KEMENTERIAN PENDIDIKAN JEMAAH NAZIR NEGERI PERAK LAPORAN TAHUNAN JEMAAH NAZIR NEGERI PERAK TAHUN 2023
INISIATIF STRATEGIK JEMAAH NAZIR NEGERI PERAK 2021 - 2024 Inisiatif Strategik Jemaah Nazir Negeri Perak Tahun 2021-2024, ia merupakan satu usaha yang dimainkan oleh Jemaah Nazir Negeri Perak untuk melonjakkan peranan Nazir Sekolah bagi membantu sekolah. Sehubungan itu, semua warga perlu memantapkan diri menerusi lima amalan gerak kerja seperti kualiti, ketrampilan penampilan, komunikasi, disiplin diri dan imej personaliti. Hal ini amat bersesuaian dengan usaha melonjakkan Jemaah Nazir Negeri Perak menjadi organisasi yang bermanfaat kepada warga dan pelanggannya iaitu murid, guru, ibu bapa, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Terdapat empat kluster yang dibangunkan untuk merealisasikan inisiatif strategik ini dan ia merangkumi 10 inisiatif yang di ketengahkan. “SEDERAP MENJADI TERBILANG” (#SMT) yang diperkenalkan melalui Inisiatif Strategik Jemaah Nazir Negeri Perak (2021 – 2024), memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua warga Jemaah Nazir Negeri Perak secara menyeluruh serta bersepadu. Semua warga mesti bersatu hati berganding bahu bersamasama merealisasikannya tanpa ada yang tertinggal seperti mana peribahasa, “Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat.” SEDERAP MENJADI TERBILANG #SMT
RUMUSAN PEMERIKSAAN JEMAAH NAZIR NEGERI PERAK 2023 STATUS BILANGAN SEKOLAH DIPERIKSA MENGIKUT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAHUN 2023
PERINCIAN SEKOLAH TELAH DIPERIKSA SEPANJANG 2023
Pemeriksaan ini melaksanakan selama 1 hari dari tarikh 30 Januari hingga 2 Februari 2023. Ia melibatkan 21 buah sekolah dengan kekuatan 21 orang Nazir Sekolah. Sekolah yang terlibat 20 sekolah rendah dan satu sekolah menengah. Pemeriksaan Pelaksanaan Norma Baharu Guru Pendidikan Islam di Sekolah Rendah Tahun 2023 Pemeriksaan Keciciran Pembelajaran di Sekolah Rendah Tahun 2023 Pemeriksaan dilaksanakan selama tiga hari di 4 buah sekolah termasuk jenis sekolah SK (1), SJKT (1), SRK (1) dan SJKC (1). Tarikh pemeriksaan bermula 22 - 25 Mei 2023. Seramai 32 orang guru telah dicerap bagi pemeriksaan tersebut. Nazir sekolah yang terlibat adalah seramai 16 orang. En Mohd Zarrawi Ravi b Abdullah Timb. KNS telah membuat pemantauan di SK Rapat Setia, Ipoh, Perak. Pemeriksaan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) Tahun 2023 Pelaksanaan pemeriksaan PPI selama dua hari bermula dari tarikh 19 hingga 21 Jun 2023. Ia melibatkan empat buah sekolah. Ia melibatkan 2 orang Nazir Sekolah (JNN Perak) dan 2 orang Nazir Sekolah (IP Jemaah Nazir). Ia melibat dua PPD iaitu PPD Kinta Utara dan PPD Larut, Matang dan Selama. Jenis sekolah yang terlibat iaitu SK (1), SRK (1) dan SJKC (2). Pemeriksaan Pelaksanaan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3 Tahun 2023 Pemeriksaan ini telah dilaksanakan selama