INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT, JOHOR TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN PSVK1143 ASAS SENI DIGITAL NAMA PELAJAR : NUR EDLIN SYAFINA BT NORHISHAM ANGKA GILIRAN : 2023292310065 NOMBOR KAD PENGENALAN : 051002030124 KUMPULAN/ UNIT : PPISMP/ PSV KOD DAN NAMA KURSUS : PSVK1143 ASAS SENI DIGITAL NAMA PENSYARAH : PN. ALIZA BINTI MOHD SALLEH TARIKH HANTAR : TUGASAN 1 : 29 FEBRUARI 2024 Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa pentaksiran berterusn ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tanda tangan Pelajar : Tarikh :
PENGHARGAAN Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat illahi, dengan limpah dan kurnia-Nya serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya, dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya Pn. Aliza binti Mohd Salleh kerana telah banyak memberi tunjuk ajar serta bimbingan yang bermakna kepada saya sepanjang tugasan ini dilakukan. Tidak dilupakan ribuan ucapan terima kasih saya ajukan kepada kedua ibu bapa dan rakan-rakan saya kerana sedikit sebanyak telah membantu saya menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika melaksanakan tugasan ini. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.
3 “MERENTAS RUANG DAN MASA : KEPENTINGAN SENI DIGITAL DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL” Oleh: NUR EDLIN SYAFINA BT NORHISHAM P23292966 LATAR BELAKANG PERKEMBANGAN SENI DIGITAL Perkembangan revolusi industri yang pesat menuju fasa revolusi industri 5.0 mempengaruhi pelbagai bidang seperti pendidikan, perubatan, perikanan dan penternakan. Perkembangan revolusi industri telah mencetuskan perubahan besar dalam sektor pendidikan lebih-lebih lagi dalam bidang seni visual. Era digital yang turut dikenali sebagai era informasi bermula antara tahun 1950 dan 1970 yang pada waktu itu mula wujud pelbagai medium baharu bagi artis, mereka perlahan-lahan menerapkan teknik seni digital kepada televisyen, komputer dan media yang lain (Ghyst, et.al, 2024). Menurut Bramantyo (2021), sebelum komputer menjadi sahabat yang akrab dengan dunia seni, semua proses kreatif dibuat secara manual. Jurufoto pada mulanya hanya mengambil foto semata-mata tanpa sebarang editing kerana pada waktu itu teknologi belum secanggih pada zaman sekarang yang pesat membangun secara meluas. Kemunculan seni digital yang pertama dikatakan wujud pada tahun 1980an akan tetapi akar kemunculan seni digital ini dapat dilihat pada tahun 1960an dengan kemunculan artis seperti Frieder Nake dan Allan Kaplow yang mula menerokai hubungan manusia dengan mesin dalam dunia seni yang membayangkan dunia komunikasi tanpa sempadan yang saling berkaitan yang kemudiannya terus berkembang hingga revolusi industri 5.0 yang digegarkan dengan kecanggihan teknologi seperti AI (Artificial Intelligent) yang mempunyai banyak kelebihan (Bravic, 2021). Menurut Ghyst, et.al, (2024) seni digital merupakan seni kontemporari yang menggunakan kaedah pengeluaran besar-besaran melalui media digital yang memberi impak besar bukan sahaja pada lukisan dan catan malah kepada arca, muzik dan video. Sama seperti seni tradisional, seni digital menawarkan pelbagai medium dan gaya yang artis gunakan untuk mengekspresi diri mereka dalam bentuk seni. Seni digital mempunyai perbezaan alat dan teknik seperti hanya memerlukan peranti digital berbanding seni tradisonal yang memerlukan berus, cat dan palet. Seni digital pada masa kini sudah semakin meluas dalam setiap bidang tetapi tidak bermaksud bahawa seni tradisional sudah kurang relevan pada zaman sekarang.
