KOR KADET POLIS
SMK (L) METHODIST, PULAU PINANG
PN NORHASMAH BINTI HASSAN
PENGENALAN
• Berdasarkan Seksyen 68 Akta Polis 1967, Ketua Polis
Negara dengan persetujuan Menteri Dalam Negeri
bolehlah menubuhkan Pasukan Kadet Polis di seluruh
Negara. Tujuan penubuhan Kadet Polis adalah untuk
memberi pendedahan kepada sebilangan pelajar dalam
aspek peranan dan fungsi kepolisan dalam menangani
masalah jenayah, dadah, moral dan sosial dalam
kalangan pelajar yang bakal menjadi pemimpin pada
masa hadapan.
PENGENALAN
• Pasukan Kadet Polis Diraja Malaysia adalah
pasukan beruniform yang wujud di seluruh
sekolah-sekolah menengah di Malaysia yang
berupaya mendisiplinkan pelajar-pelajar
sekolah dan berupaya mengelakkan diri mereka
daripada segala kegiatan negatif yang mampu
merugikan diri sendiri.
SEJARAH PENUBUHAN
• Atas arahan MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) Akta
Polis 1967 telah dipinda membolehkan penubuhan
Pasukan Kadet Polis dibawah Seksyen 68 akta tersebut.
Penubuhan Pasukan Kadet Polis merupakan salah satu
kegiatan kokurikulum sekolah menengah sebagai mana
yang ditakrifkan dalam Akta Pelajaran 1961 dan
mengikut Ordinan No. 2. (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat
1969, Akta Polis 1967 Jil. 13 Bil. 24 bertarikh 20hb
November, 1969 P.U. (A) 487 yang diselaraskan oleh
Polis Diraja Malaysia.
SEJARAH PENUBUHAN
• Idea penubuhan kadet polis ini telah
dicetuskan oleh Ketua Polis Negara
yang Kedua, Allahyarham Tun
Mohamed Salleh bin Ismail ketika
merasmikan Pelancaran Pasukan Kadet
Polis pada 2 Mac 1970.
LOGO
LOGO PDRM • Bulan Bintang – melambangkan Islam sebagai
agama rasmi negara
• Kalimah Allah – melambangkan unsur
keimanan sebagai wadah kedaulatan agama
Islam
• Mahkota – mencerminkan bahawa pasukan
Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung
tinggi kesuacian Islam dan kebesaran Allah
serta merupakan satu penghormatan kepada
DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong di atas pengurniaan gelaran “Diraja”
kepada pasukan.
• Keris – melambangkan Semenanjung Malaysia.
Parang Elang atau Klewang melambangkan
negeri Sabah dan Sarawak
• Harimau – melambangkan keberanian dan
ketangkasan dalam menghadapi cabaran
musuh.
• Bunga padi – melambangkan makanan asasi
serta kemakmuran negara.
BENDERA ‘SANG Sang Saka Biru adalah
SAKA BIRU’ nama bendera PDRM
yang telah
diperkenalkan pada
16 Mei 1994 dan
digunakan sehinggalah
sekarang. Ia
melambangkan
keunggulan dan
kemegahan PDRM.
BENDERA • Warna biru telah dipilih kerana telah
diterima sebagai warna sejagat dan
digunakan oleh kebanyakan polis di
seluruh dunia. Biru melambangkan
keamanan, kesejahteraan dan
ketenteraman yang menjadi teras
perjuangan pasukan polis.
• Di tengah-tengah terdapat lambang
polis berwarna putih.
• Motto ‘Polis Diraja Malaysia’
menunjukkan ketinggian serta
keazaman anggota pasukan.
• Bendera polis dikibarkan pada setiap
hari dari jam 6:30 pagi hingga 6:00
petang dengan tatacara dan
penghormatan tertentu.
SEJARAH PENUBUHAN
• Idea penubuhan kadet polis ini telah dicetuskan oleh Ketua Polis Negara yang kedua,
Allahyarham Tun Mohamed Salleh bin Ismail ketika merasmikan Pelancaran Pasukan Kadet
Polis pada 2 Mac 1970. Allahyarham dalam ucapannya yang berbunyi.
"The overall objective is to make the cadet a responsible citizen of the future. He must yield a
strong and healthy influence among his colleagues, friends and family so that in the years
ahead, there will he a new breed, of enlightened good citizens contributing to nation building."
