PROJEK
MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
SARJAN HASSAN
NAMA NO MATRIKS
(33DCE19F1074)
MOHD ADLAN FATIHIN BIN JEFRIN (33DCE19F1089)
MUHAMAD ASHMAN NAJMI BIN HAMIZOL (33DCE19F1091)
(33DCE19F1103)
FARHAN BIN MOHD AMIN (33DCE19F1098)
SNEVVY SADIB
AHMAD ZAKI BIN SAFRUDDIN
PENGENALAN
Kisah Sarjan Hassan ini sangat terkenal di dalam negara kita bahkan telah difilemkan
olehseorang seniman negara iaitu Tan Sri P.Ramlee yang memegang watak sebagai hero
filemtersebut. Sarjan Hassan ini merupakan kisah benar di mana pada ketika Pihak
Komunismendarat di Tanah Melayu, tentera komunis telah melakukan huru-hara dan juga kacau
bilauini menyebabkan lahirnya semangat patriotic dalam kalangan orang Melayu ketika itu.
SarjanHassan mengisahkan perjuangan perajurit negara yang berjuang menentang
keganasankomunis semasa zaman darurat di Malaysia pada tahun 1948 hingga 1960. Sarjan
Hassanmenyertai askar Melayu bagi mempertahankan negara Malaysia.Babak di kampung
mengisahkan Hassan (P. Ramlee) berumur 10 tahun berasal dari Jasin,Melaka yang menjadi anak
yatim piatu setelah ayahnya meninggal dunia. Ibunya pulameninggal dunia sewaktu beliau masih
kecil lagi. Majikan arwah ayahnya, Pak Lebai (DaengIdris) yang kasihan akan nasib Hassan
telah menjadikan Hassan sebagai anak angkatnya.Bagaimanapun, anak kepada ayah angkat
Hassan, Aziz (Jins Shamsudin) berasa cemburuakan Hassan dan membencinya. Apabila mereka
sudah dewasa, Aziz, Buang (Salleh Kamil)dan rakan-rakan yang lain sentiasa membuli dan
mengganggu Hassan.Selain itu, seorang wanita bernama Salmah (Saadiah) pula telah jatuh cinta
dengan Hassan.Tindakan Salmah ini mendatangkan kemarahan kepada Aziz. Apabila Perang
Dunia IIsemakin dekat, Rejimen Askar Melayu mula mengambil rekrut di Port Dickson,
NegeriSembilan. Aziz menyertainya tetapi Hassan yang juga ingin menyertainya dihalang
berbuat demikian oleh ayah angkatnya yang menyuruhnya supaya menjaga kebun. Orang-
orangkampung mula memanggil Hassan sebagai pengecut dan ini menyebabkan Hassan
membuatkeputusan untuk lari daripada rumah supaya dia dapat menyertai Askar Melayu.Hassan
telah membuktikan bahawa dia mampu menjadi seorang askar yang bagus dancemerlang dan
tidak lama kemudian Hassan telah dinaikkan pangkat menjadi Koperal danseterusnya ke pangkat
Sarjan.Seterusnya ialah babak dimana askar Jepun menjajah Tanah Melayu apabila askar
Jepunmenyerang Singapura dan Kota Bharu, Kelantan, Sarjan Hassan bersama-sama dengan
platunnya berjaya mengawal laluan darat bagi mengekang kemaraan askar Jepun ke
seluruhTanah Melayu. Hassan juga turut menyelamatkan Aziz yang tercedera dan mereka
dijadikantawanan perang kerana kesilapan taktikal yang dirancang oleh Aziz tanpa dipersetujui
olehHassan yang bertindak sebagai ketua platunnya. Aziz yang pada awalnya tidak
menyukairancangan Hassan, telah bertindak meluru tanpa memikirkan muslihat pihak
lawan.Keadaan menjadi huru-hara, sehingga menyebabkan Hassan juga mengalami
kecederaanakibat dipukul oleh askar Jepun. Maka bermulalah episod di mana pihak Jepun
telahmenjajah keseluruhan Tanah Melayu pada 15 Februari 1942.Hassan bersama platunnya
telah ditahan oleh pihak musuh dan Hassan telah mula merancanguntuk melarikan diri sebagai
tahanan perang tetapi beliau telah mengalami kecederaan akibat terkena tembakan oleh pihak
musuh semasa ingin meloloskan diri. Keadaan dirinya semakinlemah disamping itu beliau
keseorangan di dalam hutan sebelum pengsan di tengah hutan.
