The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shazanashahrel, 2021-07-30 03:16:51

Folio Sukan Badminton

SUKAN
BADMINTON

YASMEEN SHAZANA BINTI HAFIZ
SHAHREL

5 AL AZHAR
CP170246

PENGENALAN SUKAN BADMINTON

Badminton merupakan sejenis sukan menggunakan raket dan bulu tangkis yang
dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perserangan) ataupun
dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan
di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pungutan
mata dapat dibuat dengan memukul bulu tangkis menggunakan raket jadi ia dapat
melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Bulu tangkis hanya boleh
dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring. Pukulan rali berhenti
selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai.

Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif
perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran,
yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Pemain memerlukan
ketangkasan, ketelitian, stamina aerobik, kekuatan dan kelajuan untuk bermain
dengan cemerlang. Sebagai sebuah sukan yang juga teknikal, badminton
memerlukan koordinasi badan yang baik, kecanggihan kemahiran penggunaan raket
dan kemahiran teknikal.

SEJARAH SUKAN BADMINTON

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam yang mula dimainkan di Yunani
silam dan mesir. Hanetsuki pula dimainkan di Jepun seawal abad ke-16. Di kawasan
barat pula, sukan yang dikenali sebagai battledore and shuttlecock melahirkan
sukan badminton, yang mana dua atau lebih pemain akan memukul bulu tangkis di
udara menggunakan raket kecil. Di India, sukan seperti ini dikenali sebagai “Poona”
pada abad ke-18. Pada 1860-an, pegawai tentera British mengaplikasikan versi
India semasa kembali ke England, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman
kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt iaitu penjual anak patung
London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, “Badminton Battledore – a new game”
pada tahun 1860, tetapi cetakan tidak dilakukan.

Sukan ini diperkenalkan pada tahun 1873 di Badminton House, Gloucestershire,
yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada masa itu, sukan ini merujuk kepada “The
Game Of Badminton”. Kemudian, namanya ditukar menjadi Badminton yang menjadi
nama rasmi sukan tersebut.

Sukan badminton telah lama bertapak di Malaysia dan gtelah menjadi salah satu
sukan yang mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Wira-wira
jaguh badminton Malaysia seperti Datuk Punch Gunalan, Datuk Misbun Sidek dan
Datuk Lee Chong Wei telah banyak berjasa dalam mengharumkan nama negara di
persada dunia. Kali terakhir Malaysia memenangi salah satu kejohanan berprestij
ketika Piala Thomas pada 1992.

TOKOH DAN PEMAIN BADMINTON MALAYSIA

DATUK LEE CHONG WEI

➢ Nama: Lee Chong Wei
➢ Tarikh Lahir: 21 Oktober 1982 (38 tahun)
➢ Tempat Lahir: Bagan Serai, Perak
➢ Jurulatih: Misbun Sidek, Hendrawan

Datuk Lee Chong Wei ialah seorang pemain badminton profesional di
Malaysia. Beliau lahir di Bagan Serai, Perak pada 21 Oktober 1982. Beliau
mula mempelajari badminton Ketika berusia 11 tahun, apabila bapanya
gemar bermain sukan ini membawanya ke gelanggang badminton. Lee
berjaya menarik perhatian jurulatih tempatan lalu meminta izin bapa Lee
untuk melatihnya. Jurulatih tersebut mula melatih Lee selepas waktu sekolah.
Setelah bakatnya dikesan oleh Misbun Sidek, barulah beliau menyertai
pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun.

Datuk Lee Chong Wei Berjaya merangkul pingat perak di temasya Sukan
Olimpik 2008, 2012 dan 2016. Hal ini menjadikan beliau rakyat Malaysia
pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus
menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak 1996. Pencapaian ini
mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan Perdana Menteri
Malaysia yang keenam Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira
kebangsaan.

Pada Disember 2017, treler pertama filem biopic beliau telah dikeluarkan.
Filem tersebut diberi tajuk “Lee Chong Wei: Rise of the Legend”. Ia mula
dipertontonkan pada 9 Mac 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala
Lumpur dan ditayangkan di seluruh negara pada 15 Mac 2018.

