The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-folio Penghayatan Etika & Budaya

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Adib, 2024-03-29 01:12:08

Warna Warni Negaraku

E-folio Penghayatan Etika & Budaya

“ Negaraku” Melodi Perpaduan Bola Sepak Menyatukan Perpaduan Seni Bina Rumah Gadang Sejarah dan Budaya Wau: Tradisi Layang-layang di Malaysia Kesenian Batik Skuasy


KESENIAN BATIK ISI KANDUNGAN NEGARAKUMELODIPERPADUAN BOLA SEPAK MENYATUKAN PERPADUAN SKUASY SEJARAHDANBUDAYAWAU SOALAN TEMU RAMAH SOALAN TEMU RAMAH SOALAN TEMU RAMAH SOALAN TEMU RAMAH SOALAN TEMU RAMAH SENIBINA RUMAH GADANG GALARY ALBUM PENUTUP SUMBER RUJUKAN DISEDIAKAN OLEH SIDANG REDAKSI ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN SOALAN TEMU RAMAH i-ii ii-iii iv 1 - 6 7 - 9 10 - 15 16 - 18 19 - 26 25 - 27 28 - 35 36 - 38 39 - 42 43 - 45 46 - 55 56 - 58 59 - 61 62 63 64 i


Seni Bina Rumah Gadang MUHAMMAD HAIKAL BIN ELFA ADAM HAIKAL BIN AHMAD ZAIDI Bola Menyatukan Perpaduan MUHAMMAD ADIB BIN ZOLKEPLI Negaraku Melodi Perpaduan PUAN AINUL FARHAAN BINTI HARUN Penasihat Sidang Redaksi ii


Sidang Redaksi MOHAMMAD NOORUL HAQ BIN ANUAR DEEN Sejarah dan Budaya Wau DARRSYEN A/L RAMESH Kesenian Batik THIVESH A/L RAVIKUMAR Squash iii


P E N G H A R G A A N lhamdulillah dan syukur ke atas hadrat ilahi dengan limpahan kurnia-Nya, kami dapat menyelesaikan Atugasan e-folio yang telah diberikan pada masa yang yang telah ditetapkan setelah berkali-kali kami dinasihati dan diceramahi oleh pensyarah atas kesilapan yang kami lakukan. Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarga baginda. Pertamanya, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang saya hormati iaitu Puan Ainul Farhaan binti Harun kerana telah memberikan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan e-folio ini. Tunujuk ajar dan bimbingan yang puan telah berikan banyak membantu dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Ucapan terima kasih tak terhingga juga diberikan kepada ibubapa serta anggota keluarga kami yang sentiasa memberikan sokongan atas segala kerja yang kami lakukan. Pelbagai nasihat dan teguran yang bermanfaat diberikan supaya kami lebih bersemangat serta tidak putus asa dalam menjalankan tugasan yang diberikan Akhir sekali, penghargaan juga diberikan kepada rakanrakan seperjuangan yang sentiasa bersama dalam menjalankan tugas dari bermulanya tugasan hingga ke akhir. iv


Negaraku 5 TANAH TUMPAHNYA DARAHKU “Kemerdekaan negara hanya akan bermakna jika disusuli dengan kemerdekaan jiwa” Marwan Abdullah MUHAMMAD ADIB BIN ZOLKEPLI 1


e folio Etika & Perdaban Negaraku Asal usul lagu “Negaraku” Lagu tersebut pada asalnya digunakan sebagai lagu daerah negeri Perak, "Allah Lanjutkan Usia Sultan" Negaraku dipilih daripada lagu rasmi neger Perak yang berasal daripada Pulu Mahé di kepulauan Seychelles, telah dibawa pulang ole Sultan Abdullah setelah Baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles abab didakwa bersubahat membunuh Residen British , JWW Birch. “NEGARAKU MELODI PERPADUAN” Penggubahan Lagu Lagu Rasmi Negeri Perak “ Allah Lanjutkan Usia Sultan” telah dipilah menjadi lagu kebangsaan Tanah Melayu oleh jemaah hakim diketuai YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957 Daripada 4 buah lagu yang diperdengarkan, lagu “Allah Lanjutkan Usia Sultan” . Kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM 1,000 kepada pengubah untuk mencipta seni katanya. Kepulauan Seychellas: sebuah negara kepulauan di tengah Lautan Hindi, sekitar 1.600 km sebelah timur daratan Afrika, dan sebelah timur laut Madagaskar MUHAMMAD ADIB BIN ZOLKEPLI 2


DETIK-DETIK PERPADUAN SIAPAKAH SAIFUL BAHRI MUHAMMAD ADIB BIN ZOLKEPLI Saiful Bahri bin Ilyas Saiful Bahri Ilyas (19 September 1924 – 26 Disember 1976) merupakan seorang komposer dan pencipta lagu Malaysia-Indonesia yang berkewarganegaraan Indonesia, yang aktif di kedua-dua negara ini pada 1950-an dan 1960- an. Beliau menulis dan menggubah Melaka Maju Jaya, lagu tema negeri Melaka, dan menulis lagu Duli Yang DETIK - DETIK BERSATUNYA MASYARAKAT Maha Mulia, lagu tema negeri Selangor. Beliau juga paling dikenali sebagai pencipta lagu kebangsaan Malaysia, "Negaraku". Lagu Negaraku diperdengarkan buat pertama kali di Padang Kelab Selangor atau kini dikenali sebagai Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos 1957. Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan diiringi lagu kebangsaan iaitu Negaraku. 3


