The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SARINAH MUHAMAD, 2022-10-03 21:57:28

MODUL MERIT DEMERIT EDISI GURU

MODUL MERIT DEMERIT EDISI GURU

SMK BANDAR PUTRA, 81000 KULAI, JOHOR

PROGRAM
MERIT

DEMERIT

MODUL EDISI GURU

“Memperkasa Minda Super”
“Berjihad bersama dalam membentuk generasi rabbani”

PROGRAM MERIT DEMERIT
SMK BANDAR PUTRA, KULAI

PENGENALAN
Sistem Merit-Demerit yang mula dilaksanakan pada tahun 2022 adalah bertujuan untuk membentuk sahsiah
murid agar mengikut peraturan sekolah. Sistem ini juga diwujudkan bagi memudahkan usaha pihak sekolah
untuk mengawal salahlaku sahsiah murid sepenjang berada di sekolah. Disiplin merupakan salah satu ciri utama
untuk menentukan kelicinan perjalanan pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pengurusan
disiplin yang lancar dan baik dapat mewujudkan suasana Sekolahku Sejahtera.

OBJEKTIF
Diakhir program ini diharapkan pelajar dapat:

i. Mengaplikasikan sistem Merit- Demerit
ii. Merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran “Semua Guru adalah Guru Disiplin”
iii. Memudahkan sistem penyimpanan rekod salahlaku secara lebih sistematik.
iv. Memudahkan proses tindakan dibuat mengikut sistem yang dirancang.
v. Membina akhlak yang mantap dan jitu dalam diri murid yang berteraskan didikan agama yang

bersepadu.

PELAKSANAAN

i. Dalam sistem ini, setiap murid akan bermula dengan 1000 mata/point selama setahun. Setiap kali

seseorang murid itu melanggar peraturan sekolah, mata/point (demerit) akan ditolak mengikut tahap

salah laku yang dilakukan. (Rujuk Jadual 1 dan 2) Manakala murid diberi peluang untuk menambah

mata/point (merit) dengan sahsiah positif atau penglibatan positif dalam aktiviti sekolah.

ii. Penolakan mata demerit akan digandakan sekiranya kesalahan yang sama berulang.

iii. Mata terkumpul akan dibawa ke tahun berikut.

iv. Sekiranya murid itu memberi sumbangan atau khidmat sosial, mata bonus (merit) akan diberikan

kepada murid tersebut untuk mengmpul mata merit.

v. Mata terkumpul akan dibawa ke tahun berikut sehingga tingkatan 5.

vi. Sekiranya murid itu memberi sumbangan atau khidmat sosial, mata bonus (merit) akan diberikan

kepada murid tersebut untuk mengumpul mata terkumpul.

vii. Setiap akhir tahun, Markah Merit demerit akan digabungkan dan akan digunakan untuk rujukan

kelakuan pada Sijil Berhenti Sekolah, Anugerah Sahsiah Terpuji dan Sijil Sahsiah Murid.

Pelaporan Markah Merit Demerit

Jumlah Merit Pencapaian Sahsiah

1401 - 1800 Sangat Cemerlang

1001 - 1400 Cemerlang

801 - 1000 Baik

401 - 800 Sederhana

0 - 400 Lemah

DEMERIT (PENOLAKAN)

