The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by joeliah78, 2023-12-14 10:40:07

Lampiran Lawatan

Lampiran Lawatan

Keywords: Penganjuran Lawatan

LAMPIRAN PENGANJURAN LAWATAN


MINIT MESYUARAT


TABIKA KEMAS KAMPUNG KUALA SERDANG MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA LAWATAN SAMBIL BELAJAR TARIKH : 20 NOVEMBER 2023 HARI : ISNIN TEMPAT : TABIKA KEMAS KAMPUNG KUALA SERDANG


MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KEBUN MINI DI KAMPUNG BUYAU, LADANG ALAM WARISAN SERI MENANTI DAN PUSAT MASAKAN KEMAS KUALA PILAH, DAERAH KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN HARI : ISNIN TARIKH : 20 NOVEMBER 2023 MASA : 1.15 PETANG TEMPAT : TABIKA KEMAS KAMPUNG KUALA SERDANG DAN SECARA ATAS TALIAN KEHADIRAN: BIL NAMA JAWATAN 1. MOHD NORSYAHLY BIN MOHAMED SOMER PENGERUSI 2. DAYANG NORATILIA BINTI MOHD HASRAM NAIB PENGERUSI 3. SUHAYLY BINTI HASHIM SETIAUSAHA 4. SAUFIAH BINTI MOHAMMAD BENDAHARI 5. NUR BAIDURI BINTI ASSAN PM TABIKA 6. SYAMSINAR BINTI HARUN PM TABIKA 7. ROZITA BINTI JEMOROS@JAMLUS PM TABIKA 8. NURUSSA`DAH BINTI JALIL AJK TABIKA 9. SITI IZANA BINTI ZAKARIA AJK TABIKA 10. MUHAMMAD YUSUF BIN ABDULLAH AJK TABIKA 11. HARSHIMAH BINTI MOHTAR AJK TABIKA 12. MUHAMAD NIDHAR BIN JALIL AJK TABIKA 13. NORHAZLINDA BINTI RUSLEE AJK TABIKA 14. NORSADATUL BINTI MOHD ISA AJK TABIKA 15. NURUL HIDAYAH BINTI MOHTER PEMERIKSAAN KIRA-KIRA 16 JULIA AZLIZA BINTI MAT JUSOH AJK KHAS


BIL PERKARA TINDAKAN 1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua barisan ahli jawatankuasa Tabika KEMAS Kampung Kuala Serdang serta mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bagi mendengar penerangan serta membincangkan tentang lawatan pendidikan yang akan diadakan pada Bulan Disember 2023. Pendidik Masyarakat / AJK 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Pembentangan minit mesyuarat yang lalu telah dibentangkan oleh SUHAYLY BINTI HASHIM Minit Disahkan oleh:- Dicadang oleh : NORHAZLINDA BINTI RUSLEE Disokong oleh : NORSADATUL BINTI MOHD ISA Setiausaha dan Pendidik Masyarakat Tabika 3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Tiada HAL-HAL LAIN 4.1 Pengerusi memaklumkan kepada AJK untuk membincangkan tempat dan tarikh untuk mengadakan lawatan pendidikan. 4.2 Pengerusi mencadangkan Lawatan pendidikan untuk anak-anak Tabika KEMAS Kampung Kuala Serdang dengan bantuan Ahli Jawatankuasa Tabika (AJK) ke: Tempat : 1) Kebun Mini di Kampung Bayau, Seri Menanti • Kanak-kanak akan mempelajari cara menyemai benih dengan cara yang betul bersama Encik Mohd Som bin Idris (Matan MARDI). 2) Ladang Alam Warisan • Kanak-kanak dapat mengenal haiwan di miniFarm dan memberi pengalaman secara langsung dalam aktiviti lasak seperti memanah dan berkuda.