Lagu “Negaraku” telah bergemuruh di bumi Malaysia bertahun-tahun lamanya sejak tahun 1957 lagi. Lagu ini menjadi kebanggaan negara serta lambang perpaduan dan keamanan Malaysia. Negaraku menjadi salah satu kunci terbentuknya perpaduan yang erat dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang agama, bangsa dan kaum. “TANAH TUMPAHNYA DARAHKU” #sayangimalaysia #malaysiasejahtera #kitasatu Negaraku, Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup, Bersatu dan maju, Rahmat Bahagia, Tuhan kurniakan, Raja kita, Selamat bertakhta. Rahmat Bahagia, Tuhan kurniakan, Raja kita, Selamat bertakhta. MUHAMMAD ADIB BIN ZOLKEPLI 4


Kepentingan lagu kebangsaan diciptakan MUHAMMAD ADIB BIN ZOLKEPLI Terdapatpelbagaiperananlagukebangsaanini: Menyatupadukan rakyatMalaysiayangberbilang kaum Menyerlahkansemangatpatriotikdalamjiwa setiap rakyat MeningkatkanketaatandankesetiaankepadaRaja Memupukperpaduandankeharmoniandalamnegara TunkuAbdulRahman Pengajaran yang boleh diambil daripada menyanyikan lagu “Negaraku” 1.Menggambarkankesetianrakyatkepada tanahair sendiri 2.Menuntutkita supyabersyukurdengannegarayang selamat, amandandamai 3.Mengajarkankita supayaberkorbandemimempertahankannegara 4.Melatihdiri supaya sentiasaberusahauntukmemajukadiri sendiri Mengajarkitakitapelbagai etika sepertidiamdanfokus semasamenyanyikanlagu “Negaraku” 5. 5


KESIMPULAN MUHAMMAD ADIB BIN ZOLKEPLI Sebagai kesimpulan, lagu “Negaraku” memainkan banyak peranan penting dalam memupuk perpaduan, keharmonian serta keamanan dalam negara lagi-lagi dalam negara yang mempunyai pelbagai bangsa, kaum serta agama. Perpaduan antara masyarakat yang mempunyai pelbagailatar belakang sukar untuk dibentuk jika tiada sokongan yang diberikan oleh masyarakat. Lagu negara telah membuktikan bahawa dengan sebuah lagu, perpaduan dapat dijalinkan, dan terdapat lagi pelbagai kaedah untuk memperkukuhkan lagi perpaduanyang sedia ada. 6


Nama: YIN LING Umur: 23 TAHUN Institut: LEPASAN DIPLOMA 1.Bagaimanakah anda ingin menyemarakkan perasaan cinta akan negara kepada rakyat Malaysia melalui lagu “Negaraku”? SOALAN TEMU Ramah MUHAMMAD ADIB BIN ZOLKEPLI 2.Pada pendapat anda, bagaimana anda ingin menyemai perasaan cinta akan lagu - lagu patriotik pada rakyat Malaysia zaman kini? Kita mestilah menghayati lagu negaru dgn dalam, mengetahui maksud lirik lagu negarudanmangambil iktibardrpdmaknaliriklagunegaraku. 1. 2. Pada pendapat saya, jika saya dapat menganjurkan suatu aktiviti, saya akan melaksanakan aktiviti untuk mengubah lagu patrotik . Pemenang akan dihadiahkan dengan hadiah yang lumayan. Aktiviti ini akan menarik minat pelbagai lapisan masyarakat untuk menyertai aktiviti inidansecara tak langsungmereka akanmenyemaiperasaancinta terhadaplagu-lagupatriotik. 7


Nama: MOHAMMAD AMIR BIN MAJID Umur: 21 TAHUN Institut: POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN 1.Bagaimanakah anda ingin menyemarakkan perasaan cinta akan negara kepada rakyat Malaysia melalui lagu “Negaraku”? SOALAN TEMU Ramah MUHAMMAD ADIB BIN ZOLKEPLI 2.Pada pendapat anda, bagaimana anda ingin menyemai perasaan cinta akan lagu - lagu patriotik pada rakyat Malaysia zaman kini? 1. Memahami lirik lagu Negaraku dan mengetahui asal usul sejarah lagu Negaraku juga berdiritegakketikalagudimainkan 2. Padapendapatsaya,carasayainginmenyemaiperasaancintaakanlaguiipatriotikadalah memainkan lagu tersebut pada hari kebangsaan dan hari Malaysia juga menghafal dan memahamiliriklagutersebut. 8


Nama: PRAVIN A/L MARIMUTHU Umur: 21 TAHUN Institut: POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN 1.Bagaimanakah anda ingin menyemarakkan perasaan cinta akan negara kepada rakyat Malaysia melalui lagu “Negaraku”? SOALAN TEMU Ramah MUHAMMAD ADIB BIN ZOLKEPLI 2.Pada pendapat anda, bagaimana anda ingin menyemai perasaan cinta akan lagu - lagu patriotik pada rakyat Malaysia zaman kini? 1.DenganberdiritegaksemasamenyanyilaguNegarakudanmempunyaisemangat patriotiksemasamenyanyilagunegaratanahsendiri 2.Denganmenukarkar2-3barislirikyangbolehdikaitkanpadawaktuzamansekarangdan suruhsemuabudakzamansekaranguntukmenyanyinya 9


BOLA SEPAK MENYATUKANPERPADUAN “Tidak ada maknanya kekayaan, kemajuan dan kemakmuran jika rakyat berpecah belah dan bergaduh sesama sendiri.” - Tun Hussein Onn #DEMILENCANADIDADA Disediakan oleh Adam Haikal bin Ahmad Zaidi 10