1. Demerit adalah penolakan yang akan dibuat atas salahlaku yang dilakukan oleh murid

2. Terdapat 2 jenis Kad Demerit dan hanya akan diwujudkan sekiranya murid melakukan kesalahan salahlaku.

Bil Jenis Kad Demerit Personalia

1 Kad Demerit Induk Guru Disiplin

2 Kad Demerit Kehadiran Guru Kelas

3. Kad Demerit Induk
a. Kad ini dimulakan dengan mata 1000 tanpa sebarang penolakan demerit
b. Kad ini diwujudkan, diselanggara dan disimpan oleh guru disiplin.
c. Penolakan adalah berkaitan semua jenis salahlaku selain dari kehadiran yang dilaporkan oleh
semua guru.
d. Penolakan markah demerit akan berganda sekiranya murid melakukan kesalahan salahlaku yang
berulang.
e. Pengisian kad demerit induk adalah atas kerjasama Unit Pengawas di dalam pemantauan guru
disiplin
f. Kad perlu sentiasa dikemaskini
g. Guru disiplin perlu menggabungkan markah demerit induk dan markah demerit kehadiran untuk
penyediaan laporan disiplin murid sekiranya diperlukan.
h. Penolakan Demerit untuk kesalahan kali pertama adalah berdasarkan jadual di bawah. Untuk
kesalahan yang berulang lebih 3 kali, penolakan mata demerit akan berganda seperti berikut :

KATEGORI KESALAHAN DEMERIT

RINGAN 20
SEDERHANA 60
400
BERAT

i. Guru Disiplin perlu merujuk guru kelas untuk mendapatkan dan menggabungkan markah demerit
kehadiran untuk mengemaskini mata merit demerit terkini di dalam Kad Demerit Induk sebelum
tindakan diambil berdasarkan jadual di bawah:

MATA DEMERIT TINDAKAN

100 - 199 SURAT AMARAN 1
200 - 299 RUJUK KAUNSELOR SEKOLAH
300 - 399 SURAT AMARAN 2
RUJUK KAUNSELOR SEKOLAH
SURAT AMARAN 3
RUJUK KAUNSELOR SEKOLAH

400 - 599 GANTUNG 1
600 - 999 RUJUK KAUNSELOR SEKOLAH
GANTUNG 2
RUJUK KAUNSELOR SEKOLAH

1000 BUANG SEKOLAH

SMK BANDAR PUTRA, KULAI, JOHOR

REKOD DEMERIT INDUK
(PROGRAM MERIT – DEMERIT)

Memperkasa Minda Super

NAMA MURID : NAMA GURU KELAS
NO KAD PENGENALAN :

TAHUN TINGKATAN

MERIT DEMERIT

TARIKH PERKARA PELAPOR CATATAN

MARKAH JUMLAH MARKAH JUMLAH

4. Kad Demerit Kehadiran

a. Kad ini dimulakan dengan mata demerit 0.

b. Kad ini diwujudkan, diselenggara dan disimpan oleh guru kelas.

c. Penolakan adalah berkaitan ketidakhadiran murid tanpa kenyataan sahaja.

d. Bagi kesalahan tidak hadir ke sekolah tanpa surat cuti sakit/kenyataan, Guru kelas perlu kenal

pasti murid tersebut dan mewujudkan kad demerit kehadiran untuk direkodkan penolakan demerit

e. Pengisian adalah dibawah tanggungjawab guru kelas dan perlu sentiasa dikemaskini.

f. Guru kelas perlu memberikan mata demerit terkini kepada guru disiplin apabila diperlukan untuk

ditolak di dalam kad Demerit Induk bagi tujuan tindakan dan pelaporan disiplin. (rujuk jadual

dibawah)

Jadual Penolakan Demerit Kehadiran

Hari Tidak Hadir Markah Demerit Kaedah pengiraan Demerit

Hari 1 - 10 5 mata sehari Amaran 1

Mata terkumpul 50

(5 mata X 10 hari)

Hari ke 11 - 20 10 mata sehari Amaran 2

Mata terkumpul 200

(10 mata X 10 hari) 100 + 100

Hari ke 21 - 40 20 mata sehari Amaran terakhir

Mata terkumpul 500

(30 mata X 20 hari) 400 + 100

Hari ke 41 - 60 40 mata sehari Buang sekolah

Mata terkumpul 1300

(40 mata X 20 hari) 800 + 500

LAIN-LAIN
Semua peraturan yang diperbaharui dari semasa ke semasa yang dibuat oleh pihak sekolah wajib
dipatuhi oleh semua murid.

