The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Berkaitan teknik-teknik fotografi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Noor, 2022-03-24 20:00:20

eBook Asas Fotografi

Berkaitan teknik-teknik fotografi

NOTA DAN LATIHAN

NOR MAZANA ISMAIL
SITI NOOR OTHMAN

ASAS FOTOGRAFI

NOTA DAN LATIHAN

Terbitan Pertama

NOR MAZANA BINTI ISMAIL
SITI NOOR BINTI OTHMAN

Diterbitkan oleh / Published by :
Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesen, Behrang
35950 Perak.
Tel :05-4544431
Faks:05-4544993
Email : http://www.psas.edu.my

Terbitan Pertama / First published 2021

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan
untuk pengeluaran atau ditukar kepada sebarang bentuk dengan sebarang alat juga pun, sama
ada dengan cara elektronik, gambar, rakaman dan sebagainya, sebelum mendapat kebenaran
bertulis daripada pihak Penerbitan Politeknik Sultan Azlan Shah.

All rights reserved. Not part of this publication may reproduced or transmitted in any form or
by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording, or any information
storage and retrieval system, without permission in writing from the Sultan Azlan Shah
Polytechnics.

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
Asas Fotografi
eISBN 000-000-0000-00-0

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, ebook yang bertajuk Asas
Fotografi berjaya dihasilkan. Ebook ini dihasilkan sebagai panduan atau rujukan kepada para
pensyarah yang mengajar kelab fotografi dan juga kepada para pelajar kelab fotografi yang
ingin belajar tentang asas teknik-teknik fotografi. Sebagai usaha awal untuk menarik minat
lebih ramai mendalami ilmu fotografi, ebook ini merupakan satu platform yang sangat baik
untuk terus berkarya dan menghasilkan idea-idea yang lebih kreatif.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Politeknik Sultan Azlan Shah kerana memberi
peluang kepada kami untuk menulis ebook ini. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan
seperjuangan di Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) dan Jabatan Matematik,
Sains dan Komputer (JMSK) yang banyak memberi sokongan dan dorongan untuk
menghasilkan ebook ini.

Sesungguhnya, proses penulisan ebook ini telah mengajar kami untuk sentiasa memperbaiki
diri agar menjadi insan yang lebih berilmu dan bertakwa. Akhir kata, diharapkan semoga
ebook ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

ISI KANDUNGAN

TOPIK MUKA SURAT

TOPIK 1 : KEMAHIRAN ASAS FOTOGARFI 1
1.1 Hasil Pembelajaran Kursus 2
1.2 Komponen Utama Dalam Kamera 3
1.3 Asas Fotografi Digital 12
1.4 Teknik Pencahayaan 14
1.5 Sudut-Sudut Penggambaran / Fotografi 17
1.6 Teknik Penggambaran / Fotografi 25
1.7 Komposisi Penggambaran / Fotografi 31
1.8 Latihan Pengukuhan

TOPIK 2 : PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN AKTIVITI 32
2.1 Definisi Pengurusan 32
2.2 Definisi Kokurikulum 33
2.3 Falsafah Dan Matlamat 33
2.4 Matlamat Kepada Aktiviti Kokurikulum 34
2.5 Penubuhan Persatuan 35
2.6 Perlembagaan 36
2.7 Lantikan Jawatankuasa 38
2.8 Jenis-Jenis Mesyuarat 40
2.9 Kaedah Menulis Minit Mesyuarat 40
2.10 Penulisan Surat Rasmi 40
2.11 Pengurusan Harta Persatuan 41
2.12 Mengurus Kewangan 41
2.13 Pengurusan Stok 41
2.14 Penyata Wang Masuk Dan Keluar i
BAHAN RUJUKAN

1

TOPIK 1

1.0 KEMAHIRAN ASAS FOTOGRAFI

1.1 Hasil Pembelajaran Kursus / Course Learning Outcomes (CLO) :
• CLO 1 :
Mempamerkan kemahiran khusus bagi kursus berkaitan (P2, CLS4)
• CLO 2 : Menunjukkan kepimpinan dan kerja berpasukan berdasarkan penguasaan
kemahiran & amalan positif (A3, CLS3d)
• Domain Taxonomy
P2 : Pychomotor
Cluster - CLS4 : Personal & Kemahiran Keusahawanan
• A3 : Affective
Cluster - CLS3d : Kepimpinan, Autonomi (mengurus sendiri) dan Tanggungjawab

Domain Taxonomy

Sumber : domain taxonomy - Bing images

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

2

Di akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat :-
• Menyenaraikan peralatan fotografi
• Menunjukkan pelbagai teknik pelarasan kamera
• Menjelaskan pelbagai teknik fotografi
• Menerangkan pelbagai teknik pencahayaan
• Menunjukkan sudut-sudut penggambaran
• Menerangkan komposisi gambar
• Menggunakan perisian komputer dalam proses suntingan fotografi

1.2 KOMPONEN UTAMA DALAM KAMERA

Kanta/lensa (Lens) – berperanan membentuk imej ke filem

Aperture – mengukur keluasan iris lensa kamera dibuka. Lebih luas ianya dibuka
bermakna lebih banyak cahaya yang masuk. Aperture besar diwakili oleh nombor kecil
seperti f/4. Aperture yang kecil pula diwakili oleh nombor besar seperti f/16.

Shutter – merupakan sebuah tingkap yang akan terbuka apabila setiap butang pengatup
shutter ditekan untuk mengambil gambar. Pengatup berperanan untuk mengawal
cahaya yang masuk ke dalam kamera.

Pelepas Shutter – butang pelepas shutter untuk mengambil gambar

Kawalan kelajuan Shutter – kelajuan diukur dengan pecahan per saat seperti: 1/30,
1/60, 1/125, 1/250, 1/500 dan 1/1000 sesaat. 1/1000 merupakan kelajuan paling cepat
berbanding 1/30.