LATAR BELAKANG PASUKAN HARIMAU MALAYA Pasukan Harimau Malaya ditubuhkan pada kejohanan Pestabola Merdeka 1963 sebulan sebelum terbentuknya Malaysia. Nama panggilan Harimau Malaya merujuk kepada haiwan kebangsaan Malaysia. Pasukan Harimau Malaya dimiliki oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan mewakili Malaysia dalam pertandingan antarabangsa. Mereka telah bersaing dalam pelbagai kejohanan termasuk Piala Asia, Piala AFF, dan kelayakan Piala Dunia. Pasukan Harimau Malaya mempunyai sejarah yang kaya dengan pencapaian seperti memenangi Piala AFF dan memainkan peranan penting dalam pembangunan bola sepak di Malaysia. #DEMILENCANADIDADA 11


barisan pasukan harimau malaya Pasukan Harimau Malaya pada zaman dahulu rata-rata dari bangsa Melayu, Cina dan India. Perkara ini dapat memupuk perpaduan antara kaum pada ketika itu. Manakala pada zaman kini pasukan Harimau Malaya diwakili dari bangsa Melayu dan dari pemain naturalisasi. Pemain naturalisasi ini adalah pemain asing yang tinggal sekurang-kurangnya 5 tahun di negara tempat beliau bermain. Hal ini menyebabkan hubungan keakraban bangsa Melayu, Cina dan India semakin renggang. Skuad Harimau Malaya 2010 Skuad Harimau Malaya 2024 #DEMILENCANADIDADA 12


penyokong berbilang kaum Ultras Malaya merupakan kumpulan penyokong setia pasukan Harimau Malaya. Mereka juga dikenali sebagai ekor Harimau Malaya. Pada 2016 hingga 2018, pengaruh dan kelibat Ultras Malaya memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan Malaysia semakin menampakkan kesan. Hal ini kerana mereka telah berjaya menaikkan semangat para pemain di padang dengan sorakan tanpa henti walaupun pasukan menghadapi kekalahan. Untuk pengengatahuan anda Ultras Malaya tidak mengira kaum ataupun bangsa untuk menyertai mereka. Hal ini menyebabkan perpaduan antara kaum dapat dieratkan dengan aman dan harmoni. Uniknya Ultras Malaya, mereka mempunyai kerangka yang sesuai untuk di Malaysia sahaja. Antaranya ialah tiada wanita dan tiada kanak-kanak dalam curve mereka . Pada tahun 2024 Malaysia berjaya ke Piala Asia setelah penantian 42 tahun. Terdapat penyokong setia Harimau Malaya dikenali sebagai Derrick Gan berbangsa cina telah membuat keputusan untuk menjual sebuah motosikal miliknya. Bertujuan untuk ke bumi Qatar untuk menyokong pasukan Harimau Malaya Dengan peristiwa ini kita dapat lihat pengorbanan sebagai rakyat Malaysia untuk menyokong pasukan bola sepak negara. Hal ini menunjukkan semangat perpaduan anatara kaum masih wujud di Malaysia. #DEMILENCANADIDADA 13


3 PEMAIN LaGENDA BERLAINAN KAUM #DEMILENCANADIDADA Nama : Datuk Arumugam Rengasamy Bangsa : India Tempat lahir : Pelabuhan Klang, Selangor Posisi : Penjaga gol Pencapaian : Memenangi Piala Pestabola merdeka sebanyak 5 Memenangi Piala Malaysia sebanyak 9 kali Nama : Datuk Wira Soh Chin Ann Bangsa : Cina Tempat lahir : Alor Gajah, Melaka Posisi : Pertahanan Pencapaian : Pasukan All-Star Piala Asia AFC: 1980 AFC Asian All Stars: 1982 KelabAbadAFC:1999 Nama : Dato' Mohamad Mokhtar bin Dahari Bangsa : Melayu Tempat lahir : Setapak,Kuala Lumpur, Selangor Posisi : Penyerang Pencapaian : Penjaring gol terbanyak Malaysia (89 gol) Memenagi Piala Malaysia sebanyak 10 kali World Soccer: The Best Asian Striker 1976 S u p erM o h k T a u k e S pid erm a n 14


#DEMILENCANADIDADA Kesimpulannya, jelaslah bahawa bola sepak mempunyai peranan yang penting dalam memupuk perpaduan, baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Ia bukan hanya merupakan sukan, tetapi ia juga satu platform untuk membangunkan nilai-nilai seperti kerjasama, semangat pasukan, dan persatuan dalam kalangan masyarakat. “Apa yang mereka lakukan ini bukti jersi Harimau Malaya bukan hanya untuk Melayu” Kesimpulan 15


#DEMILENCANADIDADA Soalan Temu Ramah Nama : Azrin Naufal bin Azaril Umur : 19 tahun Bangsa : Melayu Status : Pelajar UiTM Seri Iskandar, Perak 1. Apakah pandangan anda tentang barisan pemain Harimau Malaya dulu dan sekarang? 2. Bagaimanakah sukan bola sepak membantu menyatukan pelbagai kaum di Malaysia? Sukan bola sepak membantu menyatukan pelbagai kaum di Malaysia dengan menyediakan platform di mana peminat sukan dari pelbagai latar belakang etnik dapat bersatu untuk menyokong pasukan kebangsaan dan kelab tempatan, serta meraikan kejayaan bersama-sama tanpa mengira warna kulit atau agama. Selain itu, perlawanan bola sepak juga menjadi titik pertemuan yang membolehkan individu daripada pelbagai kumpulan etnik berkongsi minat yang sama dan memupuk perpaduan di kalangan mereka. Pada pendapat saya, tentang barisan pemain Harimau Malaya dulu dan sekarang ialah dulu barisan pemain kebanyakannya daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Sekarang kebanyakkan pemain yang dinaturalisasi dan Melayu. 16