SMK BANDAR PUTRA, KULAI, JOHOR

REKOD DEMERIT KEHADIRAN
(PROGRAM MERIT – DEMERIT)

Memperkasa Minda Super

NAMA MURID :
NO KAD PENGENALAN :
TAHUN :
TINGKATAN :
NAMA GURU KELAS :

TARIKH PERKARA DEMERIT PELAPOR CATATAN
MARKAH JUMLAH

MERIT (PENAMBAHAN)

1. Merit adalah penambahan mata bonus yang boleh dikumpul atas usaha murid dalam pelbagai penglibatan
dan sumbangan.

2. Semua guru boleh dan layak memberi markah merit dan mengesahkan penambahan merit kepada murid
sebagai galakan atas penglibatan, sumbangan dan peningkatan dalam akademik.

3. Kad Merit boleh disemak oleh guru dari masa ke semasa di dalam Modul Melakar Kecemerlangan Masa
Depan.

4. Mata merit akan dikira dan dicatatkan di dalam Kad Merit Demerit Induk bagi tujuan Anugerah Sahsiah
Terpuji dan Sijil Sahsiah Murid.

5. Mata merit boleh diberikan mengikut panduan di bawah:

Akademik

Kod Sumbangan Mata Merit

101 Mendapat pengiktirafan/anugerah daripada pihak luar kerana kecemerlangan 50
dalam bidang akademik
50
102 Mendapat A dalam semua mata pelajaran 30
20
103 Terbaik dalam tingkatan 15
15
104 Terbaik dalam kelas 15

105 Terbaik dalam mata pelajaran

106 Lulus semua mata pelajaran dalam setiap ujian / peperiksaan

107 Menunjukkan peningkatan dalam akademik

Disiplin dan Sahsiah Mata Merit
Kod Sumbangan 50
201 Membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin 20
202 Rekod disiplin bersih sepanjang tahun 20
203 Rekod kehadiran bersih sepanjang tahun 20
204 Menunjukkan peningkatan dalam disiplin / sahsiah

Jawatan dalam sekolah

Kod Sumbangan Mata Merit
50
301 Ketua Pengawas 45
40
302 Penolong Ketua Pengawas 35

303 Setiausaha/Bendahari/Naib Setiausaha / Bendahari Pengawas 35

304 Pengawas Biasa 25
25
305 Pengerusi/ Naib Pengerusi (Pengawas Pusat Sumber/ Pembimbing Rakan Sebaya/ 20
SLB/Kokurikulum/Asrama) 15

306 Setiausaha/Bendahari/Naib Setiausaha / Bendahari (Pengawas Pusat Sumber/
Pembimbing Rakan Sebaya/SLB/Kokurikulum/Asrama)

307 Ketua Tingkatan/Bilik

308 Penolong Ketua Tingkatan

309 AJK Khas sekolah (AJK Kebersihan, Makanan dll)

Kokurikulum

Kod Sumbangan Mata Merit
50
501 Mendapat pengiktirafan / anugerah daripada pihak luar kerana kecemerlangan 50
dalam bidang kokurikulum 40
30
502 Johan peringkat Kebangsaan / Mewakili Negara 20
15
503 Johan peringkat Negeri / Mewakili Negeri 10
20
504 Johan peringkat Bahagian / Mewakili Bahagian
Mata Merit
505 Johan peringkat Daerah / Zon / Mewakili Daerah / Zon 30
30
506 Johan peringkat Sekolah / Mewakili Sekolah 20
20
507 Mewakili persatuan / kelab / kelas / bilik / rumah 20
20
508 Kehadiran dalam kokurikulum bersih sepanjang tahun 10

Kebajikan Mata Merit
20
Kod Sumbangan 15
10
601 Menguruskan majlis rasmi sekolah dengan sempurna
Mata Merit
602 Menghasilkan satu projek khas untuk sekolah 10–30