Viewfinder – tingkap penilik pandangan sebagai frame gambar.

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

3

1.3 ASAS FOTOGRAFI DIGITAL
1. Kamera, kanta (Lens) dan Cahaya
2. ISO / Aperture / Shutter Speed
3. Metering
4. White Balance
5. Composition

Bahagian 1
Photo (cahaya) Graphy (lukisan)
Semua kamera (dslr, smartphone, point and shot) terdiri dari 2 bahagian :

1. Body (Shutter Speed & ISO)
2. Lens (Aperture)

Sumber : Saiful Nang Academy (2020). Kursus Asas Fotografi Digital & Smartphone Photography

Bukaan (Aperture)
Hasil Pembelajaran:
Di akhir pembelajaran pelajar dapat

1. Menjelaskan fungsi aperture
2. Menjelaskan perubahan pada kualiti gambar apabila aperture diubahsuai
Aperture / Diaframa (atau sering disebut bukaan) berfungsi untuk mengatur jumlah
cahaya yang masuk. Alat ini biasanya terdapat di belakang lensa. Terdiri dari 5-8
lempengan logam yang tersusun dan dapat membuka lebih lebar atau lebih sempit.
Penulisan angka diafragma biasanya adalah f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16 dan
seterusnya.

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

4
Semakin kecil angka diafragma, maka bukaan yang dihasilkan akan semakin lebar
sehingga cahaya yang masuk semakin banyak. Sebaliknya semakin besar angka
diafragma maka bukaan yang dihasilkan semakin kecil dan cahaya yang masuk juga
semakin kurang.

Sumber : Saiful Nang Academy (2020). Kursus Asas Fotografi Digital & Smartphone Photography

Perbezaan Di Antara Bukaan (Aperture) F4 dan F8

Sumber : Saiful Nang Academy (2020). Kursus Asas Fotografi Digital & Smartphone Photography

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

5

Perbezaan Di Antara Bukaan (Aperture) 2.8 dan F16

Sumber : Saiful Nang Academy (2020). Kursus Asas Fotografi Digital & Smartphone Photography

Kelajuan Shutter (Shutter Speed)
Hasil Pembelajaran:
Di akhir sesi pelajar dapat

1. Mengenalpasti fungsi kelajuan shutter
2. Menjelaskan perbezaan pada kelajuan shutter

Alat penutup dan pembuka lensa yang boleh diubahsuai dinamakan shutter.
Berfungsi mendedahkan filem kepada cahaya mengikut jangka masa tertentu.
Kelajuan shutter bermakna berapa lama kamera terbuka dan terdedah kepada cahaya
untuk merakam sesuatu imej. Kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan
menghentikan subjek yang bergerak Manakala kelajuan yang rendah seperti 1/10
akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur).

Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan lensa kepada filem. Biasanya
dikenali sebagai 1/60, 1/200. Tempoh ini dikira dalam unit saat. Shutter yang di
buka dengan lama akan membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Shutter Speed
laju 1/1 bermakna bukaan selama 1 saat. Manakala 1/4000 ialah 1 saat dibahagi
4000. Ini bermakna 1/1 merupakan shutter speed paling lama bukaannya. 1/4000
merupakan shutter speed paling laju. Shutter yang perlahan, contohnya 1/15
mungkin akan menyebabkan gambar samar (blur) kerana tangan yang bergoyang.
Untuk mengambil gambar statik menggunakan tangan, kebiasaannya dan
minimumnya bacaan shutter speed 1/50 -1/100 diperlukan. Bagaimanapun ini
tertakluk kepada teknik dan kekuatan tangan jurugambar.

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

6
Shutter Speed
Shutter speed di kira per saat
1” = 1 saat
1/50 = 0.2 saat
1/100 = 0.01 saat
1/1000 = 0.001 saat
Semakin tinggi nilai shutter speed semakin gelap gambar dan sekiranya nilai
shutter speed tinggi akan membekukan gambar.
Perbezaan Di Antara Shutter Speed (Ss) 2” dan 1/1000

Perbezaan Di Antara Shutter Speed (Ss) 1/50 dan 1/1000

Sumber : Saiful Nang Academy (2020). Kursus Asas Fotografi Digital & Smartphone Photography

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

7

ISO

ISO adalah tahap kesensitifan sensor pada cahaya atau merujuk kepada berapa
sensisitif filem digital kepada cahaya. Bacaan ISO bermula 100, 200, 400, 600,
800, 1200, 1600, 3200. ISO rendah seperti 100, 200 dan ISO tinggi adalah 800,
1200, 1600, 3200. Semakin tinggi nilai ISO gambar menjadi semakin cerah.
Nilai ISO yang terlalu tinggi akan menyebabkan wujudnya “noise”.

ISO KESESUAIAN HASIL
100-200 Waktu tengahari terik dan Gambar pada ISO ini akan
cukup kekuatan cahaya menghasilkan warna, contrast yang
400 seperti di dalam studio paling optimum.
800 Waktu mendung, di Gambar masih lagi mempunyai
1600 bawah litupan. warna yang baik dan ‘noise’ pada
jumlah minima.
3200-6400 Waktu di dalam rumah. Gambar mempunyai warna sedikit
pudar dan ‘noise’ banyak
Waktu malam dan kurang kelihatan.
bercahaya. Gambar mempunyai warna tetapi
kurang menarik, ‘noise’ lebih
Waktu yang gelap dan banyak kelihatan dan contrast
tidak bercahaya. gambar mula pudar.
Gambar sesuai di ambil
menggunakan black and white.

