The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dnazhdi, 2021-09-07 00:36:31

BUKU LOG KADET REMAJA SEKOLAH

MPU3052: UNIT BERUNIFORM

• Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling):
➢ mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal.

Pembebatan (Dressing)
Penyucian luka, penutupan luka dan pengawalan pendarahan diikuti balutan luka dengan
kain kasa atau steril pada kulit yang cedera.
Tujuan:

• Mengurangkan kesakitan.
• Menggalakkan penyembuhan luka.
• Memperbaiki kosmetik kulit.
• Mengawal penyebaran mikroorganisme.
• Mengawal kontaminasi luka.
• Memberi tekanan pada tempat tercedera.
• Mengawal pendarahan.
• Mengawal kecederaan lanjut.
Jenis Pembebatan:
• Pembebatan medan – bagi kegunaaan pasukan keselamatan;
• Pembebatan luka – mengikut ukuran-ukuran luka; dan
• Pembebatan hospital – jenis kain kasa berukuran 10 X 10 mm.

Pembalut atau balutan:
Pembalut (bandage) ialah kain kasa bergulung yang berfungsi sebagai pembalut dan
pengikat di bahagian anggota yang cedera. Pembalut juga berfungsi sebagai pembantu
pembebatan. Setelah luka dicuci atau dibersihkan, luka tersebut akan ditutup dengan
pembalut untuk mengelak pendarahan dan jangkitan kuman.

51

Jenis pembalut atau balutan:

• Pembalut kain tiga segi – untuk menganduh, membalut, mengampu, mengipas dan
pengikat gelung cincin.

• Pembalut bergulung – untuk melakukan balutan lapan, balutan circular atau spiraI
dan balutan padi.

Tujuan dan Fungsi Pembalut:

• Melindungi luka daripada dijangkiti kuman.
• Melindungi luka daripada terus merebak, kecederaan lain atau lambat sembuh.
• Memberikan keselesaan dan menutup luka serta menahan pendarahan.
• Mengurangkan kesakitan.
• Mencegah dan menghisap kotaran seperti darah, nanah dan serum.

Peraturan Am Membebat dan Membalut Luka:

• Bersihkan tangan terlebih dahulu.
• Digalakkan memakai sarung tangan.
• Tentukan saiz bebat atau pembalut yang sesuai bagi membebat dan membalut luka.

Saiz kain perlulah lebih besar daripada kawasan luka.
• Bersihkan luka dan kawasan sekeliling luka sebelum melakukan pembebatan dan

pembalutan.
• Menetap dan mengemaskan bebat dan balutan di bahagian luka.

Merawat luka:

Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang mengakibatkan berlakunya
pendarahan atau pengaliran darah, sama ada di bahagian luar atau dalam badan disebabkan
oleh benda atau alat yang tajam atau tumpul.

Pendarahan ada tiga jenis, iaitu:

• Pendarahan luaran (external):
➢ luka terhiris – disebabkan benda yang tajam seperti pisau
➢ luka terkoyak – disebabkan cakaran binatang atau dawai
➢ luka berdarah – kena pukulan tepat benda yang tumpul
➢ luka tembus – luka yang disebabkan oleh tikaman pisau, jarum dan tembakan.

52

• pendarahan dalaman (internal):
➢ perut – muntah berdarah
➢ rahim – tumpah darah
➢ tali usus – darah pada dubur
➢ buah pinggang – kencing berdarah
➢ paru-paru/saluran pernafasan – batuk berdarah
➢ tengkorak – darah mengalir melalui telinga atau hidung

• pendarahan dalaman tanpa kesan:
➢ limpa dan hati pecah
➢ pendarahan dalam otak.

Luka terbahagi kepada dua kategori

• Luka terbuka: Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang mengakibatkan
pendarahan atau tumpahan darah yang banyak, renjetan dan jangkitan kuman.

• Luka tertutup: Kebiasaannya kulit tidak pecah tetapi pendarahan atau tumpahan
darah berlaku dalam tisu yang mengakibatkan bahagian yang cedera menjadi lebam.

Cara terbaik merawat luka

• Bersihkan tangan dengan sabun.
• Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
• Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman.
• Keringkan luka secara perlahan-lahan menggunakan tisu atau tuala yang sudah

disteril.
• Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan menggunakan tekanan yang teguh

ke atas kedua-dua bahagian atau atau persekitaran objek.
• Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan

kuman.
• Buat balutan sekeling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan objek.
• Bawa mangsa/pesakit ke hospital.

53

Merawat gigitan:
Gigitan binatang biasanya meninggalkan luka yang dalam dan memindahkan kuman ke tisu
badan manusia kerana kuman terdapat pada mulut kebanyakan binatang. Semua gigitan
memerlukan rawatan perubatan dengan segera.
Tanda-tanda gigitan:

• Luka yang dalam di daging.
• Luka mungkin berdarah banyak atau sedikit.