3) Pusat Masakan KEMAS Kuala Pilah • Kanak-kanak dapat pengalaman untuk membuat mini muffin coklat bersama ibu bapa dan kawankawan seperjuangan mereka. Tarikh cadangan : 2/12/2023 ( Sabtu ) 4.3 Bendahari memaklumkan sumber kewangan bagi lawatan pendidikan adalah seperti berikut : A) Sumber Kewangan PERKARA KUANTITI JUMLAH ( RM ) Kutipan ibubapa / penjaga / PM / PPMS 22 x RM 20.00 440.00 Geran Perkapita ( GPK ) ● Tabika KEMAS Kuala Serdang 20 x RM 27.00 540.00 Sumbangan Waris 20 x RM20.00 400.00 Jumlah 1,380.00


4.4 Bendahari memaklumkan anggaran perbelanjaan bagi lawatan pendidikan adalah seperti berikut : B) Anggaran Perbelanjaan PERKARA KUANTITI JUMLAH ( RM ) Sarapan pagi (Roti, Air mineral & Air kotak) Kanakkanak : 20 x RM 3.00 RM 60.00 Tiket Masuk (Ladang Alam Warisan) Dewasa: 2 x RM 20.00 Kanakkanak: 20 x RM 40.00 RM 40.00 RM 800.00 Membuat aktiviti muffin Banana Chocolate Chip Kanakkanak 20 x RM 7.00 RM 140.00 Minum Petang 20 x RM 3.00 RM 60.00 Lain-lain Perbelanjaan kebersihan dan keselamatan) RM 100.00 JUMLAH RM 1,200.00 4.5 Semua ahli jawatankuasa bersetuju menerima cadangan dan perbelanjaan yang telah dinyatakan seperti di atas.


4.6 Pengerusi mencadangkan agar ditubuhkan satu jawatankuasa khas untuk kelancaran program lawatan yang akan diadakan nanti. Pemilihan AJK adalah secara sukarela dan dipersetujui oleh semua ahli jawatankuasa. A. JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : MOHD NORSYAHLY BIN MOHAMED Setiausaha I : SUHAYLY BINTI HASHIM Setiausaha II : JULIA AZLIZA BINTI MAT JUSOH Bendahari : SAUFIAH BINTI MOHAMMAD B. JAWATANKUASA KERJA Ajk Pengurusan Tempat : NURUL HIDAYAH BINTI MOHTER Ajk Pengangkutan : NORHAZLINDA BINTI RUSLEE Ajk Makanan : NOR BAIDURI BINTI ASSAN Ajk Dokumentasi : NORSADATUL BINTI MOHD ISA Ajk Kecemasan : SITI IZANA BINTI ZAKARIA 5.0 PENUTUP 5.1 Mesyuarat ditangguhkan jam 2.15 Petang Disediakan oleh: Disahkan oleh: __________________________ _________________________ (SUHAYLY BINTI HASHIM) (MOHD NORSYAHLY BIN MOHAMED) Setiausaha Pengerusi Tabika KEMAS Kampung Kuala Serdang Tabika KEMAS Kampung Kuala Serdang


KERTAS KERJA


Kertas Kerja LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MINI KEBUN DI KAMPUNG BUYAU DAN LADANG ALAM WARISAN SERI MENANTI Tarikh: 2 Disember 2023 Hari: SABTU Anjuran: Tabika KEMAS Kampung Kuala Serdang


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MINI KEBUN DI KAMPUNG BUYAU, LADANG ALAM WARISAN SERI MENANTI DAN PUSAT MASAKAN KEMAS KUALA PILAH, DAERAH KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN 1.0 PENGENALAN “Jauh perjalanan, luas pemandangan” maka Tabika KEMAS Kuala Serdang telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke KEBUN MINI DI KAMPUNG BAYAU, LADANG ALAM WARISAN DAN PUSAT MASAKAN KEMAS KUALA PILAH, DAERAH KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN. Selain menjadi program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung mahupun tidak langsung kepada semua kanak-kanak tabika seawal usia empat tahun hingga enam tahun. Melalui program ini juga, diharapkan guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pembelajaran dan pengajaran yang lebih memberangsangkan minat kanak-kanak di lapangan. 2.0 RASIONAL Program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung mahupun tidak langsung kepada kanak-kanak tabika seawal umur empat tahun. Sehubungan itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak meneroka masa depan dengan lebih baik secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat kelak. Selain itu, program ini juga memupuk ibubapa/penjaga untuk mengetahui proses pembelajaran kanak-kanak di luar kelas. 3.0 OBJEKTIF Objektif lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan kanak-kanak kepada pengetahuan dan pengalaman kanak-kanak kepada kehidupan alam sekitar serta sains dan teknologi. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri kanakkanak ketika menghadapi suasana di luar kelas serta kanak-kanak dapat menimba suasana pembelajaran yang baru secara berkesan dan kreatif. 4.0 DESTINASI Mini Kebun di Kampung Bayau dan Ladang Alam Warisan, Daerah Kuala Pilah 5.0 PELAKSANAAN LAWATAN Tarikh : 2 Disember 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.00 pagi