tiga hari di SJKC Min Sin (ABC2116) bermula tarikh 21 hingga 23 Jun 2023. Pemeriksaan ini telah diketuai oleh Dr. Zuraimi bin Md. Rozdi bersama dengan tiga orang Nazir Sekolah iaitu Siti Syakirah binti Samsudin, Rodiah binti Abdul Wahid dan Magentiran a/l Nawamani. Pemeriksaan ini bertujuan menaksir kemenjadian murid, peranan kepimpinan sekolah dalam membudayakan amalan terbaik pengurusan sekolah, pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru dalam pelaksanaan tranformasi sekolah. Lokasi sekolah ialah di kawasan bandar dalam PPD Kinta Utara. Pemeriksaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Tahun 2023 Pemeriksaan bertujuan mengenal pasti Pengurusan pembangunan & pengembangan sahsiah diri murid, peningkatan disiplin diri murid, pendidikan kerjaya & psikososial dan kesejahteraan mental murid. Ia melibatkan 2 jenis sekolah iaitu SJKT dan SK di negeri Perak. nazir yang terlibat dalam pemeriksaan ini ialah Dr Hj. Hairul Azman bin Mohd Hata, Magentiran a/l Nawamani dan seorang dari Ibu Pejabat JN iaitu Hjh. Zunaini binti Mohamad Tahir. Tempoh pemeriksaan dilaksanakan selama tiga hari dan secara berfasa (Fasa I dan Fasa II) Graf 1: Jumlah sekolah yang diperiksa mengikut PPD Graf 2: Jumlah sekolah yang diperiksa mengikut PPD Graf 3: Jumlah sekolah yang diperiksa mengikut lokasi Graf 4: Jumlah sekolah yang diperiksa mengikut PPD PEMERIKSAAN PELAKSANAAN DASAR ATAU PROGRAM PENDIDIKAN
Pemeriksaan PLaN tahun 2023 telah dilaksanakan menerusi dua fasa. Fasa I bermula 23 Julai hingga 11 Ogos 2023 dan Fasa II dijalankan pada 13 Ogos hingga 23 Ogos 2023. Pemeriksaan adalah selama tiga hari untuk setiap sekolah. Seramai tujuh orang Nazir Sekolah terlibat iaitu 4 orang dari JNN Perak dan 3 orang dari Ibu Pejabat JN. Tiga buah sekolah yang terlibat dua daripadanya adalah jenis sekolah SK (Asli) dan satu sekolah SK. Graf 5: Jumlah sekolah yang diperiksa mengikut PPD Pemeriksaan Pelaksanaan Literasi Dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN) Tahun 2023 PEMERIKSAAN PELAKSANAAN DASAR ATAU PROGRAM PENDIDIKAN Pemeriksaan Pengurusan Kokurikulum di Sekolah Penempatan Orang Asli (KoSPOA) Tahun 2023 Objektif pemeriksaan untuk menafsir Pengurusan, pelaksanaan aktiviti kokurikulum serta kemenjadian murid dalam kokurikulum. Pemeriksaan melibatkan tiga orang nazir dari JNN Perak. KNN Perak bertindak sebagai pemantau. Tempoh pelaksanaan pemeriksaan bermula 8 hingga 20 Oktober 2023. Jenis sekolah yang terlibat ialah SK (Asli) sebanyak empat buah sekolah berlokasi di luar bandar. Seramai 12 orang Nazir Sekolah terlibat tiga orang daripada JNN Perak dan sembilan orang daripada Ibu Pejabat JN. Graf 6: Jumlah sekolah yang diperiksa mengikut PPD PEMERIKSAAN INSTITUSI PENDIDIKAN Pemeriksaan Verifikasi Skor Penilaian Kendiri Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (PK-SKPK 2.0) Sesi Akademik 2022/2023 Pemeriksaan Verifikasi Skor Penilaian Kendiri SKPK 2.0 telah dilaksanakan selama satu hari di 14 buah sekolah rendah iaitu SK (5), SK Asli (1), SJKC (5) dan SJKT (3). Nisbah bagi pelaksanaan pemeriksaan ialah 3:1 (tiga sekolah seorang nazir). Pemeriksaan bermula 13 hingga 23 Jun 2023. Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk menentusahkan ketetapan skor PK-SKPK 2.0 Sesi Akademik 2022/2023 berdasarkan evidens sekolah. Graf 7: Jumlah sekolah yang diperiksa mengikut PPD Graf 8: Perincian lokasi sekolah yang telah diperiksa
Tinjauan Pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) Di Sekolah Rendah Tahun 2023 (TPDLP 2023) Pelaksanakan tinjauan dijalankan bermula dari tarikh 3 hingga 10 Oktober 2023. Ia melibatkan dua buah sekolah. Ia melibatkan 3 orang nazir JNN Perak dan seorang nazir JNN Pulau Pinang. Dua buah sekolah yang diperiksa iaitu SJKT Tan Sri Dato Manickavasagam (ABDA003) dan SMK Abdul Rahman Talib (AEA5078). TINJAUAN PEMERIKSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) Pemeriksaan Mata Pelajaran Pemeriksaan ini melibatkan 8 buah sekolah yang terdiri dari jenis sekolah SMK (4), SK (2), SJKC (1) dan SJKT (1). Pemeriksaan selama dua hari dan tempoh bermula dari 27 November hingga 8 Disember 2023. Seramai 15 orang Nazir Sekolah JNN Perak telah terlibat dan pemantauan dijalankan oleh KNN Perak. Penulisan laporan bagi pemeriksaan ini adalah berbentuk konstruktif Graf 9: Jumlah sekolah yang diperiksa mengikut PPD Graf 10: Perincian lokasi sekolah yang telah diperiksa Program Mentor Mentee Nazir Sekolah Baharu (NSB) melaksanakan pemeriksaan pengurusan sekolah, pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan menyediakan penulisan laporan sekolah/institusi pendidikan. Keseluruhan terdapat empat buah sekolah yang terlibat dan dua orang NSB dari JNN Perak bersama mentor masing-masing iaitu JNN Selangor dan JNN Pulau Pinang. Ke semua sekolah berada dalam PPD Kinta Utara. Lokasinya terletak tiga buah sekolah di bandar dan satu di luar bandar. Graf 11: Perincian jenis sekolah yang telah diperiksa
ADUAN DAN SIASATAN Aduan dan Siasatan PdP Pelaksanaan aduan dan siasatan PdP ini melibatkan 11 buah sekolah yang terdiri dari jenis sekolah SMK (4), SK (3), SJKC (2), SRK (1) dan SR Model Komprehenstif K9 (1). Keseluruhan jumlah Nazir Sekolah yang terlibat ialah tujuh orang dari JNN Perak dan seorang daripada Ibu Pejabat JN. Graf 12: Jumlah sekolah yang telah diperiksa mengikut PPD Graf 13: Perincian lokasi sekolah yang telah diperiksa PENILAIAN / PENGIKTIRAFAN Pengiktirafan di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) Bawah Inisiatif #6 Pengukuhan Perpaduan di Sekolah Tahun 2023 Penilaian pengiktirafan dilaksanakan sebagai penanda arasan kualiti untuk penilaian bagi tahun 2024 dan 2025. Ia melibatkan dua buah sekolah di Negeri Perak iaitu SK Pekan Baru dan SJKT Saint Mary, kedua-duanya di Parit Buntar, Kerian.
