The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faiqasyraff8, 2022-07-07 05:02:14

LAPORAN MAT 43 KPPB

LAPORAN MAT 43 KPPB

KOPERASI PENGGUNA
PAHANG BERHAD

MESYUARAT

AGUNG TAHUNAN
KE- 43
TARIKH:

20 JULAI 2022 (RABU)

LAPORAN TAHUNAN TEMPAT:

Dewan Atabara Indera
Mahkota



JATI DIRI KOPERASI

DEFINISI
Sebuah koperasi adalah pertubuhan berautonomi di mana anggotanya bersatu secara sukarela demi
mencapai kepentingan bersama dan aspirasi bersama di bidang ekonomi, sosial dan budaya, melalui suatu
badan yang dimiliki bersama dan yang terkawal secara demokrasi.

NILAI – NILAI
Koperasi adalah berasaskan nilai – nilai berdikari, bertanggungjawab pada diri sendiri, demokrasi, kesamaan,
kesaksamaan atau keadilan, perpaduan, kesetiaan dan bersatu hati. Selaras dengan tradisi pengasas
gerakan itu, anggota koperasi menerima nilai – nilai etika, termasuk sadik, amanah, ketelusan,
tanggungjawab sosial serta sikap prihatin terhadap orang lain.

PRINSIP – PRINSIP
Prinsip Koperasi menjadi panduan untuk Koperasi mengamalkan nilai – nilainya.

 Prinsip Pertama : Keanggotaan Sukarela dan Terbuka
Koperasi adalah organisasi sukarela yang terbuka kepada semua orang yang boleh mengguna
perkhidmatannya dan yang sedia menerima tanggungjawab keanggotaan tanpa diskriminasi jantina,
lapisan masyarakat, bangsa, politik mahupun agama.

 Prinsip Kedua : Kawalan Demokrasi oleh Anggota
Koperasi organisasi demokratik yang dikawal oleh anggotanya mengambil bahagian secara aktif
didalam usaha menentukan dasar dan membuat keputusan.Lelaki dan wanita yang berkhidmat sebagai
wakil yang dipilih bertanggungjawab kepada semua anggota. Didalam koperasi Asas, anggotanya
mempunyai hak mengundi yang sama (iaitu satu ahli satu undi ) dan koperasi – koperasi ditahap lain
disusun secara demokrasi.

 Prinsip Ketiga : Penglibatan Ekonomi oleh Anggota
Setiap anggota menyumbang modal secara saksama dan mengawal modal koperasi itu secara
demokrasi. Sekurang – kurangnya sebahagian daripada modal itu menjadi harta bersama koperasi itu.
Pada umumnya anggota yang menyumbang modal sebagai syarat keanggotaan akan menerima
pulangan terhad, jika ada. Anggota akan membahagikan lebihan atau keuntungan kepada tujuan berikut
: memajukan koperasi mereka mungkin melalui rezab yang sebahagian daripadanya tidak boleh diagih
– agihkan kepada anggota ; memanfaatkan anggota mengikut nisbah urusniaga mereka dengan
koperasi itu dan membantu kegiatan lain yang dipersetujui oleh keanggotaan.

 Prinsip Keempat : Autonomi dan Kebebasan
Koperasi adalah organisasi berotonomi dan berdikari yang terkawal oleh anggotanya. Jika koperasi itu
membuat perjanjian dengan organisasi lain, termasuk kerajaan atau koperasi itu mendapatkan modal
daripada sumber luar, maka ia harus memelihara prinsip kawalan demokrasi oleh keanggotaan sambil
autonomi koperasi itu dikekalkan.

 Prinsip Kelima : Pelajaran, Latihan dan Maklumat
Koperasi menyediakan pendidikan dan latihan untuk anggotanya, wakil yang terpilih, pengurus serta
kakitangan supaya mereka boleh menyumbang tenaga secara berkesan kepada pembangunan
koperasi mereka.Koperasi memberi maklumat tentang sifat dan manfaat koperasi kepada rakyat umum
dan khususnya kepada remaja dan pemimpin masyarakat.

 Prinsip Keenam : Kerjasama Antara Koperasi
Koperasi berkhidmat kepada anggotanya dengan cara yang paling berkesan dan ia memperkukuhkan
Gerakan Koperasi jikalau ia bekerja bersama – sama dengan struktur koperasi lain, setempat, nasional,
serantau dan antarabangsa.

 Prinsip Ketujuh : Mengambil Berat Terhadap Masyarakat
Koperasi berusaha untuk mendapatkan pembangunan berkekalan bagi masyarakatnya melalui dasar –
dasar yang dipersetujui oleh anggotanya.

KOPERASI PENGGUNA
PAHANG BERHAD

MEMBAHARUI INSURANS
DAN CUKAI JALAN

Online, Mudah dan Cepat

PROSEDUR:

1- Whatsapp gambar polisi insuran lama / geran ke 019-9844362.
2- Sebutharga akan dihantar.
3- Jika setuju, bayaran boleh dibuat secara tunai / online transfer.
4- Terus membaharui Insurans & cukai jalan.
5- Polisi Insurans dan Cukai Jalan boleh diambil terus di

Pejabat Koperasi / hantar melalui Kurier Servis.
6- Urusan selesai.

Perkhidmatan Kami : HUBUNGI KAMI :

INSURANS PEMILIK RUMAH & 09-5159257
ISI RUMAH 019-9844362
INSURANS KEMALANGAN [email protected]
INSURANS PERJALANAN

koperasi pengguna pahang berhad
Jalan Besar, Kuantan, 25000, Kuantan, Pahang, Malaysia

KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKASURAT

1 Aturcara Majlis 1

2 Agenda Mesyuarat 2

3 Sekapur Sirih YH. Dato’ Indera Pengerusi 3-4
4 Pengurusan KPPB Tahun 2021 5-7
5 Memilih Pengerusi Mesyuarat Agung Tahunan Ke-43 8

6 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-42 9-23
Pada 7 November 2021(Sabtu)

7 Melantik Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit 24
Mesyuarat Agung Tahunan Ke-43

8 Pemilihan Tiga Orang Anggota Lembaga Tamat Tempoh Jawatan 25

9 Memilih Seorang Ahli Lembaga Pengurusan Ar-Rahnu 26
Mengikut Aturan Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) 15 (1) (c)

10 Menimbang Dan Meluluskan Laporan Lembaga Koperasi 27-39
Dan Jawatankuasa Audit Dalaman Bagi Tahun 2021.

11 Menimbang Dan Meluluskan Laporan Penyata Kewangan 40-85
Teraudit Koperasi Bagi Tahun Kewangan Berakhir 86
31 Disember 2021

11 Menimbang Dan Meluluskan Cadangan Pembahagian
Keuntungan Bersih Ar-Rahnu Bagi Tahun 2021 kepada
Pelabur dan Pemegang ASKA

12 Menimbang Dan Meluluskan Belanjawan Tahunan Bagi 87-92
Tahun 2023

13 Menimbang Dan Meluluskan Elaun Anggota Lembaga 93-95
Koperasi, Jawatankuasa Audit Dalaman Dan Jawatankuasa
Kecil Yang Dilantik Bagi Tahun 2023

14 Meluluskan Satu Panel Terdiri Tidak Kurang Daripada dua 96
Firma Audit Untuk Mengaudit Akaun Koperasi Berakhir
Pada 31 Disember 2022. 97
98
15 Menimbang Dan Meluluskan Skop Dan Had Pelaburan 99
Daripada Wang Lebihan Koperasi Bagi Tahun 2023

16 Menentukan Had Maksima Keterhutangan Koperasi
Bagi Tahun 2023

17 Mendengar, Menimbang Atau Memutuskan Apa – Apa Usul
Usul Atau Hal Urusan Lain Koperasi Yang Suatu Notis Yang
Tidak Kurang Daripada Tujuh Hari Sebelum Mesyuarat Agung
Tahunan.

ATURCARA MAJLIS

8.00 pagi : Pendaftaran anggota – anggota KPPB
9.00 pagi (Kaunter pendaftaran akan ditutup jam 10.00 pagi)
9.15 pagi
: Anggota – anggota KPPB mengambil tempat di dewan.
10.00 pagi -
12.00 tengahari : Bacaan doa.