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

8
Perbezaan Di Antara ISO 100 dan ISO 3200
ISO yang rendah sesuai untuk gambar outdoor di mana cahaya matahari sangat
terang.

ISO yang tinggi untuk gambar di tempat yang gelap seperti indoor dan untuk gambar
bintang.

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

9

Metering Exposure

Setting ISO, Aperture and Shutter Speed

Sumber : Saiful Nang Academy (2020). Kursus Asas Fotografi Digital & Smartphone Photography

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

10

Hubungan Antara Aperture, Shutter Speed dan ISO

FUNGSI NO. KECIL NO. BESAR

APERTURE Mengawal saiz Aperture besar Aperture kecil,
bukaan sensor. membenarkan lebih kurang cahaya
banyak cahaya masuk masuk ke dalam
ke dalam kamera. kamera.

Contoh f/2 Contoh f/16

SHUTTER Mengawal kelajuan Tempoh bukaan Tempoh bukaan
SPEED singkat, membekukan sensitive , gambar
aksi. lebih terang.

Contoh 1/2000s Contoh 1/15s

ISO Mengawal sensitivity Kurang sensitive Lebih sensitive
kepada cahaya.
sensor kamera kepada cahaya.
Contoh ISO 800
kepada cahaya Contoh ISO 100

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

11
White Balance
Memastikan warna putih di dalam gambar tetap kekal putih, kerana keadaan cahaya
adakalanya akan menyebabkan gambar kelihatan kekuningan atau kebiruan.

Sumber : Saiful Nang Academy (2020). Kursus Asas Fotografi Digital & Smartphone Photography

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

12

1.4 TEKNIK PENCAHAYAAN
Mengambil gambar menggunakan sumber cahaya berikut :

i. Artificial Light (Cahaya Lampu)

ii. Sun Light (Cahaya matahari)

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

Menggunakan sudut pencahayaan berikut : 13
i. Front Light (FL) Side Light (SL)
ii. Side Light (SL)
iii. Back Light (BL)
iv. Silhoutte (Menghadap Cahaya)

Front Light (FL)

Back Light (BL) Silhoutte (Menghadap Cahaya)

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

14
1.5 SUDUT-SUDUT PENGGAMBARAN /FOTOGRAFI

Sudut pengambilan gambar, dalam bahasa Inggris Angle of View, atau juga sering
disebut dengan sudut pemotretan merupakan hal penting yang bisa menentukan
kesan apa yang diterima oleh yang melihat foto. Istilah ini berkaitan dengan
bagaimana seorang fotografer memposisikan kameranya dan mengarahkan lensanya ke
obJek yang dituju.
Mengenal Jenis-Jenis Sudut Pada Pengambilan Gambar
Sudut pengambilan gambar yang biasanya dikenal dengan angle sangat berpengaruh
dengan foto yang dihasilkan. Angle merupakan sudut pandang dalam memotret
sebuah objek. Sebelum memotret kita perlu menetukan terlebih dahulu anglenya
sehingga hasil foto kita maksimal. Beberapa jenis angle :
1. Bird view
Foto yang diambil dilakukan di tempat yang tinggi. Bisa diambil dari helikopter
ataupun gedung-gedung tinggi. Foto yang dihasilkan akan terlihat sangat luas dan
dramatis, misalnya foto suatu kota.

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

15
2. High angle
Angle ini mirip dengan angle bird view yang pemngambilan objeknya diambil dari
tempat tinggi, hanya tidak seekstrem bird view, paling tidak posisi kamera harus lebih
tinggi dari objek yang akan difoto sehingga bahagian atas akan terlihat lebih besar.

3. Eye-level angle
Pada angle ini biasanya kamera sejajar dengan objek yang akan difoto, sehingga foto
yang dihasilkan terlihat standard seperti yang kita lihat.

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

16
4. Low angle
Angle ini merupakan sudut pengambilan foto dari bawah sehingga objek yang difoto
terlihat besar. Foto yang dihasilkan memberikan kesan dominan.

5. Frog angle
Frog level merupakan sudut pengambilan yang ekstrem dengan kamera hampir
menyentuh tanah. Sudut pengambilan sejajar dengan objek atau lebih rendah. Foto
yang dihasilkan tampak seperti mata yang melihat berada dalam posisi seperti katak.

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

17

1.6 TEKNIK PENGGAMBARAN / FOTOGRAFI (PHOTOGRAHPY TECHNIQUE)

1. Kamera hendaklah dipegang dengan teguh supaya tidak bergoyang semasa
menekan butang pelepas shutter, terutama semasa penggunaan lensa zoom atau
kelajuan shutter yang perlahan.

2. Jangan menghalang sasaran / arah (shot) bagi mengelakkan gambar kelihatan
sebahagian gelap atau terlindung, pastikan jari anda atau objek-objek lain jauh dari
lensa, tingkap flash atau tingkap sensor dan apabila cahaya suram maka hendaklah
menggunakan flash.

Jenis-Jenis Shot

• CU (Close Up): Shot yang menampilkan dari batas bahu sampai atas kepala.
• MCU (Medium Close Up): Shot yang menampilkan sebatas dada sampai atas

kepala.
• BCU (Big Close Up): Shot yang menampilkan bahagian tubuh atau benda tertentu

sehingga tampak besar. Misal: wajah manusia sebatas dagu sampai dahi.
• ECU (Extreme Close Up): Shot yang merakamkan bahagian subjek dengan teliti.