Penilaian Calon Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang (GCPC) Tahun 2023 Penilaian GCPC telah dilaksanakan sebanyak 86 buah institusi pendidikan. Ia termasuk jenis sekolah SK, SMK, SRK, SJKT, SJKC, Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional, Kolej Tingkatan Enam, SMK Agama, SM Agama (SABK), Sekolah Sukan, Sekolah Seni dan Institut Pendidikan Guru (IPG). Seramai 21 orang Nazir Sekolah dari JNN Perak telah menjalankan penilaian GCPC tahun 2023 PENILAIAN / PENGIKTIRAFAN Graf 14: Perincian jenis sekolah dan jumlah sekolah yang telah dilaksanakan penilaian GCPC
RUMUSAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN TAHUN 2023 Data MyPPB 2023 Pelaporan Mata Kredit
RUMUSAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN TAHUN 2023 BILANGAN HARI MENGIKUT MODUL SOKONGAN Jumlah Hari Latihan Dalam Perkhidmatan
STATUS INSTITUSI BAGI KESELURUHAN JENIS PEMERIKSAAN JNN PERAK TAHUN 2023 177 buah Institusi Pendidikan 97 Sek. Menengah 64 Sek. Rendah 7 Kolej Vokasional 7 Kolej Matrikulasi 1 Kolej Tingkatan 6 1 IPG
PERINCIAN STATUS PEMERIKSAAN TERAKHIR SEKOLAH NEGERI PERAK 2023 Perincian Sekolah Telah Diperiksa Dalam Tempoh 5 Tahun
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME Taklimat Khidmat Nasihat Pelupusan Dokumen Terperingkat Tahun 2023 Pada 28 Februari 2023 satu Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah dilaksanakan khas untuk warga JNN Perak berkaitan tentang prosedur pelupusan dokumen terperingkat. Ceramah telah disampaikan oleh En. Aminudin bin Ramli, Timbalan Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia daripada Jabatan Perdana Menteri. LDP telah diadakan di Bilik Mesyuarat Seri Ridzuan serta dihadiri seramai 25 orang warga JNN Perak. Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) Pembinaan Instrumen Penilaian Anugerah Hari Guru Negeri Perak Tahun 2023 Taklimat telah disampaikan oleh En. Anuar bin Putih Harun, Nazir Kanan JNN Perak. Program bermula dari tarikh 17, 23 dan 29 Mac 2023 telah dijadualkan selama tiga hari. Seramai 21 orang nazir telah hadir bagi ketiga-tiga sesi taklimat dan pembinaan serta pemurnian instrumen penilaian. PLC ini bertujuan untuk meningkatkan kompetensi pembangunan profesionalisme nazir dalam pembinaan dan pemurnian instrumen penilaian Program Pencegahan Kebakaran dan Latihan Amali Kebakaran Tahun 2023 Pada Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah dilaksanakan oleh Unit Keselamatan JNN Perak pada 31 Mac 2023. Ceramah pencegahan kebakaran telah disampaikan oleh Kept. (B) Veerakumar a/l Subbiah, Nazir Kanan JNN Perak. Latihan amali kebakaran dan memadam kebakaran telah dilaksanakan di ruang pejabat JNN Perak dan ruang legar di Blok B, Bangunan Persekutuan Ipoh. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang bahaya kebakaran dan kaedah pencegahan yang berkesan.
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME Penataran Bengkel Penyebaran Sistem Pengurusan Kualiti Edisi Ketujuh Jemaah Nazir Tahun 2023 Bengkel diadakan pada 6 Oktober 2023 dengan tujuan untuk menyebarluas maklumat berkaitan borang Sistem Pengurusan Kualiti Edisi Ketujuh Jemaah Nazir bagi Tahun 2023. Bengkel dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Seri Ridzuan, JNN Perak Bengkel Latihan Juru Audit Dalaman Jemaah Nazir Tahun 2023 Bengkel Penyediaan Instrumen Program Sekolah Amanah dan TS25 bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak Tahun 2023 Khidmat kepakaran yang diberikan adalah bertujuan untuk menyediakan pembinaan instrumen untuk digunapakai oleh JPN Perak dalam membuat penilaian. Seterusnya ianya berperanan untuk membantu pihak JPN Perak dalam mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pihak sekolah berdasarkan dokumen SKPM Kualiti@Sekolah. Penceramah yang terlibat ialah En. Ahmad Puad bin Taib (Timbalan Ketua Nazir Negeri, JNN Perak) dan Datin Wanita binti Wari (KPPK, JPN Perak). Bengkel bertujuan memberi pendedahan dan latihan kepada juru audit bagi meningkatkan kompetensi dalam menyemak dan mengimbang proses kerja serta kualiti penyampaian perkhidmatan secara berkesan.Bengkel diadakan pada 16 – 19 Oktober 2023.