: Ucapan Perasmian oleh Pengerusi KPPB,
YH. Dato’ Indera Haji Mustaffar Kamal bin Ab Hamid,
SIMP.,DIMP.,SMP.,AMP.,KMN.

: Penyampaian 10 hadiah Cabutan Bertuah kepada Anggota
yang menyertai pembelian Minyak Pelincir dan Insurans /
Takaful

: Mesyuarat Agung dimulakan mengikut Agenda
sehingga selesai seperti LAMPIRAN A.

1

AGENDA MESYUARAT

BIL PERKARA
1. Memilih Pengerusi Mesyuarat Agung Tahunan Ke-43. (m/s 8)

2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-42 Pada 7 November 2021.(m/s 9-23)

3. Melantik Suatu Jawatankuasa Yang Terdiri Daripada Enam (6) Orang Anggota Dan Empat
(4) Orang Anggota Lembaga Untuk Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan
Ke-43. (m/s 24)

4. Pemilihan Tiga (3) Orang Anggota Lembaga Tamat Tempoh Jawatan. (m/s 25)

5. Memilih Seorang Ahli Lembaga Pengurusan Ar-Rahnu Mengikut Aturan Pajak Gadai Islam
(Ar-Rahnu) 15 (1) (c). (m/s 26)

6. Menimbang Dan Meluluskan Laporan Lembaga Koperasi Dan Laporan Jawatankuasa Audit
Dalaman Bagi Tahun 2021. (m/s 27-39)

7. Menimbang dan meluluskan Laporan Penyata Kewangan Teraudit Koperasi bagi Tahun
Kewangan Berakhir 31 Disember 2021. (m/s 40-85)

8. Menimbang Dan Meluluskan Cadangan Pembahagian Keuntungan Bersih Ar-Rahnu
Kepada Pelabur Dan Pemegang ASKA (Akaun Simpanan Khas Al-Mudharabah) Bagi Tahun
2021. (m/s 86)

9. Menimbang Dan Meluluskan Belanjawan Tahunan Bagi Tahun 2023. (m/s 87-92)

10. Menimbang Dan Meluluskan Elaun Anggota Lembaga Koperasi, Jawatankuasa Audit
Dalaman Dan Jawatankuasa Kecil Yang Dilantik Bagi Tahun 2023. (m/s 93-95)

11. Meluluskan Satu Panel Yang Terdiri Tidak Kurang Daripada Dua (2) Firma Audit Untuk
Mengaudit Akaun Koperasi Berakhir Pada 31 Disember 2022. (m/s 96)

12. Menimbang Dan Meluluskan Skop Dan Had Pelaburan Daripada Wang Berlebihan Koperasi
Bagi Tahun 2023. (m/s 97)

13. Menentukan Had Maksimum Keterhutangan Koperasi Bagi Tahun 2023. (m/s 98)
14. Mendengar, Menimbang Atau Memutuskan Apa – Apa Usul Atau Urusan Lain Yang

Koperasi Yang Suatu Notis Yang Tidak Kurang Daripada Tujuh (7) Hari Sebelum Tarikh
Mesyuarat Agung Tahunan. (m/s 99)

2

SEKAPUR SIRIH
YH. DATO’ INDERA PENGERUSI

Dengan nama ALLAH S.W.T, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi ALLAH SWT, Tuhan semesta alam.

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga dan
sahabat Baginda.

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1Koperasi.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin dan rahmatNya dapat saya
kembali bersilaturrahim dengan semua anggota dan meneruskan ucapan perutusan pada Mesyuarat
Agung Tahunan Kali Ke-43 ini.
Kepada anggota-anggota yang telah kembali ke rahmatullah sepanjang tahun 2021, marilah kita
semua membaca Ummul Kitab Al-Fatihah. Takziah kepada waris-waris mereka dan semoga roh-roh
mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.Al-Fatihah.

YM Tengku / YBhg Tan Sri /YB / YH Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
Pandemik COVID-19 yang bermula pada Mac 2020 telah memberi kesan dan tamparan yang hebat
kepada kita. Namun selepas lebih 2 tahun mengharungi wabak itu, pelbagai inisiatif telah kita
laksanakan dan syukur Alhamdulillah kita berjaya bangkit sekali gus memastikan perniagaan kita
terus kekal bertahan.

Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua anggota-anggota yang saya
kasihi, Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Ahli Jawatankuasa Kecil (AJK), Jawatankuasa Audit
Dalaman (JAD) dan warga kerja Koperasi diatas kegigihan serta kesungguhan dalam memastikan
koperasi ini terus berkembang maju dan mampu berdaya saing.
Tidak lupa juga terima kasih saya ucapkan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut
Koperasi Malaysia (IKMa) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) di atas
sokongan, perkongsian ilmu dan kerjasama yang diberikan kepada kita.
Pada tahun ini juga Koperasi Pengguna Pahang Berhad telah berusia 55 tahun. Syukur
Alhamdulillah, kita telah dapat bertahan selama lebih 5 dekad dalam berhadapan dengan pelbagai
cabaran dan ujian seperti persaingan yang sengit, kesempitan peluang dan ruang, kekurangan aliran
tunai dan kadar keuntungan yang tidak menentu. Kita juga telah dinobatkan sekali lagi sebagai 100
Koperasi Terbaik Malaysia iaitu di tangga ke 63.

3

Kerjasama dan sokongan padu dari tuan puan semua menjadi pemangkin utama
untuk mencapai sasaran koperasi selari dengan slogan KPPB iaitu “Dinamik, Progresif, Setia
Bersama”.

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) hari ini merupakan MAT kali yang ke-43, Alhamdulillah prestasi
perniagaan KPPB bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 telah menunjukan sedikit peningkatan
keuntungan daripada RM113,128.00 pada tahun 2020 kepada RM173,374.00 pada tahun 2021.

Namun begitu, kita tidak seharusnya menghela nafas panjang atas kejayaan ini. Masih banyak tugas
dan cabaran yang harus kita tempuhi dalam memastikan aktiviti perniagaan kita terus maju. Telah
menjadi tanggungjawab Anggota Lembaga Koperasi (ALK) untuk memperkemaskan organisasi dan
halatuju disokong oleh warga kerja koperasi yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir
mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Untuk itu, kita telah mengadakan satu Sessi Brainstorming pada bulan Oktober 2021. Sessi tersebut
yang telah dihadiri oleh ALK, AJK, JAD dan kakitangan telah merangka hala tuju perniagaan KPPB
dalam tempoh 10 tahun yang akan datang. Di antara sektor perniagaan yang dijangka berpotensi
untuk kita ceburi ialah projek Stesen Minyak yang kedua, Perniagaan Kedai Emas, produk berkaitan
Wasiat dan Pusaka dan Pakej Pelancongan. Kita turut merancang untuk menambah lagi cawangan
Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu di masa akan datang setelah Ar-Rahnu cawangan kedua kita di
Kampung Padang Permai kini telah menampakkan keuntungan di tahun kedua beroperasi.

Disamping menyokong secara langsung semua sektor perniagaan KPPB, saya juga ingin mengajak
semua anggota untuk menambah modal syer dan pelaburan tuan-tuan di KPPB, Ar-Rahnu 1 dan Ar-
Rahnu 2. Ini akan dapat membantu operasi perniagaan kita untuk kekal aktif dan berdaya saing serta
memberikan pulangan yang lebih kepada anggota-anggota semua.

Dengan berkat doa, usaha dan tawakal insyaAllah kejayaan akan menjadi milik kita.

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih yang tidak terhingga
diatas sokongan padu terhadap apa jua aktiviti yang dilaksanakan oleh koperasi. Saya merasa
sungguh teruja sekali terhadap sokongan yang ditunjukkan oleh seluruh anggota yang berdedikasi
dan semua warga kerja.

Dengan lafaz Bismillahir Rahman Nirrahim, saya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Pengguna Pahang Berhad kali ke 43.

Sekian terima kasih dan selamat bermesyuarat.