#DEMILENCANADIDADA Soalan Temu Ramah 1. Apakah pandangan anda tentang barisan pemain Harimau Malaya dulu dan sekarang? 2. Bagaimanakah sukan bola sepak membantu menyatukan pelbagai kaum di Malaysia? Pandangan saya tentang barisan pemain Harimau Malaya dari masa ke masa adalah bahawa terdapat perkembangan yang positif dalam kualiti pemain dan prestasi pasukan. Dulu, mungkin terdapat kekurangan dalam persediaan dan latihan, tetapi sekarang, dengan lebih banyak sumber dan fokus pada pembangunan bola sepak, barisan pemain Harimau Malaya semakin kuat dan kompetitif. Sukan bola sepak membantu menyatukan pelbagai kaum di Malaysia melalui kegiatan yang memupuk semangat kesukanan dan patriotisme di kalangan peminat. Perlawanan bola sepak juga sering menjadi acara yang memupuk perasaan persaudaraan dan kebanggaan kebangsaan, membantu merapatkan jurang antara pelbagai kaum dan memperkukuhkan ikatan sosial di Malaysia. Nama : Padmanabarao a/l Jagahrao Umur : 19 tahun Bangsa : India Status : Pelajar Politeknik Sandakan, Sabah 17


#DEMILENCANADIDADA Soalan Temu Ramah 2. Bagaimanakah sukan bola sepak membantu menyatukan pelbagai kaum di Malaysia? 1. Apakah pandangan anda tentang barisan pemain Harimau Malaya dulu dan sekarang? Pandangan saya tentang barisan pemain Harimau Malaya dulu adalah mereka mungkin kurang terlatih dan mungkin juga kekurangan dalam beberapa kemahiran tertentu. Namun, sekarang, dengan lebih banyak perhatian terhadap pembangunan bola sepak, latihan yang lebih baik, dan kebolehan untuk menarik bakat yang lebih baik, barisan pemain Harimau Malaya semakin berkualiti dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Sukan bola sepak membantu menyatukan pelbagai kaum di Malaysia melalui perpaduan semangat bersama dalam menyokong pasukan kebangsaan, permainan yang sering menjadi topik perbualan di kalangan pelbagai lapisan masyarakat, serta peluang untuk berinteraksi secara positif di peringkat tempatan dan kebangsaan. Ini membina jalinan kebersamaan dan memupuk rasa solidariti antara pelbagai kelompok etnik dalam negara. Nama : Holyes Robert Umur : 19 tahun Bangsa : Kadazan dusun Status : Pelajar Politeknik Sandakan, Sabah 18


RUMAHGADANG M U H A M M A D H A I K A L B I N E L F A PEMBINAANPERADABANMAJMUKDIMALAYSIA MAC2024 Tombakaukampong disiat-siat, Digulung-gulung sampailah padat, Kami nogori memang tebiat, Bia mati anak jangan mati adat. “ “


Pengenalan Rumah Gadang Rumah ini terkenal dengan atapnya yang melengkung dan menyerupai dengan tanduk kerbau, serta strukturnya yang diperbuat daripada kayu. Rumah Gadang memiliki beberapa keunikan seperti bentuk atap, jenis kayu yang digunakan, bentuk tiang, jenis ukiran yang mana merupakan simbol penting bagi budaya Minangkabau. APA ITU RUMAH GADANG ? Rumah Gadang (bahasa Minang) iaitu rumah besar (bahasa Melayu) merupakan rumah adat tradisional yang berasal dari etnis Minangkabau di Sumatera Barat, Indonesia. Rupa seni bina, pembinaan, hiasan bahagian dalam dan luar, dan fungsi rumah mencerminkan kebudayaan dan nilai Minangkabau. 20 MUHAMMAD HAIKAL BIN ELFA


LATAR BELAKANG KEDATANGAN BUDAYA DAN TRADISI ASAL USUL RUMAH G ADA N G DI N E G ERI SEMBI LA N Masyarakat di Negeri Sembilan terdiri daripada penghijrahan & kedatangan masyarakat Minangkabau. Terdapat dua kumpulan penghijrahan Minangkabau yang datang ke Negeri Sembilan iaitu yang datang dari daerah pedalaman Sumatera yang mengamalkan sistem Adat Perpatih dan kumpulan kedua datang dari daerah persisiran Sumatera dan mengamalkan Adat Temenggung. Masyarakat Minangkabau adalah etnik yang sering di katakan orang merantau , Mereka bergerak di seluruh negara untuk mencari kehidupan yang lebih baik dari segi sara hidup, pendidikan dan pekerjaan. Dengan aktiviti merantau, masyarakat Minangkabau dapat membawa budaya dan tradisi mereka ke Negeri Sembilan. Ia membina identiti berkaitan dengan ciri budaya kumpulan etnik dengan pembinaan Rumah Gadang. Rumah Gadang Budi Kuala Klawang, Negeri Sembilan Rumah Gadang Budi Kuala Klawang, Negeri Sembilan 21 MUHAMMAD HAIKAL BIN ELFA


Rumah Gadang terbuat daripada kayu Jua, Banio, Timbalun, Kuranji dan lain-lain. Kayu ini dapat memberikan ketahanan dan kekukuhan yang amat tinggi, terutama di wilayah Sumatera Barat yang tidak terlepas dari ancaman gempa bumi. 01. Bentuk Atap Sebagai rumah tradisional, sudah tentu rumah ini memiliki ciri khas atau keunikan yang membezakan dengan rumah adat dari suku lain di Indonesia. Berikut merupakan keunikan yang terdapat pada Rumah Gadang : Rumah adat ini memiliki keunikan bentuk seni bina dengan bentuk atap yang runcing yang menyerupai tanduk kerbau dan dahulunya dibuat dari bahan kelapa sawit yang mampu menahan hingga puluhan tahun, akan tetapi kebelakangan ini atap rumah gadang banyak diganti dengan atap zink. Selain itu, rumah ini juga tidak menggunakan sebarang paku. Menurut cerita dari zaman dahulu, suku Minangkabau meraih kemenangan dari pertandingan laga kerbau melawan raja dari Jawa. Dari situlah masyarakat Minangkabau terinspirasi membuat rumah yang atapnya menyerupai tanduk kerbau. 02. Jenis Kayu KKeeuunniikkaann RRuummaahh GGaaddaanngg MUHAMMAD HAIKAL BIN ELFA Seni Bina Rumah Gadang 22