MISBUN SIDEK

➢ Nama: Datuk Mohmed Misbun bin Mohd Sidek
➢ Tarikh Lahir: 17 Februari 1960 (61 tahun)
➢ Tempat Lahir: Banting, Selangor

Datuk Mohmed Misbun bin Dato’ Haji Mohd Sidek merupakan bekas
pemain dan jurulatih badminton professional Malaysia. Beliau lahir di Banting,
Selangor pada 17 Februari 1960. Ketika Misbun berusia tujuh tahun, beliau
sudah dilatih secara serius oleh bapanya di gelanggang badminton yang
terletak di sebelah rumahnya di Banting. Visi Allahyarham Datuk Mohd Sidek
Abdullah Kamar adalah untuk melihat anak-anaknya menjadi jagoan
badminton dan Misbun menjadi orang pertama sebagai eksperimen.

Pada usia 16 tahun, Misbun Sidek mewakili negara dalam Kejohanan
Jemputan Asia di Hong Kong berikutan kejayaanya muncul juara kategori
bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Setelah
memenangi pelbagai pertandingan selepas itu, pada 18 tahun, Misbun sudah
terpilih menjalani latihan skuad Piala Thomas negara. Bakat, penampilan dan
karisma Misbun turut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa. Pada 7
Oktober 1983, Misbun menempa sejarah dengan menjadi pemain pertama
Asia Tenggara dan kedua Asia selepas jauh India, Prakash Padukone
menjadi pemain professional di bawah International Management Group
(IMG).

Pada 28 Ogos 2008, kerajaan negeri Melaka menganugerahi jurulatih
badminton kebangsaan Misbun Sidek dengan darjah kebesaran negeri iaitu
Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’ Yang di-
Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob menyampaikan darjah kebesaran itu
kepada bekas pemain badminton kebangsaan di Istana Melaka.

LEE ZII JIA

➢ Nama: Lee Zii Jia
➢ Tarikh Lahir: 29 Mac 1998 (23 tahun)
➢ Tempat lahir: Alor Setar, Kedah
➢ Jurulatih: Misbun Sidek, Wong Choong Hann, Tey Seu Bock, Hendrawan

Lee Zii Jia merupakan seorang pemain badminton Malaysia. Beliau lahir di
Alor Setar, Kedah pada 29 Mac 1998. Zii Jia mula berminat bermain
badminton sejak berumur 5 tahun. Hasil daripada pencapaian cemerlang
dalam pertandingan badminton bawah umur 12 tahun, beliau telah
menyambungkan pelajarannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pada 2015,
beliau memenangi Kejohanan Badminton Terbuka Remaja di negeri Perak
dan Selangor. Pencapaian seterusnya membawa beliau terpilih untuk
melayakkan diri ke Persatuan Badminton Malaysia.

Pada awal 2020, Zii Jia menyertai Kejohanan Terbuka Badminton di
Malaysia, Indonesia dan Thailand di mana pencapaian terbaiknya ialah
peringkat separuh akhir di Malaysia kerana beliau tewas kepada Kento
Momota dari Jepun pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia. Pada 21
Mac, Lee Zii Jia memenangi tempat pertama dalam Terbuka Seluruh England
2021 menewaskan Viktor Axelsen. Beliau merampas kedudukan pertama
dalam kejohanan ini yang dirangkul oleh Viktor Axelsen pada edisi 2020.

CIRI-CIRI KESELAMATAN SEBELUM PERMAINAN

➢ Memakai pakaian yang selesa dan bersesuaian

: Pakaian yang dipakai haruslah sesuai dengan saiz tubuh badan dan
membenarlan penyejatan peluh berlaku. Pakaian yang sesuai untuk dipakai
adalah pakaian yang diperbuat daripada kapas. Hal ini berikutan iklim negara
yang panas dan sesuai untuk menyerap peluh. Namun, pakaian yang terlalu
ketat akan menjerut peredaran saluran darah dan menjejaskan prestasi atlet.

➢ Memastikan gelanggang berada dalam keadaan yang baik

: Kawasan permainan iaitu gelanggang badminton haruslah mempunyai ciri-
ciri keselamatan yang baik dan tidak membahayakan pengguna. Gelanggang
hendaklah berada dalam keadaan yang terbaik, seperti tidak berlubang atau
tidak rata yang dapat menyebabkan kecedaraan semasa permainan
(tersadung atau terseliuh).

➢ Menggunakan peralatan permainan yang bersesuaian

: Peralatan yang digunakan mestilah bersesuaian dengan umur, saiz,
ketinggian dan keupayaan fizikal pemain. Hal ini dapat menjamin keselesaan
pemain dan dapat meningkatkan motivasi individu tersebut untuk terus terlibat
dalam sukan. Contohnya, pemain sekolah rendah hendaklah menggunakan
raket yang bersesuaian dengan saiz dan berat mereka supaya tidak
menjejaskan tahap peningkatan prestasinya dalam sukan badminton.