DATO INDERA HJ MUSTAFFAR KAMAL B. AB HAMID, SIMP.,DIMP.,SMP.,AMP.,KMN.
Pengerusi
Koperasi Pengguna Pahang Berhad

Bertarikh: 25 Jun 2022

4

PENGURUSAN KPPB TAHUN 2021

MAKLUMAT KOPERASI Email :
Nama : ~Pejabat Pengurusan KPPB
~Koperasi Pengguna Pahang Berhad [email protected]

Pejabat Berdaftar : Website :
~No.152, Aras 1, Jalan Besar, 25000 Kuantan koppengguna.com
Facebook :
No. Telefon : Koperasi Pengguna Pahang Berhad
~Setiausaha / Pengurus Bank :
09-5159258 Maybank Berhad
~Pejabat Pengurusan KPPB Hong Leong Bank Berhad
09-5159257/019-9844362 Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
~Stesen Minyak Shell Co-opbank Pertama Malaysia Berhad
09-5141887 Bank Islam Malaysia Berhad
~Pajak Gadai Islam(Ar-Rahnu 1)
09-5159260 Juruaudit Luar :
~Pajak Gadai Islam(Ar-Rahnu 2) Tetuan Kamarulzaman & Associates
09-5477590
Anggota Lembaga
No. Telefon Faks : Tuan Haji Zulkefli bin Haji Yunus
~Pejabat Pengurusan KPPB Encik Abdul Latif bin Haji Abdullah, AMP.,PKC.,PPN.
09-5159257 Puan Hajah Sharifah Norhayati bt Syed Abdul Kadir,
ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI
Pengerusi PKC.
YH Dato’ Indera Haji Mustaffar Kamal bin Ab Hamid,
Tuan Haji Rumli bin Mohamad, AAP.,PKC.,PJK.,PK.
SIMP.,DIMP.,SMP.,AMP.,KMN. Encik Mohamad Basri bin Abdullah, AMP.

Timbalan Pengerusi
Tuan Haji Mohd Zahidi bin Haji Husain,AMP.,PKC.,PKT.

Setiausaha
Tuan Haji Kamil bin Haji Abd Majid, PKC.,PKT.

Bendahari
Tuan Haji Ab Ghani bin Mustaffa, PKC.

KAKITANGAN KOPERASI Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu ke-2):
Eksekutif
Ibu Pejabat : ~Encik Zulkarnain bin Abdul Manap
Pengurus Pembantu Pengurusan (Kewangan)
~Encik Abd Aziz bin Ngah ~Puan Fhadzilah bt Ja ‘afar
Pembantu Pengurusan (Akaun & Kewangan) Pembantu Pengurusan
~Cik Hartini bt Che Zakaria ~Cik Noorafeza bt Rozali
Pembantu Pengurusan (Pentadbiran)
~Puan Siti Rosmaely bt Rosli Stesen Minyak Shell:
Pembantu Pengurusan (Kewangan) Eksekutif
~Cik Amirah bt Mohamad ~Cik Hanis Adlin bt Ayatullah
Ketua Shif
Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu-1): ~Encik Muhammad Faiz bin Azhar
Eksekutif ~Puan Payros bt Zamin
~Encik Zulkarnain bin Abdul Manap Pembantu Pengurusan
Penolong Eksekutif ~Puan Nur Amira Shahirah bt Adzman
~Encik Mohd Azhar bin Ismail
Pembantu Pengurusan
~Cik Nur Afrina bt Ajid

5

PENGURUSAN KPPB TAHUN 2021

SENARAI JAWATANKUASA Lembaga Pengurusan Ar-Rahnu 1 :
Pengerusi
Jawatankuasa Audit Dalaman : ~Tuan Haji Mohd Zahidi bin HajiHusain,AMP.,PKC.,PKT.
Pengerusi Ahli Lembaga
~Tuan Haji Kamaluddin bin Ahad ~Tuan Haji Kamil bin Haji Abd Majid, PKC.,PKT.
Setiausaha ~ Encik Abdul Latif bin Haji Abdullah, AMP.,PKC.,PPN.
~Encik Ramzuzaman bin Abd Rahman
Anggota ~Puan Hajah Sharifah Norhayati bt Syed Abdul Kadir,
~Puan Sareha bt Haji Ahmad
~Encik Hassan bin Mohamad PKC.

Jawatankuasa Pengurusan & Pelaburan : ~YH Dato’ Mohd Abdah bin Mohd Alif
Pengerusi (wakil dari ahli ASKA)
~YH. Dato’ Indera Haji Mustaffar Kamal bin Ab Hamid, ~Tuan Hj Abdul Aziz bin Mohd Nor (wakil dari MAT)

SIMP.,DIMP.,SMP.,AMP.,KMN. Lembaga Pengurusan Ar-Rahnu ke-2:
Pengerusi
Timbalan Pengerusi ~YH. Dato’ Indera Haji Mustaffar Kamal bin Ab Hamid,
~Tuan Haji Mohd Zahidi bin Haji Husain,AMP.,PKC.,PKT.
Setiausaha SIMP.,DIMP.,SMP.,AMP.,KMN.
~Tuan Haji Kamil bin Haji Abd Majid, PKC.,PKT.
Bendahari Ahli Lembaga
~Tuan Haji Ab Ghani bin Mustaffa, PKC. ~Tuan Haji Kamil bin Haji Abd Majid, PKC.,PKT.
~YH. Dato’ Hj Wan Danial bin Wan Ibrahim
Jawatankuasa Stesen :
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Keanggotaan &
~Tuan Haji Ab Ghani bin Mustaffa, PKC. Insurans :
Ahli Jawatankuasa Pengerusi
~Tuan Haji Rumli bin Mohamad, AAP.,PKC.,PJK.,PK. ~Tuan Haji Zulkefli bin Haji Yunus

~Encik Mohamad Basri bin Abdullah, AMP. Ahli Jawatankuasa
~Encik Kamal Zaim bin Mohd Amin ~Tuan Haji Kamil bin Haji Abd Majid, PKC.,PKT.
~Encik Mohd Rahim bin Awang ~Tuan Haji Rumli bin Mohamad, AAP.,PKC.,PJK.,PK.

6

ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI PENGGUNA
PAHANG BERHAD SESI 2021/2022

YH. DATO’ INDERA HJ MUSTAFFAR KAMAL B. AB HAMID

SIMP.,DIMP.,SMP.,AMP.,KMN.
PENGERUSI

TN HJ KAMIL B. HJ ABD MAJID TN HJ MOHD ZAHIDI B. HJ HUSAIN TN HJ AB GHANI B. MUSTAFFA

PKC.,PKT. AMP.,PKC.,PKT. PKC.

SETIAUSAHA TIMBALAN PENGERUSI BENDAHARI

ANGGOTA LEMBAGA

1. TN HJ RUMLI B MOHAMMAD
2. TN HJ ZULKEFLI B. HJ YUNUS
3. EN. ABDUL LATIF B. HJ ABDULLAH
4. EN. MOHAMAD BASRI B ABDULLAH
5. PN HJH SHARIFAH NORHAYATI BT SYED ABDUL KADIR

7









AGENDA 1

MEMILIH PENGERUSI MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN KE-43

Menurut UUK 33(1) “Mesyuarat hendaklah memilih mana-mana anggota yang hadir untuk
mempengerusikan mesyuarat agung”.

1. Nama yang dicadangkan : No. Anggota :
______________________
____________________________________________ No. Anggota :
______________________
Nama pencadang : No. Anggota :
______________________
____________________________________________

Nama penyokong :

____________________________________________

2. Nama yang dicadangkan : No. Anggota :
______________________
____________________________________________ No. Anggota :
______________________
Nama pencadang : No. Anggota :
______________________
____________________________________________

Nama penyokong :

____________________________________________

3. Keputusan : ______________________________________________

8

AGENDA 2

MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN KE-42 PADA 7 NOVEMBER 2021

Bahawa Mesyuarat Agung Tahunan ke-43 yang bersidang pada 20 Julai 2022 mengambil keputusan
mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke-42 pada 7 November 2021 di Dewan ATABARA,
Indera Mahkota 14, 25200 Kuantan.

1. Nama pencadang : No. Anggota :

_________________________________________ _______________

2. Nama penyokong : No. Anggota :

_________________________________________ _______________

9

MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-42
PADA 07 NOVEMBER 2021

Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke-42 yang diadakan pada hari Sabtu, 7 November 2021 mulai jam 10.00 pagi
di Dewan ATABARA, Indera Mahkota, Kuantan telah disemak dan ditentusahkan betul oleh Jawatankuasa
Menentusahkan Draf Minit seperti nama dibawah di mesyuarat yang diadakan pada hari Isnin, 6 Disember 2021
jam 10.00 pagi.