Kaedah rawatan:
• Cuci air liur binatang dengan air sehingga bersih.
• Cuci dengan larutan cecair antiseptik/sapukan krim antiseptic.
• Balut dengan pembalut steril.
• Dapatkan bantuan perubatan, dail 991 atau pergi ke klinik atau hospital berdekatan.

Jika digigit anjing:
• Galakkan pendarahan di sekeliling tempat gigitan.
• Cuci luka secara menyeluruh dengan air dan sapukan dengan larutan cecair
antiseptik.
• Letakkan pembalut di atas luka dan balutkannya.
• Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Melecur:
Kecederaan disebabkan oleh haba lembab seperti air mendidih, wap atau minyak panas.
Terbakar dan melecur biasanya serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan yang serius
selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.

54

Terbakar:
Kecederaan kepada kulit dan tisu badan yang lain disebabkan terkena haba kering. Terbakar
boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahan api, objek panas, bahan kimia atau arus
elektrik.

Ketenatan mangsa bergantung kepada:
• Luas permukaan yang cedera.
• Tempat yang terbakar atau melecur.
• Tahap terbakar.
• Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa.

Jenis terbakar atau melecur:
• Luar – Terbakar pada bahagian kulit.
• Dalam – Terbakar dalam rongga atau perut.

Tahap kecederaan:
• Tahap pertama (Superficial burn):

Kecederaan terbakar/melecur pada bahagian kulit luar sahaja. Ia melibatkan bahagian
epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan kemereh-merahan.

• Tahap kedua (Intermidiate burn)
Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit kelihatan kemerah-
merahan gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa sakit.

• Tahap ketiga (Deep burn):
Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih kering. Rasa
sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak.

55

Tanda-tanda terbakar atau melecur:

• Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama dan tahap kedua.
• Bahagian anggota yang terlibat berwarna kemerah-merahan pada tahap awal, merah

gelap, lepuh dan mengelembung pada tahap kedua.
• Pengaliran keluar plasma.
• Renjatan.

Tindakan yang perlu diambil:
• Tindakan ‘3B’:
➢ Burning stop – Padamkan.
➢ Breathing maintain – Periksa pernafasan.
➢ Body examine – Periksa tahap terbakar/melecur.

• Tindakan ‘3C’:
➢ Cool – Sejukkan.
➢ Cover – Tutup bahagian yang terbakar.
➢ Carry – Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital.

• Pengendalian am:
➢ Hentikan kebakaran - air.
➢ Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut keadaan).
➢ Tentukan ia bernafas.
➢ Alirkan air bagi terbakar/melecur tahap pertama dan kedua selama 20 minit atau

sehingga kesakitan berkurangan.
➢ Periksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar.
➢ Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak merebak supaya tidak berlaku

renjatan.
➢ Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan.
➢ Beri rawatan renjatan, jika perlu dan hantar ke hospital dengan segera.

56

Pitam

Pengsan dan pitam merupakan peringkat tidak sedarkan diri yang singkat. Gejala ini terjadi
disebabkan oleh otak seseorang yang tidak berfungsi dengan betul.

Penyebabnya ialah:

• Kekurangan darah di dalam otak
• Kekurangan oksigen di dalam otak apabila pernafasan terganggu
• Merasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga menyebabkan pengsan.

Cara merawat:

• Baringkan pesakit dengan kedudukan kepalanya rendah.
• Longgarkan pakaian ketat.
• Lap mukanya dengan tuala basah ATAU biarkan dia menyedut larutan harum

ammonia.
• Apabila dia telah sedar semula, suruhlah ia bangun sendiri.
• Apabila ia sudah mampu bangun, berikan minuman sama ada air, kopi atau teh

panas.

Patah:

Patah ialah tulang pecah atau retak. Ia mungkin disebabkan oleh daya secara langsung,

Tanda-tanda patah tulang:

• Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang.
• Bengkak dan lebam.
• Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel.
• Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini amat ketara jika patah

berlaku di tulang paha atau pelvis.

Cara merawat:

• Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah pergerakannya
dengan sempurna. Jika nyawa pesakit terancam, barulah dia dipindahkan.

• Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk mencegah
pergerakan.

57

• Ikat pembalut dengan kuat untuk mecegah pergerakan, tetapi tidak terlalu kuat
kerana ia boleh menjejaskan pengaliran darah.

• Semasa membalut anggota yang patah, sendi-sendi di bahagian atas dan bawah
anggota juga harus dicegah pergerakannya.

• Bawa mangsa ke hospital dengan segera.