03. 04. Ukiran Rumah Gadang Tiang dibangun untuk mengurangkan ancaman seperti gempa. Pembinaan rumah Gadang dibina sesuai dengan persekitaran tempat tinggal. Kawasan Minangkabau terletak di dataran yang tinggi dan dataran rendah yang mudah berlakunya gempa. Bentuk bangunan rumah Gadang juga dibina tinggi untuk mengelakkan angin kencang yang datang dari pelbagai arah. Hal ini sangat memberi impak yang besar kepada sesebuah rumah supaya dapat terhindar dari sebarang ancaman bencana. Ukiran pada Rumah Gadang merupakan salah satu ciri yang membezakan rumah tradisional Minangkabau dengan rumah tradisional lain. Ukiran ini biasanya diukir pada bahagian penting seperti tiang, tingkap, pintu dan pagar. Motif yang sering digunakan dalam ukiran Rumah Gadang termasuklah motif semula jadi seperti daun, bunga dan haiwan, serta motif geometri dan abstrak yang kaya dengan makna simbolik dalam budaya Minangkabau. Ukiran ini bukan sahaja sebagai hiasan, tetapi juga mengandungi makna falsafah dan kepercayaan yang mendalam bagi masyarakat Minangkabau. Tiang yang Kukuh Seni Bina Rumah Gadang MUHAMMAD HAIKAL BIN ELFA Kuciang Lalok (kucing tidur) Pucuak Rabuang (pucuk rebung) Itiak Pulang Patang (itik pulang petang) Lumuik Hanyuit (lumut hanyut) 23


Sebagai kesimpulan, asimilasi yang telah berlaku antara sistem adat di Sumatera Barat dan Negeri Sembilan membentuk ciri dan elemen unik dalam seni bina rumah tradisional Negeri Sembilan dan rumah Minangkabau. Hal ini berlaku disebabkan dahulu berlakunya migrasi (penghijrahan) masyarakat ke sesuatu tempat Tanah Melayu yang telah terbinanya Rumah Gadang di Negeri Sembilan. Reka bentuk kedua dua rumah mempunyai persamaan yang nyata, walaupun terdapat sedikit perbezaanya. Akan tetapi seni binaan rumah tradisional ini bukan sahaja cantik malah unik dilihat pada zaman kini. Perkara ini jelas membuktikan bahawa peradaban majmuk masih kekal utuh di negara kita. Oleh itu, kita sebagai masyakat yang cinta akan negara perlulah mengekalkan adat dan budaya di Malaysia agar tidak hilang ditelan zaman. Pepatah ada mengatakan “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”. Kesimpulan 24 MUHAMMAD HAIKAL BIN ELFA


SOALAN TEMU RAMAH 1. Pada pendapat anda bagaimananakah cara utk mengekalkan seni binaan tradisional untuk generasi akan datang ? 2. Berdasarkan gambar ini apakah keunikan seni binaan rumah gadang. NAMA : Muhammad Athiqh Fathullah bin Mazlee UMUR : 19 Tahun BANGSA : Melayu STATUS : Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pada pendapat saya, pembentukkan dan pemuliharaan kampung tradisional adalah satu kemestiaan yang perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan swasta. Kita boleh mengambil contoh penjagaan kampung tradisional di negara matahari terbit seperti Kampung Shirakawa-go di wilayah Gifu dan Kampung Ine di wilayah Kyoto. Kampung-kampung ini berjaya mengekalkan identitinya dengan dihadkan pembangunan di kawasan tersebut. Pembangunan yang berlebihan dan tidak terancang amatlah mudah menghapuskan seni bina tradisional ini angkara perasaan tidak mahu mengambil endah dan tamak para pemaju tanah. Bagi saya, perkara tersebut merupakan suatu perkara yang amat jijik dan merupakan sebuah penjajahan bentuk baharu yang ingin menguburkan seluruh identiti sesuatu bangsa itu. Hilang seni bina, maka hilanglah rupa bangsa itu. Natijahnya, seni bina tradisional ini wajiblah dilindungi sehabih-habihnya dan tidak sepatutnya dijual dan dirobohkan atas nama kemajuan. Berdasarkan gambar tersebut, saya dapat petik beberapa keunikan yang amat indah pembuatannya, iaitu atap berbentuk seperti tanduk kerbau. Pada pendapat saya, atap ini merupakan ciri paling unik bagi pembinaan rumah gadang. Keunikan ini sedikit sebanyak membawa maksud kesatuan masyarakat Minangkabau yang masih kekal utuh dari dahulu sehingga kini. 25