Misalnya mata, hidung, atau telinga.
• MS (Medium Shot): Shot yang merakamkan dari bahagian pinggang sampai ke atas

kepala.
• TS (Total Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan objek.
• ES (Established Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan pemandangan atau

suatu tempat untuk menangkapkan keseluruhan tempat di mana peristiwa atau
adegan itu berlaku.
• LS (Long Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan subjek, memantapkan semua
elemen dalam gambar termasuk latar belakang dan latar depan.
• WS (Wide Shot): Pada Wide Shot, objek utama yang diambil memenuhi frame dan
meninggalkan sedikit ruang kosong pada bahagian atas dan bahagian bawah subjek.
• Two Shot: Shot yang merakamkan wajah dua orang.

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

18
Teknik mengambil gambar menggunakan mode panorama :

i. Panorama secara menegak
ii. Panorama secara melintang
iii. Panorama di mana di dalam satu keping gambar terdapat 2 orang yang sama

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

19

Teknik mengambil gambar menggunakan mode potret :
i. Potret yang mempunyai latar belakang kabur di bahagian belakang

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

20
Waktu yang sesuai untuk mengambil gambar adalah pada waktu pagi (antara masa
selepas waktu subuh sehingga sebelum matahari tegak di atas kepala) dan waktu petang
(selepas waktu asar). Terdapat waktu-waktu yang tertentu yang akan menghasilkan
gambar yang menarik dan cantik seperti :

i. Golden Hour (selepas waktu subuh dan sebelum maghrib)
ii. Blue Hour (waktu senja selepas maghrib)

Golden Hour

Blue Hour

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

21

Art of Seeing (AoS)
• Berkait rapat dengan komposisi
• Komposisi – Leading Line, Framing, RoT, Reflection
• PoI – Point of Interest
• Element of Photograpy
• Clean Background – gambar jelas
• Simplicity – subjek lebih menonjol

Fungsi AoS
• Untuk menambah baik penceritaan (story)
• Mencantikkan penceritaan
• Menunjukkan jalan cerita
• Memadankan orang dengan jalan cerita
• Subjek terbahagi kepada dua :

i. Hidup - orang
ii. Mati - bangunan
• AoS + Story = Menghasilkan gambar yang cantik
• Story – Penceritaan/perbuatan / imej yang paling menonjol dalam gambar (main
story).
• Penceritaan (Story) – tidak semestinya orang, boleh jadi objek contoh jam,
barang antik, kalendar dan sebagainya.

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

22

Arah Yang Menarik (Point of Interest -PoI)

1. Mengenali satu arah yang menarik sebelum mengambil gambar. Bila anda telah
mengenalpasti bahagian yang paling penting barulah anda membentuk untuk
memperkuatkannya.

2. Mempelajari gambar periklanan adalah cara yang baik untuk memahami gambar
yang menitikberatkan komposisi.

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

23
Kesederhanaan Dan Mudah – (Simplicity)

1. Pastikan bahawa subjek yang anda hendak penonton melihatnya nampak nyata di
dalam imej.

2. Kalau ada banyak objek-objek yang berserak pada latarbelakang, mesej anda tidak
akan kesampaian.

3. Kalau anda tidak dapat mencari sudut yang atau rangka untuk mengasingkan subjek
anda, pertimbangkanlah untuk menggunakan kawalan “dept-of field” supaya
menjadikan latarbelakang itu luar dari fokus.

Kontras/Perbandingan/Perbezaan (Contrast)
1. Subjek yang cerah memberi kesan yang lebih hebat kalau diletakkan
berlatarbelakangkan sesuatu yang gelap, dan sebaliknya.
2. Warna yang berkontras boleh digunakan untuk penekanan tetapi ia boleh menjadi
suatu gangguan kalau tidak dipertimbangkan dengan betul atau berhati-hati.

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

24
Keseimbangan ( Balance )

1. Keseimbangan tak simetri atau tidak formal biasnya dipandang lebih menyenangkan
dalam merakam atau pengimejan fotografi.

Dengan lain perkataan, meletakkan subjek utama off centre dan mengimbangkannya dengan
weight (pemberat), objek lain (lebih kecil atau kesan yang rendah (lower impact) akan
menjadi lebih berkesan daripada meletakan subjek itu di tengah-
tengah. Walaubagaimanapun keseimbangan simetri atau formal masih tetap dapat
menyampaikan mesej dan impak dengan jelas dan menyenangkan andainya kena pada
tempatnya dan cara penggunaanya.

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

25

1.7 KOMPOSISI PENGGAMBARAN / FOTOGRAFI

Di akhir pembelajaran pelajar dapat

1. menjelaskan maksud komposisi penggambaran
2. menghasilkan beberapa keping gambar berdasarkan komposisi penggambaran

yang berbeza.

Komposisi adalah penggabungan beberapa elemen dasar yang terdapat pada objek atau
kawasan penggambaran. Komposisi objek yang baik akan menghasilkan gambar yang
memiliki daya tarik serta cantik dipandang, terutama apabila jurugambar dapat
menghasilkan arah yang menarik (Point of Interest – PoI) atau maksud dari foto/gambar
tersebut.

Komposisi merujuk kepada gubahan/membentuk atau rekabentuk dan penyusunan
elemen dan kaitannya kepada latarbelakang sesuatu imej. Secara khusus imej yang baik
adalah hasil dari penelitian kepada asas elemen komposisi berserta penyesuaian cahaya
dan subjek yang menarik. Bagaimanapun tiada cara yang khusus untuk mengambil
gambar. Contohnya jika tiga orang jurugambar mengambil pemandangan yang sama,
mungkin akan menghasilkan gambar yang sama menarik tetapi dengan komposisi yang
berbeza. Dalam penghasilan sesuatu imej yang pentingnya ialah mesej yang hendak
disampaikan.

