The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Akif Danish, 2026-03-18 23:20:10

T1 Misteri Kampung Pelangi Akif

T1 BMMB3283

Keywords: BUKU CERITA KANAKKANAK

AKIF DANISH


MISTERI KAMPUNG PELANGIAmir termenung di dalam kereta sambil melihat ke luar tingkap. Kampung Pelangi tampak berbeza daripada bandar yang biasa didiaminya. Rumah-rumah kayu dicat dengan warna-warni, sawah menghijau terbentang luas, dan kanak-kanak bermain riang di halaman rumah. \"Wah, cantiknya kampung ni!\" ujar Amir dengan teruja sambil menyanyikan lagu kanak-kanak yang dipelajarinya di sekolah pada minggu lepas.


Lihat gunung tinggi menjulang, Hutan hijau sungguh tenang, Burung berkicau riang sekali, Oh, alangkah indahnya bumi.Rasa sayang eh, rasa sayang sayang eh, Lihat alam, oh indahnya, syukur pada Yang Esa.Sungai mengalir jernih berkilau, Ombak di pantai berlari halau, Langit biru luas membentang, Oh, hatiku rasa senang.Rasa sayang eh, rasa sayang sayang eh, Lihat alam, oh indahnya, syukur pada Yang Esa.Bunga berkembang mekar berseri, Lebah terbang mencari rezeki, Hijau daun sejuk mata,Alam ini sungguh indah.(Irama rasa sayang hey)


Ibunya tersenyum. \"Inilah tempat tinggal kita sekarang, Amir. Ayah dapat kerja baharu di sini.\" Sebaik tiba di rumah, Amir segera berkenalan dengan jiran-jirannya. Laila, seorang gadis periang, Kumar yang suka berjenaka, dan Johan yang kelihatan lebih matang daripada umurnya. Mereka cepat mesra dan membawa Amir menjelajah kampung.\"Kampung ini memang seronok, tapi ada satu tempat yang menyeramkan,\" bisik Laila sambil menunjuk ke arah sebuah rumah usang di hujung kampung. Amir berdiri di hadapan rumah usang itu. Dinding kayunya lapuk, tingkapnya berdebu, dan halaman dipenuhi semak. Angin sepoi-sepoi meniup dedaun kering, menambah suasana seram. \"Dulu ada orang tinggal di sini, tapi sekarang tiada siapa berani masuk,\" kata Johan. \"Kenapa?\" tanya Amir ingin tahu. \"Orang kampung kata rumah ini berhantu,\" jawab Laila perlahan.


Tiba-tiba, terdengar bunyi seperti pintu berkeriut. Mereka semua tersentak. \"Kalian dengar tak?\" bisik Laila. Amir menelan air liur. Hatinya berbelah bahagi antara rasa takut dan rasa ingin tahu yang membuak-buak.Malam itu, Amir tidak dapat melelapkan matanya. Fikirannya dipenuhi dengan persoalan tentang rumah usang itu. Esoknya, dia mengajak rakan-rakannya menyiasat. Mereka berjalan perlahan menuju ke rumah tersebut. Tiba-tiba, terdengar bunyi derapan langkah di dalam rumah. \"Kalian dengar tak?\" bisik Laila dengan wajah pucat. \"Dengar! Macam ada sesuatu dalam rumah ni,\" balas Johan. Amir menoleh ke arah Laila, Kumar dan Johan, matanya penuh dengan rasa ingin tahu. \"Apa kata kita masuk dan tengok sendiri?\" cadang Amir dengan suarayang terketar-ketar, namun hatinya penuh keberanian.


Mereka berempat berjalan mendekati pintu yang sudah usang dan berkarat. Mereka berempat bertukar pandang, perasaan takut semakin menghantui mereka. Namun, rasa ingin tahu lebih kuat dari rasa takut. Dengan tekad, mereka melangkah ke dalam rumah yang semakin gelap itu, cuba mencari jawapan kepada misteri yang menghantui fikiran mereka. Mereka melihat bunga di halaman rumah itu layu secara tiba-tiba, seolah-olah ada kuasa aneh di situ. Selain itu, terdapat cahaya samar yang kelihatan dari dalam rumah.


