The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Folio Geogarfi F3 Andrew Poh Wei Ming 3U

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Andrew 131, 2020-12-26 00:12:42

Folio Geogarfi F3 Andrew Poh Wei Ming 3U

Folio Geogarfi F3 Andrew Poh Wei Ming 3U

Kegiatan Ekonomi Mempengaruhi Alam
Sekitar dan Manusia

Nama: Andrew Poh Wei Ming
Kelas:3U
Guru:Tan Hui Koon

Isi Kandungan Muka Surat

Bil. Isi Kandungan 1
2
1 Penghargaan 3
2 Pendahuluan 4
3 Objektif Kajian 5
4 Kawasan Kajian 6-7
5 Kaedah Kajian
6 Kawasan Kajian
7 Dapatan Kajian
8 Rumusan
9 Rujukan
10 Lampiran

Penghargaan

Pendahuluan

Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan
kajian peta melalui aspek dan perkara-perkara seperti berikut:

a) Menjelaskan konsep dan takrifan kegiatan ekonomi

b) Mengenal pasti peta di kawasan kajian

c) Menyatakan kegiatan ekonomi di kawasan kajian

d) Melukis dan mentafsirkan graf bar tentang kegiatan ekonomi di kawasan
kajian

e) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan
kajian

f) Memberi cadangan kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di
kawasan kajian

Kaedah Kajian

Kawasan Kajian

Rajah di atas telah menunjukkan peta kawasan Cheng

Kawasan kajian saya untuk kerja kursus ini adalah daerah Melaka
Tengah,Cheng.Cheng merupakan satu mukim dalam Melaka Tengah.Ia
terletak berhampiran 15 km dari Bandaraya Melaka.

Di kawasan Cheng terdapat 7 taman perumahan seperti Taman Cheng
Perdana,Taman Cheng Jaya dan sebagainya.Dalam Cheng Melaka
terdapat mempunyai 15191 jumlah penduduk.Terdapat mempunyai 59%
orang melayu, 31% orang cina dan 10%orang India.

Kawasan Cheng mempunyai pelbagai jenis kegiatan
ekonomi.Misalnya,pertanian,perindustrian,kewangan,pendidikan,perdagan
gan dan sebagainya.Kawasan Cheng juga mempunyai beberapa
restaurant yang popular contohnya Lanun’s kafe, Yong Tau Foo
Gelombang Biru dan sebagainya.Sebilang besar yang membuka restaurant
dan kedai kopi ialah bangsa Cina

Tambahan pula,pasar raya yang popular iaitu Tesco telah membuka gerai
kedua di kawasan Cheng.Bukan itu sahaja terdapat banyak telah
membuka bank mereka di kawasan Cheng seperti CIMB
bank,Maybank,HSBC bank,Alliance,dan Bank Simpanan Nasional(BSN).Ia
telah membawa banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

KEGIATAN EKONOMI

Melalui kaedah kajian yang telah dilaksanakan. Saya telah mengetahui
kegiatan ekonomi di kawasan Cheng adalah perindustrian, perniagaan,
pertanian, dan pendidikan.

Dalam kawasan Cheng terdapat mempunyai 20 buah kilang.Dalam 20
kilang ini mempunyai kilang perindustrian yang menjadi pusat pengeluaran
barangan tempatan daripada makanan dan barangan konsumer sehingga
barangan komponen-komponen senjata dan automotif berteknologi tinggi,
elektronik serta komponen-komponen komputer.

Selain itu,terdapat banyak syarikat telah menjalanakan perniagaannya di
kawasan cheng .Contohnya kedai buku Pintar.Sdn Bhd,perniagaan mega
emas dan sebagainya.Adanya yang menjual barangan,adanya adalah
membekal bahan mentah .

Tambahan pula,sektor pendidikan juga menjadi antara kegiatan ekonomi
yang dijalankan di Cheng. Sektor pendidikan merupakan sektor
perkhidmatan yang termasuk dalam sektor tertier bagi jenis kegiatan
ekonomi di Malaysia. Selain sekolah rendah dan sekolah menengah,
pendidikan peringkat pengajian tinggi menjadi penyumbang utama kepada
kegiatan ekonomi sektor ini. Dalam kawasan Cheng juga mempunyai
beberapa buah tuition seperti pusat tuitionNewton,pusat tuition dinar dan
sebagainya.