➢ Menggunakan peralatan dan gear keselamatan semasa bermain

: Semua atlet hendaklah menggunakan peralatan keselamatan yang sesuai
untuk mengelak kecedaraan yang tidak diingini daripada berlaku.
Kebanyakan alatan keselamatan adalah mengikut kesesuaian pemakainya.
Alatan-alatan yang boleh dipakai termasuklah pelindung pendakap buku lali,
sokongan siku, pelapik lutut dan sebagainya.

SENARAI KELENGKAPAN BADMINTON

Raket

: Raket badminton diperbuat dari senar
(string), berupa tali plastic sintesis. Ia
merupakan peralatan utama dalam
permainan badminton. Pada masa
dahulu, permainan ini menggunakan
pemukul empat segi atau leper
daripada kayu. Namun, sekarang ia
berevolusi dengan menggunakan
bahan yang lebih kukuh, ringan dan
kuat iaitu karbon atau grafit.

Bulu Tangkis

: Buku tangkis juga merupakan
peralatan utama dalam permainan
badminton, sama seperti raket. Ia
diperbuat daripada bulu angsa dan
plastic. Untuk kejuaraan rasmi, bulu
tangkis yang diperbuat daripada bulu
angsa digunakan. Manakala, bulu
tangkis yang diperbuat daripada plastic
digunakan untuk latihan sahaja. Antara
bulu tangkis terbaik 2021 ialah Yonex
Aerosensa 30 Feather dan Victor
Master Classic.

Net Jaring

: Net jaring merupakan pembahagi
jaring yang merentangi antara dua
bidang permainan yang diikatkan
pada tiang. Tiang itu haruslah kukuh
sehingga net yang dibentangkan
tidak akan kendur apabila ditarik dan
tegang agar lurus. Net jaring bukan
sahaja menjadi penentu kawasan
pemain dalam gelanggang tetapi
juga memudahkan pemain untuk
menentukan tinggi rendah pukulan,
servis, dan serangan dari lawan. Ia
diperkenalkan untuk memurnikan lagi
sukan badminton.

Gelanggang Badminton

: Gelanggang badminton
bukanlah sesuatu yang perlu
ada di rumah. Namun,
gelanggang badminton
membolehkan pemain berlatih
secara konsisten dengan
mengikut peraturan-peraturan
badminton di dalam sebuah
perlawanan. Gelanggang
badminton mempunyai dua
jenis, iaitu tertutup dan tidak
tertutup. Pemain yang
menggunakan gelanggang
yang tidak tertutup akan
menghadapi gangguan angin.
Walau bagaimanapun,
gelanggang yang tidak tertutup
(beratap) tidak akan
mempunyai sebarang
gangguan.

Kasut Badminton

: Kasut badminton mempunyai ciri-ciri
yang berbeza daripada kasut sukan
biasa. Kasut badminton dapat
menentukan keseluruhan skil pemain
untuk ditonjolkan semasa perlawanan. Ia
haruslah baik dan selesa agar pemain
dapat bergerak, maju ke hadapan atau
mundur tanpa tergelecek. Bebanan yang
diletakkan pada kaki pemain akan
menentukan gerakan seperti melompat,
smash, pergerakan tajam, pergerakan sisi
dan brek.

Beg Raket

: Raket yang digunakan untuk
permainan badminton hendaklah
dijaga dengan baik supaya kualitinya
terjamin. Walaupun raket badminton
diperbuat daripada bahan yang tahan
lasak, terdapat bahagian tertentu yang
mudah terdedah kepada kerosakan.
Antara bahagian yang mudah rosak
adalah jaring raket. Hal ini kerana
tanpa beg raket, jaring raket mudah
tersangkut pada benda-benda yang
tajam dan mengakibatkan jaring putus.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN DALAM PERMAINAN BADMINTON

➢ Undang-Undang Asas

▪ Permainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu
tangkis, Permainan ini dimainkan oleh 2 orang atau 4 orang pemain.
Permainan badminton boleh dimainkan oleh semua lapisan
masyarakat tidak kira jantina atau umur. Permainan ini dibahagikan
kepada dua, iaitu acara berpasukan dan individu. Dalam acara individu
iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta
beregu campuran. Antara acara berpasukan ialah Piala Thomas/Uber
dan Piala Sudirman.