4 PERKEMBANGAN SENI DIGITAL DAN KEPENTINGAN SENI DIGITAL DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL Teknologi digital masa kini sudah menguasai semua aspek pekerjaan manusia bahkan sudah tidak dapat dipisahkan dengan perkembangan teknologi dan penerokaan artis terdahulu. Menurut Tri, (2023) bentuk seni digital boleh dikesan kembali ke tahun 1960-an, apabila artis mula bereksperimen dengan komputer sebagai medium untuk mencipta karya seni visual. John Whitney, salah seorang artis pertama yang bekerja dengan teknologi digital yang menggunakan komputer untuk mencipta animasi abstrak pada tahun 1960-an. Pada tahun 1970-an, seniman seperti Harald Cohen dan Vera Molnar mula membuat seni digital menggunakan media lunak grafis paling awal seperti IBM. Menurut Bravic, (n.d) Harald Cohen dengan sekumpulan jurutera mencipta sebuah paint program , AARON ; mesin robotik yang diprogram untuk membuat lukisan berskala besar di atas kertas yang berada di atas lantai. Pada tahun 90-an warna dapat diimplementasikan pada lukisan yang dibuat oleh program tersebut. Cohen sentiasa berhati-hati untuk tidak mendakwa kreativiti AARON tetapi lebih kepada kreativitinya sendiri memandangkan mesin itu hanya alat untuk mengekspresi dirinya. Program AARON ini dianggap sebagai bayangbayang perwujudan teknologi yang dikenali pada masa kini sebagai Artificial Intelligence. Pada tahun 1990-an dengan introduksi kepada komputer peribadi, teknologi digital yang telah dinaik taraf dan perkembangan internet , perkembangan ini membekalkan artis dengan kebebasan kreatif yang lebih jauh malah menawarkan metodologi baru untuk menikmati dunia seni yang terus berkembangan sehingga ke hari ini. Perkembangan seni digital memberi artis menerokai pelbagai cara mempersembahkan hasil seni mereka melalui aplikasi yang tersedia seperti Procreate, IbisPaint dan Sketchbook yang secara langsung memberikan mereka banyak kemudahan seperti masa yang suntuk untuk melakukan sebuah karya. Penulis mengenalpasti bahawa pengkarya dapat mencipta sesebuah karya dengan mudah dengan media digital kerana tidak memerlukan kos untuk membeli alatan seperti cat, kanvas dan pensel. Pengkarya juga dapat menghasilkan tekstur yang diingini seperti di atas karya tradisional seperti tekstur cat air di dalam perisian seni digital. Para pengkarya pada era seni digital perlu memahami seni digital supaya tidak melanggar kesalahan yang berkaitan seperti perlanggaran hak cipta yang mungkin berlaku apabila menggunakan AI. Seni digital telah berevolusi ke dalam dunia seni termasuk dalam pendidikan yang sudah menjadi satu kewajipan kepada setiap generasi untuk menerokainya. Seni digital mampu membantu meningkatkan kreativiti pengkarya. Menurut Boyland, (2021), guru boleh mencipta semula pengalaman lawatan lapangan secara bersemuka dengan sumber maya daripada Muzium Seni Palmer Universiti Penn State atau mengembara melalui detik-
5 detik penting dalam sejarah seni dengan "mesin masa" interaktif Muzium Seni Metropolitan. Namun, salah satu elemen terpenting dalam pendidikan seni ialah tumpuan kepada kreativiti. Menurut pandangan pakar, seni penting untuk memperkasakan pelajar untuk mengekspresikan diri mereka dan mencipta karya seni mereka sendiri, sama ada melalui alat digital atau medium tradisional seperti cat atau arang. Hal ini dapat mengembangan potensi kreativiti murid kerana mereka dapat menerokai imaginasi mereka secara meluas dengan menggunakan seni digital melalui aplikasi seperti Adobe Creative Cloud untuk mecipta kandungan multimedia, mengukuhkan kemahiran berfikir kritis dan meransang kreativiti dalam bilik darjah. Rajah 1 Menurut kajian daripada Adobe Educate, murid Gen Z sering menggunakan media digital untuk mencipta sesuatu yang menunjukkan persekitaran murid