RENTAP PAHLAWAN
SARAWAK
NUR ALYA ADRIANA BINTI MOHD. JASMINIZAM
6 MNAUWAR
PN.SITI HANIPAH BINTI SUMANDI
BIODATA DIRI 1
PENDAHULUAN 2 3
MATLAMAT/OBJEKTIF
KAEDAH PENCARIAN BAHAN 4
BIODATA RENTAP 5
CIRI-CIRI TOKOH TERBILANG 6
SUMBANGAN DAN KEJAYAAN 7
RENTAP
GAMBAR RENTAP DAN PERISTIWA 8
YANG BERLAKU
PENGHARGAAN 9
PENUTUP 10
1
NAMA : NUR ALYA ADRIANA BINTI MOHD
JASMINIZAM
UMUR : 12 TAHUN
SEKOLAH : SK TAMAN SERI MAWAR
KELAS : 6 MAWAR
HOBI : MENONTON TELEVISYEN DAN
MENDENGAR MUZIK
CITA-CITA : PEGUAM / PENSYARAH
WARNA KEGEMARAN : BIRU,HITAM DAN
UNGU
2
Tokoh terbilang ialah seseorang
atau individu yang memberikan
sumbangan dan berkorban
demi kesejahteraan negara
tercinta.
Kita perlulah mencontohi sikap
mereka yang dikagumi oleh
seluruh bangsa.
Buku skrap yang dihasilkan ini
akan menerangkan dan
menceritakan tentang Tokoh
Terbilang iaitu “Rentap”
SELAMAT MEMBACA
3
Mengetahui tentang sejarah
negara kita mencapai
kemerdekaan dengan adanya
pejuang-pejuang tanah air yang
mempertahankan negara sehingga
kita hidup dalam keadaan aman
dan makmur.
4
Kaedah pencarian bahan yang
digunakan ialah melalui
buku,penceritaan daripada ibu
bapa dan juga pembacaan di
Internet.
5
BIODATA RENTAP
Namanya ialah Libau Anak
Ningkan @ Libau Retap.
Beliau adalah pahlawan Iban
Dayak dan salah satu hero Iban
yang dikenali di Sarawak.
Nama pujiannya “Rentap Tanah,
“Runtuh Menua”,diterjemahkan
dari Bahasa Iban sebagai “Bumi
gegar,“Penggoncang-dunia”
Slogan beliau yang paling
terkenal dan sentiasa digunakan
adalah adalah "Agi idup, Agi
ngelaban"
yang bermaksud "Masih hidup,
masih melawan".
6
CIRI-CIRI TOKOH TERBILANG
YANG BOLEH DICONTOHI
Berani mempertahankan tanah air
daripada penjajahan pasukan Rajah
James Brooke dan Kapten KEPPEL
daripada Tentera Laut DiRaja Inggeris.
Dapat membina kubu yang kukuh
dengan ciri-ciri keselamatan yang sukar
untuk ditembusi oleh pihak lawan
walaupun tiada peralatan yang canggih.
Mempunyai semangat juang yang amat
tinggi walaupun tidak mempunyai
senjata canggih seperti pihak lawan dan
jasanya disanjung sehingga ke hari ini.
7
SUMBANGAN DAN KEJAYAAN
RENTAP
MENENTANG PENJAJAH
BROOKE
Rentap menyerang Rajah di kubu
British dekat Sungai Skrang pada
19 Ogos 1844.Hal ini kerana
marah dengan Brooke yang
merampas tanah orang Iban dan
memaksa orang Sarawak
membayar pelbagai cukai.Buat
pertama kalinya, Rentap berjaya
dan kemenangan ini buat lebih
ramai orang Iban
menyanjunginya.
8
Pada 24 Julai 1849, Brooke kembali
bersama askarnya dan menyerang
kampung Rentap. Rajah Sarawak
bersama kapal tentera laut, H.M.S
Royalist, H.M.S Ranee dan 8 lagi kapal
kecil masuk kawasan Skrang dan
Saribas.
Kemudian pada 31 Julai 1849,
perang terbesar kat Sarawak tercetus
dan membunuh lebih kurang 500
orang Rentap. Namun kejayaan tetap
berpihak kepada Rentap kerana
beliau berjaya melindungi orang
penting dalam kampungnya.
9
Kerajaan Brooke telah membuat tiga
percubaan untuk menangkap Rentap di
Bukit Sadok. Cubaan pertama adalah
dalam Jun 1857.
Semasa serangan ini, seorang anggota
pasukan Brooke yang bernama Abang
Aing telah ditembak dan terpaksa
dibawa turun ke bawah bukit.
Melihat kejadian ini, pasukan Rentap
telah menjerit kegembiraan dan
memukul gong mereka.
10
Dalam tahun 1858, pasukan Brooke
buat kedua kalinya menyerang kubu
Rentap di atas Bukit Sadok tetapi
tembakan meriam mereka tidak
dapat menembusi pagar kubu
Rentap.
Jadi, pasukan Rentap telah
melaungkan dengan megahnya
kepada pasukan Brooke untuk
membawa meriam yang lebih besar
lagi pada masa akan datang.
11
Namun pada tahun 1861,walaupun
Brooke berjaya menawan kubu di atas
Bukit Sadok tetapi tidak berjaya
menangkap Rentap.Rentap berjaya
berundur ke Bukit Lajak Entimau .
Rentap merupakan pejuang sejati
kerana beliau tidak pernah tunduk
kepada pemerintahan Brooke sehingga
ke akhir hayatnya.
Sehingga ke hari ini makam pahlawan
Rentap telah dibaik pulih oleh kerajaan
negeri Sarawak bagi mengenang
jasanya. Beliau meninggal dunia pada
tahun 1863.
12
GAMBAR RENTAP DAN PERISTIWA
YANG BERLAKU
13
14
PENGHARGAAN
Terima kasih diucapkan kepada guru
yang mengajar mata pelajaran
sejarah .Saya dapat
mengetahui tentang peristiwa-peristiwa
penting dan juga jasa-jasa pejuang tanah
air yang menjadikan negara kita
merdeka.
Saya juga ingin menzahirkan ucapan
terima kasih ini juga buat ibu dan bapa
yang tersayang kerana telah menolong
menyiapkan buku
skrap tentang “Tokoh Terbilang” .
Tanpa bantuan mereka saya tidak dapat
menyiapkan
buku ini.
15
PENUTUP
“Tokoh Terbilang” yang bernama
Rentap ini banyak jasanya dalam
kemerdekaan tanah air.
Beliau banyak berjasa menentang
penjajah dan sangat berani melawan
musuh.
Kita patut contohi sikap beliau yang
tidak pernah berputus asa walaupun
diserang banyak kali oleh pasukan
Brooke.
Beliau sangat cerdas kerana mampu
membina kubu pertahanan yang sangat
kukuh walaupun tiada peralatan yang
canggih.
16
SEKIAN ,TERIMA KASIH
Jalur Gemilang berkibar megah,
Simbol perpaduan seluruh negara;
Malaysia bebas dari dijajah,
Semoga negara aman sentiasa.
Pergi ke kedai membeli asam,
Asam dibeli bersama gula;
Semangat patriotik harus ditanam,
Supaya diri cintakan negara.
17