Komposisi gambar adalah seperti berikut :
i. Role of Third (RoT)
ii. Leading Line
iii. Framing
iv. Reflection

Role of Third

Imej dibahagikan kepada 9 segmen dengan 2 garisan menegak dan 2 garisan
melintang. Dari pembahagian tersebut, terbentuk garis-garis dan empat titik pada
garis tersebut. Menurut Peraturan rule of thirds, foto yang paling menarik perlu
ditempatkan di salah satu titik tersebut iaitu meletakkan subjek di 1/3 gambar.

Ia berasaskan pada teori bahawa mata dengan semulajadinya akan tertumpu/melihat
kepada 2/3 ke atas mukasurat (two-thirds up the page).

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

26

Role of Third

Pada sekeping gambar perlu ada penceritaan.

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

27

Role of Third
Role of Third

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

28
Perspektif (Leading Line)
Menggunakan garisan di latarbelakang untuk memfokuskan kepada subjek. Perspektif
berfungsi untuk menciptakan efek dalam atau jauh pada sebuah foto. Cara mudah
menciptakan foto dengan kesan perspektif adalah dengan mengikuti garis, seperti yang
dibentuk oleh garis jalan raya, rel kereta api, jalan setapak atau garis-garis lurus lainnya. Dua
garis di hujung gambar perlu berkonvergen, seolah-olah ada pertemuan dihujung titik.
Perspektif yang seperti ini disebut linear perspektif.

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

29
Framing
Teknik kepungan di mana subjek dikepung agar mata lebih tertumpu kepada subjek.

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

30
REFLECTION
Menggunakan permukaan berkilat atau permukaan air untuk mendapatkan reflection.

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

31

1.8 LATIHAN PENGUKUHAN

1. Apakah fungsi shutter speed dan aperture ?

2. Bagaimana aperture dan shutter speed diubahsuai untuk menghasilkan gambar
yang berkualiti ?

3. Hasilkan EMPAT (4) keping gambar foto yang mempunyai elemen
i. Role of Third
ii. Leading Line /Perspektif

iii. Framing
iv. Reflection

4. Hasilkan DUA (2) keping gambar / foto dengan menggunakan sumber cahaya
berikut :
i. Artificial Light (Cahaya Lampu)
ii. Sun Light (Cahaya matahari)

5. Hasilkan TIGA (3) keping gambar /foto menggunakan sudut pencahayaan berikut:
i. Front Light (FL)
ii. Side Light (SL)

iii. Back Light (BL)

6. Hasilkan TIGA (3) keping gambar /foto menggunakan teknik penggambaran mode
berikut :
i. Panorama secara menegak
ii. Panorama secara melintang
iii. Panorama di mana di dalam satu keping gambar terdapat 2 orang yang
sama

7. Hasilkan DUA (2) keping gambar /foto menggunakan teknik penggambaran
berikut:

i. Mode Potret
ii. Mode Potret yang mempunyai latar belakang kabur di bahagian

belakang

8. Hasilkan DUA (2) keping gambar /foto menggunakan teknik penggambaran
berikut:
i. Golden Hour
ii. Blue Hour

9. Apakah kelebihan gambar foto yang dirakam dengan elemen di atas?

Nor Mazana Ismail
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

32

TOPIK 2

2.0 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN AKTIVITI

2.1 Definisi Pengurusan

Merupakan usaha yang dilakukan oleh pengurusan untuk mencapai matlamat organisasi.
Secara amnya terdapat empat fungsi pengurusan iaitu merancang (planning), menyusun
(organizing), memimpin (leading) dan mengawal (controling).

• Merancang
Contoh : Menjelaskan matlamat organisasi, mengenalkan strategi dan menyediakan
perancangan untuk mengkoordinasikan semua aktiviti

• Menyusun
Contoh : Menentukan tugasan yang akan dilaksanakan, siapa yang
bertanggungjawab, bagaimana tugasan ini dikumpulkan dan siapa yang pelapornya,
kepada siapa dilaporkan dan tempat membuat keputusan.

• Memimpin
Contoh : memotivasikan subordinates, memberi arahan, memilih saluran
komunikasi yang lebih berkesan.

• Mengawal
Contoh : Memantau aktiviti bagi memastikan tercapai seperti yang dirancang dan
membetulkan kesalahan/kesilapan yang signifikan.

2.2 Definisi Kokurikulum

Memahami kokurikulum
Dua konsep yang sering dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran ialah
kurikulum. Kurikulum adalah subjek akademik yang kebanyakannya dilaksanakan dalam
bilik darjah. Aktiviti di luar bilik darjah disebut kokurikulum. Aktiviti kokurikulum boleh
dilaksanakan di dalam bilik darjah mengikut kesesuaian seperti syarahan, ceramah dan
demostrasi. Saluran utama penyebaran ko-kurikulum melalui badan beruniform,persatuan
kelab, sukan dan permainan. Ko-kurikulum mempunyai kurikulumnya yang tersendiri.
Contoh Pergerakan Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Remaja.

Siti Noor Othman
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

33

Di negara kita aktiviti kokurikulum secara formal bermula pada zaman pemerintahan British
iaitu pada tahun 1909 di Singapura ditubuhkan Pasukan Pengakap pertama sekolah. Pada
tahun 1956, Kementerian Pendidikan mengeluarkan surat arahan School Course Of Studies
Regulations 1956 kepada setiap sekolah supaya melaksanakanaktiviti kokurikulum.

Pada dekad 60an dan 70an masyarakat masih menganggap aktiviti kokurikulum tidak
penting dan terpisah dengan kepentingan pembelajaran akedemik. Kini tanggapan mulai
berubah dan mulai diterima sebagai sebahagian daripada kurikulum akademik tetapi
kurikulumnya masih dipandang kurang penting berbanding dengan kurikulum akademi.
Mulai tahun ini (1999), Kementerian Pendidikan mulai menaikkan martabat Pendidikan
kokurikulum dengan keutamaan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang
kokurikulum dan memenuhi keperluan akademik mendapat tempat di institusi-institusi
pendidikan pilihan.