Graf

Rajah 1 di atas menujukkan jenis kegiatan ekonomi di kawasan cheng. Kegiatan ekonomi yang
banyak dilakukan di kawasan Cheng didahului oleh sector perniagaan dengan mendapat
jawapan daripada 9 orang responden. Sektor perindustrian menduduki tempat kedua sebanyak
7 responden memilih sektor tersebut diikuti dengan 7 responden memilih sektor pendidikan.
Akhir sekali, seramai 3 responden memilih sektor pertanian sebagai kegiatan ekonomi yang
dijalankan di kawasan Cheng.
Banyak orang memilih pernigaan hal ini kerana dalam kawasan ini mempunyai banyak kedai
yang membuat perniagaan.Contohnya 99speedmart dan tesco telah membuat perniagaan
seperti menjual barang runcit dan pelbagainya. Kawasan ini juga mempunyai orang yang
membuka restroren.
Selain itu, sektor pendidikan dan perindustrian menjadi pilihan kedua kegiatan ekonomi di
kawasan Cheng berikutan adanya dalam kawasan ini mempunyai kuantiti penduduk amat
banyak keperluan pendidikan juga amat banyak.Dalam kawasan ini mempunyai beberapa
sekolah seperti sekolah tun haji abdul malek ,sekolah jenis kebangsaan cina cheng dan
sebagainya.Manakala perindustrian pula terdapat banyak kawasan perindustrian telah
dibangunkan di kawasan cheng.
Akhir sekali,paling kurang orang memilih pertanian kerana banyak kawasan tanah telah
diguankan untuk membina kilang dan perumahan.
Kesimpualannya, kawasan Cheng mempunyai beberapa kegiatan ekonomi utama yang
diusahakan yang dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor fizikal dan juga faktor
manusia. Banyak lagi potensi kegiatan ekonomi yang boleh dijalankan oleh kerajaan pada
masa depan.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN KAJIAN 

Secara dasarnya, tedapat dua kategori bagi faktor-faktor yang
mempengaruhi kegiatan ekonomi di Malaysia iaitu faktor fizikal ataupun
faktor manusia. Faktor fizikal termasuklah bentuk muka bumi, tanih, iklim,
bahan mentah dan saliran yang terdapat di kawasan tersebut. Faktor
manusia pula adalah seperti dasar kerajaan, infrastruktur, teknologi,
pasaran, modal dan juga buruh atau tenaga kerja.

Selain itu, iklim di Cheng juga adalah bersesuaian untuk melaksanakan
pelbagai jenis kegiatan ekonomi. Iklim Khatulistiwa dengan purata suhu
sekitar 27 darjah celcius dan jumlah hujan tahunan melebihi 2600 mm ini
membolehkan kawasan Cheng untuk menjalankan kegiatan ekonomi iaitu
pertanian. Iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun ini juga
mempengaruhi kemasukan pelancong khususnya dari negara barat yang
ingin mendapatkan pancaran matahari yang tidak dapat dimiliki di negara
mereka.

Perkembangan teknologi yang maju dan canggih juga turut mempengaruhi
kegiatan ekonomi di kawasan Cheng. Ini dapat dilihat dalam sektor
perindustrian di mana mesin-mesin yang digunakan di kebanyakan
kilang-kilang pengeluar adalah moden justeru dapat meningkatkan kualiti
produk dan jumlah keluaran di samping mempercepatkan kerja dan juga
menjimatkan kos.

Dalam kawasan Cheng terdapat mempunyai pelbagai faktor yang
mempengaruhi berlakunya kegiatan ekonomi di sekitar kawasan Cheng
tidak kira dari aspek fizikalnya mahupun aspek manusia. Semoga
faktor-faktor ini dapat menyumbang kepada pembangungan ekonomi di
kawasan Cheng.

Kesan kegiatan ekonomi

1.Pencemaran udara

Udara berdebu atau kotor adalah masalah yang telah saya kenal pasti di
kawasan ini. Ini pulamasalah daripada kilang-kilang yang terdapat di
kawasan ini melalui pelepasan asap. Pelepasan asapyang kotor ini
mengandungi pelbagai jenis bahan kimia yang boleh memudaratkan
kesihatanpenduduk di sini. Pelepasan asap ini juga telah memberikan
kesan kepada rumah hijau.

2. Peningkatan suhu

Kesan yang saya maksudkan adalah penipisan lapisan ozon. Bahan kimia
seperti karbonmonoksida yang terkandung dalam asap yang dilepaskan
daripada kilang juga faktor kepadapenipisan lapisan ozon. Dengan
penipisan lapisan ozon, sinaran ultraungu yang bahaya daripadasinaran
matahari dapat menembus masuk ke permukaan bumi. Semakin nipis
lapisan ozon, semakinmeningkat kadar sinaran ultraungu yang dapat
menembus masuk ke bumi. Sinaran ultraungu ini bolehmenyebabkan
kanser kulit kepada manusia. Di samping itu, penipisan lapisan ozon juga
penyebabkepada peningkatan suhu bumi.