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME Bengkel Kerja Penaziran Era Baharu Siri 2 & 3 Bengkel ini dilaksanakan bagi mengenal pasti hala tuju penaziran era baharu yang merangkumi: Kerangka Proses Kerja Umum. Kerangka Proses Kerja Peneraju. Format Laporan Pemeriksaan. Bengkel dilaksanakan pada tarikh 9 hingga 11 Oktober dan 29 hingga 31 Oktober 2023 Program Pemantapan Kefahaman SKPM Kualiti@Sekolah Tahun 2023 Objektif program terarah kepada sokongan rasa empati dan rasa selamat kepada warga yang memerlukan khidmat nasihat dengan lebih terbuka. Selain itu, mewujudkan jaringan dan budaya pembelajaran secara berterusan. Pembentangan dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Seri Ridzuan, JNN Perak selama dua hari. (16 – 17 Nov. 2023). Manakala tempoh bimbingan bermula 14 – 15 Nov. 2023. Program tersebut dilaksanakan dibawah Program #SMT Kluster 1: Inisiatif 3. Bengkel Kerja Pemantapan Mentor Jemaah Nazir Tahun 2023 Bengkel ini dilaksanakan pada 24 hingga 26 Oktober 2023. ia bertujuan untuk meningkatkan kompetensi mentor dalam membimbing Nazir Sekolah Baharu (NSB) melaksanakan pemeriksaan institusi pendidikan dan menghasilkan laporan pemeriksaan yang berkualiti. Bertempat di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson.
KHIDMAT KEPAKARAN Bengkel Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Objektif bengkel dilaksanakan untuk memberikan bimbingan pengurusan panitia berdasarkan semakan fail panitia dan menjelaskan panduan pengurusan mesyuarat panitia dan penulisan minit mesyuarat. Seramai tiga orang nazir dan 25 orang guru yang terlibat dalam bengkel tersebut yang bertempat di SJKT Ladang Batak Rabit, Perak. Bengkel diadakan pada Tarikh 17 April 2023. Jerayawara #104: Pemantapan Kepimpinan Guru Besar Program Prasekolah Daerah Bagan Datuk Negeri Perak Tahun 2023 Program bertarikh 22 Mei 2023 dan bertujuan untuk pemantapan Pengurusan Kurikulum Prasekolah, Peranan Guru Besar dalam Pengurusan Prasekolah dan Pengurusan Data Prasekolah. Selain itu, • Pemantapan Proses Pelaksanaan PKSKPK 2.0 dan Laporan Dapatan Jemaah Nazir (JN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bertempat di Bilik Gerakan Semesti, Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Perak. Kursus Peningkatan Profesionalisme Penolong Kanan Pentadbiran Dan Guru Kanan Pendidikan Islam SMKA Dan SABK Negeri Perak Kursus dilaksanakan secara dalam taliam menerusi google meet. ia bertujuan meningkatkan pemantapan profesionalisme PK Pentadbiran dan Guru Kanan Pendidikan Islam SMKA dan SABK dalam Pengurusan Kurikulum, Pengurusan Panitia Mata Pelajaran dan Pengurusan Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran berdasarkan SKPM. Tarikh kursus adalah pada 3 Mei 2023.
