NOR FAZLIN BINTI ZOLKAPELI | 16DPR21F1040
IMAN ZUL HAKIM BIN ZULKIFLEE | 16DPR21F1017
INTEGRASI NASIONAL
SUBJEK : PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN ( MPU21032 )
KELAS : DPR1B
NAMA PENSYARAH : PUAN NURUL ASMA
BINTI EFFENDI
ISI KANDUNGAN
NO PERKARA MUKA SURAT
1 PENGENALAN 1
2 TEORI HUBUNGAN KAUM 2-4
3 PERANAN PERSATUAN MENGIKUT 5-11
KAUM DALAM SUMBANGANNYA
TERHADAP INTEGRASI NASIONAL
4 ISU SEMASA 12-14
5 KESIMPULAN 15
6 RUJUKAN 16
PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum,budaya serta
agama dan kepercayaan yang dianuti. Ciri ini merupakan satu perkara yang
menyebabkan Malaysia sebuah negara yang unik dimana kemerdekaan Malaysia
dikongsi bersama dengan kaum lain dengan harmoni. Untuk mengekalkan kesepaduan
berbilang kaum ini, kerajaan telah memperkenalkan satu mekanisme yang
memperkuatakan hubungan ini dengan memperkenalkan Integrasi Nasional.
Perpaduan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), membawa maksud “sesuatu
perihalan atau proses penggabungandan kesepakatan Untuk menjadi satu”.Integrasi
pula bermakna “penggabungan atau pergabungan dua atau lebih beberapa kaum
menjadi satu kesatuan”. Integrasi Nasional pula membawa maksud “satu proses yang
menyatupadukan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat melalui pengenalan atau
pengwujudan satu identiti yang sama”. Di dalam konteks kehidupan masyarakat
Malaysia pada hari ini, pihak kerajaan amat menitikberatkan tentang soal perpaduan
dan integrasi nasional di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Intergrasi Nasional pada asasnya sebagai usaha memupuk kesefahaman dan
perpaduan antara pelbagai kaum.Sesebuah negara tidak akan mencapai kemajuan jika
masyarakatnya berpecah,ini kerana dengan adanya kestabilan sosio-politik
serta kerjasama antara semua kaum. Maka sesebuah negara itu akan maju tanpa
mempunyai masalah yang mengekangnya.Idea Integrasi Nasional telah lama
diperkenalkan namun pada tahun 2006 ,kerajaan telah memperkenalkan Pelan
Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional sebagai mengukuhkan lagi perancangan
serta hasrat kerajaan..Pelan ini dilaksanakan dalam 5 tahun dan dimulai pada tahun
2006 iaitu 2006-2010.Dalam Pelan Tindakan tersebut pelbagai masalah telah dikenal
pasti dan perancangan untuk mengatasi masalah tersebut telah dirangka dan
dilaksanakan dalam tempoh tersebut.Ini menunjukkan bahawa integrasi nasional
adalah perkara asas bagi mencapai kemajuan. Wawasan 2020 merupakan visi
mencapai status negara maju dan perpaduan dan integrasi merupakan aspek dan
tulang belakang untuk mencapainya. Secara keseluruhannya,Integrasi Nasional
merupakan perkara yang amat penting dan mempunyai pengaruh yang besar bagi
sesebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum ,kepercayaan serta adat yang
diamalkan.
1
2.0 TEORI HUBUNGAN KAUM
Proses integrasi nasional di negara kita boleh dianalisis berdasarkan model kontrak
di antara kumpulan etnik atau ras yang berbeza. Hubungan antara kaum boleh dilihat
dari segi darjah “ kedekatan ’’ yang bermula dengan bermula dengan hubungan yang
terpisah sehimggalah hubungan yang berbentuk sebati
2.1 PROSES INTEGRASI
2.1.1 Segregasi
Pada tahap ini kaum-kaum yang berbeza latar belakang mempunyai hungan yang
minimum. Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik
didalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, di antaranya
dari segi kawasan tempat tinggal , sistem persekolahan , pengangkutan , dan
kumudahan-kumudahan awam. Mereka ini tinggal dalam satu kawasan tetapi kurang
berhubung kecuali hanya brerkaitan dengan hubungan ekonomi. Ini dapat
digambarkan ketika zaman penjajahan inggeris. Segregrasi wujud sama ada didasari
oleh undang-undang atau tidak didasari oleh undang-undang.
2
2.1.2 Akomodasi
Proses dimana etnik-etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu dengan
yang lain , namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.
