TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
Assalammualaikum,
Bagi memenuhi syarat syarat penyertaan pertandingan buku skrap digital mengenai tokoh tokoh kemerdekaan
di Malaysia , saya telah memilih untuk membuat huraian mengenai Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-
Haj. Beliau adalah seorang tokoh kemerdekaan di Malaysia yang terunggul dalam lipatan sejarah politik tanah air. Beliau
telah mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran untuk membentuk dan menubuhkan sebuah negara yang merdeka.
Disini saya akan menerangkan tentang:-
a) Butiran keperibadian beliau.
b) Rasionalisasi pemilihan beliau
c) Kelebihan beliau
d) Bukti kredibiliti beliau serta
e) Jasa dan sumbangan beliau
Diharap ia dapat memberi pemahaman, pengetahuan dan mengenali tentang Tunku dengan lebih mendalam lagi.
Maklum, semua orang mesti mengenali bapa kemerdekaan ini. Ini kerana, setiap tahun kita dapat melaungkan sorakan
“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” hasil usaha dan penat jerih negarawan ulung ini yang berjaya merealisasikan
pembebasan negara daripada cengkaman penjajah dan juga dalam pembentukan Malaysia sehingga ke hari ini dan
selamanya.
BUTIRAN PERIBADI DIRI
Nama: Aiman Hakimi bin Hamidon
Tarikh Lahir: 9 Februari 2010
Tempat Lahir: HPSF Muar
No. Sijil Kelahiran: CH 67599
No. Kad Pengenalan: 100209-01-0567
Umur: 11 tahun
Jantina: Lelaki
Bil. Adik-beradik: Bongsu daripada 4 orang
Hobi: Bermain bola sepak
Cita-cita: Pakar Bedah
Alamat: No2, Jalan Cenderawasih 6, Kg Kenangan Tun Dr. Ismail 5 (U),
Sungai Abong, 84000 Muar, Johor.
No Telefon: 0142289892
Email: [email protected]
Nama sekolah: SK Sungai Abong, Muar
Darjah: 5 Ibnu Sina
BUTIRAN PERIBADI TUNKU
Nama Penuh: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Nama Timangan: Awang
Tarikh Lahir: 8 Februari 1903
Tempat Lahir: Istana Tiga Tingkat @ Istana Pelamin, Alor Setar, Kedah.
Nama Ayahanda: Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Sultan Kedah Ke-24)
Nama Bonda: Cek Menjalara (anak Luang Naraborirak – pegawai daerah Thailand)
Bilangan adik beradik: Anak ke-20
Perkahwinan:
1933 - Mariam Chong (2 anak)
1935 – Violet Coulson (bercerai)
1939 – Syarifah Rodziah Syed Alwi Barakbah (3 anak angkat)
1963 – Wanita Cina (2 anak)
Pendidikan:
1909 – Sek. Ren. Melayu, Jalan Baharu, Aloe Setar
- Sek. Kerajaan Bahasa Inggeris (Kini Kolej Sultan Abdul Hamid)
1913 – Sek. Thebsirintrawat, Bangkok Thailand
1916 – Penang Free School, Pulau Pinang
1919 – Kolej St. Catharine, Universiti Cambridge
1925 – Ijazah Sarjana Muda Sastera
1930 – Inner Temple , England (Jurusan Undang Undang)
1949 – Ditauliahkan sebagai Peguam
Tarikh Meninggal Dunia : 6 Disember 1990 (87 Tahun di HKL kerana sakit tenat)
Tempat Persemadian: Makam Diraja Langgar, Aloe Setar, Kedah.
RASIONALISASI PEMILIHAN TUNKU
1. Nama Tunku Abdul Rahman cukup gah untuk dikenang sebagai pejuang kemerdekaan negara yang berwawasan
atau lebih dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia.
2. Beliau berusaha memperjuangkan kemerdekaan negara malah turut memastikan rakyat berbilang kaum dan
agama hidup dalam kerukunan perpaduan, selain merapatkan jurang ekonomi antara kaum.
3. Tunku sentiasa menekankan dan mendukung aspirasi perpaduan dalam kepelbagaian bangsa dan agama untuk
negara Malaysia. Malah tidak pernah menghalang penganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka.
4. Tunku juga merupakan pejuang kemanusiaan yang tulen dan seorang pejuang Islam yang sangat Berjaya.
5. Selain daripada itu, Tunku adalah seorang ikon politik yang berjaya. Tunku pernah menjadi yang DiPertua /
Presiden UMNO dari tahun 1951 sehingga September 1970.
KELEBIHAN TUNKU
1. Tunku adalah putera ke-7 , anak ke-20 Sultan Abdul Hamid Halim Shah iaitu Sultan Kedah ke-24.
2. Semasa kecil, beliau bebas bermain diluar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung.
3. Tunku memulakan pendidikan di sebuah Sekolah Rendah Melayu di Jalan Baharu. Biasa berbahasa Siam dirumah, beliau
belajar Bahasa Melayu di sekolah. Seorang guru pula datang ke rumah untuk mengajar Bahasa Inggeris. Ini menyebabkan
Tunku mahir bertutur dalam banyak Bahasa.
4. Beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang.
5. Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St. Catharine, Universiti Cambridge.