10

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-42
KOPERASI PENGGUNA PAHANG BERHAD

Tarikh : 7 November 2021 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan ATABARA, Indera Mahkota 14, 25200 Kuantan, Pahang.

KEHADIRAN ANGGOTA LEMBAGA - Pengerusi
YH. Dato’ Indera Haji Mustaffar Kamal bin Haji Ab Hamid,
- Timbalan Pengerusi
SIMP., DIMP., SMP., AMP., KMN. - Setiausaha
- Bendahari
Tuan Haji Mohd Zahidi bin Haji Husain, AMP.,PKC.,PKT. - Anggota Lembaga
Tuan Haji Kamil bin Haji Abd Majid, PKC.,PKT. - Anggota Lembaga
Tuan Haji Ab Ghani bin Mustaffa, PKC. - Anggota Lembaga
Tuan Haji Zulkefli bin Haji Yunus - Anggota Lembaga
Tuan Haji Rumli bin Mohamad, AAP.,PKC.,PJK.,PK.
Encik Mohamad Basri bin Abdullah, PKC. - Anggota Lembaga
Puan Hajah Sharifah Norhayati binti Syed Abdul Kadir, PKC.
TIDAK HADIR ANGGOTA LEMBAGA - Pengerusi
Encik Abdul Latif bin Haji Abdullah, AMP.,PKC.,PPN. - Setiausaha
KEHADIRAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN - Anggota
Tuan Haji Kamaluddin bin Ahad - Anggota
Encik Ramzuzaman bin Abd Rahman
Tuan Haji Ishak bin Haji Zaidin
Puan Sajidah binti Mohd Rozani

A. KEHADIRAN ANGGOTA

Jumlah kehadiran anggota adalah seramai 611 orang seperti di Lampiran A dan jumlah ini telah
mencukupi kuorum untuk menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-42 KPPB.

B. TURUT HADIR - Pengurus KPPB
- Penolong Pegawai Ehwal
Encik Abd Aziz bin Ngah Ekonomi Kanan SKM Wilayah
Puan Rozila binti Haji Omar Kuantan SKM Cawangan Negeri
Pahang

11

C. BACAAN DOA
Doa dibaca oleh Encik Zulkarnain bin Abdul Manap, Eksekutif Ar-Rahnu KPPB.

D. MESYUARAT DIJALANKAN MENGIKUT AGENDA

AGENDA 1: MEMILIH PENGERUSI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN.

1.1 Tuan Haji Kamil bin Haji Abd Majid selaku Setiausaha memulakan mesyuarat dengan ucapan
salam kepada semua serta membentangkan agenda kepada anggota yang hadir.

1.2 YH. Dato’ Haji Abdul Ghani bin Sulaiman (Anggota 1017) telah mencadangkan nama YH. Dato’
Indera Haji Mustaffar Kamal bin Ab Hamid (Anggota 1835) dilantik sebagai Pengerusi Mesyuarat
Agung Tahunan Ke-42 ini dan telah diterima sebulat suara.

1.3 Tuan Haji Mohd Zahidi bin Haji Husain selaku Timbalan Pengerusi mengumumkan serta
mempersilakan YH. Dato’ Indera Haji Mustaffar Kamal bin Haji Ab Hamid (Anggota 1835)
mengambil tempat bagi mempengerusikan mesyuarat agung.

1.4 YH Dato’ Indera Haji Mustaffar Kamal bin Haji Ab Hamid mengucapkan terima kasih kepada
semua anggota mesyuarat diatas perlantikan beliau sebagai Pengerusi Mesyuarat Agung
Tahunan ini. Beliau memohon semua anggota untuk memberi kerjasama dan komitmen bagi
melancar serta mempercepatkan mesyuarat agung pada pagi ini.

AGENDA 2: MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-41 PADA 15 JUN 2019.

2.1 YH. Dato’ Indera Pengerusi mempersilakan Anggota Lembaga untuk membentangkan Minit
Mesyuarat Agung Tahunan Ke-41 bertarikh 15 Jun 2019 kepada anggota.

2.2 Puan Hajah Sharifah Norhayati binti Syed Abdul Kadir, Anggota Lembaga membentangkan Minit
Mesyuarat Agung Tahunan Ke-41 bertarikh 15 Jun 2021 bertempat di Dewan Utama Wisma Belia,
Bandar Indera Mahkota, Kuantan bermula dari mukasurat 13 hingga 23 untuk disahkan oleh
semua anggota pada mesyuarat hari ini.

2.3 Y.H Dato’ Haji Abdul Ghani bin Sulaiman (Anggota 1017) mencadangkan Minit Mesyuarat Agung
Tahunan Ke-41 bertarikh 15 Jun 2021 disahkan dan disokong oleh Puan Sareha binti Haji Ahmad
(Anggota 2065).

AGENDA 3 : MEMILIH SUATU JAWATANKUASA YANG TERDIRI DARIPADA ENAM ORANG
ANGGOTA DAN EMPAT ORANG ANGGOTA LEMBAGA UNTUK MENENTUSAHKAN
DRAF MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

3.1 Tuan Haji Kamil bin Haji Abd Majid, Setiausaha membentangkan agenda ini dan meminta
cadangan untuk melantik satu jawatankuasa yang terdiri daripada enam (6) orang anggota dan
empat (4) orang bagi mewakili anggota lembaga untuk menganggotai jawatankuasa tersebut.

12

3.2 Encik Mohammad Shafian bin Haji Abu Bakar (Anggota 1858) telah mencadangkan enam (6)
nama iaitu Encik Badri bin Haji Yunus (Anggota 1750), Encik Mohd Rossman bin Abdul Malek
(Anggota 2024), Encik Md Zaki bin Haji Saman (Anggota 1354), Puan Sareha binti Haji Ahmad
(Anggota 2065), Puan Hasnah binti Musa (Anggota 2355) dan Puan Siti Absah binti
Kamaruzzaman (Anggota 1838).

3.3 Encik Sy Abdl Rahiem bin Sy Ab Rahman (Anggota 2452) menyokong senarai enam (6) nama
yang telah dicalonkan dan telah diterima sebulat suara oleh anggota mesyuarat.

3.4 YH. Dato’ Indera Pengerusi memaklumkan bahawa untuk empat (4) orang adalah daripada
kalangan Anggota lembaga yang dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa tersebut adalah Pengerusi,
Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

AGENDA 4: PEMILIHAN TIGA (3) ORANG ANGGOTA LEMBAGA TAMAT TEMPOH JAWATAN.

4.1 Tuan Haji Zulkefli bin Haji Yunus, Anggota Lembaga telah menerangkan kepada semua anggota
bahawa calon-calon yang dipilih adalah bagi mengisi kekosongan jawatan Anggota Lembaga dan
telah mendapat surat kelulusan penentusahan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

4.2 Tiga (3) calon tersebut adalah Tuan Haji Mohd Zahidi bin Haji Husain (Anggota 1338) Tuan Haji
Ab Ghani bin Mustaffa (Anggota 1532) dan Puan Hajah Sharifah Norhayati bt Syed Abdul Kadir
(Anggota 578).

4.3 Y.H Dato’ Indera Pengerusi mengesahkan tiga (3) orang calon tersebut diatas telah dipilih semula
sebagai Anggota Lembaga dan menang tanpa bertanding untuk sesi penggal tahun 2020-2023.
Ini adalah kerana dua (2) calon seperti berikut telah menarik diri dari bertanding bagi menghormati
SOP Mesyuarat Agung Tahunan hari ini.

i. Tuan Haji Abdul Halim bin Abdul Wahab (Anggota 1421)
ii. Encik Md Zaki bin Haji Saman (Anggota 1354)

AGENDA 5: MENIMBANG DAN MELULUSKAN LAPORAN LEMBAGA KOPERASI DAN
LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN.

5.1 Y.H Dato’ Indera Pengerusi mempersilakan Tuan Haji Mohd Zahidi bin Haji Husain, Timbalan
Pengerusi untuk membentangkan Laporan Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa Audit Dalaman
kepada semua anggota.

5.2 Tuan Haji Mohd Zahidi bin Haji Husain telah membentangkan Laporan Lembaga Koperasi dan
Jawatankuasa Audit Dalaman. Beliau mencadangkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Ke-42
yang bersidang pada 26 Disember 2020 bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 dari mukasurat
34 hingga 48 untuk disahkan serta disokong untuk diluluskan.