Walau bagaimana pun mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu
dengan yang lain. Di peringkat pemerintahan pusat setiap etnik menghassntar wakill\
yang mewakili etnik masing-masing. Namun dalam bergantungan antara satu sama
lain. Negara switzerland adalah contoh negara yang mempunyai hubungan etnik
bersifat akomodasi , di mana etnik-etnik di dalamnya seperti Jerman , Perancis , dan
Itali , saling membuat penyesuaian antara satu sama lain.
2.1.3 Akulturasi
Proses yang kadang kala dikenali sebagai asimilasi budaya dan terjadi apabila
manusia dalam kump[ulan majoriti. Proses ini merupakan proses miminjam atau
menerima budaya golongan majoriti , tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal.
3
2.1.4 Asimilasi
Merupakan satu proses yang kadang kala dikenali sebagai asimilasi struktur umtuk
membezakannya daripada akulturasi atau asimilasi budaya. Konsep asimilasi
menyatakan tentang kemasukan ke dalam masyarakat dominant melalui persahabatan
dan perkaitan rapat. Darjah asimilasi kelompok minoriti adalah berbeza-beza , iaitu
berdasarkan kepada perbezaan fizikal ( seperti warna kulit ) dan darjah sejauh mana
ciri-ciri budaya kelompok dominan.
2.1.5 Amalgamasi
Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk
membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama dalam menentukan
proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik atau ras
4
3.0 PERANAN PERSATUAN MENGIKUT KAUM DALAM
SUMBANGANNYA TERHADAP INTEGRASI NASIONAL
Integrasi dan perpaduan kaum yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui Dasar
Pendidikan berdepan dengan cabaran dan halangan yang besar. Salah satu cabaran
utama untuk mencapai perpaduan kaum ini ialah aspek dalaman iaitu perbezaan
bahasa , kebudayaan , kepercayaan dan keturunan yang mempengaruhi sikap dan nilai
sesuatu laum. Perbezaan ini menyebabkan setiap kaun di negara ini sukar untuk
menerima perubahan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan dalam dasar pendidikan,
kerana pada sangkaan mereka ia melibatkan penerimaan dan pengorbanan iaitu
mereka terpaksa menerima unsur kaum lain dan mengorbankan unsur kaum sendiri.
Situasi sebegini pasti akan mendapat tentangan daripada pelbagai kaum kerana unsur
keturunan, kepercayaan , budaya dan bahasa sudah menebal dalam kaum masing-
masing.
Justeru itu , bagi mewujudkan integrasi nasional daripada pelbagai kaum di Malaysia ,
kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Sekolah Wawasan. Konsep
Sekolah Wawasan ialah berusaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih
bersifat cintakan negara dengan menyatukan sekolah dalam satu sistem pendidikan
yang seragam dahulunya terasing antara satu sama lain untuk mewujudkan satu
pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama ia bertujuan untuk mengeratkan
perpaduan dan menyatupadukan kaum dalam kalangan pelajar. Walaupun semangat
dan integrasi antara kaum telah diberi penekanan sejak murid berada disekolah rendah
lagi , namun penubuhan Sekolah Wawasan akan lebih mencapai objektifnya kerana
murid berbilang kaum dipertemukan dibawah satu tapak persekolahan yang sama.
5
3.1 Penubuhan Sekolah Wawasan
Penubuhan Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang
berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira
kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan
bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama dan
berkongsi kemudahan asas seperti padang permairlan, dewan dan kantin. Setiap
sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama
lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way). Perlaksanaan sekolah
wawasan akan mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang lebih luas
kepada murid daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung
dalam pelbagai aktiviti
3.2 Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah
Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka.
Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badwi selaku Timbalan
Perdana Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara
ditubuhkan di sekolah. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara disekolah-sekolah
maka pengetahuan,pemahaman,penghayatan warga sekolah terutamanyagolongan
pelajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan
yang lebih jitu dapat diperingkat dan diperkukuhkann
6
3.3 Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri
Amalan ini dilaksanakan pada setiap perhimpinan remi sekolah.Semua warga sekolah
bingkas bangun dengan sendirinya apabila dimaklumkan oleh pengacara majlis dan
memnyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh semangat. Amalan ini dapat
membina perasaan setia , cinta dan bangga kepada negara dan raja yang menjadi
lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia
3.4 Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan
Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari
ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah
ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan dan Kaunseling ,
Kelab Guru dan Kakitangan , Persatuan Sejarah dan Persatuan-Persatuan pelajar.
