PERMAINAN PETANQUE
LEE HUI YING
6RK4
SEJARAH PETANQUE
Dikesan kewujudannya sejak 900 s.m apabila satu set bola dan jek
ditemu di makam orang Mesir Purba tahun 7000 s.m.Kemudian
sukan ini dimainkan oleh orang Rom dan Greek.Dikaji bahawa orang
Rom orang yang pertama memainkan di Marseilles 2600s.m yang
lalu.
Pada zaman pertengahan sukan ini sangat popular sehingga
dilarang kerana sesuatu sebab yang tidak diketahui.Pada kurun ke-
17 bangsawan Perancis menjadikan permainan ini sebagai
permainan bangsawan dan Raja Louis XIV Perancis telah
memperkenalkan permainan petanque kepada 14 mata
kiraannya.Semasa perang Napoleon menggunakan peluru marian
sebagai bola permainan.
Sejarah moden sukan ini bermula di Clotat Perancis pada tahun
1910 apabila seorang yang catat daripada kemalangan telah
membaling bola petanque tepat ke sasaran dengan keadaan
berdiri.Ini sangat menakjubkan.Kemudian ,permainan ini cukup
popular ke tanah jajahan Perancis ke Afrika.Pasifik Selatan dan
Eropah Barat,Thailand,Vietnam,Jepun dan lain-lain.
Di Malaysia sukan ini diperkenalkan oleh Prof Diraja Ungku Abdul
Aziz(Naib Canselor UM)dan YDP Angkasa pada tahun 1989.Pada
tahun 1990 upacara permainan ini telah disempurnakan oleh YB
Datuk Seri Najib Tun Razak(ketika itu Menteri Belia dan Sukan
Malaysia)pada 22 Mac 1990 di padang Jalan Timur,Petaling Jaya
sebagai salah satu acara sukan Negara.Sehingga kini sukan ini terus
diangkat martabatnya ke peringkat kebangsaan oleh ANGKASA*.
* Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
(ANGKASA)
ALATAN PETANQUE
1.BOULE(bola)
-Berbentuk bulat diperbuat daripada logam dan berongga di
bahagian dalamnya.
-Mempunyai garis pusat antara 70.5mm hingga 80mm
.-Beratnya antara 650g hingga 800g.
-Boule ini mempunyai jenama tertentu,angka penunjuk berat. dan
nombor siri tertera padanya.
-Boule yang diguna di dalam pertandingan mestilah yang telah
diluluskan oleh badan antarabangsa (FIPJP) atau persekutuan
petanque kebangsaan(PPM).
2.JACK
-Berbentuk bulat tetapi diperbuat daripada kayu keras.
-Mempunyai garis pusat antara 25mm hingga 35mm.
-Boleh diwarnakan tetapi warnanya mestilah boleh dilihat dengan
jelas di atas permukaan gelanggang.
3.ALAT PENGUKUR JARAK
-Meliputi alat-alat seperti “tape measure”,”telescopic
measure”,”calliper”dan”tappet gauge”.
-Digunakan untuk mengukur jarak boule yang terdekat dengan
kedudukan jack.
4.KAIN ATAU TUALA KECIL
-Didunakan untuk membersihkan boule semasa pertandingan.
5.BEG
-Mempunyai saiz yang sesuai untuk mengisi dan membawa
peralatan petanque.
CARA PERMAINAN PETANQUE
(a) Teknik asas memegang bola
1. Menggunakan 4 jari rapat tanpa menggunakan ibu jari.
2. Menggunakan kelima-lima jari dengan sokongan ibu jari pada
sisi tepi.
3 .Menggunakan kelima-lima jari dengan sokongan ibu jari
pada sisi depan.
3. Menggunakan kelima-lima jari dengan sokongan ibu jari pada
sisi belakang.
(b) Teknik asas posisi kaki
1. Kedudukan kaki separuh ke depan dan separuh ke
belakang.
2. Kedudukan kaki sama/selari.
3. Kedudukan kaki setengah di hadapan dan setengah di
belakang dan sedikit terbuka di bahagian belakang.
(C)Teknik asas posisi pointing
1.(a) Paras kedua-dua lutut sama tinggi.
1.(b) Paras lutut kanan lebih tinggi.
2.(a) Hayunan bola dari paras bahu.
