B U K U L O G P E N G A K A P
PRINSIP ASAS KEPENGAKAPAN Definisi Matlamat Falsafah Objektif Visi Misi BENDERA MALAYSIA BENDERA PENGAKAP LAMBANG PENGAKAP DUNIA LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA COGAN KATA PERSETIAAN HORMAT PENGAKAP LAGU RASMI PENGAKAP PERLEMBAGAAN SEJARAH KEPENGAKAPAN PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP MALAYSIA SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN PENGAKAP MALAYSIA TUJUAN PENUBUHAN PENGAKAP ISTIADAT RASMI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENGURUSAN KEAHLIAN KANDUNGAN
STRUKTUR DAN ORGANISASI CARTA ORGANISASI PPM CARTA ORGANISASI PENGAKAP SEKOLAH CARTA ORGANISASI IPGMKPI CARTA ORGANISASI SEKAWAN PAKAIAN SERAGAM DAN LENCANA PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP KANAK-KANAK, MUDA DAN REMAJA PAKAIAN SERAGAM PEMIMPIN PERANCANGAN TAKWIM BERORIENTASIKAN SEKOLAH RENDAH LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI KANDUNGAN
NAMA A. GILIRAN NO MATRIKS PENGKHUSUSAN KELAS AMBILAN ALAMAT PPM NOM. AHLI SEKAWAN HOBI :NUR FARAH NABILA BINTI AZHAR :2022202340013 :P22202434 :BAHASA MELAYU :T2S1.06 :JUN 2022 :NO 4, LORONG CHENGAL LEMPONG BARU 22, TAMAN IDAMAN BAYU, 26100 KUANTAN, PAHANG. :KLM23 :G14130 :JINGGA :BERMAIN BADMINTON BIODATA DIRI
prinsip asas kepengakapan
MATLAMAT • Untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya masyarakat antarabangsa. • Menyediakan rancangan latihan yang progresif, menyeronokkan dan menarik berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-undang serta berpandukan kepada kepimpinan dewasa. • Menyediakan pelan pelaksanaan yang berbeza dengan yang lain. Pelan perlu bersifat holistic dengan mengambilkira semua aspek • Penyesuaian sistem latihan mengikut peringkat umur dan kematangan ahli melalui unit-unit tertentu. DEFINISI Pergerakan pengakap didefinisikan sebagai sebuah pergerakan sukarela yang bebas daripada pengaruh daripada pengaruh politik dalam usaha untuk melatih genarasi muda serta terbuka kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunannya. Definisi ini adalah selaras dengan tujuan, prinsip dan kaedah kepengakapan (scout method) yang diilhamkan oleh pengasasnya iaitu Lord Baden Powell. FALSAFAH Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepengakapan yang berasaskan prinsip dan Undang-Undang Pengakap ke arah mencapai nilai-nilai murni dan mengeratkan persaudaraan pengakap antara bangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan
MISI Misi kepengakapan ialah memberi sumbangan kepada pendidikan generasi muda melalui sistem nilai yang berasaskan kepada Persetiaan dan UndangUndang Pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik, dimana rakyatnya boleh berdikari sebagai individu dan dapat memainkan peranan yang berguna kepada masyarakat . OBJEKTIF • Menggalakkan lebih ramai golongan muda remaha menyertai pengakap. • Untuk menjadi program pembangunan manusia yang berkesan dan berkualiti bagi golongan muda remaja. • Untuk melatih jurulatih yang berkeupayaan dan berkualiti di semua peringkat. • Menerapkan nilai-nilai murni di dalam program kepengakapan berpandukan prinsip dan undang-undang pengakap. • Menjadi sebuah organisasi yang berdikari dan diurus dengan berkesan. VISI Menjelang tahun 2023, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan menjadi pertubuhan pendidikan golongan muda terunggul, moden, berdikari, yang akan melatih golongan muda negara menjadi warganegara aktif yang menjadi agen perubahan positif kepada masyarakat melalui nilai-nilai kepengakapan.