Sekolah juga turut melibatkan PIBG , tokoh-tokoh dan sejarahwan , Agensi dan
Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang
dilaksanakan ialah seperti :
Perarakan kemerdekaan Melukis Potret Tokoh Negara
7
3.5 Hari keluarga dan Sukaneka
Program yang melibatkan seluruh warga pendidik, kakitangan dan beberapa orang
pelajar boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan melibatkan semua peserta. Selain
dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program ini dapat
membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam
kalangan seluruh warga sekolah.
3.6 Acara kebudayaan dan kesenian
Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti
permainan tradisi, di. barat. nasyid, marhaban, berzanji dan lain-lain lagi yang disertai
oleh pelajar, kakitangan dan guru sekolah. Selain dapat berhibur,semua yang terlibat
danat memahami dan mematuhi peraturan yang digariskan. Penyertaan dari pelbagai
kaum harus digalakkan.
8
3.7 Majlis Sambutan Hari Raya dan Tahun Baru Cina
Setiap kali menjelang hari perayaan, sekolah mengatur program yang melibatkan
seluruh warga sekolah. Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati bersama.
Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang
kurang berkemampuan. Ucapan selamat yang diberikan, disambut dengan penuh
kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat
berbilang kaum dalam dunia sekolah yang kecil.
3.8 Perpaduan politik
Perpaduan politik di Malaysia dapat dilihat bermula pada tahun 1950-an.
System ‘kerajaan campuran’ dari segi kepelbagaian kaum merupakan salah satu cara
bagi mengganbungkan fahaman politik berbilang kaum dan di perkembangkan lagi
melalui system politik yang fleksibel. Ini jelas kelihatan apabila munculnya parti
‘PERIKATAN’ yang merupakan hasil gabungan UMNO,MCA dan MIC.
Keanggotaan parti komponen dalam parti ini juga semakin bertambah setelah
kemunculan barisan nasional. System ini juga tidak mengenetepikan parti-parti politik
di SABAH dan SARAWAK yang boleh menyertai kerajaan campuran pada peringkat
pusat di KUALA LUMPUR.
Kerjaan Demokrasi juga merupakan satu alternatif untuk mengatasi masalah
perpaduan yang wujud. Semua warganegara yang memenuhi syarat dan tidak
melanggar undang-undang negara boleh menyuarakan pendapat dan kritikan.
Pemilihan calon dalam pilihanraya juga adalah bebas dan adil. Calon yang
memenangi pilihanraya dengan suara majoriti berhak menjadi wakil rakyat dan boleh
menyuarakan anspirasi rakyat melalui dewan undangan negeri atau dewan rakyat
9
3.9 Perpaduan ekonomi
Proses perkembangan ekonomi telah dirangka untuk membolehkan semua
kaum menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Untuk mencapai
Hasrat tersebut, kerajaan telah mengambil Langkah dengan mengintegrasi ekonomi
baru. Dasar pembangunan nasional, dan lain-lain dasar pembangunan ekonomi
negara. Dasar-dasar ini diambil untuk memastikan pembangunan yang seimbang
bagi sector-sektor utama ekonomi untuk membolehkan pertubuhan lebih sama rata
dan saling melengkapi antara satu sama lain. Tujuan dasar-dasar ini diperkenalkan
adalah kerana kerajaan sentiasa berusaha untuk meninggikan taraf hidup rakyatnya.
Dasar-dasar ini juga merupakan usaha kerjaan untuk melibatkan semua rakyat
menyertai pembangunan negara supaya negara boleh mencapai kemajuan yang lebih
membanggakan. Dengan terhapusnya gejala perbezaan fungsi ekonomi mengikut
kaum akan dapat melahirkan perpaduan dalam kegiatan ekonomi dalam kalangan
rakyat berbilang kaum. Ini akan meninggikan taraf pembangunan ekonomi negara
10
3.10 Perpaduan sosial dan kebudayaan
Strategi jangka pendek adalah melalui pelaksanaan aktiviti yang
menggalakkan interaksi dan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum. Strategi jangka pendek dilaksanakan secara berterusan di peringkat
kebangsaan. Negeri,daerah dan Kawasan-kawasan rukun tetangga. Akitiviti-aktiviti
yang dilaksanakan melibatkan masyarakat setempat dari pelbagai peringkat umur dan
keturunan etnik mencakupi bidang social Pendidikan,sukan,rekreasi,kesenian dan
kebudayaan serta lawatan-lawatan integrasi juga dianjurkan untuk para penduduk
melawati wilayah-wilayah lain Ketika majlis-majlis perayaaan umum negara. Dengan
adanya aktiviti yang berterusan ini, akan membolehkan rakyat berinteraksi
Sementara itu, strategi jangka Panjang pula dilaksanakan melalui dasar-dasar
dan program-program kerjaaan yang menjurus kea rah perpaduan nasional seperti
dasar pembangunan negara, dasar belia negara, dasar social negara, program Latihan
khidmat negara dan sebagainya termasuklah program-program sukan, kebudayaan
dan perayaan-perayaan seperti majlis-majlis rumah terbuka semperna menyambut hari
perayaan umum kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia.