Keracunan
Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau berlebihan terhadap toksik
(bahan-bahan beracun), sama ada berbentuk cecair atau gas yang boleh menyebabkan
penderitaan sementara atau berkekalan.
Tanda-tanda terkena keracunan:

• Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah.
• Mangsa mengalami sakit abdomen.
• Cirit birit mungkin terjadi.
• Tanda-tanda terkejut.
• Mungkin tidak sedarkan diri.

Arahan merawat:
• Pastikan saluran udara, pernafasan dan peredaran terbuka dan dapatkan bantuan
perubatan. Tanyakan mangsa tentang apa yang telah dia makan.
• Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa termuntah sendiri).
• Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa mungkin muntah).
• Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan pernafasan CPR.
• Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital.

Jika terkena Racun Aerosol, tanda keracunan:
• Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong.

58

Rawatan kecemasan:
• Keluar dari tempat/kawasan yang disembur racun.
• Hirup udara segar di ruang terbuka.
• Tanggalkan pakaian yang terkena racun.
• Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan sabun dan air.
• Jika terkena pada mata, bersihkan mata dengan menggunakan air yang banyak.
• Selepas itu, bolehlah diberikan dua hingga lima titis ubat mata bagi setiap mata.

Terseliuh
Sendi merupakan tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang melebihi
had biasa pada sendi boleh mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu penyambungan
antara tulang). Ligamen sama ada boleh meregang dengan berlebihan, terkoyak atau
terputus. Kecederaan pada ligamen seperti ini disebut terkehel (dislocation) dan terseliuh
(sprain).

• Terkehel - kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang melebihi had
sehingga menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan menjejaskan struktur
ligamen.

• Terseliuh - kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang melebihi had
sehingga menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan asal.

Tanda-tanda ligamen terseliuh
• Sakit-sakit.
• Bengkak.
• Bertambah sakit apabila bergerak.
• Pergerakan yang terhad.

59

Cara-cara merawat terseliuh:

• Hadkan pergerakan anggota.
• Gunakan konsep RICE:
➢ R - Rest (Rehatkan bahagian yang cedera dengan kedudukan yang selesa)
➢ I - Ice (Letakkan ketulan [tuamkan dengan] ais pada bahagian yang cedera)
➢ C - Compress (Longgarkan otot-otot yang tegang dan tekan bahagian yang cedera

dengan satu lapisan tebal kapas dan balut)
➢ E - Elevate (Lipat atau tinggikan bahagia yang cedera)
• Dapatkan bantuan perubatan.

Pemulihan Pernafasan atau Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR):

Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, kita perlu mengambil alih
pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya pengaliran oksigen ke otaknya
berterusan.

Ingat petua S-P-P:

• S - Saluran Udara: Pastikan saluran udara terbuka.
• P - Pernafasan: Bernafas untuk pesakit dengan mengembungkan paru-parunya dan

mengoksigenkan darah.
• P - Peredaran: Mengedarkan atau melancarkan aliran darah dengan memampatkan

dada.

Cara-caranya:

• S - Saluran Udara Terbuka:
➢ Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda asing daripada mulutnya dan

bersihkan tempat di sekeliling mulut.
➢ Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya ke belakang perlahan-lahan.
➢ Tarik rahangnya ke atas.
• P - Pernafasan:
➢ Letakkan mulut anda di atas mulut pesakit, picit hidungnya agar tertutup dan hembus

ke dalam mulutnya dengan kuat supaya dadanya mengembung. Jika pesakit adalah
seorang bayi atau kanak, letakkan mulut anda di atas hidung dan mulutnya semasa
menghembus.

60

➢ Alihkan mulut anda dan dengar dengan teliti bunyi udara hembus. Kemudian ulang
Tindakan menghembus. Jika tiada pertukaran udara, periksa semula kedudukan
kepala dan rahang pesakit serta lihat sama ada lidahnya menghalang saluran udara.
Cuba sekali lagi.

➢ Jika anda masih tidak mendapat sebarang pertukaran udara, pusing pesakit ke
sisinya dan tampar tulang kipas beberapa kali untuk mengeluarkan sebarang benda
asing daripada tekak.

➢ Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut. Jangan putus asa sehingga pesakit mula
bernafas. Dalam beberapa kes, ia mengambil masa beberapa jam sebelum sesorang
pesakit itu pulih.

➢ Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Pastikan pesakit berasa hangat dan
baring dalam posisi yang selesa apabila dia telah pulih semula.

• P - Peredaran (Mampatan Luar Dada):
➢ Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa berdenyut, walaupun

hampir tidak kedengaran dan jika sebarang nadi dapat dirasai.

61

TAJUK: PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN

2. KONSEP

Berkhemah atau perkhemahan merupakan aktiviti sukan dan riadah yang amat baik dan
menarik diikuti, sama ada di peringkat individu, keluarga sekolah mahupun institusi sosial
yang lain. Berkhemah atau perkhemahan boleh ditakrifkan sebagai penghidupan di luar
bangunan, sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung, dalam kawasan sekolah dan
sebagainya. Berkhemah juga merupakan satu cabang ilmu yang menguji kemampuan
mental dan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan
yang terhad. Aktiviti perkhemahan akan menguji sejauh manakah kesanggupan kita untuk
menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan sepanjang aktiviti ini dijalankan.