Mujurlah dia telah diselamatkan oleh kompeni askar Inggeris dari Singapura. Hassanmendapat
kawan baharu (lakonan H.M. Rohaizad dan tukang masak (S. Shamsuddin).Setelah pulih dari
kecederaan, Hassan meminta bantuan dari platun Singapura untukmenyelamatkan rakan-
rakannya yang ditahan tempoh hari. Tetapi kebanyakan rakan platunnya disahkan telah
meninggal dunia termasuk Sarjan Pon (Zainol Bakar) dan Aziz.Hassan dan platun baharunya
berjaya memusnahkan satu pusat perhubungan askar Jepun diTanah Melayu. Kali ini Hassan
sudah tiba di kampung halamannya, dia menggunakan AhLeng (Leng Hussain) sebagai orang
tengah untuk menghapuskan saki baki askar Jepun diJasin, Melaka.Dalam masa yang sama,
Buang pula mengkhianati bangsanya sendiri dengan menjadi polisrahsia Jepun atau Kempeitai.
Dia dilantik oleh ketua Kempeitai (lakonan Omar Rojik).Buang menggunakan kedudukannya
untuk menangkap penduduk kampung yang menyimpanradio amatur dan menjadi tali barut askar
Inggeris. Selain itu, dia juga memaksa Salmahmengahwininya selepas ayahnya ditangkap kerana
memiliki radio amatur. Dengan bantuandari Ah Leng, surat dari Salmah diterima oleh Hassan.
Hassan bersama platunnya berjayamemusnahkan lori tahanan Kampeitai dan menyelamatkan
ayah Salmah.Di atas arahan ketuanya, Buang memberkas Salmah, Pak Lebai dan Minah untuk
dijadikantawanan ekoran suspek utamanya masih bebas. Di malam harinya, satu berita
diterimamengatakan peperangan sudah berakhir di mana Jepun disahkan telah menyerah kalah
pada perang dunia II. Tanpa membuang masa, keesokan harinya Hassan dan platunnya
menyerangdan menawan kubu pertahanan Kampeitai di Jasin. Walaupun keadaan sudah menjadi
aman semula, tetapi Buang berjaya melarikan diri. Mujurlah Hassan berjaya bersemuka
denganBuang sebelum membunuhnya.
OBJEKTIF
• Menerangkan sejauh mana kebenaran mengenai perjuangan Sarjan Hassan.
• Memupukkan semangat cinta akan tanah air.
• Menerangkan keberanian pahlawan negara yang gugur mempertahankan tanah air.
TEMA YANG DIPILIH
• SIKAP MASYARAKAT TEMPATAN YANG TIDAK BERSATU PADU
MENENTANG JEPUN
➢ Semasa penjajahan Jepun banyak kumpulan yang ditubuhkan untuk menetang
Jepun, Namun kebanyakkan masyarakat memilih besabar dengan Jepun
.
• SIKAP MEMBALAS DENDAM DALAM SESUATU ORGANISASI
➢ Keputusan Hassan diberhentikan dan tiada peluang untuk merayu dibuat oleh
pegawai yang dendam terhadap Hassan
• PENGORBANAN ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN TIDAK MENDAPAT
PENGIKTIRAFAB DARIPADA KERAJAAN
➢ Walaupun Hassan telah menjalankan tugas dengan cemerlang, tetapi beliau tidak
mendapat pencen bulanan
• SIKAP PENDUDUK YANG TIDAK BERSATU DALAM KALANGAN PENDUDUK
BERBILANG KAUM
➢ Pada zaman penjajahan Jepun masyarakat Melayu, Cina dan India di Tanah
Melayu tidak bersatu padu. Hal ini memberi peluang Inggeris datang ke Tanah
Melayu dan meneruskan penjajahannya.