KHIDMAT KEPAKARAN Bengkel Kerja SKPM Kualiti@Sekolah Standard 4: Program Guru Rujukan Sekolah Daerah Kerian Tahun 2023 Program khidmat kepakaran ini diadakan pada tarikh 26 Jun 2023 dengan tujuan untuk melahirkan kumpulan guru berkompetensi tinggi dalam PdPc, mahir dalam pedagogi terkini dan berupaya menjadi pembimbing standard asas PAK21. Seramai 3 orang Nazir Kanan dan 4 orang Nazir Sekolah dari JNN Perak telah melaksanakan bengkel bersama 30 orang guru rujukan sekolah (Sekolah Rendah dan Menengah) dari Daerah Kerian. Bengkel Kerja Potensi Kecemerlangan Guru Prasekolah Negeri Perak Tahun 2023 Bengkel diadakan untuk memberi khidmat bantu dan kepakaran tentang pendedahan berkaitan syarat umum, syarat khusus dan persediaan untuk permohonan Calon Guru Cemerlang bagi Guru Prasekolah. Selain itu, penerangan Guru Cemerlang dari Perspektif Guru Prasekolah dan Standard 4 dan perkongsian pengalaman sebagai pengetua cemerlang dan tadbir urus sekolah oleh Tn. Mohd Lotpi bin Razali, AMP (Ketua Nazir Negeri, JNN Perak). Bengkel dilaksanakan pada tarikh 4 Julai 2023 Bengkel Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Objektif bengkel dilaksanakan untuk memberikan bimbingan pengurusan panitia berdasarkan semakan fail panitia dan menjelaskan panduan pengurusan mesyuarat panitia dan penulisan minit mesyuarat. Bengkel diadakan pada 11 Julai 2023. Seramai tiga orang nazir dan 17 orang guru yang terlibat dalam bengkel tersebut yang bertempat di SJKT Tapah, Perak.
Program i-Care SKPM Kualiti@Sekolah Program ini adalah untuk menjelaskan proses kerja Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) bagi komponen Kekuatan Kami dan Sub-Modul SKPM Kualiti@Sekolah yang merupakan Modul Pengurusan Institusi di dalam Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia (MOEIS) kepada sekurang-kurangnya 30 buah sekolah di 12 daerah negeri Perak. Tempoh pelaksanaan program ialah 12 – 27 Sep.2023 Bengkel Kerja ‘Pengurusan Kami’ SKPM Kualiti@Sekolah Bengkel ini bertujuan untuk memberikan penerangan proses kerja berkaitan “Pengurusan Kami” di dalam MOEIS kepada 74 buah sekolah di PPD Perak Tengah. Sekolah yang terlibat terdiri dari sekolah rendah dan sekolah menengah. Bengkel melibatkan dua orang Nazir Kanan daripada JNN Perak. Bengkel dilaksanakan pada 14 Disember 2023. KHIDMAT KEPAKARAN
AKTIVITI PENGURUSAN DAN KEMASYARAKATAN Majlis Pelancaran Program EKSA JNN Perak Tahun 2023 Program ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan warga JNN Perak melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga JNN Perak. Majlis diadakan pada 27 Januari 2023. Sambutan Ulang Tahun Warga JNN Perak Tahun 2023 Majlis sambutan ulang tahun warga JNN Perak diadakan tiga kali setahun. Bermula dengan bulan Jan - Julai, Ogos - Okt dan Nov - Disember. Ia merupakan anjuran Kelab Kebajikan JNN Perak sesi 2023/2024. Objektif utama aktiviti ialah meraikan hari ulang tahun ahli kelab dan menghargai serta mengeratkan hubungan siraturahim antara warga JNN Perak. Rumah Terbuka Hari Raya Bangunan Persekutuan Ipoh dan Sumbangan `Duit Raya’ kepada Ahli Kumpulan Pelaksana (AKP) JNN Perak Tahun 2023 Majlis bertujuan untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri 1445Hijrah (18 Mei 2023) dan mengeratkan perpaduan serta silaturahim antara warga Bangunan Persekutuan Ipoh. Pemberian `Duit Raya’ (19 April 2023) merupakan sumbangan daripada Kelab Kebajikan JNN Perak kepada semua AKP, JNN Perak.