2.3 Falsafah Dan Matlamat

Kementerian Pendidikan telah menjelaskan falsafah dan matlamat aktiviti kokurikulum
untuk dilaksanakan sama ada di sekolah, maktab atau institusi pengajian tinggi. Falsafah
aktiviti kokurikulum berasaskan kepada kepercayaan bahawa:

• Semua pelajar mempunyai bakat dan minat yang boleh dimajukan
• Semua pelajar boleh dididik dan mendidik diri dan rakan sebaya
• Semua pelajar harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental

(intelek)dengan perkembangan social, jasmani dan rohani
• Institusi pendidikan bertanggungjawab melahirkan pelajar untuk keperluan

masyarakat
• Masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan dalam

mendidik pelajar

2.4 Matlamat Kepada Aktiviti Kokurikulum

Menyemaikan perasaan muhibah, perpaduan dan integrasi nasional di kalangan generasi
muda. Jawatankuasa Perlaksanaan Mengkaji Dasar Pelajaran 1979 menyatakan bahawa
kegiatan kokurikulum dapat menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaaan (esprit
de corps) di kalangan pelajar-pelajar pelbagai keturunan, latar belakang dan cara hidup.

Siti Noor Othman
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

34

Jawatan Pelaksanaan Mengkaji Dasar Pelajaran 1979 menjelaskan bahawa aktiviti
kokurikulum dapat mengalakkan semangat berkumpulan, bekerjasam dan menghormati
peraturan.

Pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan formal. Penyertaan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat mengukuh dan mengayakan pelajaran yang
diperolehi dalam bilik darjah.

Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sahsiah dan
kemasyarakatan:

• Membina iklim, budaya, dan tempat yang menarik dan menyeronokkan.
• Mengimbangkan di antara perkembangan intelek (akademik), jasmani,

rohani dan emosi.
• Memenuhi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.
• Menyemai nilai-nilai pendidikan. Contohnya nilai berkerjasama, sihat, bertolak

ansur,taat, mematuhi pemimpin, cergas dan berdikari.

2.5 Penubuhan Persatuan

Penubuhan Persatuan Tiada Badan Induk

Kebanyakan persatuan/kelab di institusi pendidikan tiada badan induk yang menyelaras dan
mentadbir aktiviti secara rasmi.

Bidang sukan dan permainan mempunyai persatuan-persatuan induk seperti MSSD, MSSN
tetapi persatuan sukan dan permainan di institusi pendidikan tidak diwajibkan mendaftar
secara rasmi kepada persatuan.

Penubuhannya memadai dengan perundingan di antara guru penasihat atau jurulatih.
Seterusnya maklumkan penubuhan ini kepada persatuan induk yang terdekat. Guru
penasihat akan mencari ahli, mendaftar, membentuk perlembagaan persatuan, melantik
jawatankuasa kerja dan melaksanakan aktiviti yang dipersetujui oleh ahli jawatankuasa.

Penubuhan Persatuan Yang Mempunyai Badan Induk

Semua pasukan beruniform di institusi pendidikan mempunyai badan induk peringkat
daerah, negeri atau pusat. Badan induk menyelaras aktiviti, pendaftaran, pentadbiran dan
lain-lain keperluan. Institusi pendidikan yang menubuhkan pasukan beruniform perlu
berunding dengan badan induk.

Siti Noor Othman
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

35

Sesetengah pasukan beruniform prosedur penubuhan lebih teliti, biasanya pasukan
beruniform ini dikendalikan oleh kementerian seperti kadet polis oleh kementerian
pertahanan. Kebanyakan pasukan beruniform layak ditubuhkan setelah mengadakan
perundingan dan pendaftaran dengan badan induk.

2.6 Perlembagaan

Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau undang-undang
mengikut Akta pendaftaran pertubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar institusi
Pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar pertubuhan seperti
pertubuhan parti politik dan persatuan belia. Hanya beberapa persatuan yang ditubuhkan di
bawah akta parlimen seperti Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan St
John Ambulans.

Antara fungsi perlembagaan/undang-undang ialah sebagai panduan menggerakkan
persatuan, melicinkan perjalanan persatuan kerana ia menetapkan bidang tugas dan hak
jawatankuasadan ahli, menjadi rujukan apabila timbul masalah dalam menjalankan aktiviti
persatuan.

Pasukan beruniform telah mempunyai peraturan/undang-undang yang ditetapkan oleh badan
induk.

Secara am, perlembagaan/undang-undang pesatuan mengandungi :

1. Nama dan alamat persatuan
2. Matlamat
3. Keahlian
4. Jawatankuasa Persatuan(seperti bilangan dan tugas)
5. Pembatalan dan pembubaran persatuan
6. Pindaan perlembagaan dan undang-undang persatuan
7. Mesyuarat persatuan

Siti Noor Othman
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

36

Perkara-perkara lain yang biasa ditambah ke dalam perlembagaan ialah:

1. Lencana/logo persatuaan
2. Disiplin dan tatatertib persatuan
3. Memindah milik harta, tanggungan
4. Cogan kata/moto
5. Tugas persatuan di peringkat institusi pendidikan, cawangan,daerah,

negeri dankebangsaan
6. Pendaftaran persatuan
7. Jawatankuasa kecil

2.7 Lantikan Jawatankuasa

Di antara persatuan cara perlantikan jawatankuasa mungkin berbeza kerana terikat
dengan perlembagaan. Terdapat dua perlantikan jawatankuasa bagi sesuatu persatuan:

a) Mesyuarat Agung

Semua ahli berhak membuat pencalonan, memilih dan melantik sesiapa sahaja di
kalangan ahli menjadi jawatankuasa. Jawatan yang dipertandingkan antaranya ialah
pengerusi ,naib pengerusi, setiausaha, bendahari, dan jawatankuasa kerja. Pemilihan
dibuat secara mengangkat tangan atau undi rahsia dengan menggunakan
kertas.Kedudukan jawatankuasa adalah berikut:

Penasihat


Pengerusi / Ketua


Naib pengerusi / naib ketua


↓ ↓

Setiausaha Bendahari
│ │


Jawatankuasa
( boleh wakil tiap setiap unit )

Siti Noor Othman
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

37

b) Perlantikan oleh penasihat

Perlantikan dibuat melalui perbincangan dengan ahli atau ujian tertentu terutamanya
Pasukan berunifom . Contohnya pasukan Kadet Polis dan Kadet Tentera, Ketua Platon
dilantik daripada pelajar yang mencapai kebolehan yang tertinggi berbanding dengan
ahli-ahli yang lain. Carta organisasi di antara sesebuah pasukan berunifom berbeza dan
bergantung kepada keperluan pasukan.

Bidang-Bidang Tugas Jawatankuasa

Persatuan di institusi pendidikan mempunyai pensyarah/guru penasihat. Guru penasihat
peranannya memberi panduan, nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan untuk melaksanakan
aktiviti dan mentadbir persatuan.Kadangkala beliau bertindak sebagai jurulatih. Bidang
tugas jawatan kuasa yang lain ialah :

1. Pengerusi / Ketua Kumpulan

• Mengurus persatuan mengikut perlembagaan atau melaksanakan
keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja atau Mesyuarat Agung.

• Merancang, melaksanakan dan menyelia aktiviti persatuan.

2. Naib Pengerusi/ Penolong Ketua Kumpulan

• Membantu pengerusi atau ketua kumpulan mengurus dan mentadbir
kumpulan.

• Menjadi pengerusi mesyuarat atau menjalankan tugas pengerusi
apabila tiada pengerusi.

• Menjalankan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan.

3. Setiausaha

• Menyimpan pendaftaran ahli.
• Bekerjasama dengan pengerusi untuk mentadbir dan mengurus

persatuan
• Menjalankan tugas mengikut ketetapan perlenbagaan persatuan.

4. Penolong setiausaha

• Membantu setiausaha mentadbir dan mengurus persatuan.
• Menjalankan tugas setiausaha semasa ketiadaan setiausaha

Siti Noor Othman
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

38

5. Bendahari

• Menyimpan rekod dan stok harta persatuan.
• Memungut dan menyimpan kenyataan pembayaran yuran ahli.
• Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan persatuan.

6. Ketua Patrol atau Ketua Biro
• Mengetuai satu kumpulan kecil ahli bagi melaksanakan sesuatu
tugas yang ditetapkan mengikut biro.
• Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang telah
ditetapkan mengikut perlembagaan persatuan.

2.8 Jenis-Jenis Mesyuarat

Di antara jenis-jenis mesyuarat ialah :

1) Mesyuarat Agung Tahunan
2) Mesyuarat Agung Luar Biasa atau Tergempar
3) Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
4) Mesyuarat Jawatankuasa Biro
5) Mesyuarat Jawatankuasa Sementara

Mesyuarat Agung Tahunan

Mesyuarat perlu diadakan mengikut Akta Pendaftar Pertubuhan dan mesti dihadiri
oleh semua ahli membincangkan hal persatuan secara menyeluruh, memilih ahli
jawatankuasa kerja yang baru. Tempoh mesyuarat sama ada setahun atau dua tahun
sekali. Ada yang mengadakan mesyuarat agung setahun sekali tetapi pemilihan
jawatankuasa kerja dua tahun sekali.

Notis mesyuarat ditandatanagani oleh setiausaha dan diedar dalam tempoh 14 hari
sebelum mesyuarat. Kebanyakan persatuan menetapkan kehadiran ½ atau 2/3 dari
jumlah hari.

Siti Noor Othman
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

39

Mesyuarat tergempar membincangkan satu agenda sahaja, dihadiri oleh semua ahli
persatuan, dikenali sebagai mesyuarat agung luar biasa atau mesyuarat khas.
Mesyuarat ini perlu di adakan apabila:

1. Pengerusi menganggapnya perlu
2. Permintaan lebih dari 8 orang jawatankuasa kerja secara bertulis
3. Permintaan bertulis 1/3 atau 60 orang ahli atau mana yang kurang

agenda mesyuarat tergempar adalah:

a) Penerangan ketua atau setiausaha akan latar belakang isu.
b) Membincangkan isu dan membuat keputusan.

Mesyuarat jawatan kuasa kerja dan jawatankuasa kecil: merupakan mesyuarat biasa
bagimenggerakkan persatuan, dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa kerja yang
dilantik dalam mesyuarat agong. Agenda mesyuarat ditentukan oleh pengerusi
setelah berbincang dengan setiausaha dan beberapa ahli jawatan kuasa, agendanya
berkain dengan aktiviti, perkembangan, pentadbiran dan pengurusan persatuan.
Mesyuarat boleh dilakukan beberapa kali setahun atau ditentukan bilangannya.
Notis dikeluarkan oleh setiausaha dalam tempoh yang ditetapkan oleh persatuan
korum mesyuarat juga bergantung kepada ketetapan persatuan.

Agenda mesyuarat jawatankuasa kerja :

1) Ucapan pengerusi
2) Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
3) Perkara perkara berbangkit
4) Agenda agenda yang ingin dibincangkan
5) Hal-hal lain

Peranan pengerusi dan setiausaha mengendalikan mesyuarat:

1. Pengerusi: orang terpenting dalam mesyuarat, seharusnya mempunyai sifat
kepimpinan seperti adil, tidak terlalu emosional, berpakaian kemas, tenang,
dipercayai dan cukup pengetahuan mengenai agenda mesyuarat.