6.0 KUMPULAN SASARAN Program ini disasarkan kepada kanak-kanak Tabika KEMAS Kuala Serdang yang melibatkan umur dari 4 tahun hingga 6 tahun. Kategori lawatan Jumlah (orang) Bilangan kanak-kanak 20 Bilangan Ahli Jawatankuasa / Penjaga 20 PM dan PPMS 2 Jumlah besar 42 7.0 MAKLUMAT LAWATAN Kenderaan : Kenaikan sendiri/ kenderaan guru Agenda Lawatan :- 7:30 am - Berkumpul di Tabika KEMAS Kampung Kuala Serdang/ sarapan pagi/ memberi taklimat Lawatan dan keselamatan/ bacaan doa 7:45 am - Bertolak dari Tabika 8.00 am - Ke Mini Kebun Kampung Buyau, Seri Menanti 9.00 am - Lawatan ke Ladang Alam Warisan, Seri Menanti - Minum pagi - Berkumpul dan mendengar taklimat jurulatih - Lawatan melihat haiwan ternakan - Berkuda - Memanah 1.00 pm - Makan tengahari/ rehat/ solat zohor 2.15 pm - Berkumpul di Tabika semula 2.30 pm - Bergerak ke Pusat Masakan KEMAS Kuala Pilah 2.40 pm - Taklimat dari tenaga pengajar 3.00 pm - Membuat Mini Muffin coklat chip 4.30 pm - Refleksi Lawatan 5.00 pm - Mengemas dan bersurai


1. Ladang Alam Warisan • Kanak-kanak : RM 40.00/ seorang (tiket masuk, aktiviti berkuda, aktiviti memanah dan aktiviti lawatan mini-Farm) • Dewasa : RM 20.00 / seorang 2. Mini Kebun Kg Buyau: Percuma 3. Pusat Masakan KEMAS Kuala Pilah- (Bayar bahan buat mini muffin coklat cip) A. SUMBER KEWANGAN PERKARA KUANTITI JUMLAH ( RM ) Kutipan ibubapa / penjaga / PM / PPMS 22 x RM 20.00 RM 440.00 Geran Perkapita (GPK) • Kanak-kanak Tabika 20 x RM 27.00 RM 540.00 Duit Sumbangan 20 x RM20.00 RM 400.00 Jumlah - RM 1,380.00 B. ANGGARAN PERBELANJAAN PERKARA KUANTITI JUMLAH ( RM ) Sarapan pagi (Roti, Air mineral & Air kotak) Kanak-kanak : 20 x RM 3.00 RM 60.00 Tiket Masuk (Ladang Alam Warisan ) Dewasa : 2 x RM 20.00 Kanak- kanak : 20 x RM 40.00 RM 40.00 RM 800.00 Minum Petang 42 x RM 3.00 RM 126.00 Bahan buat Muffin 20 X RM 7.00 RM 140.00 Lain-lain Perbelanjaan RM 100.00 Jumlah RM1266.00


