PAMERAN
BERTEMA
ISRA’ MIKRAJ
ANJURAN P S S TUN SHARIFAH RODZIAH
Dengan Kerjasama
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ
Berlaku pada bulan Rejab iaitu 27 Rejab,
setahun sebelum hijrah menurut jumhur ulama’.
Berlaku setelah kewafatan isteri Nabi Muhammad SAW,
Saidatina Khadijah dan kewafatan bapa saudara
Nabi iaitu Abu Talib.
PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ
Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku dalam satu malam
yang terbahagi kepada dua fasa:
Fasa 1:Isra’
Iaitu perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram
di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Baginda menaiki
binatang tunggangan bernama Buraq.
PERISTIWA ISRA DAN MIKRAJ
Fasa 2: Mikraj
Iaitu perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Aqsa
di Palestin ke Sidratul Muntaha di langit yang ke tujuh.
PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ
Perjalanan Isra’
Nabi Muhammad SAW dibawa oleh Malaikat Jibril dari
Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan menunggang
Buraq.
Sebelum perjalanan, hati baginda dibersihkan oleh
Malaikat Jibril dengan menggunakan air zam zam.
PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ
Perkara yang dilihat ketika dalam perjalanan
Baginda melihat satu kaum menuai hasil tanaman mereka.
Apabila dituai hasil tanaman keluar seolah-olah belum lagi
dituai.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Malaikat Jibril bahawa
itulah kaum yang berjihad “fi sabilillah” yang digandakan
pahala sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga lebih
lagi.
PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ
Tempat yang dilawati ketika Isra’
Setiap kali sampai di tempat tertentu, Malaikat Jibril akan
Menyuruh Nabi Muhammad berhenti dan menunaikan solat
dua rakaat.
Tempat tersebut ialah:
1) Negeri Thaibah (Madinah) iaitu tempat Nabi akan
berhijrah.
2) Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa menerima wahyu
daripada Allah.
3) Baitul Laham, iaitu tempat Nabi Isa dilahirkan.
PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ
Apabila tiba di Masjidil Aqsa
Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian, baginda
masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang
dua rakaat.
Setelah selesai, baginda terasa haus dan diberikan dua
pilihan bekas air, satu berisi susu manakala yang satu lagi
berisi arak. Rasulullah SAW memilih susu sebagai
pilihannya.
Jibril mengatakan baginda Nabi telah membuat pilihan
yang betul , jika baginda memilih arak nescaya umat
baginda akan menjadi sesat.
PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ
Perkara yang terjadi ketika Mikraj
Rasulullah bertemu dengan Allah SWT:
Di langit ketujuh, Rasulullah bertemu dengan Allah tanpa
ditemani Malaikat Jibril. Dalam pertemuan itu, Allah
memerintahkan umat Nabi Muhammad mendirikan solat 50
waktu sehari semalam.
Atas nasihat Nabi Musa yang baginda bertemu di langit ke
enam, Nabi Muhammad SAW pun berulang alik naik ke
langit ke tujuh untuk meminta waktu solat dikurangkan,
sehingga menjadi 5 waktu sehari semalam.
PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ
Melalui pertemuan dengan Allah ini, perintah menunaikan
solat 5 waktu sehari semalam wajib dilaksanakan.
PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ
Selepas peristiwa Isra’dan Mikraj
Apabila pulang ke Mekah, lalu baginda menceritakan
peristiwa Isra’Mikraj ini kepada masyarakat Mekah.
Malangnya, ramai yang tidak mempercayai cerita Nabi
sehingga ada yang murtad daripada Islam.
PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ
Walaubagaimanapun, sahabat baik Nabi iaitu Saidina Abu
Bakar tidak ragu-ragu tentang cerita Nabi. Malah
menegaskan sekiranya ada hal yang lebih hebat dari
peristiwa Isra’ Mikraj ini, beliau tetap mempercayai Nabi
Muhammad SAW.
Sejak daripada itu, Saidina Abu Bakar mendapat gelaran
Abu Bakar As-Siddiq, yang bermaksud “yang
membenarkan”.
PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ
Peristiwa Isra’ dan Mikraj memperlihatkan pelbagai
peristiwa aneh yang penuh pengajaran seharusnya
memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati
Allah swt dan takut kepada kekuasaan-Nya.
SEMOGA CATATAN RINGKAS INI MEMBERI MANFAAT
BUAT ANDA.
Jangan lupa rekodkan bacaan ini di dalam
E-NILAM ataupun buku NILAM anda.