Bermaksud: Objektif keseluruhan adalah untuk menjadikan kadet polis ini seorang
warganegara yang bertanggungjawab dimasa hadapan. Hasil yang wajib satu pengaruh yang
kukuh dan sihat di kalangan rakan-rakan sekerjanya, kawan-kawan dan keluarga supaya pada
tahun-tahun yang mendatang, akan adanya satu baka barunya, warganegara yang baik
menyedarkan menyumbang untuk pembangunan bangsa.
SEJARAH PENUBUHAN
Ahli-ahli Kadet dan Pegawai Rendah Kadet akan dipilih
dari murid-murid sekolah menengah yang telah dipilih
untuk ditubuhkan PKP. Pegawai-pegawai Kanan Kadet
pula adalah guru-guru sekolah tersebut dan Pegawai-
pegawai Pelajaran Negeri. Peraturan ini adalah bagi
kemudahan pentadbiran.
ORGANISASI
• Rangka Pertubuhan Pasukan Kadet Polis adalah disusun sama seperti susunan
Polis biasa. Pasukan Kadet Polis dibahagikan kepada Kompeni dan Platun. Setiap
pelatun itu mengandungi anggota-anggota yang datang dari sebuah sekolah
sahaja yang anggotanya semua lelaki atau semua perempuan. Satu Kompeni
adalah mengandungi 4 Platun dan diketuai oleh seorang Komander Kompeni
berpangkat Assistan Superintendant Polis. Jawatan ini dipegang oleh seorang
Pegawai Pendidikan atau Guru Kanan Sekolah. Komander Kompeni adalah
dibantu oleh seorang Ajutan berpangkat Inspektor, seorang Sub-Inspektor dan
dua Sarjan Mejar.
ORGANISASI
• Ibu Pejabat Kompeni Kadet ini terletak di Ibu Pejabat Polis Daerah di mana
Pasukan ini berada. Satu platun adalah terdiri daripada 35 ahli termasuk
seorang pegawai kanan kadet, seorang sarjan dan tiga orang koperal.
Pegawai Kanan Kadet berpangkat Inspektor adalah guru sekolah dan yang
lain penuntut sekolah.
TUJUAN PENUBUHAN
• Peranan Belia Di Dalam "Nation Building"
Generasi muda diperhitungkan sebagai harapan bangsa dan negara. Merekalah yang akan membentuk
tulang belakang dalam pembangunan negara dalam semua aspek baik ekonomi, politik, mahupun
perbaharuan. Dasar Belia Negara bertujuan melahirkan masyarakat belia yang berdisiplin, berpelajaran
dan bertanggungjawab.
• Sebagai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah
Membangunkan murid-murid sekolah dari segi sosial, emosi, moral, mental dan fizikal;
Mengetahui tanggungjawab, kualiti kepimpinan serta kebijaksanaan murid-murid sekolah; dan
Memperkayakan masa lapang pelajar sekolah
KEAHLIAN
• Keahlian pertubuhan ini hanya dikhaskan kepada murid-
murid sekolah menengah, yang berumur antara 14 tahun
hingga 21 tahun. Hanya mereka yang berbadan sihat dan
cergas sahaja akan dipilih untuk menjadi ahli pertubuhan
ini.
LATIHAN
• Antara latihan yang diberi kepada anggota kadet polis ini adalah:-
1. Kawad -- semua jenis latihan termasuk pengendalian senjata dan kawad kaki.
2. Kuliah -- undang-undang, tugas dan tanggungjawab Polis
3. Pertolongan Cemas
4. Syarahan-syarahan berkenaan ancaman anasir-anasir jahat kepada negara
dan cara mengelakan diri dari dipengaruhinya
5. Khemah tahunan di mana ahli-ahli akan menjalankan latihan-latihan amali
6. Menjalankan gerakan jiwa murni dan projek kemasyarakatan.
UNIFORM
1.Setiap Ahli Kadet Polis yang baru dilantik dikehendaki
mempunyai sepasang baju Kadet Polis. Selain itu mereka perlu
melengkapkan uniform mereka dengan aksesori berikut :
a) Sepasang kasut hitam
b) Sepasang sarung kaki hitam
c) Beret
d) Lencana beret berpelapik biru
e) Tali pinggang biru tua
f) Rantai kocek (land yard)
g) Wisel
h) Sepasang lencana bahu
i) Sepasang lencana kolar
UNIFORM
2. Kelengkapan bagi kasut dan beret boleh ditukar pada tiap-tiap
selepas lapan belas bulan.
3.Lencana Koperal, Sarjan, Sarjan Mejar dan Sub-Inspektor akan
dibekalkan apabila mereka naik pangkat.