➢ Memulakan Permainan

▪ Undian akan dibuat terlebih dahulu bagi emulakan permainan. Antara
benda yang boleh digunakan untuk membuat undian adalah bulu
tangkis atau syiling.

▪ Pemenang undian boleh memilih untuk memulakan servis, menerima
servis atau memilih petak gelanggang.

▪ Bagi pihak yang kalah, mereka akan menerima pilihan yang
berikutnya.

➢ Sistem Pengiraan Mata

▪ Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali the best
of three games.

▪ Pemain yang memenangi rali akan diberikan mata.

▪ Pada kedudukan mata 20 sama, tambahan dua mata (deuce) akan
diberikan kepada pemain.

▪ Pemain yang dapat menambah dua mata tambahan akan menang,

▪ Dalam acara perseorangan, jika pemain mendapat mata genap servis
dilakukan di sebelah kanan gelanggang pemain dan sebaliknya.

▪ Dalam acara beregu, jika mata genap pemain sebelah kanan akan
membuat servis dan sebaliknya.

➢ Masa Rehat
▪ Rehat selama 60 saat akan diberikan setelah mana-mana pemain atau
pasangan mencapai mata 11.
▪ Apabila sesuatu game tamat, rehat antara game selama 2 minit akan
diberikan kepada pemain.

➢ Servis
▪ Pemain tidak dibenarkan untuk melengahkan servis selepas mengayun
raket ke belakang.
▪ Pemain yang membuat servis dan menerima servis tidak dibenarkan
memijak garisan gelanggang.
▪ Kedua-dua belah kaki sentiasa menyentuh lantai gelanggang dan
dalam keadaan tetap.
▪ Bahagian gabus bulu tangkis perlu disentuh dahulu semasa membuat
servis.
▪ Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft)
mesti menghala ke bawah semasa melakukan servis.
▪ Servis dilakukan setelah penerima bersedia.

➢ Servis Semula (Let)
▪ Penerima belum bersedia.
▪ Pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentak.
▪ Bulu tangkis melekat dijaring selepas melepasi jaring.
▪ Semasa permainan, gabus pada bulu tangkis tercabut.
▪ Pemain diganggu oleh jurulatih pihak lawan.
▪ Pengadil tidak dapat membuat keputusan.

➢ Larangan Untuk Pemain
▪ Jangan sengaja melambat-lambatkan permainan.
▪ Jangan sengaja merosak atau mengubahsuai bulu tangkis untuk
menukar kelajuan.
▪ Tidak memijak garis semasa membuat servis, menyentuhi jaring atau
pemain menyentuh papan iklan.
▪ Jangan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil.
▪ Tidak berkelakuan kasar.

➢ Berlaku Batal Sekirannya:
▪ Raket melepasi atas atau bawah jaring dan mengganggu pihak lawan.
▪ Menyentuh jaring atau tiang dengan anggota badan, raket atau
pakaian.
▪ Mengganggu pihak lawan dengan menggunakan isyarat tangan atau
laungan kuat.

➢ Perlawanan Perseorangan
▪ Pemain akan membuat servis pertama dari petak servis kanannya.
Mata genap di petak kanan dan kiri bagi mata bilangan ganjil.
▪ Pembuat servis akan membuat servis secara melintang kepada pihak
lawan.
▪ Pemain yang menang dalam game pertama akan memulakan servis
dalam game berikutnya.

➢ Perlawanan Beregu
▪ Pada permulaannya, pembuat servis pertama akan membuat servis
dari gelanggang servis kanan.

▪ Pasangan beregu yang menang rali akan bertukar petak servis dan
lawan kekal dalam petak servis masing-masing.

▪ Jika pembuat servis itu kalah dalam rali, servis akab diberikan kepada
pihak lawan.

▪ Semasa membuat servis, rakan pembuat servis dan rakan penerima
servis boleh berdiri di mana-mana tempat dalam petak tetapi tidak
menghalang pandangan pembuat servis dan penerima servis.

▪ Pasangan yang menang ‘game’ itu, akan memulakan ‘game’
berikutnya.

KESALAHAN PEMAIN DALAM SUKAN BADMINTON

➢ Kedudukan bulu tangkis pada saat dipukul lebih tinggi dari pinggang pelaku
servis.