3. PENGLIBATAN
• Kategori murid Sekolah Rendah:
• Kategori pelajar Sekolah Menengah Rendah:
• Kategori pelajar Sekolah Menengah Atas:
• Kategori Pra-Universiti, Kolej Universiti, Universiti dan ahli yang berusia 18 tahun dan

ke atas
• Kategori pemimpin (berusia 25 tahun dan ke atas)

4. SIJIL

Setiap penyertaan di atas akan dianugerahkan sijil, iaitu sama ada Sijil Penyertaan atau Sijil
Penghargaan.

5. TUJUAN PERKHEMAHAN

• Tujuan Umum
➢ dapat meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan
➢ dapat menghayati erti batasan kehidupan
➢ mempunyai daya tahan mental dan fizikal, khususnya semasa menerima arahan,

melaksanakan arahan serta semasa menjalankan aktiviti-aktiviti yang lasak
➢ mempraktikkan dan memahirkan ilmu-ilmu yang telah dipelajari secara teori, seperti

mendirikan khemah, memasang gejet, simpulan dan ikatan dan sebagainya

62

➢ menguatkan semangat dan mampu menghadapi pelbagai rintangan, khususnya
semasa aktiviti pengembaraan dijalankan seperti merentas bukit-bukau, danau,
lopak, dan sungai

➢ melaksanakan amanah dan tanggungjawab seperti mengurus diri sendiri dan
kumpulan

➢ mematuhi segala peraturan yang telah dirancangkan atau ditetapkan
➢ memupuk nilai-nilai murni yang ada pada diri individu dengan meningkatkan

semangat kekitaan, berpersatuan dan berdisiplin
➢ sentiasa ringan tulang dan saling bekerja sama di antara satu sama lain
➢ menghargai dan mencintai alam sekitar ciptaan Tuhan dengan memelihara

kebersihan dan tumbuh-tumbuhan yang ada di Kawasan tapak perkhemahan
➢ sentiasa berhati bersih, iaitu tidak berasa bongkak, sombong, iri hati, atau busuk hati

dengan anggota kumpulan yang lain.
➢ berhibur dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah
➢ menghilangkan stres atau ketegangan jiwa
➢ mengelakkan daripada gejala sosial yang kurang sihat dan tidak berfaedah.

• Tujuan Khusus:
➢ Rekreasi: Mementingkan kemudahan dan keselesaan dalam makan-minum dan

tempat tidur. Tidak mementingkan kegiatan kemahiran Ilmu perkhemahan.
➢ Khusus: Kurang mementingkan keselesaan tetapi lebih penekanan terhadap

kemahiran- kemahiran ilmu perkhemahan yang berlatar belakang suasana

backwoods (ala hutan).
➢ Pengembaraan ekspedisi: Berkhemah sementara di sesuatu lokasi sewaktu dalam

perjalanan jauh untuk tujuan berehat atau untuk aktiviti tertentu seperti memancing,

team-building, perancangan baru organisasi dan sebagainya.
➢ Misteri: Siri penjelajahan untuk mencari sesuatu yang tersembunyi

berdasarkanpanduan yang diberikan sama ada menggunakan peta atau kompas

atau kedua-duanya, seperti aktiviti treasure hunt. sesuatu yang mungkin
➢ Penyelidikan: Membuat kajian terhadap

memerlukan jangkamasa yang lama di sesuatu lokasi. Kajian arkeologi misalnya.
➢ Ikhtiar hidup/survival: Untuk tujuan yang lebih khusus, biasanya untuk pengembaraan

yang lasak, berunsur ilmiah, menguji kemahiran yang telah dipelajari dan membina

semangat serta ketahanan diri.

63

PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 5 TARIKH: 21 JULAI 2021

TAJUK: Pengurusan dan Persiapan Khemah & Orientasi Kurikulum Sekolah Rendah

LOKASI: Google Meet

JURULATIH: En Nik Zaidi bin Ismail & En Shaifuddin bin Salleh

KETUA PLATUN: Muhammad Azraei Bin Khairul Idzhar

KEKUATAN ANGGOTA: 65

MASA AKTIVITI CATATAN
Pengurusan dan Persiapan
Khemah

8:00 pagi – 8:20 pagi •Jenis Perkhemahan
8:20 pagi – 8:40 pagi •Perancangan dan persiapan awal
8:40 pagi – 9:00 pagi •Pemilihan tempat
9:00 pagi – 9:20 pagi •Aspek keselamatan
9:20 pagi – 9:40 pagi •Kemudahan asas
9:40 pagi – 10:00 pagi •Pemeriksaan Pagi
10:00 pagi – 10:20 pagi •Surat–menyurat
10:00 pagi – 10:40 pagi •Kuarter master
10:40 pagi – 11:00 pagi •Laporan dan refleksi

