________________________

3. Apakah perasaan kamu ___________________________________
apabila dapat
mengamalkan sikap ___________________________________
berani dalam hidup ___________________________________
bermasyarakat?

88

JANA
IDEA
















































Eh, bakinya
terlebih! Saya patut
memulangkannya.














89
89

UNIT
10
KUASA BERIADAH DENGAN JUJURNYA
MINDA



Baca dan fahami ikrar.


Kelab Remaja Taman Seri Hijau menganjurkan Kem Tunas Cemerlang
untuk kanak-kanak di Taman Seri Hijau. Kem tersebut diadakan selama
tiga hari dua malam. Haridas diberi pengiktirafan untuk membaca ikrar
dalam majlis perasmian kem itu.


IKRAR

Bahawasanya kami, peserta Kem
Tunas Cemerlang, berikrar dan
berjanji akan:
• Bercakap benar dalam semua
situasi;
• Mengamalkan sikap ikhlas
sepanjang sesi perkhemahan;

• Amanah terhadap segala
tugas yang diberikan; dan

• Kami juga sedar bahawa
sikap jujur yang diamalkan
sepanjang sesi kem ini akan
menjamin kehidupan
masyarakat yang harmoni
dan bersatu padu.




Senaraikan contoh amalan jujur yang boleh kamu lakukan dalam hidup
bermasyarakat.
Nyatakan cara kamu memupuk amalan jujur dalam hidup bermasyarakat.
Mengapakah kamu perlu mengamalkan sikap jujur dalam hidup
bermasyarakat?
Apakah perasaan kamu apabila dapat mengamalkan sikap jujur dalam
hidup bermasyarakat?



Galakkan murid untuk menceritakan pengalaman mereka 10.1
90 bersikap jujur dalam kehidupan bermasyarakat. 10.2
NOTA 10.3
GURU 10.4

UNIT
10
KUASA PENGIKTIRAFAN
MINDA
KERANA KEJUJURAN


Fahami situasi.

Persatuan Peningkatan Nilai Moral Thiruvalluvar menganjurkan sambutan
Hari Kanak-kanak di Kampung Teratai. Anisha telah dipilih sebagai
penerima Anugerah Kejujuran di Kampung Teratai.


Para hadirin sekalian, bersempena
dengan sambutan Hari Kanak-kanak, Biodata Penerima
Persatuan Peningkatan Nilai Moral
Thiruvalluvar dengan bangganya ingin Anisha, 11 tahun, merupakan seorang
menyampaikan Anugerah Kejujuran kanak-kanak yang berasal dari
kepada seorang kanak-kanak dari Kampung Teratai. Dia telah banyak
kampung kita. menunjukkan sikap kejujuran dalam
kehidupan bermasyarakat.

Izinkan saya untuk Dia sentiasa bercakap benar dalam
membacakan biodata apa-apa juga situasi. Sifat
penerima anugerah keikhlasannya juga sentiasa menjadi
tersebut. perbualan dalam kalangan
masyarakat Kampung Teratai.
Selain itu, dia tidak mengharapkan
sebarang balasan bagi setiap
bantuan yang dihulurkannya kepada
warga emas Kampung Teratai. Setiap
hari, Anisha akan membantu seorang
warga emas yang berniaga di pasar.
Dia tidak pernah mengharapkan
sebarang bayaran. Amalan kejujuran
dan keikhlasannya itu wajar dijadikan
teladan oleh kanak-kanak lain
di kampung ini.


Jelaskan contoh amalan jujur kamu selain yang dimiliki oleh tokoh ini.
Bagaimanakah kamu memupuk amalan jujur dalam hidup
bermasyarakat?
Apakah perasaan kamu apabila dapat mengamalkan sikap jujur dalam
hidup bermasyarakat?


Bimbing murid mengenal pasti cara memupuk amalan jujur
10.1 91
10.2 dalam hidup bermasyarakat dan membentangkannya dalam
10.4 kelas menggunakan PowerPoint. NOTA
GURU

UNIT
10
KUKUH JUJUR KETIKA BERTINDAK
MORAL




Baca dan fahami.


Ibu, saya hendak pergi ke perpustakaan awam
untuk memulangkan buku yang saya pinjam.









Baiklah, nak. Baliklah
Baiklah, ibu. dengan segeranya, ya.
















Eh, Chee Keong! Kamu
hendak ke mana? Saya hendak ke
perpustakaan awam,
Hasrul. Jom ikut saya.
Sebenarnya, saya
hendak menonton
rancangan
kegemaran saya,
tetapi saya lebih suka
mengikut kamu.

Betulkah? Saya
gembira kerana
kamu bercakap
benar dengan saya.






92

UNIT
10

Selamat petang, pak cik.
Saya hendak membeli
gula-gula sebanyak 20 sen.






Ambillah sendiri,
Chee Keong.
Ini gula-gulanya,
pak cik. Saya
ambil tiga biji Baiklah. Kamu
sahaja.
tidak perlu
tunjukkannya
kepada saya.
Saya tahu kamu
bercakap benar.





