bendera pengakap bendera malaysia BULAN & BINTANG melambangkan agama islam agama rasmi BINTANG PECAH 14 menunjukkan perpaduan 13 negeri & 1 wilayah persekutuan WARNA KUNING ANAK BULAN & BINTANG melambangkan warna diraja DYMM WARNA BIRU TUA menunjukkan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam negara WARNA PUTIH menunjukkan kesucian WARNA MERAH menunjukkan keberanian
bendera pengakap Bendera Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia Ukuran Saiz Bendera Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia
lambang pengakap malaysia lambang pengakap sedunia IKATAN BERWARNA PUTIH menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap dunia WARNA UNGGU warna biro Pengakap Dunia LINGKARAN TALI WARNA PUTIH melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dan persaudaraan pengakap sedunia DUA BUAH BINTANG PECAH LIMA WARNA UNGGU melambangkan persetiaan pengakap 1. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara 2. Menolong orang pada setiap waktu 3. Menurut undang-undang pengakap WARNA PUTIH warna kesucian dan kebersihan
persetiaan cogan kata Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan: - Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara; Menolong orang pada setiap masa; Menurut Undang-Undang Pengakap.
HORMAT PENGAKAP maksud hormat pengakap kedudukan tangan tangan kanan
lagu RASMI pengakap Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia
PRINSIP-PRINSIP PENGAKAP • Kepercayaan kepada Tuhan • Tanggungjawab kepada Masyarakat dan Negara • Perkhidmatan kepada Diri Sendiri perlembagaan Setiap ahli pengakap Malaysia perlu mematuhi persetiaan Pengakap dan undang-undang Pengakap berdasarkan prinsip-prinsip berpengakap
SEJARAH KEPENGAKAPAN
LORD BADEN POWELL Nama Penuh: Robert Stephenson Smyth Baden Powell Nama Singkatan: BP 1857 Lord Baden lahir pada 22 Februari 1857 di London, England Semasa kecil • Lord Baden gemar akan kegiatan dan kehidupan di luar, • Beliau bersama abang-abangnya gemar melakukan aktiviti lasak seperti berjalan kaki, berkhemah dan belayar 1870 • Lord Baden melanjutkan pelajaran di Charter House, London, England. Beliau terkenal dalam bidang sukan bola sepak, lakonan, lukisan dan muzik. • Beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan pemilihan tentera. 1887 • Pasukan beliau dihantar ke Afrika untuk menentang kaum Zulu. 1899 • Beliau ditugaskan mempertahankan bandar Mafeking. • Beliau telah menggunakan kanak-kanak sebagai utusan dan pemberi maklumat semasa pihak musuh mengepung badar Mafeking. • Kecekapan kanak-kanak ini menjalankan tugas mencetus idea bagi beliau untuk menubuhkan Pergerakan Pengakap. • Beliau mula merangka rancangan Latihan untuk menubuhkan Pergerakan Pengakap. 1907 • Beliau menulis buku “Aids to Scouting” yang merupakan rancangan Latihan untuk belia lelaki 1919 • Beliau mengadakan tapak perkhemahan pengakap pertama di dunia di London. 1920 • Pengakap dari seluruh dunia menhadiri jambori pengakap pertama di dunia London. 1941 • Lord Baden meninggal dunia di Kenya pada 8 Januari 1941. pengasas
Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pellagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pula Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah dilhamkan ole Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84. sejarah penubuhan
Pergerakan Pengakap di Maktab-Maktab Perguruan bermula dengan aktif di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim, Perak pada tahun 1953 dan diabdikan dengan Taman Astakona sebagai tempat latihan atau aktiviti guru pelatih yang menyertai Pengakap. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia di mana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budah Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia. Pergerakan pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura di mana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang (1908) tetapi gagal. Bermula di sini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat di mana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap[ pada ketika itu. sejarah penubuhan DI MALAYSIA sejarah penubuhan DI MAKTAB
Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan jasmani mereka. Mengukuhkan dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah menyediakan mereka dalam proses penyesuian bermasayarakat dengan cara memberi pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama. Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran murid-murid dalam bidang-bidang tertentu. Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka selaras dengan hasrat Negara. Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerak kerja yang berfaedah di samping dapat meningkatkan kesihatan dan kesejarhteraan diri mereka Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat. tujuan
istiadat rasmi ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA ISTIADAT LAUNG AGUNG
Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak (PKK) dan telah digunakan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat “Sehabis Baik”. Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan. istiadat laung agung
Kedudukan Peserta: Dalam Bulatan - Jurulatih : Sebaris di belakang tiang bendera, mengadap peserta, Ketua berada di sebelah kanan dan jurulatih bertugas di sebelah kiri ketua - Bendera: Sudah bergulung dan terikat di puncak tiang istiadat mengibarkan bendera
PERJALANAN ISTIADAT 1. Peserta menyusun kedudukan menunggu kedatangan ketua dan dan jurulatih. 2. Petugas berdiri di tengah-tengah. 3. Bila jurulatih masuk (perintah) "baris sedia" , bila semua jurulatih sudah sedia, barulah petugas mulakan upacara. 4. Petugas : (Mara ke hadapan memberi hormati Assalamualaikum tuan, PEK sudah siap untuk memulakan acara. 5. Petugas: (Beri hormat, pusing belakang) -bergerak ke tempat asal 6. Petugas: (Beri arahan) Bendera 7. Petugas: (Bergerak menghadap bendera) 8. Pengibar bendera terus tarik tali bendera 9. Peserta hormat bendera sebaik sahaja tali bendera ditarik, 10. Pengibar bendera dengan segera langkah ke belakang dan hormat dan PKK yang lain ikut hormat bendera 11. Petugas: "Negara ku" - semua menyanyi 12. Petugas: (perintahl "Doa* - isyarat "Ap" 13. Pembaca doa langkah selangkah ke hadapan dan terus membaca doa menadah tangan aras bahu, bukan muslim tunduk pandang hujung kaki isyarat "Ap" untuk menurunkan tangan dalam kedudukan sedia
14. Petugas : "Persetiaan" - isyarat "Ap" Petugas terus angkat tangan, diikuti oleh semua dan lafaz persetiaan 15. Petugas : Bila selesai persetiaan, petugas bergerak ke hadapan ketua hormat - lapor "Istiadat selesai - majlis diserahkan kepada tuan" - pusing ke belakang (bergerak) mengambil tempat dalam barisan (sebelah tiang bendera) perintah "Baris senang diri" 16. Jurulatih bertugas : mulakan tugas 17. Petugas : "Jurulatih, jurulatih sedia" "Keluar baris"
- Kedudukan Peserta: Dalam bulatan - Juralatih: Sedia di belakang tiang bendera menghadap peserta istiadat menurunkan bendera
PERJALANAN ISTIADAT 1. Petugas: (Beri arahan) *PEK Sedia" 2. Petugas : (Beri arahan) "Bendera" semua menghadap bendera, dua orang PKK berjalan ke arah tians bendera, berhenti, berseda di hadapan tang bendera, seorang dari PKK menurunkan bendera dan secrang lagi mengawal dengan cermat supaya langan ada bahagian pendera tercecah ke tanah dan menyangkutkan bendera ke bahu, Kedua PKK tadi melipat bendera. 3. Petugas: (Beri arahan) "Serahkan bendera kepada ketua" PKK bergerak (arahan) "Ap* kedua PKK berpusing ke kanan, seorang balik ke dalam sekawan, seorang lagi (pemegang benderal bergerak menghadap ketua, beri hormat dan serahkan bendera - selangkah ke belakang - hormat, balik ke sekawan 4. Petugas: (beri arahan) "Doa* - "Ap" - angkat tangan. 5. Pembaca doa selangkah ke hadapan dan terus membaca doa «Ap" - turun tangan 6. Petugas : (beri arahan) "PEK - Bersurai”
STRUKTUR DAN ORGANISASI
struktur organisasi PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
struktur organisasi SEKOLAH
struktur organisasi Pengakap ipgmkpi
struktur organisasi SEKAWAN
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PENGURUSAN KEAHLIAN Kumpulan • Sebuah sekolah hanya boleh menubuhkan satu kumpulan sahaja. Bilangan anggota Dengan bilangan 18 orang ahli dan 2 orang pemimpin, satu kumpulan boleh ditubuhkan. Jika ahli melebihi 48 orang, ia boleh dibahagikan kepada beberapa pasukan. Pendaftaran • Tiap kumpulan hendaklah didaftarkan mengisi Persekutuan Pengakap Malaysia dengan borang:- PPM-8 Permintaan bagi Pendaftaran Kumpulan (1x) PPM 1 (A) Pendaftaran keahlian (setiap tahun) PPM 1 (B) Borang kawalan (statistik) PPM 9 A Permohonan tauliah sebagai pemimpin dalam kumpulan. • Borang boleh diperolehi dari Pesuruhjaya Pengakap Daerah.
