The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zakiahabdaziz, 2021-03-09 20:39:09

garis panduan pembukaan sekolah

garis panduan pembukaan sekolah

SK PASOH 4(F)
72300

SIMPANG PERTANG
NEGERI SEMBILAN

GARIS PANDUAN
PEMBUKAAN SEKOLAH
UNTUK MURID-MURID
SK PASOH 4(F)
8 MAC 2021

SEMASA HADIR KE SEKOLAH

1. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah kecuali ibu bapa dan penjaga
Prasekolah.

2. Semua murid perlu mematuhi masa dan laluan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

PAGAR KETERANGAN MASA DIBUKA

Datang Balik

Pintu A  Laluan murid Prasekolah  7.30- 8.00  12.00 tengah
(Pintu pagi hari hingga
Utama)  Laluan masuk murid 2.00 petang
Tahap 1(Tahun 1,2,3)
Pintu B  7.20 pagi
Pintu kedua  Laluan semua murid hingga
ketika balik. 7.35 pagi
( laluan
makmal  Laluan kereta guru  7.20 pagi  1.25 hingga
komputer) hingga 2.00 petang
 Laluan semua murid 7.35
Tahap 2( Tahun 4,5 dan 6)

 Laluan murid berbasikal.
 Laluan kereta guru

3. Murid yang berbasikal terus mengikut laluan utama untuk ke kantin selepas
memakirkan basikal masing-masing.

4. Waktu kehadiran ke sekolah ialah pada pukul 7:20 pagi hingga 7.35 pagi
5. Semua murid perlu terus ke kantin untuk imbasan suhu dan catatan kehadiran.

mengikut kaunter yang disediakan.
6. Suhu badan murid melebihi 37.5 tidak akan dibenarkan ke kelas .
7. Ibu bapa/penjaga hanya dibenarkan menghantar anak sehingga pintu utama sahaja.
8. Murid perlu mematuhi penjarakan fizikal semasa perjalanan menuju ke kelas.
9. Murid wajib memakai pelitup muka.
10. Penjaga disarankan membekalkan anak-anak dengan pelitup muka, cecair sanitizer,

tisu@tisu basah @ sapu tangan untuk kegunaan anak-anak.

SEMASA DI DALAM KELAS

1. Murid dikehendaki sentiasa berada di tempat duduk masing-masing dan mematuhi
penjarakan fizikal 1 meter.

2. Elakkan bersentuhan dengan murid lain.
3. Murid dilarang berkongsi alat tulis dengan murid lain.
4. Sekiranya murid berasa tidak sihat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran , murid

perlu laporkan kepada guru bertugas dengan kadar segera.

SEMASA WAKTU REHAT

1. Makanan/bekalan yang dibawa dari rumah adalah dibenarkan dengan menggunakan
bekas makanan yang dibenarkan.(bukan yang dibeli dari kedai luar)

2. Makanan dibeli secara pesanan dengan catatan beserta bayaran pada awal pagi selepas
imbasan suhu dibuat secara terus dengan pihak kantin.
Harga makanan : Nasi dan lauk = RM 2
Air = RM 1

3. Murid perlu membawa bekas makanan sendiri atau yang telah diberi oleh pihak
sekolah dengan menulis nama untuk pembelian dikantin.Murid Tahun 1 akan
diberikan bekas makanan oleh pihak sekolah.

4. Murid digalakkan membawa sudu dan garfu sendiri.
5. Murid Tahap 2 mengambil makanan sendiri di kantin pada waktu rehat.
6. Murid hanya dibenarkan makan di dalam kelas di tempat duduk masing-masing.
7. Perkongsian makanan adalah tidak dibenarkan.
8. Pastikan kebersihan diri dan meja sentiasa dijaga selepas makan.

SEMASA PULANG

1. Murid perlu membersihkan meja dan basuh tangan sebelum pulang.
2. Murid perlu beratur dan bergerak keluar dari kelas dengan tertib dan berdisiplin.
3. Murid perlu mematuhi anak panah arah pergerakan keluar dengan penjarakan fizikal.
4. Penjaga perlu menjemput pulang anak mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak

sekolah agar tidak berlaku kesesakan di pintu utama dan jalan masuk.
5. Ibu bapa dan penjaga diingatkan supaya sentiasa memakai pelitup muka dan

mematuhi penjarakan fizikaldi luar pagar sekolah semasa menjemput
6. Waktu pulang berperingkat:

HARI PRASEKOLAH TAHUN 1 TAHUN TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN TAHUN 6
ISNIN 1.35
25

12.00 12.50 12.55 1.05 1.25 1.30

SELASA 12.00 12.50 12.55 1.05 1.25 1.30 1.35

RABU 12.00 12.50 12.55 1.00 1.00 1.05 1.05

KHAMIS 12.00 12.50 12.55 1.05 1.55 2.00 2.05

JUMAAT 11.40 11.50 11.50 11.55 12.00 12.05 12.05

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan , diucapkan terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT:DARURAT MEMERANGI COVID -19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

DARIPADA:
GURU BESAR SK PASOH 4(F)


Click to View FlipBook Version