hati Labu Mutiara
Di tengah hutan cahaya, terdapat sebuah tasik yang luas dan berkilauan. Di tasik ini, hiduplah pelbagai haiwan yang saling bekerjasama dan menghormati satu sama lain. Di antara mereka, ada seekor kura-kura kecil bernama Labu. 1
Labu mungkin tidak selaju tupai atau sekuat beruang gagah, tetapi dia terkenal dengan kerajinannya dan tidak pernah putus asa dengan keadaannya yang lambat. 2
Namun, ada satu perkara yang membuat Labu berfikir bahawa adakah kejujuran benar-benar berbaloi? Kadangkala, dia melihat haiwan lain yang menipu dan mengambil kesempatan, tetapi hidup Bahagia. Dia bertanya-tanya, “Adakah lebih baik jika aku menyimpan sesuatu untuk diri sendiri?” Dia juga berfikir mungkin dia akan menyimpan sesuatu yang membuat dia dihormati oleh semua haiwan di hutan. Haiwan di hutan mendengar bahawa hutan yang indah dan terang di waktu malam itu telah mempunyai sebuah Mutiara Ajaib yang menerangi hutan. 3
Labu berfikir, jika Mutiara itu menjadi miliknya akankah semua haiwan akan berteman dengannya. Namun, ibunya telah mengetahui Hasrat Labu. Ibunya memberikan pesanan kepada Labu yang membuatkannya berfikir sekali lagi tentang niatnya itu. 4
Keesokan harinya, Raja burung helang membuat pengumuman kepada seluruh penghuni hutan. Suatu malam, semua haiwan di hutan heboh dengan kehilangan Mutiara Ajaib itu, mereka mengetahuinya kerana hutan menjadi gelap dan tidak seindah selalunya. 5
“Dengar sini, haiwan-haiwan sekalian ! Mutiara Ajaib milik hutan telah hilang. Mutiara itu sangat penting kerana ia boleh memberikan kita cahaya pada waktu malam. Sesiapa yang menjumpai dan menyerahkannya dengan jujur, akan menerima hadiah Istimewa.” 6
Labu juga bersemangat mencari Mutiara Ajaib yang dimaksudkan oleh Raja burung Helang, namun semua haiwan melihat Labu dan memandang rendah terhadapnya. “Labu, kau juga ingin mencari Mutiara itu?” kata Katak dengan sombong diikuti oleh gelak tawa haiwan lain. Labu tidak menghiraukan haiwan lain dan berjalan untuk mencari tempat yang selesa sementara haiwan lain bergerak untuk mencari Mutiara Ajaib itu sambil tertawa bersama. Walaupun dengan rasa kecewa, Labu tidak menyimpan semua perkataan katak di dalam hati dan masih ingin meneruskan pencariannya. 7
Semua haiwan yang mendengar pengumuman tersebut bersemangat. Mereka ingin mencari Mutiara itu, bukan sahaja kerana penting tetapi ingin mendapatkan hadiah yang ditawarkan. Tasik menjadi riuh-rendah. Ikan Haruan, katak, dan itik segera menyelam ke dalam air untuk mencari Mutiara itu. Tupai laju pula melompat-lompat di atas batu, berharap Mutiara itu mungkin terselit di celah-celah batu. 8
Namun, setelah lama mencari, mereka semua pulang dengan tangan kosong. Labu hanya melihat dari jauh, dia tahu dia tidak sepantas haiwan lain, namun hatinya kuat mengatakan bahawa dia perlu mencuba. 9
"Tanah subur laman si nyonya, Tumbuh mekar pohonan duku, Namun jika aku menyimpannya, Bahagiakah hatiku?” (pantun empat kerat) Dengan Langkah perlahan tetapi penuh tekad, Labu menyelam ke dalam air. Labu mencari cukup lama keberadaan Mutiara itu di dasar laut namun belum menemukannya . Akhirnya, di dasar tasik yang sunyi dan gelap, dia ternampak sesuatu berkilauan di celah batu besar. Itu Mutiara Ajaib! Ia memancarkan sinar lembut seperti bulan purnama. Labu menghulurkan tangannya dan mengambil dengan penuh hati-hati dan berkata, 10