pada zaman kini menggunakan teknologi hampir setiap hari. Teknologi telah membantu meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam diri murid . Pendidikan seni digital mempunyai kepentingan yang harus dipandang tinggi bagi melahirkan generasi yang berfikiran kreatif. Pendidikan seni digital meningkatkan pembelajaran kolaboratif yang efisien antara guru dan murid melalui pelaksanaan PAK21 dimana pendidikan seni digital secara atas talian dapat berkontribusi pada peningkatan implementasi amalan pedagogi abad ke-21. Menurut Harta, (2023), pendidikan seni digital membantu peningkatan pembelajaran efektif melalui komunikasi efektif antara murid. Murid-murid dapat saling berkongsi idea dan berbincang mengenai topik pembelajaran yang sedang berlangsung melalui penerokaan medium https://www.adobeeducate.com/genz/global-education-genz
6 digital. Teknologi memungkinkan kolaborasi jarak jauh tanpa batas geografi yang membolehkan pelajar dapat berkolaborasi dengan pelajar dari serata dunia dalam projek seni digital. Hal ini menawarkan penciptaan inovasi yang kreatif hasil daripada gabungan idea para murid sekaligus memperkaya pemahaman murid tentang seni dan teknologi. Seni digital dalam pendidikan seni visual memberikan pemahaman yang lebih mendalam terhadap elemen seni melalui pelbagai cara. Dalam seni digital, murid dapat mengenali lebih mendalam tentang elemen seni visual seperti komposisi, warna dan tekstur semasa menghasilkan karya seni digital dengan meneliti secara terperinci elemen kecil yang mungkin turut terdapat dalam seni tradisional. Seni digital menawarkan platform yang luas kepada murid untuk memanipulasi dan bereksperimen dengan pelbagai teknik dan alat. Murid berpeluang untuk mencuba pelbagai filter, effects dan lapisan untuk meilhat bagaimana ianya mempengaruhi karya mereka. Hal ini dapat membantu mereka melihat kesinambungan antara elemen-elemen seni visual dan bagaimana perubahan kecil dapat mengubah keseluruhan komposisi karya mereka.
7 PENUTUP Tuntasnya, seni digital dalam pendidikan seni visual kini menjadi satu subjek yang relevan dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih yang turut selari dengan permintaan pekerjaan dalam bidang teknologi yang meilbatkan seni. Silibus yang diterapkan pada masa hadapan perlu memasukkan elemen seni digital untuk melahirkan murid yang berpandangan kreatif dalam memanipulasi sesuatu gambar atau karya digital.
8 BIBLIOGRAFI Triyono Bramanto. (2021). Digital art and the future of traditionals arts. Journal of musicological research 1(42):96-110. DOI:10.33779/2587-6341.2021.1.096-110 Dennis Ghyst & Kyle Mani. (2024). The rise of digital art. https://owdt.com/article/the-riseof-digital-art/ Julie Boyland. (2021). Digital art education tools encourage student’s creativity and curiousity. Edtech magazine journal. https://edtechmagazine.com/k12/article/2021/02/digital-art-education-toolsencourage-students-creativity-and-curiosity Lucija Bravic. (2021). A short story of digital art: Between new technologies & innovative artistic practices. Artland magazine. https://magazine.artland.com/digital-art/ Dennis Ghyst & Kyle Mani. (2024). Digital art revolution: Definition, techniques and possibilities. https://owdt.com/article/what-is-digital-art/ Tri Wahyu Prasetyo. (2023). Kilas balik sejarah seni digital: daripada John Whitney kepada NFT. National geographic journal. https://nationalgeographic.grid.id/read/133715199/kilas-balik-sejarah-seni-digitaldari-john-whitney-hingga-nft?page=all Harta Nopita. (2023). Faedah pembelajaran kolaboratif dalam kursus pendidikan dalam talian. Jurnal Universitas mahakarya asia. https://blog.unmaha.ac.id/manfaatpembelajaran-kolaboratif-dalam-kursus-pendidikan-online-meningkatkanketerlibatan-dan-pemahaman-siswa
9