Beliau merupakan penuntut pertama menerima pendidikan di United Kingdom di bawah Kerajaan Negeri Kedah.
6. Tunku mengambil jurusan undang undang, tetapi bertukar kepada jurusan sastera. Beliau memperolehi ijazahnya pada
tahun 1925.
7. Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Beliau suka bersiar-siar dengan motorsikal Riley Sport dan kereta mewah
semasa berada di Universiti Cambridge.
8. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949.
9. Tunku seorang yang bersemangat kesukanan. Beliau memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar
“Pesta Bola Merdeka” pada tahun 1957.
BUKTI KREDIBILITI TUNKU
Sepanjang kehidupan Tunku, kepimpinan dan sifat murni beliau telah berjaya memberikan impak dan teladan dalam
kehidupan setiap rakyat Malaysia.Antara bukti kredibiliti beliau ialah:
1)Berbuat baik dengan semua orang
- walaupun dilahirkan dalam keluarga diraja, Tunku merupakan seorang yang berjiwa rakyat. Tunku mudah berkawan
dengan ramai orang. Tidak sukakan diskriminasi dan sentiasa memperjuangkan persamaan hak sesama manusia. Pernah
bertugas sebagai Pegawai Daerah di Alor Setar, membuatkan Tunku dapat mendengar sendiri masalah rakyat dan
membantu mereka memperbaiki kehidupan. Sikap baik hati dan mudah disenangi membuatkan tunku sangat popular
sehingga dilabel sebagai “Man of Peace”
2)Bantu semua orang ketika dalam kesusahan
-Semasa Jepun menceroboh Tanah Melayu, Tunku sendiri menghulurkan tangan membantu ramai tahanan yang
terlepas daripada membina “Landasan Keretapi Maut” dengan menyediakan tempat perlindungan dan makanan
3)Kemahiran dalam berbicara
-Rundingan Tunku dengan setiausaha Kolonial, Alan Lennox – Boy. Seterusnya menanda tangani perjanjian yang
menjanjikan pembebasan Tanah Melayu daripada British berjaya tanpa sebarang titisan darah.
4)Menjadi tonggak perpaduan dan keharmonian
-Tunku Berjaya mengenengahkan idea untuk menyatukan Malaysia, Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menjadi
Malaysia. Tetapi akibat daripada penentangan artikel Perlembagaan Malaysia, Singapura terpisah dari Malaysia. Namun ini
akhirnya, membawa keamanan dan kebaikkan kepada kedua-dua buah negara.
5)Kepentingan pendidikan
-Tunku Berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang perundangan di London. Menurutnya pendidikan mampu
mengubah nasib seseorang dan menjadi penentu perkembangan sesebuah negara.
JASA DAN SUMBANGAN TUNKU
1. Bidang politik
-Menamatkan ancaman komunis di Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 – 16 Ogos 1945
-Mengetuai rombongan ke London untuk berbincang dengan Kerajaan British mengenai kemerdekaan Tanah Melayu
-Bertanggungjawab dalam mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada pihak penjajah pada tahun 1957
-Usaha beliau dalam membentuk Gagasan Malaysia
-Ketua menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955
-Berperanan dalam membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963
-Yang Dipertua Agong UMNO
2. Bidang ekonomi
-Melaksanakan Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) dan Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
-Menubuhkan Rural & Industrial Development Authority (RIDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
-Menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 dan dikenali sebagai ASEAN
3. Bidang Agama
-Menjadikan Islam sebagai agama rasmi Malaysia pada tahun 1960.
-Pengasas Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM)
-Malaysia menjadi tuan rumah Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat Antarabangsa yang pertama pada tahun 1961.
-Menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan menjadi Setiausaha Agong Yang Pertama pada tahun 1969.
-Menubuhkan Bank Pembangunan Islam
-Presiden Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (1982-1988)
4. Bidang kesukanan
-Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (akhir 1930an)
-1949 Presiden Bola Sepak Selangor
-Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia selama 20tahun.
-Pengasas Pesta Bola Merdeka pada tahun 1957.
-Dipilih sebagai Presiden pertama untuk Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sehingga 1976
PENUTUP
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah seorang negarawan terulung yang tiada tolok bandingannya.
Tunku banyak mencurahkan jasa dan bakti kepada negara Malaysia. Sebagai generasi muda, kita seharusnya
sentiasa mengenang jasa dan sumbangan beliau. Tanpa perjuangan beliau, mungkin hari ini kita masih lagi dalam
belenggu penjajah dan Malaysia mungkin tiada dalam peta dunia.
Kita sewajarnya mengambil iktibar dan mengabadikan jasa dan sumbangan Tunku agar dapat dihayati
oleh generasi akan dating. Beliau harus diberi penghargaan yang tinggi atas jasa dan pengorbanan beliau sebagai
seorang negarawan, seorang pembela bangsa Melayu dan seorang yang bertimbang rasa terhadap rakyatnya
khususnya orang orang bukan melayu.
Nama Tunku Abdul Rahman harus ditulis dengan tinta emas dalam lipatan sejarah kemerdekaan negara
ini. Sehingga kini dan untuk selamanya rakyat negara ini akan terus mengganggap beliau sebagai seorang
pemimpin yang berwibawa dan berjiwa rakyat.