The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Farhana Muda, 2020-08-18 22:25:56

SAJAK - SENJA DI PALANG BESI

SAJAK - SENJA DI PALANG BESI

SAJAK 8/19/2020 Sajak - Senja Di Palang Besi
SENJA DI PALANG BESI

1 © HAK CIPTA TERPELIHARA

www.kkomsas.blogpsot.com

MAKSUD 8/19/2020 Sajak - Senja Di Palang Besi

RANGKAP 1

 Suatu senja menyaksikan tebaran cahayanya
yang makin suram dan hanya dapat dilihat oleh
penyajak melalui celahcelah lubang sel penjara
yang memisahkannya dengan dunia luar yang
terpaksa diisi dengan suasana yang sepi dan
penuh kekesalan di hati.

2

MAKSUD 8/19/2020 Sajak - Senja Di Palang Besi

RANGKAP 2

 Waktu senja yang dahulunya membawa bahagia
kepada penyajak kini bertukar sayu tatkala
menjelang malam kerana penyajak terpaksa
hidup di dalam sel penjara yang menyakitkan,
terbuang, dan terasing dari dunia luar.

3

MAKSUD 8/19/2020 Sajak - Senja Di Palang Besi

RANGKAP 3

 Dalam sel penjara yang bersambung antara
palang besi, penyajak resah berteleku dalam
suasana hening akibat dipenjarakan tanpa
ditemani suasana bising. Pada waktu senja yang
semakin menghampiri malam, penyajak
merasakan jiwanya semakin sunyi dan
merasakan itulah hukuman kemanusiaan
terhebat yang perlu ditempuhinya.

4

TEMA & PERSOALAN 8/19/2020 Sajak - Senja Di Palang Besi

TEMA 5
 Kesengsaraan dan kesepian seorang banduan

yang hidup di dalam sel penjara.

PERSOALAN
1. Penyesalan hidup yang tiada berpenghujung.
2. Kehidupan di dalam sel penjara yang amat

memilukan.
3. Penderitaan hidup yang terpaksa ditempuhi

sendirian.
4. Harga kebebasan bagi sebuah kehidupan.

BENTUK & NADA 8/19/2020 Sajak - Senja Di Palang Besi

BENTUK 6
1. Terdiri daripada tiga rangkap.
2. Rangkap pertama dan kedua mempunyai enam

baris, dan
3. rangkap ketiga mempunyai lapan baris.
4. Bilangan katanya tiga hingga sembilan patah kata.
5. Terdiri daripada tujuh hingga lapan belas suku

kata.
6. Berbentuk bebas.

NADA
Melankolik

GAYA BAHASA 8/19/2020 Sajak - Senja Di Palang Besi

1. Anafora. Contohnya, 7

 dalam keterbuangan yang merangkum
 dalam keterasingan yang mencengkam

2. Responsi. Contohnya,

 dalam keterbuangan yang merangkum
 dalam keterasingan yang mencengkam

3. Metafora. Contohnya, jemari malam, samudera
jiwa.

4. Personifikasi. Contohnya, Senja mula
menangis.

5. Kata ganda. Contohnya, kuntum-kuntum,
dedawai.

GAYA BAHASA 8/19/2020 Sajak - Senja Di Palang Besi

6. Inversi. Contohnya, Pilu wajahmu sang senja.
7. Asonansi. Contohnya, hukuman terhebat

hikayat kemanusiaan (perulangan vokal a).
8. Aliterasi. Contohnya: Tanpa pasir pantai atau

silir angin (perulangan konsonan p).
9. Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abcdef,

rima akhir bagi rangkap kedua ialah aabcbb,
dan rima akhir bagi rangkap ketiga ialah
abcddedd.

8

NILAI & PENGAJARAN 8/19/2020 Sajak - Senja Di Palang Besi

NILAI 9
 Ketabahan.
 Kebebasan.
 Keredaan.

PENGAJARAN
 Kita hendaklah menghindarkan diri daripada terjebak

dengan gejala negatif yang boleh menjerumuskan
seseorang itu ke dalam penjara.
 Kita hendaklah menghargai nikmat kebebasan hidup yang
dikurniakan oleh Tuhan.
 Kita mestilah menjadi orang yang mematuhi undang-
undang negara.
 Kita hendaklah berfikir secara rasional dalam membuat
sebarang tindakan agar tidak tersilap langkah melakukan
perkara yang negatif.


Click to View FlipBook Version