CONTOH UNIFORM
PANGKAT
TAHAP I
• 1. PENGETAHUAN KEPOLISAN DAN KENEGARAAN
• 1.1 Pengenalan Kepada Organisasi Pasukan Peringkat Pusat , Negeri , Daerah dan Balai.
• 1.2 Pengenalan Kepada Undang – Undang :
• 1.2.1 Kanun Keseksaan.
• 1.2.2 Kanun Acara Jenayah.
• 1.2.3 Akta Dadah Berbahaya.
• 1.2.4 Kes Juvana.
• 1.2.5 Akta Senjata Api.
• 1.2.6 Akta Pengangkutan Jalan.
• 1.2.7 Akta Orang Muda.
• 1.2.8 Undang – Undang Kecil 3/55.
• 1.2.9 Akta Perlindungan Kanak – Kanak.
• 1.2.10 Undang – Undang Benda Melecur / Bahan Letupan / Senjata .
• 1.2.11 Akta Rasuah.
• 1.2.12 Kesalahan – Kesalahan Tatatertib Dan Hukuman.
TAHAP I
• 1.3 Kenegaraan
• 1.3.1 Sejarah Negara ( Polis Diraja Malaysia )
• 1.3.2 Kepimpinan dalam PDRM Semasa Pemerintahan British.
• 1.3.3 Perisytiharan Darurat 1948.
• 1.3.4 Penubuhan Pasukan Polis di Semenanjung Tanah Melayu.
• 1.3.5 Federated Malay Police.
• 1.3.6 Straits Settlement Police.
• 1.3.7 Pembubaran Perisytiharan Darurat 1960.
• 1.3.8 Kemerdekaan Tanah Melayu 1957.
• 1.3.9 Sejarah Penubuhan Malaysia.
• 1.3.10 Penglibatan Polis Mencegah Penyeludupan Dan Penagihan Dadah.
• 1.3.11 Penglibatan Polis Membantu Menyelesaikan Masalah Muda/Mudi.
• 1.3.12 Tokoh – Tokoh Yang Berjasa Kepada Negara.
• 1.3.13 Mengenali Lambang – Lambang Negeri Dan Negara.
• 1.3.14 Lagu – Lagu Patriotik.
TAHAP II
• 2. BINA DIRI / KREATIVITI
• 2.1 Disiplin / kerohanian - Nyanyian Lagu Patriotik.
• 2.2 Ceramah Agama / Moral.
• 2.3 Hobi.
• 2.4 Sembahyang Berjemaah.
• 2.5 Projek Keceriaan.
• 2.6 Membaca Doa.
• 2.7 Ikrar Polis.
• 2.8 Gimrama Berkumpulan / Senamrobik.
• 2.9 Bersukan.
• 2.10 Kebudayaan ( yang tidak melanggar adab dan susila )
• - Puisi.
• - Drama.
• - Deklamasi Sajak.
• - Pantun / Syair.
• 2.11 Pertandingan Mengarang.
• 2.12 Sudut Pameran KP.
• 2.13 Reka Cipta.
• 2.14 Permainan / pertandingan Sukan Tradisional.
• 2.15 Qiamullail.
TAHAP III
• 3. KHIDMAT MASYARAKAT
• 3.1 Gotong – Royong melibatkan :
• Kawasan sekolah.
• Surau / Masjid.
• Tanah Perkuburan.
• Lain – lain.
• 3.2 Lawatan / Ziarah ke :
• Rumah kebajikan.
• Rumah anak – anak yatim.
• Rumah orang – orang tua.
• Hospital.
• Perkampungan orang asli.
• Pondok / Pusat pengajian agama.
TAHAP III
• 3.3 Pertolongan Cemas :
• 3.3.1 Mengenali konsep asas pertolongan cemas.
•Siapa perlu terlibat.
•Unit – unit berkaitan dengan kecemasan.
•Prinsip – prinsip asas pertolongan cemas.
• 3.3.2 Mengenali dan mengetahui.
•Tempat – tempat kemalangan.
•Jenis – jenis kenderaan.
•Sebab – sebab berlaku kemalangan.
•Cara – cara mengelak kemalangan.
• 3.3.3 Mengenali dan mengetahui.
TAHAP III
• 3.3.4 Cara – cara pertolongan cemas.
• Cara –cara membuat balutan.
• Cara – cara memberhentikan darah.
• Pitam / pengsan.
• Panas Keletihan.
• Renjatan Elektrik.
• Patah.
• Terseliuh.
• Kekejangan.
