SEJARAH TAHUN 5
UNIT 10
NEGARAKU
Lagu Kebanggaanku
• Semua negara yang telah mencapai kemerdekaan akan mempunyai lagu
kebangsaan sendiri.
• Lagu kebangsaan negara kita ialah lagu Negaraku.
• Idea untuk mencipta lagu kebangsaan tercetus di kediaman Tunku Abdul
Rahman.
• Idea tersebut lahir sempena sambutan kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu.
Tokoh-tokoh yang terlibat dalam cadangan lagu Negaraku
a) Tunku Abdul Rahman
b) H.S. Lee
c) Tun Dr. Ismail
d) Tun Abdul Razak
e) Tun Tan Cheng Lock
f) Encik V.T. Sambathan
Lagu Kebanggaanku
• Dengan itu, pertandingan mencipta lagu kebangsaan telah diadakan.
• Namun, dalam pertandingan tersebut, panel hakim mendapati tiada lagu
yang sesuai dijadikan lagu kebangsaan.
• Oleh itu, Tunku Abdul rahman telah mencadangkan lagu rasmi negeri Perak
iaitu Terang Bulan dipilih menjadi lagu kebangsaan.
• Cadangan ini telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja Melayu.
• Saiful Bahri telah diminta menggubah semula lirik lagu, manakala Alfonso
Soliano telah diminta membuat skor muzik untuk diperdengarkan pada 31
Ogos 1957.
Lagu Kebanggaanku
• Kronologi penciptaan lagu kebangsaan seperti berikut.
Idea tercetus di kediaman Pertandingan mencipta lagu
Tunku Abdul Rahman sempena kebangsaan dianjurkan.
sambutan kemerdekaan Tanah Melayu.
Tunku Abdul Rahman mencadangkan Panel hakim tidak menyukai lagu-lagu
lagu rasmi negeri Perak dijadikan lagu dalam pertandingan tersebut.
kebangsaan.
Majlis Raja-raja Melayu bersetuju Saiful Bahri diminta untuk mengubah
dengan cadangan ini. semula lirik lagu dan skor muzik dibuat
oleh Alfonso Soliano.
Negaraku Identitiku
• Lagu kebangsaan merupakan identiti sesebuah negara. Oleh itu, kita haruslah
memahami lirik dn maksud lagu Negaraku.
Maksud Lirik Lagu Negaraku
• Memohon rahmat dan perlindungan
daripada Tuhan untuk Raja supaya
selamat memerintah negara.
• Menyeru rakyat dari pelbagai kaum
dan agama supaya bersatu padu dan
berkorban untuk negara.
• Berdoa kepada Tuhan untuk
keselamatan negara.
Negaraku Identitiku
• Selain itu, lagu Negaraku membawa maksud tertentu. Antaranya ialah:
a) Rakyat perlu berpegang kepada agama dan taat kepada Tuhan.
b) Rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada Raja dan Negara.
c) Melambangkan cita-cita, harapan dan hasrat rakyat Malaysia yang
bersatu dan maju.
d) Rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup bersatu padu dan berusaha
mencapai kejayaan.
e) Rakyat perlu bersyukur kerana dilahirkan dalam negara yang aman dan
damai.
Etika Menyanyikan Lagu Negaraku
• Lagu kebangsaan perlu dinyanyikan dengan etika yang betul.
• Tujuan menyanyikan lagu kebangsaan dengan etika yang betul adalah untuk
membentuk disiplin dan jati diri.
• Berikut merupakan etika menyanyikan lagu kebangsaan.
a) Berdiri tegak.
b) Kedua-dua belah tangan diletakkan di sisi dan diluruskan ke bawah.
c) Kedua-dua belah kaki dirapatkan.
d) Menyanyikan lagu secara serentak dan jelas.
e) Menghayati seni kata lagu dan tidak menyanyi sambil lewa.
f) Menyanyikan lagu dengan penuh semangat dan menyebut seni kata dengan betul.
Lagu Kebangsaan Membentuk Jati Diri
• Lagu kebangsaan telah melahirkan jati diri dalam kalangan masyarakat.
• Selain itu, lagu kebangsaan juga telah memupuk semangat patriotik dan
berusaha untuk mencapai kemajuan.
• Lagu kebangsaan telah membawa masyarakat untuk menunjukkan taat setia
kepada Raja dan negara.
• Antara jati diri yang dapat dilahirkan melalui lagu kebangsaan ialah:
a) Semangat patriotik dipertingkat
b) Taat setia kepada Raja dan Negara
c) Perpaduan dan keharmonian dipupuk
d) Berusaha untuk memajukan diri
Hormati Lagu Kebangsaan
• Kita mestilah menghormati lagu kebangsaan pada setiap masa kerana lagu
kebangsaan merupakan simbol kebanggaan dan kedaulatan negara.
• Antara contoh situasi lagu kebangsaan berkumandang ialah:
a) Semasa perhimpunan mingguan sekolah.
b) Semasa upacara rasmi peringkat antarabangsa.
c) Semasa pertandingan sukan peringkat antarabangsa.
d) Semasa sambutan Hari kemerdekaan.
Kepentingan Lagu Kebangsaan
• Identiti negara Malaysia
• Menyatukan rakyat
• Memupuk semangat patriotisme
• Melahirkan perasaan bersyukur
Kepentingan Menyanyikan Lagu Kebangsaan
dengan Bersemangat
• Menghargai kemerdekaan negara
• Meningkatkan semangat patriotisme
• Menunjukkan kesetiaan kepada negara
• Menghayati maksud lirik
• Mewujudkan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia
Terima Kasih
Disediakan oleh :
Teacher Farha