The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1.Peranan ICT terhadap perkembangan dakwah dalam era globalisasi.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurfarhana8969, 2022-06-15 10:02:55

SAINS TEKNOLOGI DAN ICT

1.Peranan ICT terhadap perkembangan dakwah dalam era globalisasi.

E-MAJALAH
MPU23032
PENGAJIAN ISLAM

TAJUK :
SAINS TEKNOLOGI DAN ICT

PENSYARAH:
MOHD FARID HAFIDZ BIN AHMAD

AHLI KUMPULAN :
AMY AMIRAH BINTI AYOB
[03DDT21F1036]
NURAMANINA AMNI BINTI ZAINAL ARIFFIN
[03DDT21F1074]
NUR FARHANA BINTI JAMIL
[03DDT21F1036]
NUR FARAH SYAZWANI BINTI MAT FAUZI
[03DDT21F1027]
HUSNA FARIHAH BINTI HOSNI
[03DDT21F1071]

Assalamualaikum w.b.t syukur kehadrat ilahi
kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga
kami menyiapkan e-folio yang telah
diusahakan selama ini. E-folio ini bertajuk
Peranan ICT terhadap perkembangan
dakwah dalam era globalisasi. E-folio ini
amat penting kepada kami kerana ia adalah
sebahagian daripada kerja tugasan kami.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada
pensyarah Pengajian Islam iaitu Tuan Mohd
Farid Hafidz Bin Ahmad kerana telah
memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan e-folio
ini. Seterusnya terima kasih kepada rakan
seperjuangan kami yang sama-sama
bertungkus-lumus dalam menyiapkan
tugasan masing-masing. Akhir kata, terima
kasih kepada pihak yang telah membantu
secara langsung dan tidak langsung
sepanjang kami menyiapkan e-folio ini.

ISI

KANDUNGAN

PENGENALAN

MAKSUD DAKWAH

KEPENTINGAN DAKWAH

PERKARA YANG PERLU ADA DALAM
BERDAKWAH

MAKSUD ICT

KESAN PENGGUNAAN ICT DALAM
DAKWAH

PERANAN ICT TERHADAP
PERKEMBANGAN DAKWAH DALAM
ERA GLOBALISASI

NILAI YANG TERDAPAT DALAM
PENYEBARAN DAKWAH MELALUI ICT

KESIMPULAN

RUJUKAN

Dakwah merupakan satu amanah Ilahi yang
bersifat mulia atau sakral. Pekerjaannya
diwariskan oleh Allah kepada para anbiaya'
dan awlia' dari satu generasi ke generasi.
Dakwah dan hikmah merupakan dua kalimat
sinonim yang sarat dinukilkan di dalam al-
Quran yang dikaitkan dengan kualiti ulu al-bab
para pendakwah. Sebagai contohnya gerak
kerja para Nabi dan Rasul sebagai da'i di
dalam menyampaikan syariat Allah kepada
ummatnya. Mereka dibekalkan dengan ilmu
dakwah yang mantap dan cekap yang
mencernakan kualiti unggul ulu al-bab. Dalam
konteks pemikiran semasa (fikrah almu'asirah)
yang bertanggungjawab melakukan dakwah
adalah tugas ummat Islam yang tiada sebarang
pengecualian. Semua sumber daya usaha
ummat mesti digembeling ke arah
memperkasakan iltizam dan meningkatkan
tindakan kerja-kerja dakwah. Justeru
penggunnaan ICT sesuatu yang releven dan
penting digunakan bagi mempertingkatkan
keberkesanan penyebaran dakwah kepada
khalayak yang lebih ramai. Inilah satu daripada
kaedah dakwah dalam menghadapi cabaran
dan gugatan kerakusan serangan globalisasi
kini.

Dakwah dari segi bahasa ialah ambilan
daripada perkataan arab dan dan
merupakan masdar (kata benda) dari
kata kerja da'a yad'u yang bererti
panggilan, seruan atau ajakan.
Dakwah dari segi istilah ialah rangkaian
perkataan "dakwah islamiyyah" sebagai
satu istilah khusus yang penting dalam
penyebaran, pengembangan dan
pemahaman Islam sebagai Al-Din yang
diamalkan dan diterima pakai.
Dakwah dari segi istilah syara'
membawa pengertian yang lebih khusus
iaitu seruan atau panggilan ke jalan Allah
s.w.t.

Mewujudkan kesejahteraan dan
kebahagiaan hidup di dunia dan
akhirat.

Menarik lebih ramai orang sama
ada orang Islam atau bukan orang
Islam.

Memperbaiki akhlak manusia yang
rosak terutamanya akhlak
manusia di akhir zaman.

Maudhu‘ Al-Da’wah iaitu
topik utama dakwah.