AKTIVITI PENGURUSAN DAN KEMASYARAKATAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT JNN PERAK Sambutan bertujuan memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru. Selain itu, untuk meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. Sambutan dilaksanakan pada 19 Mei 2023 di Bilik Mesyuarat Seri Ridzuan, JNN Perak. Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Yang Ke-66 Tahun 2023 Objektif program sambutan Bulan Kemerdekaan antaranya ialah menyemai semangat patriotik dan menghayati kemerdekaan, menelusuri warisan seni dan sejarah, mengukuhkan semangat kerjasama dalam kalangan warga JNN Perak. Majlis tersebut dianjurkan oleh Kelab Kebajikan JNN Perak bermula 16 Ogos sehingga 16 September 2023. Program Lestari Kehijauan Pertandingan Boling Piala MLR Karya Seni Lat: Resam Masyarakat Malaysia Merdeka Art & Craft Tarsia Jejak Sejarah Merdeka Time Tunnel
AKTIVITI PENGURUSAN DAN KEMASYARAKATAN Program Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Objektif program diadakah bertujuan : Memberi pendedahan tentang penggunaan bahasa dengan tepat Memberi penerangan tentang teknik penggunaan peribahasa Meningkatkan kefahaman peserta tentang struktur berbahasa dengan penggunaan yang tepat. Bertempat di Bilik Mesyuarat Seri Ridzuan, JNN Perak pada Tarikh 31 Oktober 2023 Hari Keluarga Jemaah Nazir Negeri Perak Tahun 2023 Program Hari Keluarga JNN Perak bertujuan sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli keluarga. 2. Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan adik beradik sekaligus dapat memantapkan lagi institusi kekeluargaan yang sedia ada. Program tersebut dihadiri oleh En. Harun b Mohd Saleh KNN Pulau Punang dan En. Azman b Ali mantan TKNN Perak beserta keluarga masing-masing.. Hari keluarga di adakan pada 2 hingga 3 disember 2023 Aktiviti sukaneka melibatkan semua ahli keluarga Aktiviti gotong-royong menyiapkan juadah makanan Sesi penutup setelah selesai penyampaian hadiah kepada pemenang sukaneka Sesi bergambar sebelum melaksanakan aktiviti Hari Keluarga JNN Perak 2023
AKTIVITI PENGURUSAN DAN KEMASYARAKATAN Jamuan Akhir Tahun Jemaah Nazir Negeri Perak 2023 Jamuan Akhir Tahun JNN Perak dilaksanakan pada 12 Disember 2023 bertempat di Symphony Suites Hotel, Ipoh. Objektif program bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara semua warga JNN Perak, mewujudkan semangat kerja berpasukan dan persefahaman dalam kalangan warga JNN Perak dan menghargai dan meraikan semua warga JNN Perak yang telah melaksanakan tugasan dengan jayanya Warga JNN Perak yang hadir memeriahkan majlis denagn tema “black and gold” KNN Perak menyampaikan ucapan Penyampaian hadiah kepada pememang persembahan Trio nyanyi kumpulan Tn. KNN dan ahlinya sedang membuat persembahan
Program Bacaan Yasin dan Tazkirah Jemaah Nazir Negeri Perak 2023 Program dilaksanakan sepanjang tahun 2023 setiap hari jumaat. program tazkirah dihadiri oleh semua warga JNN Perak. Program juga bertujuan mewujudkan semangat kerja berpasukan dan persefahaman dalam kalangan warga JNN Perak. Selain itu, ia dapat mengeratkan siratulrahim antara warga dan menambah ilmu pengetahuan menerusi program tazkirah. Bacaan Yasin dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Seri Ridzuan, JNN Perak Tazkirah disampaikan kepada semua warga JNN Perak AKTIVITI PENGURUSAN DAN KEMASYARAKATAN
AKTIVITI PENGURUSAN DAN KEMASYARAKATAN Sumbangan Kelab Kebajikan kepada warga Jemaah Nazir Negeri Perak 2023 Kelab Kebajikan telah menghulurkan sumbangan kepada warga JNN Perak yang telah kehilangan Ibu, Bapa dan Warga JNN Perak yang telah menerima rawatan di hospital sekitar Ipoh dan Taiping serta anak- anak warga JNN yang telah dimasukkan di hospital. Semoga sumbangan yang dihulurkan dapat meringankan beban dan ia juga sebagai tanda perhatian dan ambil berat Kelab Kebajikan terhadap semua warga JNN Perak. SUMBANGAN ATAS KEHILANGAN AHLI KELUARGA SUMBANGAN KEPADA WARGA YANG DILANDA MUSIBAH
SEDERAP MENJADI TERBILANG