SEJARAH TAHUN 5
UNIT 9
BENDERA
BERKIBAR
Lahirnya Bendera Negara Kita
• Semua negara di dunia mempunyai bendera masing-masing kerana bendera
merupakan lambang identiti sebuah negara.
• Malaysia tidak terkecuali. Bendera kebangsaan Malaysia dinamakan Jalur Gemilang
oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1997 sempena Hari Kemerdekaan
Malaysia yang ke-40.
• Penciptaan bendera negara kita bermula pada tahun 1948 dengan penubuhan
sebuah Jawatankuasa Khas.
• Suatu pertandingan mencipta bendera telah diadakan di bawah kendalian
Jawatankuasa Khas tersebut.
• Dalam pertandingan tersebut, jawatankuasa ini telah menerima sebanyak 373
ciptaan bendera. Namun, hanya tiga reka bentuk bendera yang dipilih ke peringkat
akhir.
Lahirnya Bendera Negara Kita
• Antara tiga reka bentuk tersebut, rekaan Encik Mohamed Hamzah
merupakan yang terbaik dalam kalangan mereka.
• Rekaan Encik Mohamed Hamzah mengandungi sebelas jalur biru dan
putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di sebelah kiri.
• Disamping itu, rekaan ini juga mengandungi unsur-unsur perlambangan
mengenai Islam, raja dan perpaduan.
• Setelah beberapa pindaan, maka rekaan ini telah diluluskan oleh Majlis
Perundangan Persekutuan.
• Majlis Raja-Raja Melayu telah memperkenankan rekaan tersebut pada
tahun 1950.
Lahirnya Bendera Negara Kita
• Jalur Gemilang pada masa kini mempunyai 14 belas jalur yang melambangkan 13 buah
negeri dan satu Wilayah Persekutuan dalam Malaysia.
• Jalur ini menggambarkan satu haluan yang sama dalam menuju kegemilangan bangsa
dan negara.
• Gemilang bermaksud bercahaya dan cemerlang. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu
berusaha untuk menaikkan imej dan maruah negara.
• Bendera juga merupakan simbol perpaduan dan kedaulatan negara.
Makna Jalur Gemilang
Warna biru melambangkan Warna kuning melambangkan Bulan sabit melambangkan Islam
perpaduan rakyat yang hidup kesetiaan kepada Raja dan negara. sebagai agama rasmi Persekutuan
dalam rukun dan damai. Warna merah melambangkan Malaysia.
Bintang pecah 14 melambangkan keberanian, kesanggupan, Warna putih melambangkan
gabungan 13 negeri dan satu kegagahan dan kegigihan dalam keluhuran dan keikhlasan.
Wilayah Persekutuan. menghadapi cabaran. 14 jalur melambangkan 13 buah
negeri dan sebuah Wilayah
Persekutuan.
Berkibar Megah Jalur Gemilang
• Nama bendera kita ialah Jalur Gemilang kerana bendera kita mempunyai
14 jalur.
• Jbaalnugrs-jaalduarnitnuegmaerala. mbangkan satu haluan yang sama dalam mencapai kegemilangan
• Kepentingan mengibarkan Jalur Gemilang ialah:
a) Tanda kita sayang akan negara.
b) Tanda kita berbangga dengan negara.
c) Simbol perpaduan antara kaum.
d) Simbol kedaulatan negara.
e) Menunjukkan semangat patriotik.
f) Melambangkan maruah bangsa dan negara.
Berkibar Megah Jalur Gemilang
• Tujuan Bendera Dikibarkan di Sekolah:
a) Mewujudkan semangat patriotisme
b) Mengukuhkan perpaduan
c) Mewujudkan semangat kekitaan
d) Simbol kedaulatan negara
e) Menghormati lambang kedaulatan negara
f) Meraikan sukan tahunan
Hormati Bendera Kita
• Kibaran Jalur Gemilang akan menaikkan semangat patriotisme disamping menggalakkan
kita untuk berusaha memartabatkan nama negara di mata dunia.
• Namun, terdapat etika dalam menaikkan dan menurunkan Jalur Gemilang seperti
berikut:
a) Apabila hendak mengibarkan bendera separuh tiang, maka hendaklah dinaikkan
sepenuh dahulu dan kemudian turunkan semula.
b) Bendera hendaklah ditatang atau diletakkan di bahu apabila sampai ke bawah.
c) Uji tali bendera bagi memastikan teguh dan tidah mudah putus.
d) Pastikan bendera dalam keadaan baik sebelum dinaikkan.
e) Pastikan bendera tidak meleret ke tanah.
f) Perlu menaikkan dan menurunkan bendera dengan perlahan-lahan.
g) Hendaklah berpakaian kemas.
Hormati Bendera Kita
• Kepentingan menghormati bendera kebangsaan:
a) Tanda menyayangi negara
b) Tanda berbangga akan negara
c) Malambangkan semangat patriotik
d) Melambangkan perpaduan
e) Melambangkan maruah bangsa dan negara
f) Menaikkan imej negara
g) Menanam semangat berusaha menaikkan nama negara di persada dunia
Identiti Serantau
• Setiap negara di dunia mempunyai
bendera kebangsaan masing-
masing kerana bendera
kebangsaan melambangkan
kedaulatan sesebuah negara.
• Kita haruslah menghormati
bendera kebangsaan negara lain
seperti mana kita menghormati
Jalur Gemilang.
TERIMA KASIH
Disediakan oleh:
Teacher Farha