SYARIKAT
NISA
FROZEN
NAMA PELAJAR : NISA FARZANA BINTI ROSLI
KELAS : F2C/EAKW-4
Syarikat Nisa Frozen Sdn. Bhd adalah syarikat pengeluaran yang menghasilkan produk
martabak ang berasaskan mi segera. Menu ini dikategorikan sebagai menu yang jimat dan
mudah untuk dimasak. Hidangan ini dijual dalam dua bentuk iaitu secara segera dan “frozen”.
Dalam erti kata lain, pelanggan dapat membuat pilihan sama ada beli secara sudah siap
dimasak atau beli secara bungkusan dan masak sendiri di rumah. Martabak maggi ini, dijual
secara atas talian bermula dari 15 April 2022 di media sosial seperti Instagram, Twitter,
Facebook dan WhatApps. Sasarannya tidak tertumpu kepada mana-mana golongan
masyarakat kerana hidangan ini sesuai dimakan oleh setiap lapisan masyarakat.
Produk ini merupakan inovasi daripada mi segera kosong yang dibuat
penambahbaikan untuk menjadi martabak moden. Jika sebelum ini, masyarakat hanya makan
mi segera secara berkuah mahupun tidak, sekarang masyarakat boleh menyajikan dengan
pembaharuan iaitu martabak. Jadi masyarakat boleh mengubah cita rasa mereka dengan
makanan yang baharu. Keunikan hidangan ini adalah tidak perlu menggunakan bancunan
doh dan bahan martabak yang sering digunakan pada kebiasaaanya.
Visi syarikat ini ialah mengeluarkan produk yang “Berkualiti, Bersih dan Bermutu” demi
kepentingan produk. Manakala Misi syarikat ini pula ialah menjual hidangan yang halal dan
boleh dinikmati oleh semua golongan masyarakat mengikut cita rasa orang Melayu sendiri.
Perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat Nisa Frozen adalah penghantaran percuma
kepada pelanggan yang tidak dapat “walk-in” ke kedai kami. Kemudahan ini secara tersirat
akan menarik perhatian klien untuk konsisten dalam pembelian.
Syarikat ini mengamalkan teknik SWOT yang terdiri daripada kekuatan, kelemahan,
peluang dan ancaman yang membantu perniagaan mengenal pasti faktor dalaman yang
mempengaruhi prestasi syarikat serta melibatkan faktor luaran yang memberikan kesan
kepada perniagaan secara lansung dan tidak lansung. Pertama ialah strength iaitu kekuatan
syarikat ini yang mengeluarkan produk makanan yang “ready to eat” dan “time to served” .
Konsep ini menyediakn makanan yang siap dimasak dan secara bungkusan sejuk beku.
Selain itu, harganya juga mampu dimilik oleh setiap lapisan masyarakat. Tambahan lagi,
makanan ini juga mampu bertahan dengan jangka masa yang lama serta tidak mudah basi.
Dalam pada itu, pemasaran produk ini juga lebih mudah kerana menggunakan pengiklanan
di atas talian sahaja seperti aplikasi media sosial. Hal ini kerana, ramai pengguna masa kini
yang menggunakan platform tersebut untuk melakukan kegiatan sosial. Maka sekaligus
mereka akan melihat iklan yang telah dibuat itu.
Manakala weakness iaitu kelemahan syarikat ini terdiri daripada tempat yang kurang
strategik kerana ia bertempat di pusat pengajian. Walaupun pemasarannya berjaya di atas
talian namun disebabkan kedudukannya yang agak terpencil akan menyukarkan jualan ini
berkembang dengan maju. Dalam konteks ini, penghantaran yang dihantar juga hanya 10km
dari kedai sahaja. Jadi ini akan menyukarkan orang luar untuk membeli makanan ini dengan
mudah kerana jaraknya yang jauh. Selanjutnya, walaupun makanan ini mempunyai rasa yang
enak namun, ia tidak dapat dimakan oleh orang-orang mempunyai alahan dengan telur
kerana bahan asasnya ialah telur ayam. Kesannya, pelanggan yang mempunyai alergi
dengan telur tidak akan membeli makanan ini.
Di samping itu, opportunities adalah peluang yang dapat direbut oleh syarikat ini agar
dapat meningkatkan prestasi produk ini. Disebabkan kedai ini berada di pusat pengajian maka
pengurus syarikat boleh mencari pelajar kampus itu untuk menjadi “dropship” kepada produk
makanan ini. Dengan ini, produk ini akan berkembang dengan lebih pesat dalam kalangan
penduduk luar juga. Selain itu, syarikat Nisa Frozen juga boleh mengembangkan
perkhidmatan penghantaran kepada tempat yang lebih jauh agar masyarakat lain juga boleh
didedahkan dengan hidangan ini.
Selanjutnya, threats iaitu ancaman kepada syarikat ini adalah berpunca daripada
pesaing lain yang menjual makanan-makanan yang lebih digemari oleh masyarakat setempat.
Selain itu, produk makanan lain juga mungkin lebih murah berbanding martabak maggi ini.