\"Apa agaknya yang ada di dalam?\" tanya Amir.\"Jom, kita cari jawapannya,\" kata Kumar dengan penuh semangat. Mereka masuk ke dalam rumah dengan langkah perlahan. Udara di dalam terasa dingin. Perabot lama berselerak, dindingnya penuh dengan habuk dan sarang labah-labah. Tetapi sesuatu menarik perhatian mereka. Di salah satu dinding, terdapat banyak lukisan lama. Wajah-wajah yang tergambar di atas kanvas kelihatan hidup, seolah-olah sedang memerhatikan mereka.“Kamu lihat ini?” kata Amir, tangannya menyentuh salah satu lukisan. Ia menunjukkan seorang lelaki tua yang sedang melukis di beranda rumah. Tiba-tiba....Wuuushhh! Satu hembusan angin kuat menerpa mereka, walaupun semua tingkap tertutup rapat. Lampu minyak di sudut bilik bergoyang sendiri. “A…ada sesuatu di sini,” bisik Johan. Kemudian, satu suara garau dan perlahan kedengaran, seakan-akan bergema dari seluruh rumah. “Kenapa kamu datang ke sini…?”Seorang lelaki tua berjanggut putih keluar dari balik tabir kain di penjuru rumah. Matanya tajam tetapi penuh kesedihan. Dia memandang mereka lama sebelum akhirnya berkata,“Kamu semua takut dengan rumah ini?”.


Mereka terpaku. Bukankah rumah ini dikatakan kosong? Amir menelan liur. “Err…kami ingat rumah ini dah lama ditinggalkan,” katanya jujur. Lelaki tua itu tersenyum kecil. “Itulah yang semua orang fikir. Tapi aku tidak ke mana-mana. Aku tinggal di sini, bersama kenangan dan lukisanku.”Mereka saling berpandangan. Rupa-rupanya, rumah ini bukanlah berhantu, hanya didiami oleh seorang pelukis yang dilupakan penduduk kampung. Pak Tua, begitu mereka memanggilnya, mula bercerita tentang hidupnya sebagai seorang pelukis. Dahulu, dia melukis untuk menggembirakan orang ramai. Namun, apabila semakin tua, orangmula melupakannya. \"Seni yang tidak dihargai, lama-lama akan pudar… seperti rumah ini,\" katanya sayu.Amir berasa kasihan. Rumah ini bukannya berhantu, tetapi hanya terasing dari dunia luar. Sesuatu perlu dilakukan untuk mengubah keadaan ini! Amir dan rakan-rakan mula menyedari bahawa rumah yang mereka sangkakan berhantu sebenarnya dihuni oleh seorang lelaki tua yang kesepian. Pak Tua, kelihatan begitu terasing daripada orang kampung.Setelah berbincang, mereka bertekad untuk membantu Pak Tua, yang sebenarnya seorang pelukis yang sangat berbakat. \"Pak Tua, bagaimana kalau kami tunjukkan lukisan Pak Tua kepada orang kampung? Mereka pasti akan mengagumi karya seni Pak Tua,\" cadang Laila, sambil tersenyum.


Pak Tua yang kelihatan terkejut dan terharu, akhirnya mengangguk setuju. Dia mula merasa sedikit harapan kembali muncul dalam hidupnya.Dengan semangat yang membara, Amir dan rakan-rakan bekerja keras membersihkan rumah Pak Tua. Mereka mengecat dinding, menyusun lukisan-lukisan Pak Tua, dan menghias ruang itu dengan penuh kreativiti. Rumah yang dulu kelihatan usang kini berubah menjadi galeri seni yang menakjubkan. Pada hari pembukaan, penduduk kampung datang beramai-ramai untuk melihat karya-karya seni yangluar biasa. Ketika ketua kampung melihat lukisan pertama, dia terpesona. Kami tak tahu Pak Tua berbakat besar!\" kata ketua kampung, sambil memuji hasil karya seni yang penuh makna.


Pak Tua merasa dihargai, dan dengan senyum lebar, dia melihat bagaimana karyanya kini memberi kebahagiaan kepada semua. Pak tua melihat mereka lalu berkata,Kuning emas masaknya padi, Mawar merah dalam jambangan, Terima kasih daun keladi,Budi kamu semua jadi kenangan.Amir tersenyum melihat perubahan yang berlaku. Dahulu, rumah itu menakutkan mereka, tetapi kini menjadi tempat yang penuh inspirasi. \"Kadang-kadang, ketakutan itu cuma kerana salah faham,\" kata Amir.Tiba-tiba, Amir terdengar suara ibunya. \"Amir! Bangun, dah lewat ke sekolah!\". Amir membuka mata. Dia masih berada di dalam biliknya di bandar. Rupa-rupanya, semua itu hanyalah mimpi!


Jejak Sang PerwiraLangkah kecil di bumi luas, Debu berterbangan menari-nari, Tiupan angin menyapa lepas,Namun hatinya teguh berdiri.Malam kelam memanggil sunyi, Awan mendung berarak resah, Namun sinar di hati suci,Menjadi obor menyingkap gundah.Gunung mengaum, samudera mengila, Akar menjalar membelit jejak,Namun tekad seteguh karang, Menjulang berani di arus gelap.Bukan pedang, bukan perisai, Hanya tekad menggenggam waja, Jatuh tersungkur, bangkit kembali, Mengukir jejak tanpa lara.Namanya kini terukir megah,Di bibir insan, dalam legenda, Sang pemberani, sekecil jasad,Namun jiwanya seluas semesta.


Click to View FlipBook Version