The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

273182_ANAK HARIMAU DAN TIGA EKOR ANAK BURUNG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuraqilahazhar30, 2022-05-17 13:47:07

273182_ANAK HARIMAU DAN TIGA EKOR ANAK BURUNG

273182_ANAK HARIMAU DAN TIGA EKOR ANAK BURUNG

ANAK HARIMAU
DAN TIGA EKOR
ANAK BURUNG

1

Di dalam sebuah hutan, terdapat tiga ekor anak burung yang diberi nama Nana, Nemo dan Nini.
Mereka tidak mempunyai ayah sejak kecil. Mereka hanya tinggal bersama ibu mereka, Suri.
Mereka hidup dengan sederhana dan sangat bahagia. Tiga ekor anak burung itu sangat

1menyayangi ibu mereka. Mereka sangat akur dan selalu mendengar nasihat dan kata-kata ibu

mereka. Mereka tidak pernah membantahnya.

Setiap hari, mereka bertiga akan pergi bermain bersama di taman. Semua binatang di dalam hutan itu
mengenali mereka bertiga. Mereka dikenali sebagai anak burung yang baik, ramah, dan penyayang.
Mereka suka dan mudah bergaul dengan binatang lain di sekeliling mereka. Oleh sebab itu, mereka
disayangi ramai dan mempunyai banyak kawan di dalam hutan seperti arnab, tupai, monyet, dan banyak
lagi.

2

Pada suatu hari, Nana, Nemo dan Nini sedang bermain sorok-sorok di dalam hutan. Mereka bermain
bersama kawan-kawan yang lain. Tiba-tiba, Nana ternampak seperti ada sesuatu sedang memerhati
mereka bermain dari arah semak samun. Nana berasa takut, lalu memanggil dan memberitahu yang
lain tentang hal tersebut. Mereka pun cuba untuk melihat apakah yang ada disebalik semak samun itu.

3

4

Apabila Nemo menghampiri semak samun itu, mereka semua sangat terkejut. Mereka melihat
seekor anak harimau yang bersendirian sedang memerhati mereka bermain dengan wajah yang sayu
dan sedih. Apabila mereka melihat anak harimau itu, mereka terus lari dan pulang ke rumah
masing-masing. “Lari-lari!” kata Nana. Mereka pun meninggalkan anak harimau itu bersendirian
dalam keadaan sedih. Mereka menyangkakan anak harimau itu akan memakan mereka.

Apabila Nana, Nemo, dan Nini tiba di rumah, mereka menceritakan kejadian yang berlaku
itu kepada Suri. Suri menasihati dan menegur tindakan mereka yang meninggalkan anak
harimau itu seperti itu adalah tindakan yang tidak baik. Setelah dinasihati dan ditegur
oleh ibu mereka, mereka berasa bersalah terhadap anak harimau itu.

5

6

Keesokkan harinya, mereka bertiga pergi bermain lagi di tempat yang sama. Mereka melihat anak
harimau itu turut berada di situ. Mereka dengan beraninya menyapa anak harimau itu. Rupa-
rupanya anak harimau itu hanya ingin berkawan dan bermain bersama mereka. “Hai anak harimau,
maafkan kami kerana meninggalkan awak semalam. Saya Nemo, ini kakak saya, Nana dan adik
saya, Nini. Siapa nama awak?” kata Nemo kepada anak harimau itu. “Hai, saya Loly. Selamat
berkenalan.” balas anak harimau itu keriangan. Mereka pun saling mengenali.

Loly turut memberitahu anak-anak burung itu yang dia berasa sedih kerana tidak ada binatang yang
berani mendekati dan berkawan dengannya hanya kerana dia seekor anak harimau. Malah Loly juga
berasa sedih kerana ibunya, Maya kurang memberi perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya
kepadanya. Tidak seperti Suri yang menyayangi tiga ekor anaknya itu dengan sepenuh hati.

