LATAR BELAKANG
PERLEMBAGAAN DAN PERSEKUTUAN
MPU 31042
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
LATAR BELAKANG
PERLEMBAGAAN DAN PERSEKUTUAN
DISEDIAKAN UNTUK :
PENSYARAH :
PUAN NAIMAH BINTI GHAZALI
PUAN NORFARAHI BINTI ZULKIFLI
DISEDIAKAN OLEH :
MUHAMMAD ADAM HAKIM
09BVC22F3010
AHMAD SHAHIRUL BIN MD YUNUS
09BVC22F3009
RAJA MUHAMMAD AMIR BIN RAJA AZIZ
09BVC22F3017
SAUNDHARYA MITRA
09BVC22F3008
AMIRAH BINTI M SAMILLUDDIN
09BVC22F3018
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
PENGENALAN muka surat
2-3
ASAS PEMBENTUKKAN PELEMBAGAAN muka surat
4-5
LATAR BELAKANG SEJARAH PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN muka surat
6-10
LATAR BELAKANG SARAWAK muka surat
11
LATAR BELAKANG SABAH muka surat
KESIMPULAN 12
RUJUKAN
SKOP KERJA muka surat
13
muka surat
14
muka surat
15
PENGENALAN
Pada 9 April 2019,Cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan ini
merupakan rentetan daripada salah satu manifesto yang dibuat
pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas. Antara janji Pakatan
Harapan dalam manifestonya adalah untuk mengembalikan status
Sabah dan Sarawak supaya sama rata dengan keseluruhan negeri-
negeri di Semenanjung. Dalam ucapan bersempena sambutan Hari
Malaysia 2018 yang lalu, YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad telah menyatakan komitmen Kerajaan untuk,
“mengembalikan status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak”,
seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia 1963, selaras
dengan prinsip dan semangat yang terkandung dalam Perjanjian
Malaysia 1963 (Malaysia Agreement 1963) atau lebih dikenali
sebagai MA63.
Maksud “rakan sekutu” tidak didefinisikan dan hanya boleh dikenal
pasti daripada perbahasan yang dibuat di Dewan Rakyat semasa
pembentangan undang-undang tersebut. Cadangan pindaan ini
bukan sahaja akan memberikan kesan kepada Sabah dan Sarawak,
tetapi juga, secara tidak langsung kepada negeri-negeri lain di
Semenanjung Malaysia.
Page 2
Penulisan ini bertujuan untuk mengulas pindaan Perlembagaan
Persekutuan dari segi kuasa pindaan dan kedudukan Sabah dan
Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Melihat secara sepintas lalu
cadangan pindaan perlembagaan yang dibentangkan di Dewan
Rakyat pada 9 April 2019. Kemudian, Perjanjian Malaysian 1963
dibincangkan secara ringkas untuk memahami kedudukan Sabah
dan Sarawak semasa Perjanjian tersebut ditandatangani antara
pihak British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu serta Sabah,
Sarawak dan Singapura. Perlembagaan Persekutuan Nurhafilah
Musa selaku pihak yang akan terkesan dengan perjanjian tersebut.
Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia juga
dilihat dari sudut latar belakang sejarah penubuhan dan konsep
federalisme yang diamalkan di Malaysia. Pemahaman mengenai
kesemua elemen dalam ulasan ini akan membantu pelbagai pihak
memahami hasrat dan implikasi kepada perpaduan dan
keharmonian di Malaysia. Perlembagaan merupakan undang-
undang tertinggi sebagai pemerintahan sesebuah negara. Sebelum
kedatangan British, negara kita diperintah berdasarkan
pemerintahan beraja. Raja memerintah berdasarkan undang-
undang dan peraturan yang digubal.
Pada zaman British, raja terus diterima sebagai pemerintah berdaulat.
Apabila merdeka, negara kita mempunyai perlembagaan yang
merupakan unsur penting dalam sesebuah negara
Page 3
Asas Pembentukan Perlembagaan
Undang-undang Negeri Melayu.
Raja sebagai pemerintah.
Rakyat memberikan ketaatsetiaan.
Undang-undang dan sistem pemerintahan ditentukan oleh raja.
Undang-undang melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka seperti
Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka mempengaruhi
kandungan undang-undang yang bertulis di negeri Melayu yang lain. Antara
undang-undang bertulis di negeri-negeri Melayu termasuklah Hukum Kanun
Pahang, Undang-Undang Kedah, Undang-Undang Johor dan Undang-Undang
99 Perak.
Sebelum kedatangan Kuasa Barat, negara kita sudah mempunyai undang-
undang dan adat Melayu yang diguna pakai sebagai asas perlembagaan.
