KAUM DI MALAYSIA
SK SUGUD PENAMPANG SK SUGUD PENAMPANG 6 Rafflesia Howell Hardley 6 Rafflesia Aries Alvin
KANDUNGAN -Biodata Diri -Tarian Sumazau -Tarian Inang -Tarian Gemelan -Tarian Rambai -Tarian Singa -Tarian Zapin -Tarian Sewang -Tarian Mak Yong -Penghargaan
Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan atau pada perayaan selain Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei. Hujung bulan Mei dipilih berdasarkan kepada secara tradisinya pada masa dahulu, penanaman padi hanya berlaku sekali setahun. Apabila selesai menuai padi, selalunya sebelum penghujung bulan Mei. TARIANSUMAZAU
Tarian Inang merupakan versi moden bagi tarian tradisional rakyat iaitu Tarian Mak Inang. Ia sering dipersembahkan di majlis-majlis sosial. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni. Tarian Inang juga diadaptasikan dari tarian pengasuh. Ia dikatakan kerana lengok badan yang lembut dan lemah gemalai. TARIANINANG
TTAARRIIAANN RRAAMMBBAAII Rambai adalah tarian etnik Tidong yang ramai di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah-daerah Tawau, Kalabakan, Merotai, Bum Balai dan Sebatik. Rambai, bermaksud ‘tampi’ atau ‘menampi’ dengan nyiru, adalah sangat sinonim dengan pekerjaan menanam padi seperti perilaku petani ketika intogos (bekerja), bekabun (berkebun) dan tongoyon (bergotong-royong). Tarian ini dipersembahkan untuk menyambut atau meraikan musim menuai dan ditarikan untuk menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan atas kejayaan hasil tanaman padi. Para penari mengenakan busana yang berasaskan warna hitam dan hiasan renda warna emas. Kulintangan, gendang dan gong adalah alat-alat muzik yang digunakan.
TTAARRIIAANN SSIINNGGAA Tarian Singa (bahasa Cina: 舞獅; pinyin: wǔshī) ialah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua orang penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dandentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
TARIANZAPIN Tarian Zapin (Jawi: زافين atau زاڤين (merupakan sejenis tarian rakyat tradisional dilakukan masyarakat Melayu di kepulauan Nusantara rantau Asia Tenggara terutamanya di negara-negara Indonesia (Sumatera, Kalimantan, Kepulauan Riau, Bangka Belitung, Gorontalo), Jawa (Jakarta)[8][9], Malaysia, Thailand/Semenanjung Melayu (Selatan Thailand, Semenanjung Malaysia—khususnya di Johor[10] [11]), Singapura serta (Borneo - Sarawak dan Brunei) . Tarian ini sering dilakukan dengan iringan muzik digubah khas.
TARIANSEWANG Upacara sewang ialah sebuah tarian tradisional bagi masyarakat orang asli di Semenanjung Malaysia.[1] Upacara ini merupakansatu upacara berbentuk ritual perubatan yang bertujuan mengubat dari penyakit yang disebabkan oleh semangat jahat. Terdapat beberapa jenis seweng, bergantung kepada tujuan ia dilakukan. Antaranya adalah:-[perlu rujukan] Sewang Chenchem Sewang Gamok Sewang Panoh Sewang Penhei Sewang Manjar Sewang Pungei Sewang Tanggei
TARIAN MAK YONG Makyong, mak yong atau makyung (Jawi: يوڠ مق ,Bahasa Thai: มะโย่ง ย่ ma yong) merupakan sejenis tarian Melayu tradisional yang berasal dari Patani dan Kelantan. Drama tari ini menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja; nama "mak yong" ini dikaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun. Ia menjadi persembahan harian, Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Patani selatan Thailand; Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis di Malaysia serta sejauh Kepulauan Riau di Indonesia.
Terima kasih kepada Cikgu Winnie Francis kerana telah membimbing kami untuk membuat Buku Skrap Digital ini. PPeenngghhaarrggaaaann