8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN A. JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : MOHD NORSYAHLY BIN MOHAMED Setiausaha I : SUHAYLY BINTI HASHIM Setiausaha II : JULIA AZLIZA BINTI MAT JUSOH Bendahari : SAUFIAH BINTI MOHAMMAD B. JAWATANKUASA KERJA Ajk Pengurusan Tempat : NURUL HIDAYAH BINTI MOHTER Ajk Pengangkutan : NORHAZLINDA BINTI RUSLEE Ajk Makanan : NOR BAIDURI BINTI ASSAN Ajk Dokumentasi : NORSADATUL BINTI MOHD ISA Ajk Kecemasan : SITI IZANA BINTI ZAKARIA 9.0 TENTATIF LAWATAN Tentatif Program : 7:30 am - Berkumpul di Tabika KEMAS Kampung Kuala Serdang/ sarapan pagi/ memberi taklimat Lawatan dan keselamatan/ bacaan doa 7:45 am - Bertolak dari Tabika 8.00 am - Ke Mini Kebun Kampung Buyau, Seri Menanti 9.00 am - Lawatan ke Ladang Alam Warisan, Seri Menanti - Minum pagi - Berkumpul dan mendengar taklimat jurulatih - Lawatan melihat haiwan ternakan - Berkuda - Memanah 1.00 pm - Makan tengahari/ rehat/ solat zohor 2.15 pm - Berkumpul di Tabika semula 2.30 pm - Bergerak ke Pusat Masakan KEMAS Kuala Pilah 2.40 pm - Taklimat dari tenaga pengajar


3.00 pm - Membuat Mini Muffin coklat cip 4.30 pm - Refleksi Lawatan 5.00 pm - Mengemas dan bersurai 10.0 PENUTUP Program ini diharapkan dapat memberi satu pengetahuan baru kepada kanakkanak, serta memberi pendedahan dan pengalaman yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan. Selain itu, pengalaman dan pengetahuan yang ditimba dapat digunakan dalam kehidupan seharian dan pada masa hadapan. Lawatan ini juga diharapkan dapat memupuk semangat kerjasama di antara kanak-kanak, pendidik dengan ibu bapa/ penjaga dan kanak-kanak dengan ibu bapa lain. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini. Disediakan oleh: Disahkan oleh: __________________________ _________________________ (SUHAYLY BINTI HASHIM) (MOHD NORSYAHLY BIN MOHAMED) Setiausaha Pengerusi Tabika KEMAS Kampung Kuala Serdang Tabika KEMAS Kampung Kuala Serdang


SURAT KEBENARAN LAWATAN


TABIKA KEMAS KG. KUALA SERDANG 71500 Tanjung Ipoh Negeri Sembilan Darul Khusus Ruj. Kami: Tbkk.serdang/KP/N4A2032PRA/100 (18) Tarikh : 21 November 2023 / 7 Jamadil Awal 1445H Kepada: Pegawai Kemas Daerah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan Puan, MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas. 2. Sukacitanya saya selaku Pendidik Masyarakat Tabika KEMAS Kampung Kuala Serdang ingin memohon kebenaran mengadakan Lawatan Sambil Belajar dan makluman adalah seperti berikut; Tarikh : 2 Disember 2023 Hari : Sabtu Masa : 7.30 pagi Tempat Lawatan : Kebun Mini Kampung Buyau, Ladang Alam Warisan dan Pusat Masakan KEMAS Kuala Pilah, Negeri Sembilan Jumlah Peserta : 20 orang kanak-kanak Tabika, 20 ibu bapa / penjaga, seorang Guru Pengiring dan Seorang Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela (PPMS) 3. Kerjasama dan pertimbangan pihak puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan Amanah, ………………………………. (Mohd Norsyahly bin Mohamed Somer) Pengerusi Tabika KEMAS Kampung Kuala Serdang s.k: Pen. Pegawai Pendidikan Awal kanak-kanak


SURAT PERMOHONAN LAWATAN


TABIKA KEMAS KG. KUALA SERDANG 71500 Tanjung Ipoh Negeri Sembilan Darul Khusus Ruj. Kami: Tbkk.serdang/KP/N4A2032PRA/100 (19) Tarikh : 22 November 2023 / 8 Jamadil Awal 1445H Kepada: Puan Zarina binti Osman Pusat Masakan KEMAS Kuala Pilah, Kampung Jawa Jalan Melang 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Puan, MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas. 2. Sukacitanya saya selaku Pendidik Masyarakat Tabika KEMAS Kampung Kuala Serdang ingin memohon kebenaran mengadakan Lawatan Sambil Belajar dan makluman adalah seperti berikut; Tarikh : 2 Disember 2023 Hari : Sabtu Masa : 2.30 petang Tempat Lawatan : Pusat Masakan KEMAS Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Jumlah Peserta : 20 orang kanak-kanak Tabika, 20 ibu bapa/ penjaga, seorang Guru Pengiring dan Seorang Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela (PPMS). 3. Saya memohon jasa baik Puan memberi tunjuk cara membuat ‘Mini Muffin Chocolate Chips’ sebagai aktiviti bersama murid dan ibu bapa/ penjaga sepanjang tempoh lawatan tersebut. 4. Kerjasama dan pertimbangan pihak puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan Amanah, ………………………………. (Mohd Norsyahly bin Mohamed Somer) Pengerusi Tabika KEMAS Kampung Kuala Serdang S.K: Pen. Pegawai Pendidikan Awal kanak-kanak


