The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Wacana peribahasa berkenaan situasi pelajar A dan pelajar B.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Anis Raihana Ahmad, 2020-11-28 05:38:01

WACANA PERIBAHASA

Wacana peribahasa berkenaan situasi pelajar A dan pelajar B.

Keywords: Peribahasa,Bahasa Melayu,Aspek Seni Bahasa

WACANA Pelajar A
PERIBAHASA Pelajar B

Peribahasa ini menggambarkan
situasi bagi pelajar A dan pelajar B.

Pelajar A

Pelajar A

Ada hati

Mempunyai kemahuan atau
keinginan.

Ada jalan

Mempunyai kaedah atau cara.

Besar hati

Bangga atau gembira.

Pelajar A

Bulat fikiran

Tetap fikirannya.

Bulat hati

Bersungguh-sungguh.

Cari akal

Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

Pelajar A

Hati waja

Terus berusaha dan tidak
berputus asa.

Jiwa besar

Mempunyai cita-cita yang tinggi.

Lapang dada

Berasa tenang.

Pelajar A

Mandi peluh Memerah keringat

Bekerja keras. Berusaha.

Otak cair

Cerdik.

Pelajar A

Tajam akal Ringan tulang

Cerdik. Rajin.

Ulat buku

Rajin membaca.

Pelajar A

Ada padi, semua kerja jadi

Orang yang berkemampuan akan dapat
mencapai sesuatu hajatnya dengan senang.

Alang-alang berdakwat
biarlah hitam

Membuat sesuatu haruslah bersungguh-sungguh.

Pelajar A

Alah bisa tegal biasa

Kerja yang sukar akan menjadi
mudah sekiranya sering dilakukan.

Alang-alang berminyak,
biar sampai licin

Setiap pekerjaan haruslah dilaksanakan
dengan sempurna.

Pelajar A

Alang- alang menyeluk pekasam
biarlah sampai ke pangkal lengan

Apabila melakukan sesuatu kerja, lakukan sampai
berjaya, walaupun menghadapi kesusahan.

Apa tampangnya, itulah
tumbuhnya

Hasil sesuatu pekerjaan itu menurut
ukuran usaha yang kita kerjakan.

Pelajar A

Bagai air mencari jenisnya

Berusaha mencari ilmu tanpa henti.

Bagai gadis jolong menumbuk

Rajin dan bersungguh-sungguh.

Pelajar A

Belakang parang kalau diasah
lagikan tajam

Jika berusaha dengan gigih, pasti akan berjaya

Belum disuruh sudah pergi,
belum dipanggil sudah datang

Orang yang rajin.

Pelajar A

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian

Menempuh kesusahan dahulu sebelum
mendapat kesenangan.

Berpahit-pahit dahulu supaya
manis kemudian

Membuat kerja yang susah dahulu,
yang senang dibuat kemudian.

Pelajar A

Bertegang urat leher, berkeras buku lidah

Tidak mahu mengalah.

Cencaru makan petang

Memperoleh kejayaan pada akhir sesuatu
kegiatan.

Pelajar A

Cepat kaki, ringan tangan

Rajin dan berdaya usaha.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

Seorang yang bercita-cita tinggi akan
berusaha untuk mencapainya.

Pelajar A

Elok arak di hari panas

Orang yang bersuka-cita kerana mencapai tujuan.

Genggam bara api biar jadi arang

Seseorang itu hendaklah melakukan sesuatu
pekerjaan yang sukar dengan bersungguh-sungguh
sehingga mendapat kejayaan.

Pelajar A

Habis akal, baru tawakal

Sesudah habis segala ikhtiar barulah
berserah kepada Tuhan.

Habis kapak berganti beliung

Sangat rajin bekerja.

Pelajar A

Hidup tidak kerana doa, mati tidak
kerana sumpah

Berusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri,
dan jangan mengharapkan pertolongan orang lain.

Hilang kabus, teduh hujan

Telah mendapat kesenangan sesudah
menderita kesusahan.

Pelajar A

Isi dada bekal berjalan

Jika mempunyai ilmu ke mana pergi mudah rezeki.

Kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya

Tanpa usaha, kejayaan tidak akan hadir.

Pelajar A

Lagi lebai lagi berjanggut

Berilmu dan berbudi.

Masa itu emas

Masa itu sangat berharga.

Pelajar A

Naik basuh kaki sahaja

Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan mudah.

Payah-payah dilamun ombak,
tercapai juga tanah tepi

Setelah beberapa lama menanggung
susah, akhirnya tercapai cita-cita.

Pelajar A

Pekerjaan baik lekas-lekaskan,
jangan ditimpa pekerjaan buruk

Pekerjaan baik hendaklah disegerakan
melakukannya supaya tidak ada apa-apa halangan

Pipit pekak makan berhujan

Orang yang sangat rajin.

Pelajar A

Pucuk layu disiram hujan

Setelah menderita barulah mendapat kesenangan

Ringan tulang, berat perut

Sesiapa yang rajin bekerja dia akan
memperoleh rezeki yang lebih.

Pelajar A

Sabar penghilang penat, tekun
pembawa dekat.

Orang yang sabar akan berhasil usahanya

Sambang penuh jala terletak, laut
kering ikan mengempas.

Usaha yang berhasil dengan baik sekali

Pelajar A

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

Sabar mengerjakan sesuatu, lama-lama berhasil juga.