• Gigitan serangga / binatang buas.
• 3.3.5 Cara – cara membuat alatan bantuan pertolongan cemas.
• Pengusung / Strecher
TAHAP III
• 3.3.6 Kerja – kerja projek ( amali ) member pertolongan cemas kepada kes – kes yang dirancang seperti :
• Patah.
• Pitam.
• Berdarah.
• 3.3.7 Lawatan ke unit – unit kecemasan .
• Hospital.
• Balai Polis.
• Balai Bomba.
• 3.3.8 Pengenalan CPR / Bantu Mula.
• 3.4 Kebombaan.
3.4.1 Cara mencegah kebakaran.
3.4.2 Barang –barang mudah terbakar.
3.4.3 Alat lawan api.
TAHAP III
• 4. KETAHANAN DIRI
• 4.1 Perkhemahan
• 4.1.1 Kursus Pengurusan Kepimpinan Pegawai Kanan Kadet Polis.
• 4.1.2 Kursus Kepimpinan Anggota Pangkat Rendah ( APR ).
• 4.1.3 Perkhemahan Orientasi Kadet Polis Peringkat Sekolah.
• 4.1.4 Perkhemahan Tahunan Kor Kadet Polis Peringkat Daerah.
• 4.1.5 Perkhemahan Tahunan Kor Kadet Polis Peringkat Negeri.
• 4.1.6 Perkhemahan Tahunan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan.
TAHAP III
• 4.2 Kawad Kaki
• 4.2.1 Sedia / Senang Diri / Rehatkan Diri.
• 4.2.2 a. Hentak Kaki / Berhenti masa berlari.
b. Melangkah kehadapan/kebelakang
c. Langkah merusuk kiri/kanan
• 4.2.3 Baris dalam tiga barisan / Luruskan Barisan / Ke kanan lurus / Terangkan.
• 4.2.4 Buka / Tutup barisan / Nombor / Pengenalan Skuad / Terangkan.
• 4.2.5 Berpusing ke kiri / kanan / belakang / separuh dalam kedudukan statik.
• 4.2.6 Berjalan / Berhenti dalam cepat / belok kiri / kanan.
• 4.2.7 Hormat tanpa topi / Berpakaian awam / Pandang kiri / kanan dan lain-lain.
• 4.2.8 Hormat ke hadapan / Selaku terima sijil.
• 4.2.9 Hormat ke kiri / kanan semasa berjalan.
• 4.2.10 Berjalan / Berhenti dalam perlahan masa / belok ke kiri / kanan.
• 4.2.11 Hentak kaki / Maju / Berhenti dalam cepat masa.
• 4.2.12 Berpusing ke kiri / kanan / belakang / separuh dalam cepat masa.
• 4.2.13 Hentak kaki / Maju / Berhenti dalam perlahan masa.
• 4.2.14 Berpusing ke kiri / kanan / belakang / separuh dalam perlahan masa.
• 4.2.15 a. Tukar langkah cepat / perlahan dan sebaliknya.
b. Panjangkan / Pendekkan langkah masa berjalan cepat / perlahan masa
• 4.2.16 Buka / Tutup barisan masa berjalan cepat / perlahan.
• 4.2.17 Paraskan skuad / Terangkan.
• 4.2.18 Tukar haluan dalam masa berhenti / berjalan cepat / perlahan masa.
• 4.2.19 Jadikan skuad masa berhenti / berjalan cepat / perlahan masa.
• 4.2.20 Dari tiga jadikan satu barisan dan sebaliknya.
• 4.2.21 Barisan bertiga – tiga jadikan satu barisan.
TAHAP III
• 4.3 Kawad Senjata
• 4.3.1 Sedia / Senang Diri / Rehatkan Diri dan Masuk baris.
• 4.3.2 Julang senjata dari turun.
• 4.3.3 Julang senjata dari rusuk.
• 4.3.4 Rusuk senjata dari turun dan sebaliknya.
• 4.3.5 Hormat dari rusuk / Rusuk dari hormat.
• 4.3.6 Hormat dari turun / Turun dari hormat.
• 4.3.7 Periksa senjata dari rusuk / Lepaskan spring.
• 4.3.8 Periksa senjata dari turun / Lepaskan spring.
• 4.3.9 Hormat ke hadapan semasa berjalan.
• 4.3.10 Hormat ke kanan / kiri semasa berjalan.
• 4.3.11 Bimbit dari rusuk / Rusuk dari bimbit.
• 4.3.12 Bimbit dari julang / Julang dari bimbit.