NILAI DAN PENGAJARAN
Filem “Sarjan Hassan” ini mempunyai banyak nilai dan pengajaran.Antaranya nilai kasih
sayang. Hassan telah kematian ibu dan kurang mendapat kasih sayang daripada bapanya kerana
kesusahan hidup. Hassan dipelihara oleh datuknya, Penghulu Ismail. Selain itu, Hassan seorang
yang berdisiplin dan patuh kepada arahan ketua. Semasa dalam tentera Hassan patuh kepada
disiplin tentera. Dia mematuhi arahan ketua untuk bertugas mencari bangkai kapal yang
terhempas walaupun ketika itu sepatutnya bersedia untuk bersedia untuk menghadapi ujian
kenaikan pangkat. Kerajinan dan berjimat cermat. Hajah Siti Amai hidup senang pada zaman
Jepun kerana pandai berjimat cermat dan mengusahakan kebun serta menternak lembu. Penghulu
Ismail pula berniaga beras pada zaman Jepun. Tambahan lagi, Hassan seorang
bertanggungjawab. Dia bertanggungjawab melaporkan kegiatan maksiat kepada pegawai
kanannya. Dia bertanggungjawab untuk membaiki keadaan tersebut.
Kita hendaklah bijak merancang kehidupan. Penghulu Ismail mengahwinkan Hassan untuk
mengelakkan tindakan Jepun menghantarnya ke Thailand. Selain itu, kita hendaklah rajin
berusaha dan berjimat cermat. Hajah Siti Amai dianggap kaya kerana rajin mengusahakan tanah
dan menternak, disamping menyimpan wang pound. Kita haruslah mematuhi perintah agama.
Hassan berpegang kepada agama dan tidak dipengaruhi maksiat apabila digoda oleh Ah Moi.
Tambahan lagi, kita hendaklah bersatu padu menentang musuh. Orang kampung tidak berani
membela Hajah Siti Amai yang dibunuh komunis kerana mereka tidak bersatu. Kita jugalah
haruslah mengenang jasa dan keberanian perajurit. Hassan mendapat pingat daripada Ratu
Inggeris kerana keberaniannya menjalankan operasi menggempur komunis.
ULASAN
Karya filem genre sejarah bertemakan patriotik sebenarnya amat meluas. Apa sahaja peristiwa berkaitan
maruah, lonjakan paradigma, ke arah kehidupanjebih baik, suntikan semangat, kesetiaan, kemurnian
dan jati diri positif terhadap apa sahaja boleh ditampilkan sebagai karya kreatif kemerdekaan. Ujarnya,
sesuatu filem patriotik itu gagal apabila ia dibuat ala kadar, kajian terhadap cerita tidak mendalam dan
karakter yang ditimbulkan tidak betul.
Suntikan mesej pada penonton kena ada. Kenapa buat filem perang? asasnya bukan nak sangat nilai
pemasaran tapi menyuntik semangat patriotsme supaya penonton sedar betapa sukar untuk
mendapatkan kemerdekaan tapi masyarakat kita sekarang senang lenang nak melepaskan kemerdekaan
sedia ada.
Tambahnya, jika boleh filem potriotik harus membangkitkan kesedaran kepada penonton terhadap
kepahlawanan askar Melayu mempertahankan bumi tercinta
CADANGAN
Semasa adegan perlawanan di tengah filem,Tentera Jepun diperlihatkan Membuang 'grenade' dengan
mencabut pin dan membuangnya.Tetapi ini adalah kesalahan kerana cara menggunakan'grenade' Jepun
yang asli perlu lah di cabut pin,Ketuk bahagian atasnya dan buang.
Filem patriotik honis membuatkan kita insat, setiak dan terbaru dengan kejadian babak tak kiralah jika
ianya fiksyen apatah lagi jika ianya realiti yang dibangunkan secara kreatif dan bersungguh-sungguh
PENUTUP
Kesimpulannya,industri perfileman di Malaysia perlu memperbanyakkan lagi filem-filem yang
berunsurkan patriotik pada masa akan datang.Perkara ini bertujuan kerana,kebelakangan ini
generasi sekarang kurang pendedahan akan pengorbanan pahlawan-pahlawan terdahulu yang
mempertahankan tanah air dari jajahan kuasa asing.Sekiranya perkara ini dilakukan,nescaya
generasi baru ini mampu menerapkan sifat-sifat sayang akan tanah air dalam diri mereka.