Sehari selembar benang ,
lama-lama jadi kain

Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan sedikit
demi sedikit lama-kelamaan berhasil juga.

Pelajar A

Seperti anai-anai makan kayu

Melakukan sesuatu dengan begitu rajin.

Seperti lebah menghimpun madu

Orang yang sangat rajin

Pelajar A

Tak ada gunung yang tak dapat didaki,
tak ada lurah yang tak dapat dituruni

Setiap perkara akan dapat dilaksanakan sekiranya
berhati-hati dan bersungguh-sungguh.

Yang bulat tidak datang bergolek.
Yang pipih tidak datang

Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

Pelajar B

Pelajar B

Berat tulang

Malas.

Cangkul angin

Membuat kerja yang sia-sia.

Fikiran buntu

Sukar untuk memikirkan penyelesaian.

Pelajar B

Gelap hati

Sukar faham pelajaran.

Gila bahasa

Orang yang tidak panjang fikirannya.

Gigit jari

Menyesal

Pelajar B

Jalan buntu Hancur hati

Tiada jalan penyelesaian. Sedih atau kecewa.

Otak udang

Bodoh

Pelajar B

Ranting reput

Suudah tiada harapan.

Rusuh hati

Gelisah

Putih mata

Mengalami kekecewaan

Pelajar B

Anak anjing takkan menjadi
anak musang jebat

Orang yang tiada berilmu tidaklah mungkin dapat
kedudukan baik.

Anak badak dihambat-hambat

Sengaja mencari bahaya atau kesukaran.

Pelajar B

Apa boleh buat, sakit menimpa sesal
terlambat

Perbuatan yang terlanjur tidak dapat diubah lagi.

Arang habis besi binasa

Usaha yang sia-sia.

Pelajar B

Bagai mencari belalang di atas akar

Membuat kerja yang sia-sia.

Bagai menghitung bulu kambing

Membuat kerja yang sia-sia.

Pelajar B

Bagai tanah pelempar balam; kalau mujur
tiba di balam, kalau tidak surut ke tanah.

Usaha yang tidak bersungguh-sungguh.

Belukar sudah menjadi rimba

Kesalahan yang tidak dapat diperbaik lagi.

Pelajar B

Beranak tidak berbidan

Mendapat kesusahan kerana kesalahan sendiri.

Cerdik bagai ekor kerbau

Lakukan kerja yang merugikan diri sendiri.

Pelajar B

Deras datang dalam kena

Pekerjaan yang terburu-buru itu kelak akan
mendatangkan ke rugian.

Diturutkan gatal tiba ke tulang

Jika diturut kehendak hawa nafsu, akhirnya jadi
binasa.

Pelajar B

Hangat-hangat tahi ayam

Tidak bersungguh-sungguh membuat sesuatu
pekerjaan.

Hempas tulang tak terbalas jasa

Berpenat lelah tetapi tidak ada hasilnya.

Pelajar B

Ikan di hulu tuba di air

Membuat kerja yang sia-sia.

Jangan diperlelarkan timba ke perigi,
kalau tak putus genting

Perbuatan yang buruk jangan dibiasakan.

Pelajar B

Jangan sudah terperosok, baru
hendak membaiki lantai

Sesudah mendapat kecelakaan baru hendak
beringat-ingat.

Kurang ringgit boleh dicari, kurang
akal habis bicara

Susah kerana harta boleh dicari, susah kerana
tidak berfikir tambah bermasalah.

Pelajar B

Laksana layang-layang melawan angin

Membuat kerja yang sia-sia.

Lengkuas di tepi kandang, tegak puas
badan menyandang

Kesalahan yang kita buat, kita juga yang
menanggung akibatnya.

Pelajar B

Makan bubur panas-panas

Kelakuan dengan tergesa-gesa, akhirnya
mengecewakan.

Malas bergarit perut perit

Melakukan kerja yang merugikan diri sendiri.

Pelajar B

Malas berkayuh perahu hanyut

Orang yang malas tidak akan maju.

Naik tak bertangga, turun tak berpintu

Melakukan suatu perbuatan yang salah.

Pelajar B

Nasi sudah menjadi bubur

Kerosakan telah berlaku tidak boleh dibaiki lagi.

Pelanduk di cerang rimba

Sangat gelisah.

Pelajar B

Pisang ditanam tak berjantung

Usaha yang sia-sia.

Rosak bawang ditimpa jambak

Mendapat malang kerana perbuatan
sendiri atau orang lain.

Pelajar B

Sakit menimpa, sesal terlambat

Bila sudah terjadi, menyesal tiada berguna.

Sarang tebuan jangan dijolok

Jangan sengaja mencari kesusahan.

Pelajar B

Sebagai terpijak batu hangat

Sangat gelisah, tidak dapat tenang.

Sedap dulu, pahit kemudian

Bersenang-senang dulu, dan akhirnya mendapat
kesusahan.

Pelajar B

Seperti di atas titian

Dalam kebimbangan.

Sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna

Tiap-tiap sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat
hendaklah difikir terlebih dahulu supaya tidak
menyesal pada kemudian hari.

Pelajar B

Siapa makan nangka maka kena getahnya.

Siapa yang berbuat salah dialah yang menanggung.

Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis
oleh kain berselang

Jangan harapkan bantuan orang untuk berjaya.


Click to View FlipBook Version