13

5.3 Encik Sy Abdl Rahiem bin Sy Ab Rahman (Anggota 2452) mencadangkan laporan tersebut disah
serta diluluskan dan disokong oleh Puan Che Azizah bt Daud (Anggota 2129) tanpa sebarang
bantahan.

AGENDA 6: MENIMBANG DAN MELULUSKAN LAPORAN PENYATA TERAUDIT KOPERASI
BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2019 DAN 2020.

6.1 Tuan Haji Ab Ghani bin Mustaffa selaku Bendahari membentangkan Laporan Penyata Teraudit
Koperasi bagi tahun 2019 dan 2020 dari mukasurat 54 hingga 90 kepada semua anggota untuk
mendapat kelulusan.

6.2 Tuan Bendahari memaklumkan kepada semua anggota bahawa perolehan pendapatan Koperasi
sepanjang tahun 2019 di mukasurat 57 adalah berjumlah RM 14,334,308 yang mana pendapatan
aktiviti adalah daripada Stesen Minyak, Ar-Rahnu, Sewa Teksi & Permit, Kedai Harga Patut, Sewa
Bangunan dan Dividen Pelaburan.

6.3 Merujuk pada mukasurat 57 dan 58, jumlah pelbagai pendapatan adalah RM 95,549 menjadikan
jumlah pendapatan keseluruhan adalah RM 14,429,857 . Dengan perbelanjaan RM 14,416,934,
Koperasi telah memperolehi keuntungan sebanyak RM 12,923 dan mencadangkan pemberian
dividen sebanyak 4% bagi tahun 2019 atas syer yang dimiliki oleh anggota dengan jumlah yang
terlibat ialah RM 115,139.

6.4 Tuan Bendahari seterusnya membentangkan Laporan Penyata Teraudit Koperasi tahun 2020 dari
muka surat 33 hingga 70 kepada anggota untuk mendapat kelulusan.

6.5 Bendahari memaklumkan kepada semua anggota bahawa perolehan pendapatan Koperasi
sepanjang tahun 2020 di mukasurat 36 adalah berjumlah RM 10,548,214 di mana pendapatan
aktiviti adalah daripada Stesen Minyak Shell, Ar-Rahnu, Ar-Rahnu 2, Sewa Teksi & Permit, Kedai
Harga Patut, Sewa Bangunan dan Dividen Pelaburan.

6.6 Merujuk di mukasurat 36 dan 37, jumlah pelbagai pendapatan adalah RM 61,474 menjadikan
jumlah pendapatan keseluruhan adalah RM 10,609,688. Dengan perbelanjaan RM 10,496,560,
Koperasi telah memperolehi keuntungan sebanyak RM 113,128 dan mencadangkan pemberian
dividen sebanyak 4% bagi tahun 2020 atas syer yang dimiliki oleh anggota dengan jumlah yang
terlibat ialah RM 104,794

6.7 YH. Dato’ Haji Abdul Ghani bin Sulaiman (Anggota 1017) mencadangkan laporan diterima dan
disokong oleh Encik Asruddin bin Abbas (Anggota 2532).

14

AGENDA 7: MENIMBANG DAN MELULUSKAN CADANGAN PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN
BERSIH AR- RAHNU KEPADA PELABUR DAN PEMEGANG ASKA.

7.1 YH. Dato’ Indera Pengerusi memohon Tuan Bendahari untuk membentangkan agenda ini kepada
semua anggota dan seterusnya mendapatkan persetujuan bagi meluluskan Pembahagian
Keuntungan Bersih bagi tahun 2019 sebanyak 8% dan tahun 2020 sebanyak 8% kepada Pelabur
dan Pemegang ASKA (Akaun Simpanan Khas Al-Mudharabah).

7.2 Encik Kamal Zaim bin Mohd Amin (Anggota 2538) mencadangkan agenda ini diluluskan dan
disokong oleh Tuan Haji Kamaludin bin Ahad (Anggota 2212).

AGENDA 8: MENIMBANG DAN MELULUSKAN BELANJAWAN TAHUNAN BAGI TAHUN 2021
DAN 2022.

8.1 Tuan Bendahari membentangkan Laporan Belanjawan Tahunan bagi tahun 2021 dan 2022 dari
muka surat 73 hingga 80, yang mana Koperasi dijangka akan memperolehi pendapatan sebanyak
RM 771,633 daripada operasi Stesen Minyak Shell, Ar-Rahnu, Ar-Rahnu II, Kedai Harga Patut,
Sewaan Permit Teksi dan Insurans serta lain-lain pendapatan. Koperasi dijangka mendapat
keuntungan bersih sebanyak RM 111,633. pada tahun 2021 manakala bagi tahun 2022, Koperasi
dijangka akan memperolehi pendapatan sebanyak RM 858,000 dengan anggaran keuntungan
sebanyak RM 115,000.

8.2 Encik Sy Abdl Rahiem bin Sy Ab Rahman (Anggota 2452) mencadangkan laporan ini diterima
dan disokong Tuan Haji Kamaludin bin Ahad (Anggota 2212).

AGENDA 9: MENIMBANG DAN MELULUSKAN ELAUN ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI,
JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN DAN JAWATANKUASA KECIL YANG
DILANTIK TAHUN 2022.

9.1 YH. Dato’ Indera Pengerusi mempersilakan Tuan Haji Ab Ghani bin Mustaffa membentangkan
Agenda 9 yang mana elaun masih jumlah yang sama dan tiada perubahan sebagaimana tahun
lalu yang diberikan kepada Anggota Lembaga Koperasi, Jawatankuasa Auit Dalaman dan
Jawatankuasa Kecil yang dilantik bermula pada tahun 2022.

9.2 Tuan Haji Kamaludin bin Ahad (Anggota 2212) mencadangkan agenda ini diluluskan dan
disokong Encik Sy Abdl Rahiem bin Sy Ab Rahman (Anggota 2452).

15

AGENDA 10: MELULUSKAN SATU PANEL YANG TERDIRI TIDAK KURANG DARIPADA DUA (2)
FIRMA AUDIT UNTUK MENGAUDIT AKAUN-AKAUN KOPERASI.

10.1 Tuan Haji Zulkefli bin Haji Yunus, Anggota Lembaga telah membentangkan Agenda 10 untuk
mendapat kelulusan dari semua anggota iaitu melantik dua antara tiga panel audit yang
dicadangkan adalah seperti berikut:-
i. Tetuan Kamarulzaman & Associates.
ii. Tetuan Mohamad Asri & Co.
iii. Tetuan Wan Nadzir & Co.

10.2 Atas persetujuan semua anggota, pelantikan ini diserahkan kepada Anggota Lembaga untuk
menentukannya dan disokong sebulat suara.

AGENDA 11: MENIMBANG DAN MELULUSKAN SKOP DAN HAD PELABURAN DARIPADA WANG
BERLEBIHAN KOPERASI.

11.1 YH. Dato’ Indera Pengerusi mempersilakan Tuan Haji Rumli bin Mohamad, Anggota Lembaga
untuk membentangkan Agenda 11 iaitu had pelaburan Koperasi tidak melebihi RM 5 juta bagi
tujuan membuat pelaburan saham – saham terbitan (yang patuh syariah) bagi tahun 2022
tertakluk kepada kelulusan SKM untuk dicadangkan diterima.

11.2 Puan Samsiah bt Sulong (Anggota 1069-A) mencadangkan Agenda 11 diterima dan disokong
oleh Puan Che Azizah bt Daud (Anggota 2129).

AGENDA 12: MENENTUKAN HAD MAKSIMUM KETERHUTANGAN KOPERASI
12.1 Encik Mohamad Basri bin Abdullah, Anggota Lembaga telah membentangkan Agenda 12 iaitu

memberi kuasa kepada Koperasi untuk mendapatkan pinjaman dengan had tidak melebihi RM 10
juta sekiranya perlu dari mana-mana intitusi kewangan bagi tahun 2022.
12.2 Encik Badri bin Haji Yunus (Anggota 1750) mencadangkan agenda ini diterima dan disokong
sebulat suara oleh semua anggota.