Akhirnya apabila perpaduan dapat dijadikan sebagai satu budaya masyarakat
Malaysia kita akan mencapai perpaduan dalam erti yang sebenar mewujudkan bangsa
Malaysia yang kita telah temukan sebgai matlamat terulung negara.
3.11 Perpaduan Pendidikan
Matlamat Pendidikan negara adalah selaras dengan falsafah Pendidikan
negara dalam memupuk semangat kewarganegaraan dan rasa bangsa dan agama.
Dasar yang dimainkan oleh Pendidikan pula sangat penting dalam proses integrasi
dan pembangunan sesebuah negara.
Pelbagai dasar telah dilaksankan sejak merdeka hingga ke hari untuk menyeragamkan
system Pendidikan. Jawatankuasa barnes, laporan fenn-wu,ordinary pelajaran 1952,
penyata Razak, penyata Rahman talib, dasar Pendidikan kebangsaan dan lain-lain
dasar berhubung isu Pendidikan yang diperkenalkan oleh kementerian Pendidikan
adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik diberi perhatian dan
peruntukan serta kemudahan yang sama dsan adil dalam Pendidikan sama ada mereka
bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar. Oleh itu sebagai rakyat Malaysia,kita
seharusnya terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini
11
ISU SEMASA
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi perhatian terhadap isu yang berkaitan
dengan kepentingan Sabah dan Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob.Ismail Sabri menjelaskan kerajaan akan memperhalusi perkara-perkara
yang perlu diselesaikan melalui rundingan menerusi Majlis Khas Perjanjian Malaysia
(MA63) yang dipengerusikan oleh beliau.Selain itu Majlis Khas MA63 itu turut
dianggotai Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Menteri Sarawak
Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan lapan menteri persekutuan."Usaha ini
membuktikan, kerajaan komited dalam memberi perhatian terhadap isu yang
berkaitan dengan pelbagai perkara penting bagi negeri Sabah dan Sarawak."Kita perlu
bersyukur, meskipun Malaysia sebuah negara yang negeri-negerinya terpisah oleh
Laut China Selatan, setiap cabaran telah berjaya ditangani dan dihadapi dengan
kerangka tindakan toleransi dan demokratik, berpaksikan keluhuran perlembagaan
serta kedaulatan undang-undang," katanya ketika menyampaikan Perutusan Sempena
Sambutan Hari Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.Perdana Menteri
menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menghayati dengan mendalam makna Hari
Malaysia sebagai Keluarga Malaysia yang besar.Katanya, perpaduan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum, agama dan bangsa, selain integrasi nasional silang budaya, serta
merentasi ideologi politik, adalah tunjang kekuatan sebagai sebuah negara bangsa
yang berjaya.
Ulasan : Kita perlu bersyukur, meskipun Malaysia sebuah negara yang negeri-
negerinya terpisah oleh Laut China Selatan, setiap cabaran telah berjaya ditangani dan
dihadapi dengan kerangka tindakan toleransi dan demokratik . Oleh itu kita mestilah
bersatu padu sesama rakyat dari setiap negeri yang berada dalam Malaysia agar
perpaduan sentiasa dapat diperkukuhkan dan dijaga dengan baik
12
Keluarga Malaysia boleh dirujuk kepada rakyat Malaysia yang sejak sekian lama
berpegang kepada Rukun Negara - percaya kepada Tuhan, setia kepada Raja dan
negara, menjunjung keluhuran Perlembagaan, menghormati kedaulatan undang-
undang serta sentiasa bersopan dan bertatasusila dalam pergaulan seharian.Rakyat,
tanpa mengira sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Iban, Murut, Melanau,
orang asal atau mana-mana etnik sekalipun, adalah bergelar Keluarga Malaysia. Inilah
ciri-ciri yang wajib dihayati.Justeru, 'perpaduan dalam kepelbagaian' atau unity in
diversity adalah berteraskan kepada model integrasi dihasratkan untuk rakyat
Malaysia yang menerima hakikat bahawa masyarakat negara ini bersifat kepelbagaian
dari segi latar belakang pegangan agama, pengenalan bangsa dan budaya.Keluarga
Malaysia wajib mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, membentuk identiti nasional dengan
semangat kekitaan, prihatin, inklusif, saling menghormati dan bertanggungjawab.