SOALAN TEMU RAMAH 1. Pada pendapat anda bagaimananakah cara utk mengekalkan seni binaan tradisional untuk generasi akan datang 2. Berdasarkan gambar ini apakah keunikan seni binaan rumah gadang. Pada pendapat saya,cara untuk mengekalkan seni binaan tradisional untuk genarasi akan datang adalah masyarakat perlu sentiasa menjaga baik binaan tersebut dan pihak berkuasa tempatan mestilah sentiasa mengambil berat dalam binaan tersebut agar generasi baru dapat melihat seni bina rumah tersebut. Keunikan seni binaan rumah gadang dalam gambar ini adalah mempunyai atap yang bentuknya tajam dan bumbung rumah diperbuat daripada serat kelapa sawit. Hal ini kerana serat kelapa sawit mempunyai ketahanan yang lebih lama. NAMA : Chong Jia Xiang UMUR : 19 Tahun BANGSA : Cina STATUS : Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin 26


SOALAN TEMU RAMAH 1. Pada pendapat anda bagaimananakah cara utk mengekalkan seni binaan tradisional untuk generasi akan datang 2. Berdasarkan gambar ini apakah keunikan seni binaan rumah gadang. NAMA : Kishaan A/L Pathmanaban UMUR : 19 Tahun BANGSA : India STATUS : Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Pada pendapat saya, cara untuk mengekalkan seni binaan tradisional untuk generasi akan datang adalah dengan memberikan pendidikan tentang nilai-nilai berkaitan dengan budaya, memastikan pemuliharaan warisan bangunan tradisional dan mendorong pengembangan kemahiran tradisional.Selain itu memberikan sokongan kewangan kepada projek pemuliharaan warisan, mengadakan aktiviti budaya, dan mengintegrasikan elemen-elemen tradisional dalam pembangunan moden. Pada pendapat saya, keunikan seni bina rumah gadang ialah memiliki ukiran yang indah dan mempunyai makna yang tersendiri. Seterusnya, atap rumah gadang ini dibina melengkung yang menyerupai tanduk kerbau. Hal ini sangat mencerminkan kekayaan seni bina rumah gadang dan memiliki nilai estetika yang tinggi. 27


SKUASY Dothingsatyour ownpace. Life'snotarace. Disediakan oleh Thivesh 28


Persatuan Squash Malaysia (Bahasa Inggeris: Squash Racquets Association of Malaysia, SRAM) ialah Pertubuhan Kebangsaan untuk sukan Skuasy di Malaysia. Persatuan ini diasaskan pada 1972 di Royal Lake Club 3 LATAR BELAKANG SUKAN SKUASY 29


APA ITU SKUASY? Skuasy ialah satu sukan raket dalaman yang mana dulunya dikenali sebagai "squash rackets" , satu rujukan kepada bola lembut yang boleh dipenyek (bahasa Inggeris: squashable), digunakan dalam perlawanan skuasy. Permainan ini dimainkan oleh dua pemain (atau dalam sesuatu masa empat pemain bagi beregu) dengan raket 'piawai' dalam gelanggang berdinding empat dengan satu bola getah yang kecil dan berongga. Permainan umumnya kekal sebagai pertandingan peringkat sekolah-sekolah dan universiti-universiti sehinggalah awal abad ke-20, yang mana masa itu sukan ini menjadi popular dalam kelab-kelab persendirian (seperti RAC di London) dan dengan pegawai-pegawai dalam angkatan tentera British. 30


RAKET *Ia asalnya diperbuat daripada kayu berlaminasi (biasanya ash) dengan bahagian bertali katgut. Raket moden kini lebih diperbuat daripada logam atau bahan komposit (grafit, Kevlar, titanium, boron) dengan tali sintetik sejak pertengahan tahun 1980-an; dengan dimensi maksimum 686 mm panjang dan 215 mm lebar serta keluasan bahagian bertali sebanyak 500 sentimeter segi. Berat maksimum yang dibenarkan ialah sebanyak 255 g namun julat timbangan ialah antara 90 dan 150 gram. BOLA Bola skuasy berdiamater antara 39.5 dan 40.5 mm serta mempunyai berat sebanyak 23 sehingga 25 gram.[1] Bola ini merupakan sfera berongga hasil gilapan dan cantuman bersama dua kepingan sebatian getah. Bola berspesifikasi berbeza diberikan bergantng kepada kebolehan bermain serta suhu persekitaran di mana bola yang mempunyai daya kelantunan tinggi lebih digunakan pemain kurang berpengalaman. GELANGGANG Gelanggangskuasyterdiridaripadaempatdindingdansatulantai.Suatu garisanmelintangdilantaimembahagikangelanggangkepadabahagian depandanbelakangmanakalagarisanmendatarmembahagikanruangmain antaraduapemain. *panjang:9750mm+/-10mm *lebar:6400mm+/-10mm *tinggi:5640mm *jarakkeserongan:11665mm+/-25&mm 31


WIRA LAGENDA Datuk Dr (HC) Nicol Ann David DB PJN KMN AMN DSPN ; lahir 26 Ogos 1983 ialah seorang pemain skuasy profesional warga Malaysia yang juga wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010. 32


Mohd Azlan Iskandar (lahir Jun 1 1982 di Kuching, Sarawak) merupakan seorang pemain skuasy Malaysia. Beliau telah sampai di ranking dunia No. 14 dan telah memenangi Terbuka CIMB KL. Beliau juga merupakan seorang Eurasian berdarah Scotland, Norway, India, Cina dan Melayu. 33


PENYOKONG BERBILANG KAUM Penyokong dari berbilang kaum yang bersatu dapat memperkuatkan perpaduan dalam masyarakat. Apabila individu dari pelbagai latar belakang berkongsi nilai-nilai yang sama dan bekerjasama untuk kebaikan bersama, ia membina kepercayaan dan kesefahaman antara kumpulan-kumpulan etnik, yang pada gilirannya memperkukuhkan perpaduan dalam masyarakat. 34