TABIKA KEMAS KG. KUALA SERDANG 71500 Tanjung Ipoh Negeri Sembilan Darul Khusus Ruj. Kami: Tbkk.serdang/KP/N4A2032PRA/100 (20) Tarikh : 22 November 2023 / 8 Jamadil Awal 1445H Kepada: Pengurus Ladang Alam Warisan Jalan Kampung Juar Kampung Tanah Datar, 71550 Seri Menanti, Negeri Sembilan Puan, MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas. 2. Sukacitanya saya selaku Pendidik Masyarakat Tabika KEMAS Kampung Kuala Serdang ingin memohon kebenaran mengadakan Lawatan Sambil Belajar dan makluman adalah seperti berikut; Tarikh : 2 Disember 2023 Hari : Sabtu Masa : 9.00 pagi Tempat Lawatan : Ladang Alam Warisan Jumlah Peserta : 20 orang kanak-kanak Tabika, 20 ibu bapa/ penjaga, seorang Guru Pengiring dan Seorang Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela (PPMS). 3. Kerjasama dan pertimbangan pihak puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan Amanah, ………………………………. (Mohd Norsyahly bin Mohamed Somer) Pengerusi Tabika KEMAS Kampung Kuala Serdang S.K: Pen. Pegawai Pendidikan Awal kanak-kanak


TABIKA KEMAS KG. KUALA SERDANG 71500 Tanjung Ipoh Negeri Sembilan Darul Khusus Ruj. Kami: Tbkk.serdang/KP/N4A2032PRA/100 (21) Tarikh : 22 November 2023 / 8 Jamadil Awal 1445H Kepada: Mohd Som bin Ismail Pengusaha Ladang, Kampung Buyau 71550 Seri Menanti, Negeri Sembilan Tuan, MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas. 2. Sukacitanya saya selaku Pendidik Masyarakat Tabika KEMAS Kampung Kuala Serdang ingin memohon kebenaran mengadakan Lawatan Sambil Belajar dan makluman adalah seperti berikut; Tarikh : 2 Disember 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.00 pagi Tempat Lawatan : Kebun Mini Buyau, Seri Menanti. Jumlah Peserta : 20 orang kanak-kanak Tabika, 20 ibu bapa/ penjaga, seorang Guru Pengiring dan Seorang Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela (PPMS). 3. Saya memohon jasa baik Tuan memberi tunjuk cara menanam, membaja sayur-sayuran sebagai aktiviti bersama murid dan ibu bapa/ penjaga sepanjang tempoh lawatan tersebut. 4. Kerjasama dan pertimbangan pihak puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan Amanah, ………………………………. (Mohd Norsyahly bin Mohamed Somer) Pengerusi Tabika KEMAS Kampung Kuala Serdang S.K: Pen. Pegawai Pendidikan Awal kanak-kanak