2.(b) Hayunan bola dari aras bawah.
TIP POINTING
• Kedudukan badan/ kaki mestilah seimbang.
• Tumpuan mata ke arah jatuhan bola (landing point).
• Ketika bola dilepaskan jari rapat dan tangan lurus serta pergelangan
tangan bengkok ke atas.
Teknik Pointing
1. Lontaran rendah (rolling)
2. Lontaran sederhana(half lob)
3. Lontaran tinggi(full lob/high lob)
Kaedah yang sama untuk pointing berdiri.
Pestikan lontaran anda menepati kawasan jatuhan
bola(landing point) dan menyeimbangkan kekuatan lontaran
dan ketinggian lontaran bola.
(d) Teknik asas posisi shooting
Pastikan posisi kaki , lutut , badan , jari dan tangan dalam
keadaan betul dan selesa.
Tumpuikan perhatian kepada target.(bola/jack)
Hayukan tangan ke belakang dengan pergerakan
seluruh badan dengan lembut.
Bongkokkan sedikit badan untuk menambah kekuatan
kepada teknik “Back swing”.
Ketika melepaskan bola, pastikan tangan
lurus,peegelangan tangan bengkok ke atas, kelima-lima
jari rapat, lutut dan pinggang terkunci dan setkan
minda-bukan”Shoot” tapi “Put”.
SYARAT PERTANDINGAN PETANQUE
1.Target Permainan
Melontar bola paling hamper dengan jack berbanding pasukan
lawan.
2.Kombinasi Pasukan
Permainan petanque boleh dimainkan dengan 3 cara:
(a)3 pemain melawan 3 pemain(triples),setiap pemain
menggunakan 2 boules.
(b)2 Pemain melawan2 pemain(doubles),setiap pemain
menggunakan 3 boules.
(c)1 pemain melawan 1 pemain(single),setiap pemain
menggunakan 3 boules.
3.Penentuan Memulakan Permainan
Permainan boleh dimulakan dengan melambung syiling untuk
menentukan pemain atau pasukan yang akan melontar jack
berukuran 25-35mm.
Contohnya,pemain pasukan biru menang lambungan syiling dan
mereka akan memulakan permainan.
4.Memulakan Permainan
Pemain daripada pasukan biru akan melakar bulatan berukuran(35-
50cm)di dalam gelanggang.Pemain akan melontar jack dengan jarak
6-10 meter daripada bulatan itu.Semasa melontar jack atau
boules,kedua-dua kaki mesti berada di dalam bulatan tanpa
mengangkat kedua –dua kaki sehingga boules pemain menyentuh
gelanggang.
5.Lontaran Bola Pertama
Pasukan biru akan melontar bola pertama ke arah jack seberapa
dekat yang boleh.Pemain pertama daripada pasukan merah pula
masuk ke dalam bulatan untuk membuat lontaran boules ke arah
jack untuk cuba mengatasi pasukan lawan.
6.Pointing
Pemain melontar bola secara pointing mengikut skill untuk
mendekatkan boules mereka dengan jack berbanding pihak lawan.
7.Shooting
Kaedah memukul(shoots) boules pihak lawan yang berada dekat
jack supaya beredar jauh dari jack.
8.Jika Berjaya
Sekiranya pasukan merah berjaya mengubah kedudukan,pasukan
biru pula akan membuat lontaran.
9.Jika Tak Berjaya
Pemain pasukan merah akan memainkan bola lagi sehingga
kedudukan berubah dan selagi bola masih ada.Setelah habis bola
untuk dimainkan,pasukan lawan pula mengambil tempat untuk
mengutip seberapa banyak mata sehingga habis.
10.Penentuan mata
Pasukan akan mendapat mata berdasarkan bilangan bola
pasukannya berada dekat jack berbanding pasukan lawan(paling
kurang 1 mata dan maksimum 6 mata)
Sebagai contoh,dalam ganbar rajah di bawah,pasukan biru
mendapat 3 mata.
Pasukan yang menang akan melakar bulatan bagu memulakan
permainan seterusnya.
11.Akhir Pemainan(Pemenang)
Pasukan yang dahulu mendapat 13 mata adalah dikira pemenang.
LAMPIRAN
SEKIAN , TERIMA KASIH!