The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tema 3: Penerokaan Unsur dalam Alam
Bab 10: Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan
Buku Teks Sains Tingkatan 4 KSSM

Ditulis, diedit dan direka bentuk oleh Nor Batrisyia Abyanna, SMK Darulaman Heights 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abyannanorbatrisyia, 2021-08-21 03:06:10

Penyalahgunaan Ubat-ubatan

Tema 3: Penerokaan Unsur dalam Alam
Bab 10: Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan
Buku Teks Sains Tingkatan 4 KSSM

Ditulis, diedit dan direka bentuk oleh Nor Batrisyia Abyanna, SMK Darulaman Heights 1

Keywords: Penyalahgunaan Ubat-ubatan

1. 3
2. 6
3. 10

4. 11

5. 13

6. 20

7. 21

Pengenalan

Penyalahgunaan ubat berlaku apabila anda
mengambil ubat tidak mengikut arahan
doktor/ahli Farmasi. Di antara contoh
penyalahgunaan ubat adalah seperti berikut:

- Menggunakan ubat yang dipreskrib untuk
orang lain.

- Mengambil dos yang lebih tinggi
berbanding yang diarahkan.

- Mengambil ubat dengan cara yang
berbeza daripada arahan. Sebagai contoh
dengan menghancurkan tablet dan
diambil melalui hidung atau injeksi.

- Mengambil ubat bagi tujuan lain iaitu
tidak mengikut indikasi yang
ditetapkan/diperlukan, seperti untuk
menimbulkan rasa ghairah.

Penyalahgunaan ubat boleh menyebabkan
ketagihan ubat. Anatara jenis ubat yang
boleh menyebabkan ketagihan adalah ubat
tahan sakit yang mengandungi opiod, ubat
tidur, ubat penenang dan ubat perangsang.
Terdapat juga ubat tanpa preskripsi (over
the counter, OTC) yang sering
disalahgunakan, iaitu seperti ubat yang
mengandungi bahan dextromethorphan
yang terkandung dalam ubat batuk dan
selsema.

Ada juga pihak yang berpendapat
pengambilan ubat preskripsi dan OTC
adalah lebih selamat berbanding
pengambilan darah terlarang (kokaine,
heroine, kanabis dan sebagainya). Walau
bagaimanapun, pengambilan ubat
preskripsi dan OTC adalah selamat apabila
ianya diambil seperti yang diarahkan oleh
doktor/ahli Farmasi. Penyalahgunaan ubat

preskripsi dan OTC ini boleh menyebabkan
risiko kesan sampingan, termasuk
berlebihan dos (overdose) – terutama
apabila ianya diambil bersama ubat lain dan
alkohol.

Apakah ubat-ubatan tanpa preskripsi

(ubat am)?

Ubat-ubat tanpa preskripsi (ubat am) adalah
ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi bagi
merawat gejala ringan seperti demam, hidung
tersumbat dan batuk. Sesetengah ubat ini
mengandungi bahan aktif yang tertakluk di
bawah kawalan Akta Racun 1952 dan boleh
diperoleh selepas konsultasi dengan ahli
Farmasi.

Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang
melibatkan perlakuan yang berulang-ulang
atau penggunaan dadah yang berlebihan.
Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan
perasaan gembira melampau atau ketagih
bertujuan lari daripada kenyataan.
Penyalahgunaan.

Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang
melibatkan pola songsang penyalahgunaan
dadah yang akhirnya boleh mengganggu
kehidupan seharian.

Jenis-jenis dadah yang kerap
disalahgunakan:

Opium / candu
- Morfin, Heroin – euphoria, painkiller
- Melahirkan rasa euphoria dan penahan sakit
- Euphoria, ubat tahan sakit

Perangsang
- Kokain, Amfetamina
- Euphoria, berkeyakinan

Penenang
- Anxiolytics / Anti-anxiety drugs – Benzodiazepines
- Benzodiazepines

Halusimogen (Psikedelik) – Warna-warna teran dan berkilauan
- Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed
- LSD – lysergic asid diethylamide, asid

Nikotin / Tembakau
- Terangsang dalam dos yang kecil

Alkohol (agen kemurungan)
- Terangsang pada dos yang rendah tetapi terencat bila mengambil dos
yang berlebihan

Sintom-sintom seseorang itu terlibat dalam
penyalahgunaan dadah:

- Resah/Gelisah
- Prestasi kerja atau akademik yang

merosot
- Mencuri wang atau apa saja sama ada di

rumah, sekolah atau di tempat kerja
- Perubahan sikap secara mendadak seperti

tabiat makan, tidur dan aktiviti harian
- Perubahan emosi secara tiba-tiba
- Bercakap merepek
- Mengabaikan penampilan diri
- Menghindari kawan biasa yang tidak

mengambil dadah
- Berkelakuan mencurigakan seperti

menghabiskan banyak masa di bilik air
atau bilik tidur dan rasa curiga yang
keterlaluan kepada yang lain
- Kelihatan letih, penat dan mamai