16

AGENDA 13: MENDENGAR, MENIMBANG ATAU MEMUTUSKAN APA-APA USUL ATAU HAL
URUSAN LAIN KOPERASI YANG SUATU NOTIS YANG TIDAK KURANG
DARIPADA TUJUH (7) HARI SEBELUM TARIKH MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

13.1 Tuan Haji Mohd Zahidi bin Haji Husain, Timbalan Pengerusi telah membentangkan usul dari Koperasi
mengenai penyambungan semula perjanjian di antara Koperasi Pengguna Pahang Berhad dengan
Syarikat Shell Malaysia Trading Sdn Bhd selama 10 tahun lagi untuk mendapat kelulusan dari semua
anggota.

13.2 Usul tersebut telah mendapat persetujuan dari semua anggota serta menyokong sebulat suara.

13.3 Tuan Haji Mohd Zahidi bin Haji Husain memaklumkan bahawa Koperasi telah menerima usul dari YH.
Dato’ Haji Abdul Ghani bin Sulaiman (Anggota 1017) berkenaan cadangan kenaikan elaun kehadiran
Mesyuarat Agung Tahunan dari RM 100.00 seorang kepada RM150.00 seorang dalam bentuk tunai.

13.4 Cadangan usul tersebut akan dibentangkan semula dalam Mesyuarat Agung Tahunan akan datang
iaitu pada tahun 2022.

E. PENUTUP

YH. Dato’ Indera Pengerusi Mesyuarat mengucapkan terima kasih pada semua anggota yang hadir dan
mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.45 petang.

Disediakan oleh,

(HAJI KAMIL BIN HAJI ABD MAJID,PKC., PKT)
Setiausaha
Koperasi Pengguna Pahang Berhad
Bertarikh: 6.12.2021

Edaran kepada:
1. Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Pahang
2. Ketua Penolong Pengarah SKM Wilayah Kuantan 1
3. Fail berkenaan

Nota:
Nama Pencatit Minit MAT ke-42:
1. Encik Ramzuzaman bin Abd Rahman (No. Anggota 2298)
2. Tuan Haji Ishak bin Haji Zaidin (No. Anggota 1230)

17

LAMPIRAN A
18

19

20

21

22

23

AGENDA 3

MELANTIK SUATU JAWATANKUASA YANG
TERDIRI DARIPADA ENAM (6) ORANG DAN
EMPAT (4) ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

UNTUK MENENTUSAHKAN DRAF MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-43

1. Nama yang dicadangkan : No. Anggota :

a) ____________________________________________________ _______________

b) ____________________________________________________ _______________

c) ____________________________________________________ _______________

d) ____________________________________________________ _______________

e) ____________________________________________________ _______________

f) ____________________________________________________ _______________

i. Nama pencadang : No. Anggota :

_________________________________________________ _______________

ii. Nama penyokong : No. Anggota :

_________________________________________________ _______________

2. Empat (4) orang Anggota Lembaga Koperasi yang telah dicadangkan dalam Mesyuarat
Lembaga pada 16 Jun 2022 adalah seperti berikut:

1. Pengerusi
2. Timbalan Pengerusi
3. Setiausaha
4. Bendahari

24

AGENDA 4

PEMILIHAN TIGA (3) ORANG ANGGOTA
LEMBAGA TAMAT TEMPOH JAWATAN

1. Berikut adalah tiga (3) orang calon yang telah membuat permohonan untuk lantikan semula
sebagai Anggota Lembaga dan telah pun mendapat surat kelulusan penentusahan daripada
Suruhanjaya Koperasi Malaysia bernombor rujukan SKM.IP. (SULIT):1864/1 SJ.2 JLD 3
bertarikh 06 Mei 2021 bagi tempoh sehingga (3) tiga tahun.

Bil. Nama No. K/P

i. YH Dato’ Indera Hj Mustaffar Kamal bin Ab Hamid, 531010-06-5303
No. Anggota 1835

ii. Haji Kamil bin Haji Abd Majid, No. Anggota 636 490117-06-5065

iii. Haji Zulkefli bin Haji Yunus, No. Anggota 1762 520720-06-5259

2. Manakala Tuan Haji Ab Ghani bin Mustaffa perlu dilantik semula sebagai Anggota Lembaga
kerana mengikut surat kelulusan penentusahan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia
bernombor rujukan SKM.IP. (SULIT):1864/1 SJ.2 JLD 3 bertarikh 06 Mei 2021, tempoh yang
diberi oleh SKM sehingga (1) satu tahun sahaja iaitu perkhidmatannya tamat hari ini.

3. Bahawa Mesyuarat Agung Tahunan ke-43 yang bersidang pada 20 Julai 2022 telah
membuat keputusan mengesahkan empat (4) orang calon seperti di para 1 dan 2 berjaya
dipilih semula sebagai Anggota Lembaga Koperasi dengan memperolehi keputusan
“MENANG TANPA BERTANDING” untuk penggal tahun 2021-2024.

i. Nama pencadang : No. Anggota :

_________________________________________________ _______________

ii. Nama penyokong : No. Anggota :

_________________________________________________ _______________

25

AGENDA 5

MEMILIH SEORANG AHLI LEMBAGA
PENGURUSAN AR-RAHNU MENGIKUT

ATURAN PAJAK GADAI ISLAM
(AR-RAHNU) 15 (1) (c)

1. Jawatan ini dikosongkan berikutan tempoh perkhidmatan Tn. Hj Abdul Aziz b. Mohd Nor, No.
Anggota 1600 tamat pada hari ini.

i. Nama pencadang : No. Anggota :

_________________________________________________ _______________

ii. Nama penyokong : No. Anggota :

_________________________________________________ _______________

iii. Keputusan :
_________________________________________________

26

AGENDA 6

LAPORAN LEMBAGA KOPERASI DAN
LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT

DALAMAN BAGI TAHUN 2021

Bahawa Mesyuarat Agung Tahunan ke-43 yang bersidang pada 20 Julai 2022 mengambil keputusan
menerima Laporan Lembaga Koperasi dan Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman bagi tahun 2021.

1. Laporan Lembaga Koperasi bagi Tahun 2021

i. Nama pencadang : No. Anggota :

_________________________________________________ _______________

ii. Nama penyokong : No. Anggota :

_________________________________________________ _______________

2. Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman bagi Tahun 2021

i. Nama pencadang : No. Anggota :

_________________________________________________ _______________

ii. Nama penyokong : No. Anggota :

_________________________________________________ _______________

27

Laporan Lembaga Koperasi 2021

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Para Anggota Sekalian,
Bagi Pihak Anggota Lembaga Koperasi dengan sukacitanya saya membentangkan Laporan
Tahunan 2021.

1. KEANGGOTAAN DAN MODAL SYER

Sehingga 31 Disember 2021 seramai 1,590 orang telah berdaftar menjadi anggota KPPB
dengan modal syer berbayar berjumlah RM 2,909,719.00.

2. KEHADIRAN MESYUARAT LEMBAGA

2.1 Sepanjang tahun 2021, Anggota Lembaga Koperasi telah bermesyuarat sebanyak 7
kali dan bilangan kehadiran mesyuarat setiap Anggota Lembaga adalah seperti
berikut:

2.1 Mesyuarat Lembaga sebanyak 6 kali.

Bil. Tarikh Bil. Nama Kehadiran

1 23.02.2021 1 YH. Dato’ Indera Haji Mustaffar Kamal bin Ab Hamid 6/6

2 14.04.2021 2 Tuan Haji Mohd Zahidi bin Haji Husain 6/6

3 04.08.2021 3 Tuan Haji Kamil bin Haji Abd Majid 6/6

4 22.09.2021 4 Tuan Haji Ab Ghani bin Mustaffa 6/6

5 07.11.2021 5 Tuan Haji Zulkefli bin Haji Yunus 6/6

6 03.12.2021 6 Encik Abdul Latif bin Haji Abdullah 5/6

7 Puan Hajah Sharifah Norhayati bt Syed Abdul Kadir 6/6

8 Tuan Haji Rumli bin Mohamad 6/6

9 Encik Mohamad Basri bin Abdullah 6/6

28

2.2 Mesyuarat Khas sebanyak 1 kali.

Bil. Tarikh Bil. Nama Kehadiran
1 21.05.2021 1 YH. Dato’ Indera Haji Mustaffar Kamal bin Ab Hamid 1/1
2 Tuan Haji Mohd Zahidi bin Haji Husain 1/1
3 Tuan Haji Kamil bin Haji Abd Majid 1/1
4 Tuan Haji Ab Ghani bin Mustaffa 1/1
5 Tuan Haji Zulkefli bin Haji Yunus 1/1
6 Encik Abdul Latif bin Haji Abdullah 1/1
7 Puan Hajah Sharifah Norhayati bt Syed Abdul Kadir 1/1
8 Tuan Haji Rumli bin Mohamad 1/1
9 Encik Mohamad Basri bin Abdullah 1/1

