The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kerja Kursus yang dihasilkan oleh Ryan, Yit Henn, Miqael dan Zhong Yang

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ongzhieeryan, 2022-04-16 05:05:00

Kerja Kursus Permainan Tradisional

Kerja Kursus yang dihasilkan oleh Ryan, Yit Henn, Miqael dan Zhong Yang

Permainan Tradisional

Disediakan oleh: Kow Zhong Yang, Ryan Ong, Miqael, Yit Henn

Biodata Diri - Ryan

Hi, nama saya Ong Zhi Ee Ryan. Nama panggilan saya Ryan. Tanggal lahir saya ialah 2 April 2007. Hobi saya adalah bermain bola
keranjang dengan kawan-kawan saya. Saya ialah anak bongsu keluarga saya dan saya ada seorang kakak yang bernama Ong Wei Zhen
Rachel yang berumur 20.

Biodata Diri - Yit Henn

Hi, nama saya ialah Tan Yit Henn dan saya berumur 15. Tarikh lahir saya ialah 21 Februari, 2007. Dalam keluarga, saya ialah anak
bongsu dan saya mempunyai tiga orang kakak. Hobi saya adalah bermain badminton dan melepak dengan kawan-kawan.

Biodata Diri - Zhong Yang

Hi, nama saya ialah Kow Zhong Yang dan saya berumur 15. Dalam keluarga, saya ialah anak sulung dan saya mempunyai ada satu
kakak dan adik .Hobi saya adalah bermain bola keranjang dan saya selalu bermain dengan keluarga saya.

Biodata Diri - Miqael

Nama saya Miqael Qalifah. Setiap orang biasa memanggil saya Miqael. Saya dilahirkan pada lima Oktober 2007.Hobi saya adalah
bermain bola sepak. Saya adalah anak sulung dalam keluarga saya dan saya ada dua adik bernama Tareeq Emran yang berumur 12 tahun
dan Jameela Rose yang berumur 7 tahun

Senarai Kandungan

● Biodata
● Pengenalan
● Jenis-jenis permainan tradisional
● Sejarah mengenai permainan tradisional
● Cara bermain
● Langkah-langkah untuk mengekalkan tradisi ini
● Rumusan
● Lampiran

Pengenalan

Permainan Sepak Raga telah muncul sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka (1400-1403). Permainan ini disukai oleh ramai orang
seperti golongan bangsawan dan juga rakyat jelata. Permainan ini paling dikenali sebagai sepak takraw dalam masa sekarang generasi
baru kita. Ia dimain oleh pelbagai rakyat orang dari budaya dan kaum yang berbeza. Sepak Raga dibuat daripada bilah-bilah rotan yang
dianyam bulat.

Jenis-jenis permainan tradisional

Terdapat beberapa jenis permainan tradisional, seperti permainan anjung, permainan halaman
dan permainan lasak. Contoh Permainan Anjung ialah Batu Seremban, Congkak, Dam Haji dan
Xiangqi. Permainan tradisional kumpulan ini dimainkan di anjung rumah dan di dalam rumah
kerana pergerakan permainan ini terbatas. Selain itu, permainan halaman terdiri daripada Gasing,
Sepak Raga, Sepak Manggis dan sebagainya. Permainan ini perlu dimainkan di kawasan yang
lebih luas kerana ia memerlukan pemain untuk bergerak dengan lincah dan aktif. Akhir sekali,
main Wau, Menarik Upih dan Mandi Sungai ialah Permainan Lasak. Ia juga memerlukan
kawasan yang luas kerana permainan kumpulan ini lincah, aktif dan lasak.

Sejarah Sepak Raga

Pada tahun 1929, persatuan sukan Siam telah pun menyediakan draf pertama
peraturan sepak takraw sebelum memperkenalkan penggunaan jaring dan
perlawanan pertama di antara dua pasukan bertanding pada tahun 1993.

Populariti sukan sepak takraw di Thailand mula meningkat sehingga sukan tersebut
menjadi persembahan utama semasa meraikan pengenalan perlembagaan negara
tersebut, bagi menggantikan sistem raja mutlak yang diamalkan sebelum itu.

Versi Malaysia pula merupa rekod berbeza sedikit. Pada tahun 1935, semasa
sambutan Jubli Perak King George V di Negeri Sembilan, sepak raga dimainkan
buat kali pertama di atas gelanggang badminton dengan jaring memisahkan mereka
dan menggunakan peraturan serupa dengan badminton.

Cara bermain Sepak Raga

● Permainan Sepak Raga dimulakan apabila salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan
● Rakannya itu akan menimbang bola sepak raga itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali sebelum menendangnya ke arah

pemain lain
● Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimbang bola sepak raga dan

mengawalnya supaya bola itu tidak akan jatuh ke lantai
● Apabila bola sepak raga itu jatuh ke lantai, rakan atau pemain itu dalam pusing tersebut ditamatkan

Langkah-langkah untuk mengekalkan tradisi ini

Dalam era globalisasi yang baru ini, permainan tradisional mula
dilupakan oleh generasi muda Kita haruslah mengadakan
kegiatan kokurikulum yang berkaitan Sepak Raga di sekolah.
Pelajar dapat mencuba dan mengalami pengalaman yang baru
dan keanehan semasa bermain Sepak Raga. Pihak sekolah juga
boleh menyediakan jurulatih untuk kokurikulum ini agar pelajar
dapat menerima latihan yang menggunakan teknik yang terbaik.
Permainan tradisional adalah warisan dan budaya bangsa yang
perlu dipelihara supaya ia tidak tenggelam akibat kemodenan
teknologi hari ini.

Rumusan

Permainan tradisional merupakan permainan yang dicipta oleh masyarakat tradisional, iaitu merujuk permainan budaya yang sudah
diamalkan oleh masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Permainan tradisional juga sebagai pelengkap alam kanak-kanak pada
masa silam untuk berkongsi keriangan dan kegembiraan. Mereka cuma perlu berkawan, namun bukan lagi resam kepada kanak-kanak
masa ini yang begitu terdedah kepada peralatan telekomunikasi yang amat mengasyikkan dan menenggelamkan beberapa jenis
permainan tradisional yang tersohor pada suatu ketika dahulu. Oleh secara ringkasnya permainan tradisional amat penting dalam
kehidupan kita walaupun pelbagai permainan tradisional sudah dilupakan oleh generasi yang muda pada era generasi kini kita mestilah
mengekalkan tradisi ini untuk terus mengembalikan warisan budaya ini. Hal ini disebabkan tradisi ini bukan sahaja dapat mengeratkan
hubungan silaturahim dan kekeluargaan malah juga dapat memupuk kaum dan bangsa sebagai individu.

Lampiran

Sumber-sumber untuk kerja kursus ini:
Sepak Raga:
https://www.sehatq.com/artikel/teknik-dasar-sepak-takraw-dari-cara-bermain-hingga-peraturan
https://kumparan.com/berita-update/cara-bermain-sepak-takraw-dan-peraturannya-lengkap-1wPHJp4xoAn
https://sites.google.com/site/cerminmatamisteri/sofball
Jenis permainan tradisional:
https://bidadari.my/permainan-tradisional/
http://srivalli0201.blogspot.com/2014/10/permainan-tradisional-kaum-kaum-di.html

~ Terima Kasih ~


Click to View FlipBook Version