Borang PPM-8
PPM1 (A) Pendaftaran Ahli Pengakap
PPM1 (B) Borang Kawalan
PPM 9A Permohonan Tauliah sebagai Pemimpin
KUASA PENGANJUR - Meluluskan pendaftaran tahunan unit pengakap dengan ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia. - Merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi (official signatories) seorang lagi ialah pemimpin kumpulan bagi akaun simpanan atau semasa untuk unit pengakap itu. - Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin pengakap. - Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit pengakap di mana perlu. - Meluluskan permohonan untuk aktivitiaktiviti luaran (seperti rombongan, kembara, perkhemahan dan sebagainya) untuk ahli-ahli. - Menyelia dan mengawal kemajuan unit pengakap di sekolahnya.
PENTADBIRAN KUMPULAN - Dilaksanakan oleh kuasa penganjur (Guru Besar/ Pengetua) dan Pemimpin/ - Surat menyurat dibuat secara rasmi dan ditandatangani oleh kuasa pengajur/ ketua pemimpin bagi pihak pelajar. - Anggota tidak dibenarkan menjalankan urusan pentadbiran. - Pihak sekolah perlu memiliki/ menyediakan satu fail pengakap. JAWATANKUASA KUMPULAN 1. Jawatan Kumpulan • Anggota 1-9 orang AJK ibu bapa, orang awam, guru sekolah, pemimpin/ kuasa penganjur, pengerusi, setiausaha dan bendahari dipilih antara mereka. 2. Jawatankuasa Pemimpin Kumpulan • Pemimpin kumpulan- pengerusi, PK akan melantik- S/U, Sema pemimpin - J/K.) 3. Jawatankuasa Majlis Ketua Patrol Ketua-ketua patrol dan penolongpenolongnya.
TUGAS MAJLIS PEMIMPIN - Memeriksa dan menyemak buku log kumpulan. - Mengambil kedatangan anggota kumpulan dan pemimpin. - Memeriksa stok alatan kumpulan. - Membuat persediaan mengajar (Program Latihan Mingguan). - Memohon surat kebenaran Ibubapa/ Penjaga.
TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN SEKOLAH 1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa 2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan 3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah 4. Memastikan AJK menjalankan tugas. 5. Merancang aktiviti tahunan dengan pelajar. 6. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda diurus dengan baik 7. Mendaftarkan Pasukan Badan Beruniform Pengakap. 8. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli. 9. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/ zon/ daerah dalam lawatan atau projek yang dianjurkan. 10. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli. 11. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat 12. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima sijil kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN Pesuruhjaya di Ibu Pejabat PPM - Mengubal dan mengeluarkan Dasar Latihan Perhubungan antarabangsa - Merancang dan mengadakan program pembangunan Pengakap di peringkat Nasional Pesuruhjaya di Peringkat Negeri - Mengalak dan memberi kemudahan-kemudahan melatih Pengakap Negeri - Mengadakan program - Berkerjasama dengan Majlis Negeri, Pandu Puteri, BP Guilds untuk pembangunan Pengakap - Memajukan taraf pengakap dalam negeri.
Pesuruhjaya di Peringkat Daerah - Berkerjasama dengan Majlis Pengakap Daerah untuk pembangunan Pengakap Daerah - Mengawasi dan melatih kumpulan-kumpulan pengakap dari hal peningkatan kepengaap dan program-program daerah. - Menentukan pendaftaran kumpulan dan ahli-ahli Pemimpin-pemimpin - Membimbing pengakap supaya mencapai tujuan dan objektif PPM - Berhubung rapat dengan kuasa penganjur dan ibu bapa pengakap - Bekerjasama dengan _Pesuruhjaya Daerah bagi menyeragamkan aktiviti. Pengakap-pengakap - Memahami cara hidup dalam sistem berpatrol - Mentaati Persetiaan Pengakap
JAWATANKUASA TERTINGGI PENGAKAP
JAWATANKUASA KERJA PENGAKAP