Selain itu, penjual lain juga mungkin mengenakan promosi kepada pelanggan mereka seperti
potongan harga dan ganjaran. Dalam pada itu, syarikat lain juga mungkin memberi
perkhidmatan penghantaran yang lebih jauh dan sudah mempunyai “dropship” dalam syarikat.
Hal ini memberi ancaman kepada syarikat Nisa Frozen kerana kelemahan dalaman syarikat
ini sendiri.
Syarikat Nisa Frozen telah memilih teknik segmentasi menggunakan asas psikografi
di bawah asas segmentasi pasaran. Segementasi ini lebih menumpukan kepada
pembahagian pasaran mengikut ciri pengguna seperti gaya hidup, kelas sosial, cita rasa dan
personaliti. Contohnya, Syarikat Nisa Frozen yang mengeluarkan Martabak Maggi, makanan
ini diinovasikan daripada mi segera dan diinspirasikan daripada resepi orang Barat. Namun,
bahannya telah diubah suai sedikit mengikut cita rasa orang tempatan.
Syarikat ini juga membuat kolaborasi bersama ahli perniagaan yang lain iaitu Noor Hanini dan
Muhd Annas Ikhsan. Syarikat Nisa Frozen ini memperolehi kerjasama dari segi perkhidmatan
bungkusan dan pengurusan jualan. Idea pembuatan produk ini diilhamkan oleh ketiga-tiga
perniaga ini sendiri kemudian dikembangkan mengikut skop bidang masing-masing.
Berikut merupakan lampiran gambar yang diambil ketika proses pembikinan jualan produk.
Gambar 1 menunjukkan maklum balas Gambar 2 merupakan maklum balas daripada
daripada penduduk setempat tentang orang awam terhadap tahap kegemaran
mereka kepada Mi Segera.
tahap kesukaan mereka terhadap
Martabak Maggi
Gambar 3 menunjukkan bahan- Gambar 4 merupakan hasil
bahan yang disediakan sebelum masakan Martabak Maggi
memasak produk jualan.
Gambar 5 merupakan poster Gambar 6 menunjukkan
penjualan Martabak Maggi penghantaran makanan ke bilik
yang dipasarkan di atas talian.
pelajar IPGKSAH
Gambar 7 menunjukkan
penghantaran makanan ke
bilik pelanggan.
Berikut merupakan pautan video pengiklanan yang dilakukan oleh syarikat Nisa Frozen
untuk tujuan pemasaran.
Youtube : https://youtu.be/0lQJ0fCOt0Y
Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSdfVQDpU/
Berikut merupakan kos keseluruhan jualan serta keuntungannya. Harga yang ditetapkan
adalah berdasarkan 70 unit bungkusan jualan Martabak Maggi.
I. Belian Bahan Mentah = RM 190 Harga
RM 100
Bahan Mentah RM 75
Mi Segera (35 bungkus)
RM 5
Telur (140 biji) RM 5
Cili (500gm)
Bekas Plastik Harga
RM 10
II. Belanja = RM 20 RM 2
RM 8
Komponen
Gaji Pekerja
Utiliti
Angkutan Keluar
Jualan bagi satu bungkus Martabak Maggi ialah RM 6, manakala permintaan yang
diminta adalah sebanyak 70 bungkus. Maka hasil jualan yang diperolehi ialah
sebanyak RM 420.
Untung Bersih
Jualan RM
420
Tolak : Kos Jualan 190
Belian Bahan Mentah 20
Belanja
(210)
Untung Bersih 215
Maka dengan modal sebanyak RM190, syarikat Nisa Frozen akan mendapat pulangan
sebanyak RM 215 dengan menjual sebanyak 70 bungkus Martabak Maggi. Jadi jualan ini
berjaya meraih keuntungan dan tidak mengalami kerugian.
Kesimpulannya, Syarikat Nisa Frozen telah berjaya dalam memasarkan produk ini
dalam kalangan pelajar IPGKSAH. Berdasarkan hasil jualan yang dilakukan, pelanggan-
pelanggan ini mula tertarik dengan hidangan ini. Justeru, syarikat ini perlu mengeluarkan
produk ini secara konsisten sehingga menjadi kegemaran semua masyarakat. Harapan unutk
syarikat ini, agar membuka peluang kepada “dropship” untuk memasarkan ke golongan
masyarakat yang lain serta membuat penghantaran makanan ke tempat yang lebih jauh.
Selain itu, syarikat ini juga boleh menvariasikan lagi hidangan ini dengan penambah bahan-
bahan yang lain. Walaubagaimanapun, syarikat ini telahpun berjaya mencapai matlamat
utamanya.
RUJUKAN
Rusell-Walling, E. (2019). 50 Idea Pengurusan yang Anda Patut Ketahui. Kuala Lumpur: Rimbunan
Ilmu.
Sanip, T. K. (2016). Prinsip Perakaunan Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Kreatif Kembara Sdn Bhd.
SHOKOR, A. (2018, OGOS 22). eUsahawan. Retrieved from eUsahawanilpkl.blogspot:
https://eusahawanilpkl.blogspot.com/2018/08/analisis-swot.html?m=1