7

8

Mendengar kesedihan yang diceritakan oleh Loly itu, mereka bersimpati dengan Loly. Sejak dari itu,
mereka bertekad dan berusaha untuk membuat Loly gembira. Setiap hari mereka akan mengajak
Loly bermain bersama. Mereka sentiasa membantu Loly jika Loly memerlukan. Mereka juga akan
sentiasa ada untuk Loly dan sebaliknya. Lama kelamaan mereka menjadi rapat antara satu sama lain.

Mereka juga memperkenalkan Loly kepada Suri. Setiap hari Loly akan datang ke rumah mereka
dan berbual dengan Suri. Suri melayan Loly dengan sangat baik. Loly berasa sangat disayangi
dan gembira apabila bersama keluarga anak burung itu. Secara tidak sedar, dengan kehadiran
dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh keluarga anak burung itu, Loly berasa tidak sedih lagi.

9

10

Pada suatu hari, Nini pergi memetik buah jambu di luar rumah mereka. Nini memetik buah jambu
itu bersendirian kerana Nana dan Nemo sedang membantu Suri mengemas rumah. Tiba-tiba, Nini
melihat Maya sedang berlari ke arahnya. Nini yang mengenali Maya sebagai ibu kepada Loly,
berhasrat untuk menegur Maya. Namun, dengan pantas Maya menangkap Nini dan membawa Nini
pergi menuju ke rumahnya. Lalu buah jambu yang dipetik oleh Nini jatuh bertaburan.

Tujuan Maya menangkap Nini kerana dia ingin memakan Nini. Malangnya, Maya tidak mengetahui
bahawa Nini adalah kawan baik kepada anaknya itu. Ini kerana, Maya yang tidak terlalu mengambil
berat terhadap Loly tidak mengetahui tentang keakraban anaknya dengan anak-anak burung itu.

11

12

Sementara itu, Suri berasa tidak sedap hati. Ini kerana Nini yang hanya pergi ke luar rumah tetapi
masih tidak pulang lagi. Apabila Suri pergi ke luar rumah, Suri terkejut melihat buah jambu
bertaburan di halaman rumah mereka. Suri berasa sangat risau. Suri beranggapan bahawa Nini telah
diculik. Suri terus memanggil Nana dan Nemo untuk sama-sama pergi mencari Nini. Kemudian, tiba
sahaja di rumah, Maya mempersiapkan peralatan masak untuk memasak Nini dan ingin memakannya.

13

Mendengar kekecohan yang berlaku di dapur, Loly dengan tergesa-gesa keluar dari
biliknya. Loly sangat terkejut melihat Maya sedang memegang pisau dan mengacu ke arah
Nini. “Ibu, jangannnn!” jerit Loly. Loly dengan segera memberhentikan perbuatan Maya itu
sambil menangis. Loly telah menyelamatkan Nini daripada dimakan ketika itu.

14

Pada saat itu juga, Loly memberitahu kepada Maya bahawa Nini adalah kawan baiknya. Dia
sangat menyayangi Nini dan kawannya yang lain. Loly juga meluahkan segala isi hatinya itu kepada
Maya. Maya tidak sedar bahawa selama ini dia telah mengabaikan perasaan anaknya itu.
Akhirnya, setelah sekian lama Suri mencari Nini, Suri tiba di rumah Maya bersama Nana dan
Nemo. Mereka sangat terkejut dengan kejadian yang berlaku itu. Tetapi mereka bersyukur dan
berterima kasih kepada Loly kerana telah menyelamatkan Nini daripada dimakan.

15

16

Melihat kasih sayang yang terjalin dan yang ditunjukkan oleh anaknya itu dengan Nini, Maya berasa
sangat bersalah. Maya juga berasa sangat malu dengan perbuatan dan sikapnya itu. Maya terus
meminta maaf kepada Loly, Nini dan terutama Suri atas perbuatannya itu. Atas dasar kasih sayang
sesama binatang, Suri memaafkan Maya. Suri berharap agar Maya tidak mengulangi perbuatannya
itu lagi. Suri juga berharap agar Maya dapat menyayangi Loly, Nana, Nemo dan Nini seperti Suri
menyayangi mereka semua. Semenjak dari itu, dua keluarga itu menjadi semakin rapat dan saling
menyayangi.

-TAMAT-

17


Click to View FlipBook Version