➢ Penerima servis bergerak sebelum bulu tangkis servis dipukul

➢ Sebelum atau semasa berkhidmat, salah seorang pemain melakukan helah
atau berpura-pura atau sengaja mengejutkan lawannya,

➢ Bulu tangkis melekat pada raket apabila pukulan dilakukan agtau bulu dipukul
dua kali berturut-turut.

➢ Semasa dalam permainan, pemain disentuh oleh bulu tangkis apabila dia
berada di dalam atau di luar padang.

➢ Pada saat bulu tangkis dipukul, badan raket menghadap ke bawah, sehingga
seluruh bahagian kepala raket tidak secara jelas dan nyata berada di bawah
tangan pelaku servis.

➢ Memegang raket dengan menggenggam, jari-jari rapat, dan sejajar.

➢ Posisi kaki menginjak garis tengah atau depan semasa melakukan servis.

➢ Terputus rangkaian gerak mengayun raket dan memukul bulu tangkis.

➢ Pada posisi memukul, kaki dan tangan sejajar dengan net menyebabkan
pukulan tidak kuat.

➢ Bulu tangkis yang dipukul terlalu tinggi (melambung) di atas jaring net
sehingga dengan demikian membuka ruang bagi pihak lawan untuk memukul
bola (return serve).

➢ Pada posisi underhand, kaki kiri berada di depan, keseimbangan kaki tidak
ada dan sukar mengarahkan bulu tangkis dengan tepat.

INOVASI DALAM SUKAN BADMINTON

RAKET PEMBACA DAYA

Sebagaimana yang kita semua tahu, pukulan raket dalam permainan badminton
memainkan peranan yang besar dalam menentukan kekuatan pukulan. Jadi raket
pembaca daya ini dapat membaca daya yang digunakan oleh pemain semasa
membuat pukulan ke pihak lawan. Raket ini dapat membantu pemain dalam
meningkatkan prestasi supaya kualiti pukulan dapat ditingkatkan.

ULTRA SLOW MOTION CAMERA

Ultra Slow Motion Camera memainkan peranan yang besar dalam menentukan
keadilan dalam sesuatu permainan. Kadangkala, terdapat masa yang pemain dan
pihak lawan tidak pasti akan pembahagian markah. Jadi, alat ini boleh digunakan
untuk melihat semula rakaman video permainan tersebut dalam Gerakan yang
perlahan supaya pembahgian markah dapat dilakukan secara adil dan tepat, serta
rasa tidak puas hati dapat dielakkan oleh kedua-dua pihak.

PENUTUP

Kesimpulannya, sukan badminton merupakan sukan yang mendatangkan
pelbagai faedah kepada semua lapisan masyarakat. Selepas selesai
melakukan folio ini, saya dapat mempelajari banyak ilmu pengetahuan baharu
tentang sukan badminton. Antaranya kesalahan-kesalahan yang sering
dilakukan dalam badminton dan biodata pemain badminton begara. Tidak
dapat dinafikan lagi, sukan badminton merupakan antara sukan yang paling
popular di Malaysia. Maka, sukan badminton hendaklah dikekalkan dan tidak
dilupakan agar dapat terus menjadi kebanggaan Malaysia. Generasi kini
hendaklah banyak melibatkan diri dalam sukan badminton agar nama
Malaysia dapat dibawa ke persada dunia. Generasi kini juga hendaklah
meneruskan legasi badminton yang telah lama bertahan di Malaysia. Untuk
memastikan kejayaan itu dapat dicapai, semua pihak haruslah berganding-
bahu dalam menyemarakkan sukan badminton kepada semua lapisan
masyarakat. Dapatlah kita simpulkan di sini bahawa pelbagai nikmat yang
dapat dikongsi oleh rakyat Malaysia menerusi sukan badminton ini.

RUJUKAN

https://ms.wikipedia.org/wiki/Badminton
https://ms.wikipedia.org/wiki/Lee_Chong_Wei
https://ms.wikipedia.org/wiki/Misbun_Sidek
https://ms.wikipedia.org/wiki/Lee_Zii_Jia
https://enkalang90.wordpress.com/2012/05/21/keselamatan-dalam-sukan/
https://akumuslim.asia/peralatan-badminton-yang-perlu-anda-ada/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Badminton#Peraturan_Sukan_Badminton
https://fantasiilmu.blogspot.com/2016/05/kesalahan-kesalahan-permainan-
bulutangkis-dan-solusinya.html

Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KSSM Tingkatan 5


Click to View FlipBook Version