SURAT JEMPUTAN LAWATAN


TABIKA KEMAS KG. KUALA SERDANG 71500 Tanjung Ipoh Negeri Sembilan Darul Khusus Ruj. Kami: Tbkk.serdang/KP/N4A2032PRA/100 (22) Tarikh : 23 November 2023 / 9 Jamadil Awal 1445H Kepada: Ibu bapa/ penjaga Tabika KEMAS Kampung Kuala Serdang, 71500 Tanjong Ipoh, Negeri Sembilan Tuan, JEMPUTAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas. 2. Sukacitanya dimaklumkan Tabika KEMAS Kampung Kuala Serdang akan mengadakan Lawatan Sambil Belajar mengikut ketetapan berikut; Tarikh : 2 Disember 2023 Hari : Sabtu Masa : 7.30 pagi - 5.00 petang Tempat Lawatan : 1) Kebun Mini Kampung Buyau Seri Menanti 2) Ladang Alam Warisan 3) Pusat Masakan KEMAS Kuala Pilah 3. Bersama-sama ini disertakan tentatif program tersebut sebagai rujukan tuan/puan dan surat kebenaran lawatan tersebut. 4. Sila kembalikan surat persetujuan lawatan sebelum atau pada 30 November 2023. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan Amanah, ………………………………. (Mohd Norsyahly bin Mohamed Somer) Pengerusi Tabika KEMAS Kampung Kuala Serdang S.K: Pen. Pegawai Pendidikan Awal kanak-kanak


TENTATIF PROGRAM: 7:30 am - Berkumpul di Tabika KEMAS Kampung Kuala Serdang/ sarapan pagi/ memberi taklimat Lawatan dan keselamatan/ bacaan doa 7:45 am - Bertolak dari Tabika 8.00 am - Ke Mini Kebun Kampung Buyau, Seri Menanti 9.00 am - Lawatan ke Ladang Alam Warisan, Seri Menanti - Minum pagi - Berkumpul dan mendengar taklimat jurulatih - Lawatan melihat haiwan ternakan - Berkuda - Memanah 1.00 pm - Makan tengahari/ rehat/ solat zohor 2.15 pm - Berkumpul di Tabika semula 2.30 pm - Bergerak ke Pusat Masakan KEMAS Kuala Pilah 2.40 pm - Taklimat dari tenaga pengajar 3.00 pm - Membuat Mini Muffin coklat cip 4.30 pm - Refleksi Lawatan 5.00 pm - Mengemas dan bersurai


BORANG KEBENARAN


BORANG KEBENARAN IBU/BAPA/PENJAGA LAWATAN PENDIDIKAN TABIKA KEMAS KAMPUNG KUALA SERDANG TAHUN 2023 Saya.......................................................................................... No.K/P:...................................................... *Ibu/ bapa/ penjaga *bersetuju/tidak bersetuju memberi kebenaran kepada anak jagaan saya iaitu ............................................................................................No.Mykid:......................................................... dari TABIKA KEMAS KG. KUALA SERDANG untuk menyertai LAWATAN PENDIDIKAN SESI 2023 yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :- Tarikh : 02 Disember 2023 (Sabtu) Masa : 7.30 pagi – 5.00 petang Tempat : (1) Mini kebun di Kampung Bayau, Seri Menanti (2) Ladang Alam Warisan (3) Pusat Masakan KEMAS, Kuala Pilah Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga ..................................................... Nama : ......................................................... Tarikh : .........................................................


BORANG MAKLUM BALAS


LAWATAN PENDIDIKAN TABIKA KEMAS KAMPUNG KUALA SERDANG TAHUN 2023 Tujuan borang ini adalah untuk mendapatkan maklumbalas ibu/ bapa/ penjaga berhubung dengan Lawatan Sambil Belajar yang telah dilaksanakan bersama kanak-kanak Tabika KEMAS Kg. Kuala Serdang. Sila berikan maklum balas dengan jujur untuk tujuan penilaian keberkesanan lawatan dan penambahbaikan berterusan di masa datang. ARAHAN: 1. Sila jawab semua soalan. 2. Sila isikan skor pilihan anda berdasarkan skala berikut:- 4: Sangat Baik 3: Baik 2: Tidak Pasti 1: Tidak Baik Bil Aspek 4 3 2 1 1. Tempat yang dilaksanakan adalah sesuai sepanjang lawatan sambil belajar dilaksanakan. 2. Jumlah masa yang diperuntukan bagi sesuatu aktiviti lawatan adalah mencukupi dan memuaskan. 3. Bagaimana dengan makan minum (sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari dan minum petang). 4. Bagaimana prestasi pendidik semasa menguruskan lawatan ini? 5. Bagaimana pandangan anda dengan lawatan sambil belajar yang telah dilaksanakan? Cadangan/ Penambahbaikan; ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ BORANG MAKLUM BALAS IBU/BAPA/PENJAGA


Click to View FlipBook Version