Komplikasi dan rawatan

Kesan penyalahgunaan dadah yang
berterusan akan merosakkan:

- Kebersihan dan kesihatan diri
- Kesihatan mental
- Prestasi pelajaran
- Hubungan sosial
- Status kewangan

Penyalahgunaan dadah akan lebih
merumitkan bila ia melibatkan:

- Penggunaan pelbagai jenis dadah
- Aktiviti jenayah
- Kaum keluarga
- Masalah perubatan
- Masalah psikiatri

Ketagihan adalah sifat psikologi. Mereka yang
telah kronik dalam penyalahgunaan dadah sukar
disembuhkan. Pertolongan dari mereka yang
profesional amat diperlukan.

Rawatan untuk ketagihan boleh didapati di
hospital, klinik atau Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (AADK).

Rawatan:

Detoksifikasi
- Menghilangkan kesan dadah di dalam badan

Terapi kelakuan
- Menggalakkan sikap yang baik dan
menghilangkan rasa pergantungan
Kaunseling

- Memberi motivasi dalam menangani masalah

dada dan kembali menagih

Terapi penggantian dadah:

- Memaksimumkan keadaan bebas dadah
semasa proses pemulihan

- Methadone (ketagihan ubat penenang)
- Nikotin (ketagihan rokok)

Pengambilan ubat preskripsi dan OTC diambil tanpa
sebarang keperluan atau berlebihan dan tidak
mengikut arahan akan memberi kesan ubat tersebut

terhadap otak adalah hampir sama dengan dadah.

Penyalahgunaan ubat preskripsi dan OTC ini boleh
mengakibatkan pelbagai kesan seperti contoh berikut:

Menurut penyelidikan, kesalahan
pengambilan ubat telah dihadapi hamper
71,000 kanak-kanak di bilik kecemasan akibat
kecuaian pihak hospital. Malah ibu bapa
sendiri selalu memberi anak makan ubat yang
salah.

Kesalahan pengambilan ubat boleh
menyebabkan penyakit berpanjangan dan
kesan sampingan yang lebih serius
terutamanya pada bayi dan kanak-kanak.

Atas sebab itu, Akademi Pediatrik Amerika,
AAP tidak mengesyorkan ubat batuk diberikan
kepada kanak-kanak bawah umur enam
tahun.

Menurut Dr. Daniel, Pakar Kanak-Kanak di
Dearborn, Michigan metabolism kanak-kanak
sekitar bawah umur tersebut belum matang
dan mudah terjejas jika berlakunya kesalahan
pengambilan ubat.

Bagi menghindari sebarang kekeliruan, ibu
bapa harus mengikut arahan pada label dan
dos yang wajar diberikan pada anak dan
jangan buat 5 kesalahan ini:

1. Terlalu banyak makan ubat dalam satu
masa.
2. Mengabaikan arahan doktor
3. Pemberian ubat tidak berdaftar
4. Terlebih dos
5. Tidak mengasingkan dos ubat mengikut
berat dan umur

Keracunan ubat boleh berlaku apabila
pengambilan ubat melebihi had yang telah
ditetapkan oleh doktor atau menyalahi cara
pengambilan ubat tersebut.

Keracunan ubat boleh berlaku sama ada
sengaja atau tidak sengaja. Dalam situasi
tidak sengaja, pesakit mungkin secara tidak
sengaja mengambil dos ubat berlebihan
akibat tergesa-gesa, tidak berhati-hati semasa
mengambil ubat atau mengambil ubat di
tempat yang gelap. Insiden keracunan ubat
boleh berlaku apabila terdapat segelintir
pesakit yang sengaja menggandakan dos ubat
tanpa arahan daripada dokto atau ahli
farmasi. Pesakit yang mempunyai banyak
masalah kesihatan dan perlu mengambil
pelbagai jenis ubat, pesakit warga emas dan
pesakit yang mempunyai masalah hati atau
buah pinggang berpotensi untuk mengalami

keracunan ubat jika ubat tidak diambil
mengikut arahan seperti yang diberikan oleh
ahli profesional kesihatan. Selain itu,
keracunan ubat juga mungkin berlaku dalam
kalangan anak-anak kerana mereka
cenderung untuk memasukkan sebarang
objek ke dalam mulut mereka. Ada juga
kanak-kanak yang termakan ubat dewasa
apabila mereka menganggap ubat itu adalah
seperti gula-gula.