Al-Qaim Bi Al-Da’wah (Al-
Da’ie) iaitu para
pendakwah

Orang yang penerima
dakwah

Uslub Al-Da’wah iaitu
pendekatan dalam berdakwah

Uslub al-da’wah mestilah diasaskan di atas manhaj Rabanni. Itulah asas
yang tidak dapat dikembalikan kepada-Nya. Panduan utama kita adalah
al-Quran sebagai sumber paling berautoriti diikuti sabda Rasullulah SAW
dan ijmak ulama dan qias. Panduan utama yang perlu dirujuk oleh setiap
Muslim. Di dalamnya, Allah SWT menggariskan uslub dakwah dengan
jelas dan terang:
“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah
dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara yang lebih baik,
Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui 8 akan orang-
orang yang mendapat hidayah petunjuk” [Surah al-Nahl: 125]

Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai
teknologi yang digunakan oleh individu
mengumpul data dan menganalisis data
menjadi maklumat berguna dan
bermakna serta menghasilkan
maklumat dalam pelbagai bentuk.
Teknologi maklumat digunakan untuk
berkomunikasi iaitu ia menjelaskan
bagaimana teknologi maklumat
digunakan untuk berkomunikasi bagi
mendapatkan maklumat daripada
sumber kepada penerima.
Data dan maklumat sentiasa diperlukan
untuk tujuan tertentu seperti
peningkatan ilmu/pengetahuan,
pengalaman, kemahiran dan
kemampuan.

1

Kehadiran teknologi multimedia menjadikan
tugas berdakwah menjadi mudah, cepat dan
berkesan.

2

Pembangunan dakwah menerusi multimedia
dapat mengeratkan hubungan antara
masyarakat Islam Malaysia sama ada yang
berada di dalam negara atau di luar negara.

3

Dapat meningkatkan kualiti dakwah yang
disampaikan dan meningkatkan kefahaman
manusia dalam soal agama.

4

Dengan adanya perkhidmatan internet,
pelbagai maklumat boleh diperolehi melalui
teks tidak kira dalam bentuk gambar ataupun
video.

1

Menyebabkan dakwah yang hendak
disampaikan tidak tepat dan mungkin akan
dieksploitasi oleh fahaman-fahaman yang
menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.

2

Terdapat pencerobohan dan penggodam laman web,
jenayah kerana mereka melepaskan komputer virus di
internet, penipuan kredit kad secara online,
penyebaran maklumat dan bahan yang salah melalui
emel, penghasutan dan penyebaran fitnah

3

Penyebaran fitnah dan gosip oleh satu pihak
bagi tujuan memburukkan, memalukan atau
menjatuhkan pihak lain.

Dunia dakwah dapat melakukan tugas
berdakwah dengan mudah, cepat dan
berkesan. Keupayaan menghantar,
menerima dan memproses maklumat dapat
diperluaskan. Urusan dakwah menjadi lebih
efektif dan efisen ia juga meningkatkan
kualiti dakwah yang disampaikan.

Pihak kerajaan telah menggunakan ICT dan
media elektronik seperti radio dan televisyen
sebagai media dakwah sehinggkan begitu
popular kerana program-program yang
disiarkan telah mendapat sambutan dan
penerimaan yang hangat daripada orang
yang menontonnya.

ICT mempunyai laman web, ia dapat
membantu dalam menyebarkan dakwah
sebagai contoh, menyebarkan hadis-hadis
nabi melalui laman web.

NILAI MURNI

1 Di mana internet menjadi senjata utama manusia, maka amat perlu
dipastikan mereka yang terlibat di dalamnya sentiasa banyak
dengan nilai murni. Apatah lagi apabila menjadikan ICT sebagai
medan dakwah. Sebagai contoh, seorang pengguna internet wajar
tahu setakat mana hak penggunaannya.

NILAI MORAL

2
Mempertahankan kebaikan dan menolak keburukan. Walaupun
dakwah melalui internet tidak menzahirkan fizikal
pendakwah,namun kaedah penyampaian dakwah yang
digunakan akan mencerminkan moral pendakwah itu sendiri.

NILAI ETIKA

3
Sebagai contoh, telah menyediakan asas etika dan akhlak yang
luhur untuk diamalkan oleh semua peringkat manusia di zaman
IT. Asas sifat seperti Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah
wajar dipraktikkan dalam seluruh generasi.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
dalam dakwah adalah sangat penting dan perlu
dimanfaatkan semaksimum mungkin. Program
memberi dan meningkatkan kemahiran penggunaan
teknologi moden dalam kalangan pendakwah dan
ulama mestilah diadakan dan dipertingkatkan,
manakala program pengukuhan ilmu teras Islam pula
diberikan kepada pakar Muslim dalam bidang teknologi
agar kelancaran dan keberkesanan dakwah dapat
dicapai.
Akhir kata, suatu mekanisma penyelarasan yang
berwibawa dan berkesan mestilah dibentuk bagi
memastikan kegiatan dakwah menerusi teknologi
terkini dapat dilaksanakan dengan teratur dan rapi
serta menepati pada golongan sasaran. Suatu
gabungan dan jalinan yang kuat antara pakar-pakar
Muslim dalam pelbagai bidang dan antara institusi
atau organisasi Islam yang berwibawa hendaklah
diusahakan.

- http://www.slideshare.net/firdhaussakaff/bab-2-
fenomena-dakwah-di-malaysia
-http://www.ukm.my/rsde/wp-
content/uploads/2014/11/23-PERANAN-TEKNO-DAIE-
DALAM-BERDAKWA-DI-ERA-TEKNOLOG-MAKLUMA-DAN-
KOMUNIKASI-ICT.pdf
-https://youtu.be/TElyCgu2fGc
-http://blogapakahitu.blogspot.com/2012/11/apakah-
itu-laman-web.html


Click to View FlipBook Version