KESIMPULAN Sukan mempunyai kuasa untuk menyatukan orang dari pelbagai latar belakang dan kepercayaan. Melalui penglibatan dalam aktiviti sukan, individu dapat melupakan perbezaan dan bersatu untuk mencapai matlamat bersama. Ini membina ikatan sosial yang kuat di antara penyokong dan ahli pasukan, tanpa mengira asal usul atau bangsa mereka. Dengan demikian, sukan berperanan penting dalam memperkukuhkan perpaduan dalam masyarakat dengan memupuk rasa solidariti dan kebersamaan di kalangan rakyat. 35


SIMRAN KAUR 19 TAHUN SUNWAY UNIVERSITY Apakah yang menarik perhatian rakyat Malaysia untuk bermain atau menonton permainan squasy? Keberhasilan atlet Malaysia dalam acara squash antarabangsa telah meningkatkan populariti olahraga ini di negara tersebut. Atlet seperti Nicol David, yang merupakan salah satu pemain squash terbaik sepanjang masa, telah menginspirasi banyak orang Malaysia untuk terlibat dalam olahraga ini. Bagaimanakah permainan squasy ini menyatukan perpaduan rakyat Malaysia? Squash dapat dimainkan oleh orang dari berbagai latar belakang sosial, ekonomi, dan budaya. Dalam permainan squash, semua pemain diberi kesempatan yang sama untuk bersaing dan meningkatkan keterampilan mereka, tanpa memandang asal usul atau status mereka. 36


MUHAMMAD ASYTAR BIN RUDUAN 19 TAHUN UITM Apakah yang menarik perhatian rakyat Malaysia untuk bermain atau menonton permainan squasy?. Squash menerima cukup banyak liputan media di Malaysia, yang membantu meningkatkan kesedaran dan minat publik terhadap olahraga ini. Selain itu, dukungan sponsor dari perusahaan lokal dan anatarabangsa juga membantu mengembangkan olahraga ini di Malaysia. Bagaimanakah permainan squasy ini menyatukan perpaduan rakyat Malaysia? Ketika atlet Malaysia berhasil dalam acara squash antarabangsa, prestasi mereka merangsang rasa kebanggaan nasional di kalangan berbagai kelompok masyarakat. Keberhasilan atlet seperti Nicol David tidak hanya dianggap sebagai pencapaian peribadi, tetapi juga sebagai pencapaian untuk seluruh negara, menyatukan rakyat Malaysia dalam semangat kebangsaan dan dukungan. 37


TApakah yang menarik perhatian rakyat Malaysia untuk bermain atau menonton permainan squasy? Squasy adalah olahraga yang menuntut secara fisik dan dapat membantu meningkatkan kebugaran kardiovaskular, kekuatan otot, dan ketahanan. Hal ini menarik bagi orang-orang yang peduli akan kesihatan dan ingin menjaga kebugaran mereka. Bagaimanakah permainan squasy ini menyatukan perpaduan rakyat Malaysia? Kejohanan dan acara-acara squash di Malaysia sering kali menjadi tempat berkumpulnya berbagai kelompok masyarakat, baik sebagai pemain maupun menonton. Acara-acara ini tidak hanya menawarkan kesempatan untuk menikmati olahraga, tetapi juga untuk berinteraksi dan bertukar pengalaman dengan orang-orang dari latar belakang yang berbeza.. KELVAN HWANG 19 TAHUN SUNWAY UNIVERSITI 38


BY, DIANE ACKERMAN Love is like a batik created from many emotional colors , it is a fabric whose pattern and brightness may vary. KESENIAN BATIK Disediakan oleh Darrsyen A/L Ramesh 38


Batik merupakan salah satu kraftangan yang unggul di Malaysia. Batik adalah satu jenis kain yang dihasilkan melalui proses menerap lilin cair dan mencelup warna. Batik Malaysia merupakan seni kraf hasil tangan sepenuhnya atau sebahagiannya yang mempunyai motif beridentitikan seni dan budaya masyarakat Malaysia melalui proses pembuatan yang menggunakan lilin batik atau bahan serta teknik halangan warna bagi menghasilkan reka corak. Pengenalan Batik lukis merujuk kepada corak pada kain batik yang dilukis tangan secara bebas. Batik lukis mempunyai corak yang pelbagai. Batik lukis bercorak bunga diberi keutamaan. Batik terap atau batik cop adalah cara menghasilkan batik dengan menggunakan suatu blok pengecop. Kain putik akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Batik skrin atau batik sutera saring adalah batik yang dihasilkan menerusi teknik terapan corak dan warna, menggunakan lilin sejuk di pemidang skrin. Batik Alternatif Teknik aplikasi bahan dan peralatan alternatif sebagai teknik halangan warna bagi menghasilkan reka corak ke atas fabrik seperti Batik Cetakan Kreatif,Batik Clay,Linut dan lain-lain.


KESENIAN BATIK MEMUPUK PERPADUAN ? Walaupun batik merupakan pakaian tradisi masyakarat Melayu namun apa yang patut dibanggakan adalah seni batik ini makindigemari dan digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum. Namun pemakaian baju batik dapat memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat berbilang bangsa.Ianya telah menjadi pakaian nasional apabila kempen memakai pakaian batik yang diperkenalkan terutamanya kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan. Penjawat awam digalakkan memakai batik pada setiap hari khamis dan juga semasa menghadiri majlis rasmi dalam atau luar negara. Pemakaian baju batik ini dapat mewujudkan semangat kekitaan di kalangan rakyat berbilang bangsa disambing merasa bangga dengan warisan Tanah Air mereka. Contohnya pemakaian pakaian batik oleh kru kabin Malaysia Airline merupakan satu inisiatif bagi mengeratkan lagi perpaduan serta mampu memperkenalkan budaya Malaysia di persada dunia. Kini, ramai anak-anak muda pada zaman ini menjadikan batik sebagai tema dan fesyen untuk perkara-perkara tertentu seperti mengadakan majlis perkhawinan dengan tema klasik batik, kasut edisi batik, beg tangan bercorak batik dan lain-lain. Ada juga baju T shirt yang bercorak batik yang kian menjadi rebutan oleh pelajar-pelajar IPTA dan sekolah menengah. Apabila pelajar berbilang bangsa memakai pakaian yang bercorak batik mereka tidak akan terasa asing dan lebih senang didampingi. Ini akan memberi peluang kepada mereka untuk mengeratkan lagi hubungan sesama mereka.