Semua ini, demi melahirkan rakyat Malaysia yang membudayakan perpaduan.Apa
pun, usaha ke arah mencapai hasrat Keluarga Malaysia perlu menekankan tiga
aspirasi perpaduan - membina rakyat patriotik dan demokratik, membentuk identiti
nasional dan mengukuhkan ekosistem perpaduan dengan meningkatkan literasi,
pemahaman dan penghayatan Perlembagaan Persekutuan serta Rukun Negara.Usaha
ke arah menyemai nilai perpaduan dalam pendidikan awal kanak-kanak, memperkasa
pendidikan Rukun Negara, mempergiat program patriotisme, kenegaraan dan nilai
murni, memperkasa modul kenegaraan dalam pendidikan formal dan pendidikan
sepanjang hayat serta membina kepakaran dalam bidang perpaduan, wajar
diperkukuhkan.
Ulasan : Pada pandangan saya,perlembagaan dalam acuan keluarga MALAYSIA
perlu di kekalkan kerana isu ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara
kaum-kaum lain.Hal ini demikian kerana,Negara MALAYSIA terkenal dengan
bangsa yang berbeza-beza.Dengan demikian akan menarik minat negara luar dan di
banggakan oleh negara luar kerana rakyat MALAYSIA dapat hidup bersatu dengan
kaum kaum lain
13
SHAH ALAM – Dasar Perpaduan Negara yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai tepat pada masanya dan amat relevan ketika isu
perpaduan di negara kini diibaratkan ‘seperti api dalam sekam’.Menteri Komunikasi
dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, meskipun Malaysia berjaya
mengekalkan perpaduan antara kaum sejak merdeka, namun masih terdapat sisi yang
perlu diberi penekanan melalui dasar tersebut.Menurutnya, masalah politik yang
berasakan perkauman, masalah diskriminasi kaum yang masih berlaku mampu
menjadi pencetus kepada masalah yang lebih besar.
Ulasan : Pada pandangan saya isu masalah diskrimisi antara perlu dititikberatkan
kepada ahli politik.Hal ini kerana pergaduhan antara kaum juga berlaku kerana
masalah politik seperti merebut kuasa,kedudukan,hak dan sebagainya.Apabila perkara
ini tidak diambil endah hal ini akan mengakibatkan ekonomi dan sosial di malaysia
akan mundur.Oleh itu ahli politik perlu bertanggungjawab untuk memainkan
pernanan penting untuk mengelakkan diskrimisi antara kaum.seperti bertolak ansur
antara satu sama lain.Rakyat akan memandang tinggi kepada ahli politik
14
4) Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya , dengan wujudnya integrasi nasional ia menunjukkan
persefahaman antara kaum yang timbul sendiri dalam kalangan penduduk yang
berbilang kaum tanpa paksaan. Keharmonian yang berpanjangan dapat dinikmati oleh
masyarakat. Jadi setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha
ke arah integrasi nasional. Peranan semua pihak amat diperlukan dalam mencapai
integrasi nasional. Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting sebagai
wadah untuk memupuk , memelihara dan menjaga perpaduan dan keharmonian rakyat
yang berbilang bangsa ini. Justeru, tugas seorang guru sememangnya sangat penting
dalam menjayakan agenda pembangunan negar ke arah mencapai Wawasan 2020
yang dihasratkan .
Seseorang guru perlulah menjadi penjana trasformasi pendidikan Negara. Hal ini
bertetapan dengan pemilihan tema Hari Guru tahun 2011 iaitu ‘’ Guru Penjana
Transformasi Pendidikan Negara ‘’. Tanpa guru , sudah tentu tidak akan lahir ramai
cendikiawan , golongan profesional , usahawan , peniaga dan seluruh warga pekerja
yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan negara kita
selama ini .
15
5.0 RUJUKAN
Buku
Isyak Saat. Pendidikan negara bangsa Malaysia. Cetakan Panama 2009. Penerbit
Karisma
Publications Sdn. Bhd.
Nazaruddin Hj. Mohd lali, Ma'rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, Ismail Hj.
Mohd Rashid.
Pengajian Malaysia. Cetakan 2001. Penerbit Prentice Hall.
Internet
http://www.slideshare.net/iloveislamsokmo/esei-full (24/.013)
http://personajohor.blogspot.com/2010_05_01_archive.html (28/4/2013)
16