Hatinya berdebar-debar. Dia sedar, tiada sesiapa pun melihatnya. Kalau dia mahu, dia boleh menyimpan Mutiara itu untuk dirinya sendiri. Dia akan menjadi haiwan paling Istimewa di hutan seperti yang dia impikan. Namun, dia teringat akan pesanan ibunya semasa dia masih kecil. “Jangan tamak dengan sesuatu yang bukan milik kita, Labu. Jujur lebih berharga daripada permata.” Dengan tekad kuat, Labu memutuskan untuk berlaku jujur. 11
Dengan penuh semangat, Labu naik ke permukaan air dan bersuara, “Aku telah menemui Mutiara itu!” Semua haiwan terkejut. “Benarkah? Bagaimana kau boleh menemuinya sedangkan kami semua telah mencarinya?” Tanya Itik dengan curiga. 12
Itik mendekati Labu dan berkata, “Labu, kau boleh menyimpan Mutiara itu dan menjadi haiwan paling berkuasa di hutan. Mengapa kau mahu menyerahkannya?” Semua haiwan turut menyetujui perkataan si Itik tanpa rasa bersalah. Labu berkata kepada mereka dengan tenang, 13
Mutiara ini bukan milikku, Ia milik hutan, ia milik semua, Jujur lebih berharga darinya, Biar hatiku tenang selamanya. Kejujuran cahaya hati, Lebih bersinar dari permata, Siapa jujur pasti dihormati, Hidup berkat Bahagia sentiasa. (sajak) Tanpa ragu dan menghiraukan perkataan si itik, Labu berjalan melewati semua haiwan dan mencari keberadaan Raja Burung Helang dan membawa mutiara itu ke hadapan Raja burung Helang. 14
Raja burung Helang melihat Mutiara itu dan menatap Labu dengan penuh kagum. “Kura-kura Labu,” kata Raja burung Helang dengan suara yang megah, “kau telah membuktikan kejujuran lebih bernilai dari harta benda. Aku berjanji, kejujuranmu tidak akan sia- sia.” Selepas mendengar perkataan Raja burung Helang, itik dan yang lainnya merasa bersalah akan perbuatan mereka yang cuba untuk menghasut Labu. Semua haiwan di hutan bersorak gembira dan bertepuk tangan untuk Labu. 15
“Mulai hari ini, aku anugerahkan kepadamu Batu kristal cahaya. Ia akan bersinar pada waktu malam dan melindungimu dari bahaya!” Labu sangat terharu. Dia tidak menyangka bahawa mendapat penghormatan besar ini semua haiwan melihatnya bukan sebagai kura-kura lemah, tetapi sebagai simbol kejujuran di hutan. Labu juga bangga kepada dirinya sendiri kerana berhasil melawan semua hasutan yang di terimanya. “Ibu pasti bangga terhadap saya saat ini” Kata Labu. 16
Pada malam itu, semua haiwan berkumpul dan menyanyikan lagu untuk merayakan Labu. 17
TAJUK LAGU: JUJUR ITU CAHAYA HATI Jujur, jujur hati bersih, Hidup aman, tiada sedih, Jika salah, mengaku sendiri, Pasti semua suka hati. Mutiara cantik bercahaya, Bukan milik kita semua, Kalau tamak, hati gelisah, Jujur itu sifat mulia. Burung terbang tinggi di awan, Bersinar bulan di kegelapan, Siapa jujur akan disayang, Hidup tenang penuh riang. Jangan bohong, jangan menipu, Buruk nanti akibatnya, Orang jujur dihormati, Rugi kalau berdusta! ( Irama: Nenek-nenek si Bongkok Tiga ) 18
PENGAJARAN 1. Jangan mudah berputus asa - sikap Labu yang tidak berputus asa untuk mencari mutiara walaupun haiwan lain berhenti mencarinya telah membuahkan hasil. 2. Kejujuran akan membawa keberkatan - Labu menemui Mutiara tersebut dan memilih untuk menyerahkannya kepada Raja Burung Helang walaupun ia sudah bertekad untuk menyimpannya. 3. Jangan mudah terpengaruh dengan godaan - Labu diuji oleh haiwan lain untuk tidak menyerahkan Mutiara itu, namun tanpa ragu, Labu menyerahkannya kepada Raja Burung Helang. 4. Kebaikan dan kejujuran akan dihargai - Selepas menyerahkan Mutiara Labu disanjung oleh semua haiwan di hutan dan menerima anugerah daripada Raja burung Helang. 5. Jangan memandang rendah kepada diri sendiri - Labu mungkin perlahan dan kecil, tetapi kerana kejujurannya, dia menjadi simbol kepercayaan dan dihormati oleh seluruh haiwan di hutan. 19
-TAMAT-