3. ASET TETAP

Sehingga 31 Disember 2021, Koperasi memiliki aset tetap di beberapa lokasi adalah seperti
berikut:

Bil. Lokasi Kegunaan Keluasan Hak milik / Tempoh

i. Tapak Stesen Minyak Stesen Minyak 20,007 kp Milikan Bebas / dipajak
Lot 24 Sek 14 & Kedai Select kepada Shell bermula
27.07.1995 hingga 2025

ii. Tapak Servis Pusat Servis 6,000 kp Dipajak kepada Shell
HS(D) 7703 Kereta sehingga
26.02.2052

iii. No 152, Jalan Besar 1 unit kedai 2,000 kp Geran No 471 /
Kuantan pejabat 3 tingkat Bebas / dipajak kepada

Maybank

iv. B 24 & B 22, Lorong Kg 2 unit kedai 3120fs Geran No 40040
Padang Permai 1, pejabat 2 tingkat (560fs x 2 & 40041 / dipajak kepada

Perumahan Kg Padang unit) SKM
Permai, Kuantan

29

3. ASET TETAP Kegunaan Keluasan Hak milik / Tempoh
Bil. Lokasi Hakmilik No. 244

v PM 244 Lot 2494 Mukim Stesen Minyak 0.2788
Lepar, Daerah Pekan hektar

4. PERSIDANGAN, SEMINAR DAN BENGKEL

Berikut adalah senarai persidangan, seminar dan bengkel yang dihadiri oleh Anggota
Lembaga, Kakitangan dan Jawatankuasa Audit Dalaman.

Bil Tarikh Tempat Nama Persidangan / Seminar / Peserta
Bengkel

1 16 Februari 2021 Selangor Bengkel Inovasi Ar-Rahnu melalui Pengurus dan
Aplikasi Zoom Meeting anjuran Seorang
ANGKASA
Kakitangan

2 15 Mac 2021 Selangor Webinar Aura Bertajuk “Sektor Seorang ALK
Koperasi Pasca Covid 19: Rebah dan

atau Ubah? melalui Aplikasi Pengurus
Facebook Rasmi Universiti
Malaysia Kelantan anjuran

ANGKASA

3 28 Jun 2021 Kuantan Taklimat Promosi Pembiayaan Seorang
TMP-SKM, Pembiayaan Khas kakitangan
Covid-19 dan Perlaksanaan
Penangguhan Bayaran Balik
(Moratorium 3.0) SKM Negeri
Pahang melalui Aplikasi Microsoft

Team

4 26 Julai 2021 Kuantan Taklimat Pindaan Akta Koperasi Pengurus dan
1993 SKM Negeri Pahang melalui Seorang

secara talian Kakitangan

5 15-16 Oktober Residence Inn, Program Brainstorming anjuran ALK, AJK, JAD,
2021 Cherating KPPB 2021 Pengurus dan

Kakitangan

30

5. AKTIVITI STESEN MINYAK SHELL KPPB
5.1 Prestasi urusniaga Stesen Minyak Shell KPPB bagi tahun 2021 adalah seperti
berikut:

PRODUK RM
Minyak 9,025,909

Pelincir 44,507

Kedai Select 1,206,587
JUMLAH 10,277,003

5.2 Perbandingan prestasi bagi 5 tahun adalah seperti berikut :

2021

2020

2019

2018

2017

-2,000,000 2,000,000 6,000,000 10,000,000 14,000,000 18,000,000

Untung Bersih (RM) 2017 2018 2019 2020 2021
Kos Operasi (RM) 361,924 -27,924 215,501 117,335 245,746
Jualan (RM) 14,909,159 14,907,386 13,537,613 9,771,298 10,031,257
15,271,083 14,879,462 13,753,114 9,888,633 10,277,003

31

5.3 Skim Rebet bagi Pembelian Barangan Kedai Select dan Mengisi Minyak di
Stesen Minyak Shell KPPB.

5.3.1 Seramai 288 orang mengambil bahagian di mana 57 orang daripadanya
layak mendapat rebet 2.5 % daripada nilai minima yang ditetapkan mengikut
UUK 65 (3) tidak kurang daripada RM 1,500.00 mulai 01 Januari 2021
sehingga 31 Disember 2021.

5.3.2 Melalui skim rebet ini, Stesen Minyak Shell telah memperolehi kutipan hasil
jualan sebanyak RM 255,279.20 mulai 01 Januari 2021 sehingga 31
Disember 2021.

5.3.3 Kepada anggota yang belum lagi mengambil bahagian dalam Skim Rebet ini
dan belum mencapai had yang ditetapkan, pihak pengurusan menyarankan
semua anggota SEGERA merebut peluang yang ditawarkan dengan
mengisi minyak atau membeli barangan kedai select di Stesen Minyak Shell.

5.3.4 Berikut adalah senarai 8 orang anggota yang menyertai Skim Rebet ini
dengan nilai pembelian sebanyak RM 5,000.00 ke atas.

Bil. Nama Anggota No. Jumlah
1 Salleh bin Khamis Anggota Pembelian

1911 (RM)

13,692.78

2 Mohd Zulhafiq bin Mohd Zahidi 2289 10,577.55

3 Khairuddin bin Mohd Sharif 2549 9,209.50

4 Mohamad Basri bin Abdullah 1384 7,770.12

5 Muhammad Mustafar bin Awang 1964 5,881.30

6 Zolkepli bin Mohiden 2096 5,707.30

7 Ahmad Zaheruddin bin Ahmad 198 5,421.80
Sabri

8 YH. Dato Haji Abdul Ghani bin 1017 5,178.50
Sulaiman

5.3.5 Bagi nilai pembelian dari RM 4,999.00-RM 1,500.00, anggota boleh melihat
senarai tersebut dengan melayari laman web di alamat
http://koppengguna.com atau di Facebook Koperasi Pengguna Pahang
Berhad. Seramai 57 orang anggota yang layak akan menerima kupon rebet
dan akan dimaklumkan melalui surat dalam masa terdekat. Tahniah
diucapkan.

32

6. AKTIVITI PAJAK GADAI ISLAM (AR-RAHNU)
6.1 Prestasi urusniaga Pajak Gadai Islam ( Ar-Rahnu ) bagi tahun 2021 adalah seperti
berikut :

PERKARA BIL URUSNIAGA RM
Pinjaman 2566 6,358,620.00

Tebusan 2808 6,617,510.00

Upah Simpan 2808 529,859.40

6.2 Perbandingan prestasi bagi 5 tahun adalah seperti berikut :

2021

2020

2019

2018

2017

0 100,000 200,000 300,000 400,000 500,000 600,000 700,000

Untung Bersih (RM) 2017 2018 2019 2020 2021
Kos Operasi (RM) 360,486 255,046 334,271 382,368 349,376
Upah Simpan dan lain-lain (RM) 282,849 216,304 147,286 149,394 156,801
643,335 529,980 549,906 531,762 506,177

33

7. AKTIVITI PAJAK GADAI ISLAM (AR-RAHNU KE-2)
7.1 Prestasi urusniaga Pajak Gadai Islam ( Ar-Rahnu ke-2 ) bagi tahun 2021 adalah
seperti berikut :

PERKARA BIL URUSNIAGA RM
Pinjaman 714 1,604,625.00

Tebusan 494 1,282,490.00

Upah Simpan 494 58,500.20

7.2 Seterusnya, Koperasi menawarkan kepada semua anggota KPPB untuk melabur
dalam Aktiviti Ar-Rahnu Ke-2 di Kampung Padang Permai 1, Kuantan melalui Akaun
Simpanan Khas Al-Mudharabah II (ASKA II) sebanyak 2 lot dengan nilai RM
2,000.00 ( 1 lot = RM 1,000.00) dan caj pengurusan sebanyak RM 20.00. Berikut
adalah had simpanan minima dan maksima Akaun Simpanan Khas Al-Mudharabah
II (Aska II) adalah seperti berikut:

Simpanan Jumlah Lot Harga 1 Lot Jumlah
Minima 1 RM 1,000 RM 1,000
Maksima 50 RM 1,000 RM 50,000

7.3 Adalah menjadi harapan YH. Dato’ Indera Pengerusi KPPB agar semua anggota
KPPB memberi sokongan padu kepada Aktiviti Ar-Rahnu ke-2 ini supaya aktiviti ini
dapat meningkatkan keuntungan. Di samping itu, anggota juga akan mendapat
hadiah cabutan bertuah dan berpeluang menikmati dividen tahunan Koperasi KPPB
yang baik pada setiap tahun.