603 Melaksanakan kerja-kerja amal dengan sukarela

604 Melaksanakan kerja-kerja kebersihan dan keceriaan

605 Aktif / terlibat secara langsung dengan kerja amal / khidmat masyarakat di luar kawasan
sekolah (program bersama sekolah)

606 Menyertai majlis ilmu di luar sekolah (program bersama sekolah)

607 Membantu guru / pelawat / pelajar lain dengan ikhlas

Penglibatan Ibu Bapa

Kod Sumbangan

701 Ibu bapa / penjaga kerap hadir dalam aktiviti sekolah dan selalu memberi sumbangan
kepada sekolah

702 Ibu bapa / penjaga memberi sumbangan / amal jariah kepada sekolah

703 Ibu bapa / penjaga hadir/terlibat dalam aktiviti sekolah

Lain-lain
Kod Sumbangan
801 Memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat

NAMA MURID SMK BANDAR PUTRA, KULAI, JOHOR
NO KAD PENGENALAN
TAHUN REKOD MERIT
TINGKATAN/KELAS (PROGRAM MERIT – DEMERIT)

NAMA GURU KELAS Memperkasa Minda Super

:
:
:
:
:

TARIKH PERKARA MERIT
PELAPOR CATATAN

MARKAH JUMLAH

SIJIL SAHSIAH MURID
1. Sijil Sahsiah Murid akan dikeluarkan pada akhir tahun kepada semua murid tingkatan 5.
2. Mata Merit terkini akan dikira dalam pelbagai kategori untuk menjadi rujukan pada sijil berhenti sekolah untuk

status kelakuan.
3. Pengeluaran Sijil Sahsiah Murid sebagai pengiktirafan status sahsiah murid. Sijil Sahsiah Murid mengambil

kira status sahsiah murid secara holistik dan valid yang merangkumi disiplin, kehadiran dan minda super
(solat/ nilai-nilai murni).
4. Sijil Sahsiah Murid diklasifikasikan berdasarkan peratus seperti berikut;

PERKARA PERATUS
KAD MERIT DEMERIT 40
30
KEHADIRAN 30
KEHADIRAN MINDA SUPER 100

JUMLAH

KATEGORI SIJIL SAHSIAH MURID PERATUS
CEMERLANG 85-100
BAIK 60-84
SEDERHANA < 60

ANUGERAH SAHSIAH TERPUJI

1. Mata Merit Demerit terkini akan dikira oleh Unit Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan
kerjasama Guru kelas bagi memilih murid untuk Anugerah Sahsiah Terpuji.

2. Anugerah Sahsiah Terpuji mengambilkira gabungan Kad Demerit Induk, Kad Demerit kehadiran dan Kad
Merit mengikut tahun semasa setiap akhir tahun.

3. Murid yang mencatat mata merit bersih seperti jadual 3 akan dianugerahkan ‘kolar dot’ dan sijil sebagai
tanda pengiktirafan ke atas sahsiah dan tingkahlaku terpuji.

KATEGORI ANUGERAH SAHSIAH TERPUJI MERIT BERSIH

EMAS 1800*

PERAK 1500*

GANGSA 1300*

* Tertakluk kepada perubahan.

NAMA MURID SMK BANDAR PUTRA, KULAI, JOHOR
NO KAD PENGENALAN
TAHUN SIJIL SAHSIAH MURID
TINGKATAN
Memperkasa Minda Super

:
:
:
:

BIL PERKARA PERATUS
1 KAD MERIT DEMERIT 39
2 KEHADIRAN KESELURUHAN 30
3 KEHADIRAN MINDA SUPER 30
99
JUMLAH
TAHAP KELAKUAN CEMERLANG

DISAHKAN OLEH

__________________________
PENGETUA

SMK BANDAR PUTRA
KULAI

“Memperkasa Minda Super”
“Berjihad bersama dalam membentuk generasi rabbani”


Click to View FlipBook Version