Selamat pagi,
puan. Saya ingin
memulangkan buku Tidak mengapa, adik. Kami
yang saya pinjam akan membaikinya. Saya
tetapi terdapat helaian bangga dengan sikap jujur
yang terkoyak. Maaf. kamu dalam hal ini.
Saya tidak sengaja.

Pada pendapat kamu, apakah kepentingan amalan jujur
Chee Keong dalam hidup bermasyarakat?
Nyatakan perasaan kamu apabila dapat bersikap jujur dalam
masyarakat.



Bimbing murid melakonkan situasi di atas.
10.3 93
10.4 NOTA
GURU

UNIT
10
HEBAT AMALAN JUJUR
INSAN
PERLU DICONTOHI


Fahami berita dalam blog.

Amalan jujur dalam hidup bermasyarakat sering menjadi tajuk utama
dalam media massa dan laman sosial. Jaswant Singh menulis blog
tentang kisah kawannya, Jery.



SAYA DAN MASYARAKAT


CORETAN TENTANG KEMASYARAKATAN

18 September 20qq
Tentang saya
KEJUJURAN JERY PERLU DICONTOHI











Jaswant Singh
Semalam, saya dan rakan saya, Jery, pergi ke restoran yang Lihat profil lengkap saya
terletak di kawasan perumahan kami. Ketika sedang makan, CATATAN...
Jery mendapati seorang pemuda di meja makan sebelah t 20...(1)
tertinggal telefon bimbitnya lalu beredar dari restoran itu. Jery t KEJUJURAN JERY
dengan pantasnya mengambil telefon bimbit itu dan PERLU DICONTOHI
bergegas ke pintu restoran. Dia memulangkannya kepada t 20...(10)
pemuda itu. Pemuda itu berasa amat gembira dan lega t 20...(25)
kerana hampir kehilangan telefon bimbitnya yang agak
mahal. Pemuda itu memberikan wang kepada Jery atas
tindakan jujurnya. Jery menolak pemberian itu. Sebaliknya,
dia berasa gembira dan bangga kerana dapat bersikap jujur
terhadap anggota masyarakat.

Jelaskan cara kamu memupuk amalan jujur dalam hidup bermasyarakat.
Pada pendapat kamu, mengapakah amalan jujur Jery wajar dicontohi?
Nyatakan perasaan kamu apabila dapat bersikap jujur dalam
masyarakat.
Ceritakan amalan kejujuran kamu dalam hidup bermasyarakat.

10.2
94 Galakkan murid untuk mengumpulkan kisah kejujuran dalam 10.3
masyarakat dan mencatatnya dalam buku NILAM. 10.4
NOTA 10.5
GURU

UNIT
10
HEBAT BERNIAGA SECARA JUJUR
INSAN



Fahami cerita dan lengkapkan peta minda.

Sanawi membantu ayahnya mengusahakan pasar
raya di Kampung Sungai Lingkau. Baru-baru ini,
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung (JKKK) telah mengadakan satu program
pengiktirafan kepada pengusaha pasar raya yang
mengamalkan sikap jujur demi kepentingan
masyarakat setempatnya.


Amalan jujur
saya sebagai
pengusaha pasar
raya terhadap
masyarakat.




















Saya tidak
akan menjual
barangan tamat
tempoh.




Apakah faedah yang kamu peroleh apabila bersikap jujur seperti
Sanawi dan ayahnya?
Jelaskan cara memupuk amalan jujur dalam hidup bermasyarakat.
Nyatakan perasaan kamu apabila dapat bersikap jujur terhadap
anggota masyarakat.

10.1
10.2 Bimbing murid menghasilkan peta minda yang mengandungi 95
10.3 amalan jujur dalam hidup bermasyarakat.
10.4 NOTA
GURU

UNIT
10
PUPUK MENEROKA KEJUJURAN
NILAI



Laksanakan aktiviti Jalan Galeri.

Kelas bimbingan anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tawas Gemilang
mengendalikan satu aktiviti Jalan Galeri bagi tema “Kejujuran”.


PANDUAN AKTIVITI
Murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan terdiri
daripada tiga orang murid. Setiap kumpulan akan bergerak dari satu stesen
ke stesen lain sambil mencatat maklumat yang dikehendaki dalam setiap
situasi pada kertas sebak yang ditampalkan pada dinding.





Situasi 1

Kamu dan rakan-rakan
sekampung sedang bermain
bola sepak. Bola yang kamu
tendang terkena pada
sebuah motosikal dan cermin
sisinya patah.

Contoh Amalan Jujur
__________________




Situasi 2

Kamu meminjam jersi
Kelab Bola Sepak
Tawas Gemilang.
Kamu mendapati jersi
itu terkoyak ketika
memulangkannya.
Cara Menunjukkan
Amalan Jujur

__________________


96

UNIT
10









Situasi 3

Kamu telah dilantik sebagai
Bendahari Kelab Tunas
Cemerlang. Kamu
diamanahkan untuk
menyimpan wang kelab itu.