34

8. AKTIVITI INSURANS / TAKAFUL
8.1 Prestasi aktiviti Takaful & Insurans bagi tahun 2021 adalah seperti berikut :

JENIS INSURANS RM
Etiqa 1,124
Takaful Malaysia
Caj Runner 990
JUMLAH 200
2,314

8.2 Perbandingan prestasi bagi 5 tahun adalah seperti berikut :

2021

2020

2019

2018

2017

0 500 1,000 1,500 2,000 2,500 3,000 3,500
Pendapatan
2017 2018 2019 2020 2021
2,989 2,065 2,126 2,834 2,314

8.3 Koperasi adalah Ejen Takaful / Insurans yang berdaftar dengan Syarikat Etiqa
General Malaysia Bhd dan Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad. Koperasi telah
menyediakan kemudahan membaharui Insurans Kenderaan, Rumah, Kebakaran,
Perlindungan Diri dan Melancong serta Cukai Jalan dengan bayaran secara tunai
atau “online transfer”.

35

8.4 Sehingga tahun 2021, seramai 103 orang yang terdiri dari anggota / bukan anggota
telah melanggani Insurans Etiqa General atau Takaful Malaysia dengan mendapat
pendapatan sebanyak RM 2,314.00.

8.5 YH. Dato’ Indera Pengerusi dan Anggota Lembaga Koperasi menyeru kepada
semua anggota untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Koperasi
kerana anggota akan mendapat diskaun sebanyak 5% dan bukan anggota sebanyak
3%. Di samping itu juga, Koperasi ada menyediakan hadiah cabutan bertuah kepada
semua anggota / bukan anggota jika anggota / bukan anggota membeli premium
insurans / takaful atau membaharui dengan Koperasi.

9. SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN
Anggota Lembaga dengan rasa ducitanya memaklumkan seramai 12 anggota Koperasi telah
meninggal dunia adalah seperti berikut dan pembayaran khairat kematian kepada waris
telah dibuat pada tahun 2021. Takziah diucapkan.

Bil. Nama Anggota No. Anggota

1 Allahyarham Jaafar bin Omar 1815

2 Allahyarhamah Wan Rokiah bt Wan Majid 1592

3 Allahyarham Wan Abd Manan bin Wan Daud 1715

4 Allahyarham Abdullah bin Mat Saat 1790

5 Allahyarham Mohd Zulkifli bin Mohd Ariff 2235

6 Allahyarham Rosli bin Muhamed 1947

7 Allahyarhamah Hasmah bt Mohd Nai 68

8 Allahyarham YM.Tengku Abdul Jamil bin Tengku Omar 768

9 Allahyarhamah Hafidzah bt Jaafar 56

10 Allahyarham Zainal bin Haji Ismail 1120

36

Bil. Nama Anggota No. Anggota
11 Allahyarham Sabri bin Mat Yaacub 2165
12 Allahyarham Suaini bin Hussin 1907

10. PENGHARGAAN
Pengerusi dan Anggota Lembaga Koperasi ingin menyampaikan setinggi – tinggi
penghargaan dan jutaan terima kasih kepada:-

1) Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur di bawah pimpinan YAB. Dato’ Sri Wan Rosdy
bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.

2) Pengerusi SKM Cawangan Negeri Pahang dan pegawai beliau atas bimbingan yang
berterusan.

3) ANGKASA Pusat , Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 1 Kuantan dan Institut
Koperasi Malaysia kerana menawarkan kursus, seminar atau bengkel kepada Anggota
Lembaga dan Kakitangan Koperasi.

4) Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan pegawai atas bimbingan yang berterusan.
5) Tetuan Kamarulzaman & Associates dan Jawatankuasa Audit Dalaman yang sentiasa

menasihati dan memantau operasi Koperasi.
6) Semua Anggota KPPB di atas penglibatan yang aktif dan kerjasama yang erat.
7) Semua Kakitangan Koperasi KPPB di atas perkhidmatan yang berdedikasi yang

berpaksikan kepada budaya kerja cemerlang.

Sekian dimaklumkan.
Bagi pihak Anggota Lembaga,
KOPERASI PENGGUNA PAHANG BERHAD

( HAJI KAMIL BIN HAJI ABD MAJID, PKC., PKT. )
Setiausaha

37

Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman 2021

Kami sebagai
Jawatankuasa Audit Dalam (JAD) KPPB melaporkan daripada hasil aktiviti-aktiviti pengauditan
sepanjang tahun 2021 selaras dengan peraturan dan fungsi JAD sebagaimana yang termaktub
dalam seksyen 42A, Akta Koperasi 1993 dan UUK 49 dan UUK 59 KPPB.

JAD terdiri daripada 4 orang Jawatankuasa telah melaksanakan pengauditan dengan dibantu oleh
ALK dan Kakitangan Koperasi. Fokus utama JAD adalah mengenalpasti kelemahan dan
penambahbaikan pengurusan, mengenalpasti implikasi risiko, membuat saranan dan khidmat
nasihat kepada ALK, pengurusan dan kakitangan koperasi.

Pada tahun 2021, aktiviti JAD menumpukan kepada pemeriksaan tunai secara fizikal daripada hasil
jualan, panjar wang runcit dan kesahihan barang gadaian yang disimpan di Pejabat Ar-Rahnu 1 dan
Ar-Rahnu 2 berada dalam keadaan selamat dan sempurna.

Di dalam melaksanakan tugas-tugas pengauditan, pihak kami mendapati bahawa aktiviti koperasi
telah dijalankan dengan baik dan semua rekod akaun disimpan dengan memuaskan.
Walaubagaimana pun pihak kami ingin menarik perhatian ALK dan Pengurusan untuk memberi
tumpuan yang lebih kepada perkara-perkara berikut demi meningkatkan lagi prestasi Koperasi:-

i) Mencari kaedah yang lebih efektif bagi mengurangkan stok minyak pelincir di Stesen Minyak
Shell .

ii) Memastikan modal pusingan bagi Aktiviti Ar-Rahnu 2 dengan menggalakan ahli lama dan
baru untuk menambah saham dalam Ar-Rahnu 2.

iii) Cadangan mempertingkatkan keceriaan di sekitar kawasan tandas dan surau di Stesen
Minyak Shell untuk keselesaan pengguna.

Dikesempatan ini, kami Jawatankuasa Audit Dalaman bagi sesi 2021/2022 ingin merakamkan jutaan
terima kasih kepada YH. Dato’ Indera Pengerusi dan Anggota Lembaga Koperasi yang telah
memberikan kepercayaan kepada kami bagi melaksanakan amanah tersebut.

Kami juga mengucapkan tahniah kepada Koperasi di atas pencapaian keuntungan yang baik pada
tahun 2021 walaupun disaat negara masih dalam pandemik Covid-19.

38

Ucapan terima kasih dari kami juga kepada barisan Pengurusan dan Kakitangan Koperasi yang telah
memberikan kerjasama yang baik disepanjang tempoh kami menjalankan amanah tersebut. Semoga
Koperasi akan terus maju jaya dibawah kepimpinan YH. Dato’ Indera Pengerusi.
Sekian, terima kasih.

39

AGENDA 7

PENYATA KEWANGAN TERAUDIT BAGI
TAHUN BERAKHIR KEWANGAN
31 DISEMBER 2021

Bahawa Mesyuarat Agung Tahunan ke-43 yang bersidang pada 20 Julai 2022 mengambil keputusan
menerima Laporan Penyata Kewangan Teraudit bagi tahun berakhir kewangan 31.12.2021.

1. Nama pencadang : No. Anggota :

___________________________________________________ _______________

2. Nama penyokong : No. Anggota :

___________________________________________________ _______________

40

41


Click to View FlipBook Version