Orientasi Kurikulum Sekolah

Rendah Kurikulum Unit

11:00 pagi – 11:30 pagi Beruniform
11:30 pagi – 12:00 tengah hari - Kurikulum unit beruniform
- Perancangan program

64

LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 5

TARIKH: 21 JULAI HARI: RABU

TAJUK: PENGURUSAN DAN PERSIAPAN KHEMAH

1. JENIS PERKHEMAHAN

Perkhemahan ringkas:

• Tujuan utama sebagai pendedahan atau rekreasi semata-mata
• Dalam kumpulan yang kecil (antara dua hingga 4 orang sahaja)
• Bilangan jurulatih/pemimpin yang tidak ramai (kadang-kadang hanya seorang sahaja)
• Tempoh masa yang pendek (sekitar satu atau dua hari sahaja)
• Perancangan yang singkat dan cepat (adakalanya secara ad-hoc sahaja)
• Kos yang rendah dan berpatutan
• Tempat yang tidak jauh (adakalanya dalam kawasan sekolah)

Perkhemahan kumpulan atau unit:

• Tujuan utama sebagai penilaian (bukan rekreasi atau berkelah)
• Dalam kumpulan yang lebih besar (sekurang-kurangnya 15 orang)
• Melibatkan bilangan jurulatih/pemimpin yang ramai (antara tiga hingga lima orang)
• Tempoh masa masih pendek (sekitar dua hingga tiga hari)
• Perancangan yang agak rapi dan teliti (ada jawatankuasa khas)
• Memerlukan kos yang tinggi dan berpatutan
• Aktiviti di luar kawasan sekolah

Perkhemahan besar-besaran:

• Perkhemahan yang dianjurkan secara zon, daerah, negeri, negara dan antarabangsa
• Mencecah hingga puluhan ribu orang yang melibatkan pelbagai unit dan negara
• Melibatkan bilangan jurulatih, pemimpin dan urus setia yang lebih ramai
• Tempoh masih yang lebih panjang (antara lima hingga tujuh hari)
• Perancangan yang lebih rapi, teliti dan bersistematik merancang melebihi setahun)
• Kos yang amat tinggi (memerlukan tajaan daripada pelbagai pihak, termasuk

kerajaan negeri dan kementerian, di samping agensi kerajaan dan pihak swasta)
• Memerlukan tempat yang luas (mampu menampung penglibatan sehingga berpuluh

ribu orang).

65

2. PERANCANGAN DAN PERSIAPAN AWAL

Sebelum aktiviti perkhemahan:

• Membentuk organisasi perkhemahan
➢ Jawatankuasa Induk
➢ Jawatankuasa Kerja atau Pelaksana
➢ Barisan Jurulatih dan Pembimbing.

• Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
Kursus atau Program Perkhemahan

➢ mengesahkan pelantikan Ahli Jawatankuasa
➢ mengenal pasti jurulatih, pembimbing dan pengiring
➢ menentukan senarai tugas setiap Ahli Jawatankuasa, termasuklah Penyelaras

Kursus/Program, Pengiring, Pembimbing dan Jurulatih
➢ menentukan kumpulan dan bilangan sasaran/peserta
➢ memastikan nisbah guru/pensyarah dan murid/pelajar/siswa guru menepati

peraturan
➢ menentukan tarikh dan bilangan hari yang sesuai
➢ tentatif lokasi perkhemahan
➢ tentatif atur cara atau jadual perkhemahan
➢ tentatif tetamu kehormat yang akan hadir sewaktu perasmian
➢ cara pergerakan ke tapak perkhemahan
✓ tempahan bas (jika diadakan di luar)
✓ bilangan bas yang perlu disewa (mengikut bilangan peserta)
✓ kos sewaan bas.
➢ kos perbelanjaan keseluruhan (sebelum, semasa dan selepas aktiviti) serta cara

kutipan
➢ permohonan kelulusan dan permit penganjuran perkhemahan
➢ isu-isu lain yang berkaitan.

• menyiapkan senarai nama petugas dan peserta Kursus/Program
• menentukan kadar kos perbelanjaan untuk menganjurkan perkhemahan
➢ wang masuk
➢ wang keluar.

66

• menyiapkan jadual perkhemahan yang meliputi
➢ bilangan hari
➢ masa perjalanan pergi dan perjalanan balik;
➢ pengisian program
➢ waktu solat, waktu rehat dan waktu makan (termasuk menu makanan)
➢ pengurusan diri
➢ aktiviti/kerja masa lapang
➢ hal-hal lain yang berkaitan.