Kepentingan Amalan Jujur
__________________









Situasi 4

Kamu lewat menghadiri
latihan bola sepak kerana
tertidur.
Perasaan Mengamalkan
Amalan Jujur
__________________








Nyatakan cara memupuk amalan jujur dalam masyarakat bagi situasi tersebut.
Jelaskan perasaan kamu ketika mengamalkan sikap jujur dalam situasi tersebut.
Mengapakah amalan jujur terhadap masyarakat dalam situasi tersebut penting?
Jika seorang kenalan kamu bersikap tidak jujur terhadap kamu, apakah
tindakan kamu?
Lakonkan situasi yang menunjukkan amalan kejujuran dalam masyarakat.




10.1 Bimbing murid melakonkan situasi yang
10.2 menunjukkan kejujuran terhadap masyarakat. 97
10.3
NOTA
10.4 GURU
10.5

UNIT
10
DUGA MARI UJI DIRI
AKAL




Tandakan (/) pada ruangan kosong di bawah bagi menilai tahap
kejujuran kamu.

Petunjuk: 1 = Tidak Pernah 2 = Kadangkala 3 = Kerap



Bil. Pernyataan 1 2 3
Saya tidak menggunakan wang kelab untuk kegunaan
1.
sendiri.
Saya mengaku jika saya menyebabkan sebarang
2.
kerosakan ketika menggunakan kemudahan awam.
Saya bercakap benar jika tidak menghadiri kelas karate
3.
di desa saya.


4. Saya menyimpan rahsia rakan-rakan sekampung.

Saya menolong anggota masyarakat secara ikhlas tanpa
5.
mengharapkan ganjaran.
Saya mengaku jika tidak tahu tentang sesuatu perkara
6.
ketika bergaul dengan rakan-rakan.
Saya memulangkan baki wang yang terlebih apabila
7.
berurusan dengan pekedai di kampung.
Saya bergaul secara ikhlas dengan rakan-rakan
8.
di kampung saya.

Jumlahkan skor yang kamu dapat.


Jumlah skor Penerangan

17 hingga 24 Tahniah! Kamu seorang yang jujur.

9 hingga 16 Memuaskan! Tingkatkan sikap jujur kamu.

0 hingga 8 Berikan perhatian kepada amalan kejujuran kamu.



Refleksi Kendiri:


98
98

JANA
IDEA



































































99
99

UNIT
11
KUASA BERKAT KERAJINAN
MINDA




Baca dan fahami.




Taman Suria telah
dikurniai “Anugerah
Taman Lestari” oleh majlis
perbandaran daerah
bersempena dengan
Hari Bumi Sedunia.
Untuk makluman semua,
Taman Suria telah tiga kali
memenangi anugerah
tersebut. Kejayaan
mereka diraih dengan titik
peluh semua penduduk
taman.





Bolehkah adik Bagaimanakah
terangkan Program Kitar Semula
Projek ini dijalankan usaha penduduk dilaksanakan?
sepanjang masa kampung dalam
mengikut jadual yang Projek Tanam
disediakan. Setelah Pokok?
projek ini dipergiat,
suasana taman
kami semakin ceria
dan indah.




Program Kitar Semula dijalankan
setiap dua minggu. Antara aktiviti
yang diadakan termasuklah
mengasingkan bahan buangan
yang boleh dikitar semula.




100

UNIT
11


Apakah usaha yang dilakukan oleh penduduk
taman sehingga menghasilkan sayur-sayuran
yang subur seperti ini?



Kami menanam sayur
menggunakan kaedah hidroponik.
Kami sentiasa mengawal tanaman
daripada serangan serangga
perosak. Selain itu, kami juga akan
menukar larutan nutrien setiap
tujuh hari untuk mengelakkan
takungan air menjadi tempat
Larutan pembiakan nyamuk.
Nutrien



Bagaimanakah penduduk taman
dapat memanfaatkan bahan
terpakai yang telah dikumpulkan?




Kelas mencipta bahan
inovasi daripada bahan
terpakai diadakan pada
setiap hari Ahad. Bahan
inovasi yang dihasilkan
diletakkan di balai raya
dan taman permainan
untuk kegunaan semua
penduduk taman.





Apakah amalan rajin yang patut kamu tunjukkan bagi menjayakan
program kemasyarakatan?
Jelaskan kepentingan amalan rajin dalam hidup bermasyarakat.
Ramalkan kesan pengabaian sikap rajin dalam hidup bermasyarakat.
Ceritakan pengalaman kamu bersikap rajin dalam hidup
bermasyarakat.



11.1 Minta murid mencari berita tentang masyarakat yang
11.2 bersikap rajin dalam menjayakan sesuatu program dan 101
11.3 kongsikannya bersama-sama dengan rakan. NOTA
11.5 GURU


Click to View FlipBook Version