3.Ketidakseimbangan ekosistem

Ekosistem di kawasan Cheng telah dirosakkan akibat kegiatan
ekonomi.Hal ini kerana kita telah menebang hutan bagi membina
perumahan dan jalan raya.Selain itu, aktiviti pertanian yang menggunakan
racun serangga telah merossakan kualiti saliran.

Cadangan langkah untuk mengurangkan masalah kegiatan
ekonomi

a) Penguatkuasaan Undang-Undang

Kerajaan telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi alam
sekitar agaralam sekitar semakin terjaga dan terus dapat dinikmati
sehingga zaman akan datang. Pihakberkuasa sepatutnya mendenda
kilang-kilang yang cuai melakukan pencemaran terhadapalam sekitar
seperti membuang bahan kimia, sisa-sisa toksik dan sampah sarap ke
dalamsungai dan melepaskan asap kotor dan berbahaya yang tidak
bertapis ke udara. Pihakkilang pula tidak sepatutnya menjadikan sungai
sebagai tempat pembuangan. Asap yangdilepaskan pula haruslah ditapis
terlebih dahulu agar tidak tercemar udara. Begitu jugakepada pihak pemaju
kawasan ini. Seharusnya sungai tidak dijadikan sebagai
tempatpembuangan sisa-sisa atau bahan lebihan.

b)Mengadakan kempen kesedaran

Pihak swasta dan kerajaan harus mengadakan kempen kesedaran kepada
penduduk dikawasan ini. Para penduduk pula haruslah menyambut baik
serta menyokong kempen yangdiadakan oleh pihak swasta dan kerajaan.
Kempen juga boleh diadakan di sekolah-sekolahyang tedapat di sini. Ini
dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar bertapa pentingnyamenjaga
alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar.

c)Penggunaan tenaga mesra alam

Kita boleh menggunakan tenaga mesra alam seperti tenaga alternatif .Hal
ini kerana tenaga alternatif dapat mengelakan pencemaran.Pembakaran
bahan fosil seperti petroleum akan mengeluarkan gasberacun. Karbon
monoksida dikeluarkan menyebabkan pencemaran udara. Sumber tenaga
alternatif telah menggunakan tenaga alam semulajadi dan tidak
menyebabkan pencemaran alam sekitar.Conoh sumber alternatif adalah
seperti air (kuasa hidro) , cahaya matahari(tenaga solar), angin (angin
kincir), ombak dan sebagainya.

Rumusan 

Melalui kajian Geografi yang telah saya buat, rumusan yang dapat dibina
ialah apakah jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Kita mestilah
mengetahui jenis-jenis kegiatan ekonomi di tempat kita. Ini dapat memupuk
sifat menghayati dan merasai kepentingan kegiatanekonomi yang
dijalankan terhadap pembangunan negara. Kita juga dapat mengetahui
apakahsumbangan kegiatan ekonomi di tempat kita terhadap negara kita
yang tercinta. Dengan ini,unsur patriotisme seperti cinta akan tanah air dan
berbangga dengan sumbangan kegiatanekonomi setempat terhadap
pembangunan negara dapat dicapai.Kegiatan ekonomi merupakan penjana
kawasan kajian. Kegiatan ini telah membukamata penduduk tempatan
untuk mengenali dunia luar yang serba saing dalam bidangekonomi bagi
memajukan diri dari dibelengu pekerjaan yang kurang
mendatangkankeuntungan. Dengan ini, bilangan penduduk yang bergaji
rendah semakin berkuranganberikutan kegiatan ekonomi di kawasan ini
semakin rancak rentaknya. Akhir kata,kegiatan ekonomi di kawasan ini
telah banyak memberi faedah kepada perkembangansosioekonomi para
penduduk di sini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rujukan 

 

 
a) Buku teks geografi tingkatan 3 
 
 
b)Laman web 
 
-h​ ttps://www.pdtmt.gov.my/1/page.php?id=23 
-​https://ms.wikipedia.org/wiki/Mukim_Cheng 
 
 
c)Orang Sumber 

-Poh Yong Leng (Bapa) 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lampiran 

 

Rajah di atas menunjukkan Tesco Cheng Melaka 
 

 
Rajah di atas menunjukkan NSK Cheng Melaka 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Click to View FlipBook Version