• menyiapkan Kertas Kerja atau Kertas Cadangan Program untuk diserahkan kepada
pihak-pihak yang berkenaan

• mengemukakan permohonan kelulusan mengadakan aktiviti kepada pihak yang
berkenaan.

• menyiap dan mengedarkan surat-surat kebenaran, surat-surat pemberitahuan dan
surat-surat pelantikan kepada pihak-pihak yang berkenaan (termasuklah makluman
bertulis kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM), Ibu Pejabat Polis, Klinik Kesihatan dan organisasi yang lain, jika berkenaan

• menguruskan surat kebenaran ibu bapa dan perakuan kesihatan murid
• memastikan semua yang terlibat, termasuk petugas dan peserta berada dalam

keadaan baik dan sihat serta bersedia dengan rela hati untuk menyertai aktiviti
perkhemahan
• memperincikan peraturan-peraturan keselamatan
• menyiapkan buku program dan borang-borang yang diperlukan semasa aktiviti
perkhemahan dijalankan
• memastikan sijil penghargaan dan sijil penyertaan telah ditandatangani oleh pihak-
pihak yang berkaitan, dan jika perlu, siapkan hadiah dan cenderamata juga
• memastikan peralatan (lojistik) dan bahan serta keperluan untuk aktiviti perkhemahan
mencukupi dan boleh digunakan
• memberi taklimat kepada semua yang terlibat dalam pengurusan perkhemahan,
termasuk guru/pensyarah pengiring, pembimbing, pemimpin dan jurulatih, peserta
termasuk ibu bapa peserta (jika perlu)
• menyediakan senarai semak sebelum, semasa dan selepas aktiviti perkhemahan
sebagai rujukan kerja.

67

3. PEMILIHAN TEMPAT
• keluasan kawasan perkhemahan yang dipilih menepati bilangan peserta

perkhemahan serta mampu menampung aktiviti perkhemahan, seperti tapak
perkhemahan, tempat perhimpunan, latihan, kuliah, permainan dan kawasan untuk
istirahat
• memeriksa kawasan perkhemahan selamat untuk didiami dan beraktiviti
• memilih kawasan yang menarik dan mempunyai nilai-nilai tertentu, umpamanya nilai
sejarah, seperti di Kawasan Gunung Jerai, Gunung Ledang, Beruas dan sebagainya
• kawasan yang bebas daripada laluan angin kencang yang boleh mendatangkan
bahaya dan kecelakaan seperti pokok tumbang, khemah melayang atau runtuh, dan
seumpamanya
• kawasan yang tidak mempunyai pokok tua, pokok mati atau dahan yang mudah
serkah atau patah untuk mengelakkan pokok atau dahan-dahan berkenaan menimpa
khemah;
• kawasan tanah yang tidak mudah runtuh apabila hujan
• kawasan yang bebas daripada banjir atau mudah ditenggelami air apabila hujan
• kawasan yang bebas daripada binatang liar atau orang- orang jahat yang mungkin
boleh mengancam keselamatan jiwa dan harta benda
• menentukan lokasi penempatan khemah, kemudahan asas dan keperluan-keperluan
lain berfungsi dengan baik sesuai untuk aktiviti perkhemahan
• memastikan keperluan lojistik mencukupi dan berada dalam keadaan boleh
digunakan
• menempah lokasi perkhemahan

4. ASPEK KESELAMATAN
• memberikan taklimat kepada semua yang terlibat sebaik sampai di tapak

perkhemahan
• memastikan prosedur keselamatan sentiasa dipatuhi, termasuklah
• tapak perkhemahan yang selamat untuk didiami dan beraktiviti serta kondisif
• mendirikan khemah di kawasan yang selamat dan tidak berbatu tajam
• sistem pencahayaan yang mencukupi untuk menerangi kawasan perkhemahan

68

• memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan jurulatih diberikan keutamaan
➢ kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang sesuai
➢ jangkitan penyakit
➢ keracunan makanan
➢ gigitan serangga berbisa
➢ serangan binatang buas

• membuat pemantauan agar Jadual Perkhemahan sentiasa dipatuhi dan dilaksanakan
mengikut perancangan, kecuali jika berlaku sesuatu perkara yang tidak dapat
dielakkan, termasuklah mengadakan mesyuarat jurulatih pada setiap malam

• menentukan semua peserta mengambil bahagian dalam semua aktiviti perkhemahan
yang telah dirancangkan

• memantau dari semasa ke semasa agar setiap aktiviti yang dilaksanakan dapat
dijalankan dalam keadaan selamat dan baik

• menyerahkan sijil-sijil penghargaan kepada para petugas dan sijil-sijil penyertaan
kepada peserta perkhemahan atau kursus pada akhir perkhemahan/kursus.