Gejala/ Tanda Keracunan Ubat

Gejala keracunan ubat bergantung kepada
jenis ubat, jumlah yang diambil dan usia
mangsa. Ada keracunan yang gejalanya timbul
serta-merta manakala ada pula yang
mengambil tempoh beberapa jam atau hari
sebelum menunjukkan tanda. Berikut adalah
contoh tanda dan gejala keracunan ubat yang
lazim berlaku:

• Sakit perut
• Muntah-muntah
• Kesukaran untuk bernafas
• Kekeliruan
• Kegelisahan
• Mengantuk yang berlebihan
• Tangan atau badan menggigil
• Denyutan nadi yang lebih laju atau
perlahan daripada biasa

Rawatan Keracunan Ubat

Jika mengesyaki keracunan ubat terjadi,
tenangkan fikiran dan jangan panik. Cuba
dapatkan apa-apa pembungkusan, bekas ubat
atau label ubat untuk mengenal pasti ubat-
ubatan yang terlibat. Hubungi talian
kecemasan ‘999’ atau Pusat Racun Negara

atau segera ke pusat rawatan kecemasan
yang terdekat. Jangan cuba untuk merawat
sendiri tanpa arahan atau nasihat daripada
doktor kerana ada sesetengah keracunan
ubat memerlukan penawar yang spesifik.
Jika mangsa berada dalam keadaan sedar,
minta mangsa untuk meludah keluar saki baki
ubat yang berada di dalam mulut. Jangan
sesekali memaksa mangsa muntah melainkan
ia berlaku secara semula jadi bagi
mengelakkan komplikasi yang lain daripada
berlaku. Sementara menunggu bantuan tiba,
dapatkan sebanyak mungkin maklumat yang
boleh. Teruskan meneliti status pernafasan,
denyutan nadi dan tahap respon mangsa.

Tip Pencegahan Keracunan Ubat

• Kebanyakan kes keracunan ubat boleh
dicegah sekiranya pesakit mengambil dan

menyimpan ubat-ubatan mengikut nasihat
yang diberikan. Berikut adalah tip untuk
mengelakkan keracunan ubat. Pastikan
ubat-ubatan disimpan jauh daripada kanak-
kanak.

• Elakkan memanggil ubat-ubatan dengan
gelaran “gula-gula” semasa berkomunikasi
dengan kanak-kanak.

• Baca dan fahami label ubat setiap kali
sebelum mengambilnya untuk memastikan
ubat diambil oleh pesakit yang betul pada
dos, cara dan masa yang betul.

• Elakkan berkongsi ubat-ubatan anda dengan
orang lain.

• Ikut arahan pengambilan ubat seperti yang
ditetapkan, jangan gandakan dos tanpa
arahan daripada doktor atau ahli farmasi.

• Dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli
farmasi sekiranya kurang pasti berkaitan
indikasi dan cara pengambilan ubat-ubatan.

• Ambil ubat di tempat yang terang atau
pasangkan lampu semasa memberi atau
mengambil ubat.

• Bagi mengelakkan kekeliruan semasa
pengambilan ubat, simpan ubat di dalam
bekas asal atau sampul ubat asal kerana
arahan pengambilan ubat ada pada label
ubat.

• Elakkan mengambil ubat daripada bekas
ubat yang tidak mempunyai sebarang label
atau dengan label yang tidak jelas.

• Simpan kertas sisipan ubat yang terdapat di
dalam kotak ubat dan mengetahui serba
sedikit berkaitan ubat tersebut terutamanya
kesan-kesan sampingan.

• Biasakan diri untuk menyemak tarikh luput
dari semasa ke semasa. Jangan guna ubat
yang telah melepasi tarikh luput.

Pesakit dinasihatkan untuk rujuk kepada
doktor atau ahli farmasi sekiranya
memerlukan informasi tambahan berkaitan
ubat-ubatan. Jika tip ini mampu diikuti, maka
keracunan ubat yang memudaratkan
kesihatan dapat dielakkan. Sebarang
pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan,
pesakit atau orang awam boleh menghubungi
Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan
(National Pharmacy Call CentreNPCC) melalui
talian 1800-88-6722, Isnin hingga Jumaat, 8
pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum.

Punca dan kesan penyalahgunaan
ubat-ubatan

Punca: Kesan:

- Menggunakan - Merosakkan
ubat yang sistem saraf
dipreskrib untuk pusat (otak dan
orang lain saraf tunjang)

- Menganbil dos - Kurang
yang lebih tinggi pertimbangan
berbanding yang fizikal dan mental
diarahkan
- Menyebabkan
- Mengambil ubat keguguran jika
dengan cara yang sedang
salah mengandung

Sumber-sumber yang berkenaan dengan
Penyalahgunaan Ubat-Ubatan:

1. Penggunaan dan Kesan Ubat-ubatan:
https://youtu.be/I4fTQSSVJ-M

2. Bahaya dadah, tembakau dan alkohol:
https://youtu.be/o9CXW37i67U

3. Penyalahgunaan Ubat-ubatan:
http://www.myhealth.gov.my/penyalahgunaan-
ubat/

4. Penyalahgunaan Ubat Psikotropik:
http://www.myhealth.gov.my/penyalahgunaan-ubat-
psikotropik/

5. 4 jenis ubat-ubatan yang disalahgunakan:
https://ms.reoveme.com/4-jenis-ubat-ubatan-yang-
disalahgunakan/


Click to View FlipBook Version