2. Setiausaha: jawatan yang sama penting seperti dengan jawatan pengerusi,
setiausaha harus boleh bekerjasama dengan pengerusi untuk mentadbir dan
menguruskan persatuan setiausaha yang cekap dapat mengaktifkan persatuan
dengan berkesan. Sifat yang sesuai bagi setiausaha ialah dedikasi, cekap,
berdisiplin, kemas, teratur, mengetahui fakta yang relevan.

Siti Noor Othman
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

40

2.9 Kaedah Menulis Minit Mesyuarat

Minit mesyuarat adalah perkara yang sudah diputuskan dalam sesuatu mesyuarat.
Minit perlu ditulis dengan lengkap sebagai rujukan untuk tindakan selanjutnya.
Setiusaha perlu menguasai kaedah dan prosedur menulis minit masyuarat. Perkara
yang perlu ada dalam minit mesyuarat ialah :

1. Bilangan minit masyuarat
2. Senarai kehadiran. Yang hadir, yang tidak hadir dan turut hadir(turut hadir

ialah merekayang bukan ahli dan tiada hak untuk mengundi membuat
keputusan)
3. Tarikh
4. Tempat
5. Minit dicatat sebagai ringkas dan mengikut agenda
6. Tanda tangan pencatat atau setiausaha dan pengesahan pengerusi

2.10 Penulisan Surat Rasmi

Surat rasmi penting bagi menggerakkan persatuan. Contoh surat rasmi ialah surat
panggilan mesyuarat, memohon lawatan dan memanggil penceramah. Setiap surat
mempunyai format tersendiri dan setiap surat rasmi mengandungi perkara-perkara
asas berikut:

1. Logo, nama dan alamat persatuan
2. Nama jawatan kuasa tertinggi persatuan
3. No.fail
4. Tarikh
5. Alamat penerima
6. Pembuka surat
7. Perkara (tujuan surat ditulis )
8. Kandungan surat (ringkas tetapi padat)
9. Ucapan penghargaan dan terima kasih
10. Moto
11. Tandatangan
12. Nama dan jawatan

2.11 Pengurusan Harta Persatuan

Secara umumnya harta persatuan dalam bentuk kewangan dan barangan bagi
memastikan harta ini terus di miliki oleh persatuan ia perlu diurus dengan rapi, teratur,
dan sistematik.

Siti Noor Othman
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

41

2.12 Mengurus Kewangan

Mengurus kewangan bermaksud menyediakan penyata kewangan dengan rapi, teratur,
dan sistematik. Tugas ini dipertanggungjawabkan kepada bendahari. Penyata
kewangan dibentuk dalam setiap mesyuarat jawatankuasa kerja. Antara kandungan
dalam penyata kewangan ialah:

1. Kenyataan yuran ahli
2. Kenyataan wang keluar masuk
3. Resit-resit perbelanjaan
4. Kenyataan simpanan di bank atau lain-lain tempat
5. Buku resit terima wang

2.13 Pengurusan Stok

Mengurus stok persatuan bermaksud menyediakan buku stok barangan dengan rapi,
teratur dan sistematik. Tugas ini juga dipertanggungjawabkan kepada bendahari dan
dibentang bersama-sama penyata kewangan jawatankuasa kerja. Antara yang perlu
ada dalam buku stok ialah:

1. Buku stok (daftar nama kepunyaan persatuan)\
2. Alat tulis dan lain-lain
3. Alat permainan dan gerak kerja
4. Buku rujukan dan majalah

2.14 Penyata Wang Masuk Dan Wang Keluar

1. Simpan rekod-rekod wang masuk dan wang keluar samada melalui cek atau
tunai

2. Perlembagaan menetapkan jumlah wang tunai yang boleh disimpan oleh
bendahari pada suatu masa

3. Wang yang diterima direkod dengan lengkap.Gunakan buku resit sebagai asas
merekod wang yang diterima. Buku resit mempunyai nombor siri. Bahagian
atas diberi kepada pembayar dan bahagian karbon sebagai rekod.

Baucer pembayaran adalah rekod aliran keluar wang tunai atau cek. Dalam baucer
mengandungi antaranya nama dan alamat penerima, tarikh tujuan pembayaran, jumlah
pembayaran, tandatangan penerima kelulusan pihak persatuan. Setiap baucer
mengandungi dua salinan, salinan asal untuk bendahari dan salinan karbon.

Siti Noor Othman
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Azlan Shah

i

RUJUKAN

Meor Hasmadi, Dona Lowii, Nadzei Shariff, Raziq Samat, Hanif Omar. (2014). Asas-Asas
Teknik Fotografi dengan Kamera DSLR. Melaka : UiTM Melaka.

Redzuan Ahmad. (2011). Panduan dan Rujukan Fotografi : Komposisi & Cahaya. Kuala
Lumpur :Redzuan Fotomedia Sdn Bhd.

Ahmad Jazlan. (2014). Fotografi Terhebat dengan Kamera Digital. Perak:Synergy Media.

Julie Adair King. (2012). Digital Photography for Dummies 7th Edition. New York : John
Wiley & Sons Inc.

Saiful Nang Academy (2020). Kursus Asas Fotografi Digital & Smartphone Photography
secara dalam talian (online courses).

domain taxonomy - Bing images

NNOOTTAADDAANNLLAATTIIHHAANN

PENGARANG

NOR MAZANA ISMAIL
SITI NOOR OTHMAN

JABATAN MATEMATIK, SAINS & KOMPUTER
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH


Click to View FlipBook Version