5. KEMUDAHAN ASAS

Seperti yang dinyatakan dalam proses pemilihan tapak perkhemahan yang baik, kemudahan
asas berfungsi dengan baik adalah menjadi suatu aspek kemestian, seperti:

• surau
• tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki dan perempuan
• elektrik
• air yang bersih
• sistem komunikasi.

6. PEMERIKSAAN PAGI

Tujuan:

• Meningkatkan darjah/tahap perkhemahan.
• Peka pada kebersihan, uniform, alatan.
• Tahu membuat gajet dengan baik.

69

• Komen - puji dan tegur.
• Pengiktirafan – anugerah panent.
• Menyerlahkan kerjasama ahli perkhemahan.
• Pemimpin peka latar belakang ahli/peserta.

Komponen Penilaian:

• Peribadi/Pakaian seragam:
➢ Topi dan lencana.
➢ Baju, tanda nama dan lencana.
➢ Seluar dan tali pinggang (lelaki).
➢ Kasut hitam bertali (lelaki pemimpin dan pelajar).
➢ Kasut hitam bertumit tanpa tali (pemimpin perempuan).
➢ Kasut hitam bertali (pelajar perempuan).
➢ Stokin biru tua (hitam tidak digalakkan).
➢ Kebersihan dam kekemasan pakaian/uniform.
➢ Kebersihan kuku dan gigi.

• Gajet: ➢ Ampaian.
➢ Pintu gerbang dan pagar. ➢ Meja makan.
➢ Bendera dan tiang bendera. ➢ Rak alatan tajam.
➢ Papan kenyataan. ➢ Aksesori tambahan yang lain
➢ Rak kasut.

• Dapur ➢ Rak makanan basah dan kering.
➢ Rak untuk dapur dan peralatan ➢ Lubang basah dan Lubang kering.
➢ Kebersihan kawasan dapur
dapur.
➢ Kebersihan peralatan dapur.

• Khemah dan tataatur: ➢ Susunan kandungan peribadi
➢ Keceriaan kawasan perkhemahan. ➢ Susun atur gajet.
➢ Susunan kedudukan khemah.
➢ Kekemasan khemah.

70

• Kebersihan ➢ Peralatan dapur.
➢ Kawasan khemah dan sekeliling ➢ Makanan tidak terdedah.
➢ Dalam khemah.

7. SURAT–MENYURAT

Sekurang-kurangnya sebulan sebelum aktiviti perkhemahan dimulakan, pihak penganjur
perlu menyiap dan mengedarkan beberapa jenis surat secara rasmi kepada pihak-pihak
yang berkenaan.

Surat panggilan mesyuarat:

• Mesyuarat Jawatankuasa Aktiviti Perkhemahan Bilangan 01 bertujuan untuk melantik
barisan jawatankuasa.

• Surat panggilan mesyuarat ditandatangani oleh Setiausaha Jawatankuasa Induk.

Surat pelantikan jawatankuasa

• Surat pengesahan pelantikan sebagai ahli jawatankuasa yang ditandatangani oleh
Kuasa Penganjur atau pihak penganjur.

• Surat pelantikan sebagai pembimbing, jurulatih dan jurulatih luar atau jurulatih
undangan.

• Draf surat disediakan oleh Setiausaha Jawatankuasa Induk.

Surat kebenaran:

• Surat memohon kebenaran daripada Kuasa Penganjur untuk menganjurkan aktiviti
perkhemahan yang ditandatangani oleh Setiausaha Jawatankuasa Induk.

• Surat kepada ibu bapa memohon keizinan membenarkan anak mereka menyertai
aktiviti perkhemahan.

• Surat memohon kebenaran untuk menggunakan tempat atau tapak perkhemahan
kepada tuan punya tapak.

71

Surat pemberitahuan:
Pemberitahuan atau makluman secara bertulis kepada pihak-pihak yang tertentu tentang
aktiviti perkhemahan yang akan di jalan di dalam kawasan mereka, seperti:

• Pejabat Pendidikan Daerah atau IPGM
• Ketua Kampung
• Balai Polis
• Hospital atau klinik kesihatan kerajaan
• Organisasi lain yang berkenaan.