• 4.3.13 Kalih senjata dari rusuk.
• 4.3.14 Kalih senjata dari bimbit.
• 4.3.15 Pergerakan bimbit senjata semasa berjalan.
• 4.3.16 Pergerakan kalih senjata semasa berjalan.
• 4.3.17 Baring / Angkat senjata dan senjata ke tepi padang gerak.
• 4.3.18 a. Sedia senjata dari turun dan sebaliknya.
b. Sedia senjata dari rusuk dan sebaliknya
c. Sedia senjata dari julang dan sebaliknya
• 4.3.19 Selaku Sentri ( Kawat Sentri ).
• 4.3.20 Pasang benet / Tanggal benet.
• 4.3.21 Songsang senjata dari hormat dan sebaliknya.
• 4.3.22 Tafakur junam senjata.
• 4.3.23 Peraturan Perbarisan Kawalan Kehormatan.
TAHAP III
• 4.4 Kawad Perseorangan
• 4.4.1 Cara Melapor.
• 4.4.2 Memberi Kata Perintah.
• 4.4.3 Mengawal Skuad.
• 4.5 Pendidikan Alam Sekitar
• 4.5.1 Mengenali dan mengkaji tumbuh-tumbuhan.
• 4.5.2 Memerhati kehidupan.
• 4.5.3 Kajian Air.
TAHAP III
• 4.6 Berkomunikasi
• 4.6.1 Isyarat Medan.
• 4.6.2 Mengenali peralatan komunikasi dan mengendalikannya.
• 4.6.3 Menerima dan menghantar semboyan.
• 4.7 Ikhtiar Hidup
• 4.7.1 Mengenali tumbuhan ubatan dan boleh dimakan.
• 4.7.2 Mengenali binatang dan haiwan.
• 4.7.3 Menjejak ( Tracking ).
• 4.7.4 Membuat dan memasang perangkap.
TAHAP III
• 4.8 Jalan Lasak.
• 4.8.1 Jarak Lelaki : 8 km.
• 4.8.2 Jarak Perempuan : 5 km.
• 4.8.3 Bebanan : 7 kg.
• 4.8.4 Pakaian : Seragam Hijau lengkap ( Jungle Green )
• 4.8.5 Peralatan :
• a. Pek Galas ( Patrol pack ).
• b. 1 kampit catuan kering.
• c. Botol air ( water bottle ).
TAHAP III
• 4.9 Pandu Arah
• 4.9.1 Mengenal kompas.
• 4.9.2 Membaca Peta.
• 4.9.3 Permainan Kompas.
• 4.9.4 Amali :
• a. Latihan dalam kawasan sekolah.
• b. Perkemahan.
• c. Pertandingan.
TAHAP III
• 4.10 Latihan Menembak.
• 4.10.1 Tatatertib menggunakan senjata M16 / Revolver.
• 4.10.2 Latihan buka dan pasang ( Musketri ).
• 4.10.3 Mengisi peluru dalam kelopak dan mengeluarkannya.
• 4.10.4 Mencuci senjata.
• 4.10.5 Memasang senjata, memegang dan menenang.
• 4.10.6 Kedudukan Menembak.
• 4.10.7 Menembak.
• 4.10.8 Bagaimana senjata bekerja, tindakan serta-merta dan halangan lain.
• 4.10.9 Menembak dalam pelbagai posisi kedudukan.
• 4.10.10 Papan Sasaran ( Target Point ).
TAHAP III
• 4.11 Seni Silat Polis ( SSP )
• 4.11.1 Adab dan peraturan persilatan.
• 4.11.2 Bunga persilatan buka gelanggang.
• 4.11.3 Teknik-teknik dalam SSP
TAHAP III
• 4.12 Merentas Halangan.
• 4.12.1 Panjat dan turun.
• 4.12.2 Titian gantung.
• 4.12.3 Bergayut.
• 4.12.4 Merangkak.
• 4.12.5 Tembok Halangan.
• 4.12.6 Naik dan turun.
• 4.12.7 Lompat berayun.
• 4.12.8 Terowong.
• 4.12.9 Tangga panjat.
• 4.12.10 Titian Imbangan.
TAHAP III
• 4.13 Seni Pertahanan Diri “ T Batton ”
• 4.13.1 Pengenalan bahagian-bahagian T batton.
• 4.13.2 Adab dan peraturan penggunaan T batton.
• 4.13.3 Teknik-teknik gerakan T batton.
• 4.13.4 Keselamatan dan penjagaan T batton.
TERIMA KASIH