Soalan 1 1. Bagaimanakah cara untuk mempromosikan seni batik ke persada antarabangsa? Ada pelbagai cara yang kita boleh gunakan untuk mempromosikan batik ke persada antarabangsa. Rakyat negara kita boleh memakai pakaian batik ketika melancong ke luar negara. Memberi buah tangan atau cenderamata berunsurkan batik kepada rakan-rakan yang tinggal di luar negara. Selain itu indusri batik perlu dibawa ke luar negara, dengan mengadakan pameran di pusat membeli belah terkemuka di seluruh dunia. Usahawan-usahawan tempatan perlu meluaskan perniagaan batik malaysia ke luar negara. Nama : Sandiya A/P Ramesh Umur : 22 Institut : UNITAR Soalan 2 2. Pada pandangan anda apakah keunikan dan keindahan seni batik lukis malaysia? Seni batik lukis Malaysia, bermaksud corak pada kain batik dilukis tangan secara bebas. Corak bunga yang digunakan pula unik, tidak akan sama dengan yang lain. Alat canting digunakan untuk melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih.Proses mewarna dilakukan dengan menggunakan berus cat. Lilin akan cair dan tanggal, menjadikan bahagian ini berwarna putih sebagai benteng. Soalan Temu Ramah


Soalan 1 1. Bagaimanakah cara untuk mempromosikan seni batik ke persada antarabangsa? Industri Batik Malaysia perlu mengalihkan teknologi pembuatan daripada tradisi kepada moden dengan memelihara keunikannya.Penggunaan mesin yang berteknologi tinggi boleh meningkatkan hasil keluaran dan menjamin kualiti yang baik, dimana ia amat mempengaruhi pemasaran antarabangsa. Contohnya, Batik Lukis boleh dibuat dengan menggunakan Komputer, dimana ia akan menambahkan pengeluaran tanpa mengubah kualiti. Dengan cara ini Batik Malaysiapasti akan dapat menembusi pasaran antarabangsa. Soalan 2 2. Pada pandangan anda apakah keunikan dan keindahan seni batik lukis malaysia? Batik Lukis Malaysia merupakan suatu seni warisan Melayu yang unik dan indah.Ini adalah kerana ia merupakan ‘seni lukis’ kain yang biasanya dihias dengan pola-pola indah dan beragam.Batik Lukis dihasilkan dengan lilin dan pewarna, di mana setiap proses dimulakan dengan menggambar pola pada kain menggunakan pensel atau alat-alat lain yang sesuai dimana ianya dilukis tangan secara bebas. Lagipun corak-corak yang di hasilkan pula tidak sama di antara satu sama lain, walaupun tema yang digunakan hanya ber corak bunga.Ini yang menjadikannya unik dan indah. Nama : Kang Jia Han Umur : 19 Institut : Nursing college Lam Wah Hee


Soalan 1 1. Bagaimanakah cara untuk mempromosikan seni batik ke persada antarabangsa? Industri Batik seharusnya mendekati Universiti atau Institusi pengajian tinggi dalam penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan produk mereka.Perkara ini mewujudkan situasi dimana, lebih banyak penemuan baru diperolehi dan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti penghasilan batik tanpa mengubah keistimewaannya. Selain dari itu generasi muda juga akan tertarik dengan seni batik ini dan dengan sendirinya mereka akan menghayati dan menghargai khazanah warisan melayu ini.Sudah pasti sesuatu produk yangbermutu dan dapat menambat hati pengguna, mudah menembusi pasaran antarabangsa. Soalan 2 2. Pada pandangan anda apakah keunikan dan keindahan seni batik lukis malaysia? Memang tidak dapat dinafikan bahawa Batik Lukis Malaysia mempunyai keindahan dan keunikannya yang tersendiri.Ini dapat dilihat pada setiap pola pada kain batik yang memiliki makna yang berbeza yang berunsurkan kehidupan harian dan nilai- nilai budaya.Setiap kain batik lukis ini memiliki pola dan warna yang berbeza yang memukau mata yang memandang. Itulah sebabnya warisan Melayu ini di pandangunik dan indah. Nama : Siti Nur Aisyah Binti Anuar Umur : 19 Institut : Politeknik Ungku Omar


Seni Batik yangmenjadiidentiti bangsa dan warisan tradisi yang unggul dan unik ini wajar dipelihara, agar tidak lupus begitu sahaja. Generasimuda wajar menghayati dan berbangga akan budaya tempatan yang dikekalkan untuk sekian lamanya agar kesenian dan keindahannya berkekalan hingga ke generasi seterusnya. Sudah sampaimasanya industri batik tempatan yang di usahakan secara turun temurun ini beralih kepada industri berdaya saing danmenampilkan kewibawaan bangsa. Semoga warisan tradisi khazanah bangsa initerpelihara agar keindahan yang terpancarmelaluinya tidak terus dilupakan padamasa hadapan dan dihormati di peringkat antarabangsa. Jadi semua pihak semestinya perlu bergabung tenaga dalam memartabatkan batikMalaysia ke seluruh pelusok dunia.


Click to View FlipBook Version