8. KUARTER MASTER
Pegawai tentera yang bertanggungjawab menguruskan tempat penginapan, peralatan dan
bekalan makanan (Kamus Dewan edisi keempat, 2015)
Biasanya dua kuartermaster akan dilantik

• Kuartermaster alatan
• Kuartermaster makanan
Tugas Kuatermaster
• Memastikan senarai peralatan yang diperlukan oleh persatuan
• Menyediakan senarai semak peralatan yang ingin dibawa untuk mengelakkan

sebarang keciciran
• Memberi panduan tentang cara membawa alatan, terutamanya alatan tajam seperti

parang, kapak, pisau dan cangkul
• Memeriksa keadaan peralatan agar berada dalam keadaan baik sebelum dibawa ke

tapak perkhemahan.
• Kenalpasti peserta yang mempunyai alahan dengan makanan tertentu. QM akan

membuat menu alternatif bagi peserta yang mempunyai alahan terhadap makanan
tertentu

72

9. LAPORAN DAN REFLEKSI
• Laporan aktiviti atau laporan kursus perlu dicatatkan sebaik sahaja aktiviti

perkhemahan atau kursus selesai dijalankan.
• Kebiasaannya setiausaha yang akan mencatatkan laporan aktiviti setelah berbincang

dengan pengerusi atau pihak penganjur.
• Laporan diperlukan sebagai bahan rujukan untuk pihak penganjur membuat

pascanilai (post-morterm) dan sebagai panduan dan penambahbaikan dalam
menganjurkan aktiviti perkhemahan pada masa yang akan datang.
• Perlu dicatatkan mengikut format laporan yang telah ditetapkan.

TAJUK: ORIENTASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

10. KURIKULUM UNIT BERUNIFORM

Program Unit Beruniform di sekolah rendah diperkenalkan kepada murid-murid tahun 4,5,
dan 6. Di sekolah terdapat banyak unit beruniform ditubuhkan. Antara unit beruniform yang
selalunya ada di sekolah ialah Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, Pandu Puteri, Kadet Polis,
dan Bulan Sabit Merah Malaysia.

11. PERANCANGAN PROGRAM

Skema Perancangan Program

• Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan KRS
• Merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan KRS dan menghebahkan kepada

guru-guru dan pelajar-pelajar
• Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan Kegiatan KRS

yang terdiri daripada guru-guru penasihat
• Mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan

KRS pada tahun-tahun sebelumnya dan merumuskan serta memberi taklimat kepada
guru-guru tentang dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan.
• Menyediakan keperluan asas pentadbiran
• Menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan kemudahan-kemudahan
asas
• Mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan

73

• Memperoleh dan mengemaskini inventori, bekalan pejabat dan harta modal bidang
kokurikulum

• Menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan kokurikulum
sekolah

• Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepada guru-guru
• Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan KRS
• Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan program
• Melaksanakan Skema Penilaian Program KRS untuk setiap pelajar
• Merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan
• Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan penglibatan pelajar

dalam kegiatan KRS di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa

Prinsip Perancangan Program

• Menyediakan ruang, peluang, kesempatan dan kemudahan pembelajaran yang
menarik, menyeronokkan dan merentasi kurikulum untuk mempertingkatkan daya
saing dan daya tahan masing-masing.

• Merancang, menganjur dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang berbentuk
aktiviti serta menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan
kokurikulum yang dirancang.

• Semua program yang dirancang diberi penekanan secara sedar kapada usaha
bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat patriotisme, dan semangat
perpaduan antara kaum dan wilayah

• Menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran, pencapaian, dan
kepimpinan

• Semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang memberi peluang dan
kesempatan kepada pelajar untuk mengembangkan minat dan kebolehan masing-
masing di khalayak ramai

• Mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat
swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi untuk
memperluas, mempelbagai dan mempertingkatkan penglibatan pelajar dalam
kegiatan kokurikulum

• Merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam setiap aktiviti/kegiatan kokurikulum
yang dianjur

74

RUJUKAN
https://www.scribd.com/document/390341325/Jalan-Lasak-Dan-Pandu-Arah
https://www.scribd.com/doc/310232561/struktur-dan-organisasi-pertubuhan-krs
https://www.scribd.com/document/421018966/PERLEMBAGAAN-PERTUBUHAN-KRS
https://dokumen.tips/documents/asas-kawad-kaki-krs.html
https://dokumen.tips/documents/asas-pertolongan-cemas-krs.html
https://dokumen.tips/documents/pengurusan-dan-persiapan-perkhemahan-
567838e43c4b5.html
https://dokumen.tips/documents/sejarah-unit-beruniformdocx.html
https://krssmksaspj.wordpress.com/pengertian-bendera-krs/
https://krssmksaspj.wordpress.com/pengertian-logo/
https://pdfcoffee.com/orientasi-kurikulum-unit-beruniform-di-sekolah-rendah-pdf-free.html
https://pdfcoffee.com/40-pengurusan-dan-persiapan-perkhemahan-pdf-free.html
https://studylib.net/doc/25330938/jenis-jenis-simpulan-dan-ikatan
https://vdocuments.mx/krs-tajuk-4-pengurusan-dan-pentadbiran-bhg-1.html
https://www.ieyzartdsyahieyr92.my/2020/02/ikhtiar-hidup/
https://www.scribd.com/document/353349432/Khidmat-Kesukarelawan
https://yusofalhaj.wordpress.com/category/pioneering/gajet-perkhemahan/

75


Click to View FlipBook Version