Undang-undang ini menjadi panduan serta kawalan kepada raja dan
pembesar pemerintahan negara.
Undang-undang di negeri-negeri Melayu mengalami perubahan demi
perubahan selaras dengan perkembangan masyarakat sehingga kemunculan
dan undang-undang dari barat sekitar awal abad ke-19.
Page 4
VERSI VERSI VERSI TANPA VERSI VERSI CADANGAN
MERDEKA MALAYSIA SINGAPURA INTEGRASI PINDAAN 2019
1957
1963 1966 1976
Negeri - Negeri - Negeri- Negeri - Negeri-
Negeri Negeri Negeri Negeri negeri
Persekutuan Persekutuan Persekutuan Persekutuan Persekutuan
ialah Johor, terdiri terdiri terdiri terdiri
Kedah, daripada— daripada— daripada daripada –
Kelantan, Johor,
Negeri
Kedah,
Sembilan, (a) (a) Kelantan, (a) negeri-
Pahang, NegeriNegeri NegeriNegeri Melaka,
Perak,Perlis, Tanah Tanah Negeri negeri
Selangor dan Melayu, iaitu Melayu, iaitu Sembilan, Malaya, iaitu
Terengganu Johor, Kedah, Johor, Pahang,
(yang Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Johor,
dahulunya Melaka, Kelantan, Perak, Perlis, Kedah,
dikenali Negeri Melaka, Sabah, Kelantan,
sebagai Sembilan, Negeri Sarawak, Melaka,
Negeri- Pahang, Sembilan, Selangor dan Negeri
Negeri Perak, Pulau Pahang, Terengganu. Sembilan,
Melayu) dan Pinang, Perlis, Perak, Pulau Pahang,
Melaka dan Selangor dan Pinang, Perak,
Pulau Pinang Terengganu; Perlis, Terengganu,
(yang Selangor dan Penang,
dahulunya
Terengganu; Perlis,
dikenali (b) Selangor
sebagai NegeriNegeri
Negeri- Borneo, iaitu (b) dan
Negeri Selat Sabah dan NegeriNegeri Terengganu;
Melaka dan Sarawak; dan Borneo, iaitu
Pulau Sabah dan dan
Pinang).
Sarawak (b)
(c) Negerinegeri
Negeri Borneo, iaitu
Singapura Sabah dan
Sarawak.
Page 5
LATAR BELAKANG SEJARAH
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perjanjian Malaysia 1963
Perjanjian Malaysia atau Malaysia Agreement (MA63) adalah
sebuah dokumen yang ditandatangani oleh pihak-pihak “United
Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland, Persekutuan Tanah
Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura”.
Perjanjian ini telah ditandatangani pada 9 Julai 1963 di London dan
teks yang sah di sisi undang-undang bagi setiap perkara di dalam
perjanjian ini ialah di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Perjanjian ini telah didaftarkan di secretariat Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu United Nation (UN) pada 21 September 1970 oleh
United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland dan
Bernombor rujukan 10760.
Di dalam perjanjian ini, terdapat sebanyak 11 Perkara yang disusuli
dengan lampiran-lampiran yang menjadi asas kepada Akta
26/1963 untuk meminda perlembagaan sedia ada iaitu
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu kepada perlembagaan
Persekutuan Malaysia, selaras dengan penggabungan bersama
Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura. Setiap satu
perkara yang yang terdapat di dalam perjanjian ini berfungsi
sebagai perkara dan arah tuju yang harus diikuti, dipatuhi dan
ditunaikan oleh semua pihak yang telah menandatangani
perjanjian ini
Page 6
Page 7 Ni gambaran muka depan Perjanjian Malaysia
1963
Perjanjian Malaysia 1963 adalah satu perjanjian
antarabangsa dan telah didaftarkan oleh Kerajaan United
Kingdom di PBB pada 21 September 1970.
INTIPATI PERJANJIAN
Menyatakan bahawasanya Borneo Utara dan Sarawak, dan Singapura akan
disekutukan dengan Persekutuan Tanah Melayu dan dikenali sebagai Negeri
Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura mengikut surat cara Perlembagaan
yang dilampirkan pada surat perjanjian dengan penamaan Persekutuan dengan
nama “Malaysia”
Menyatakan mengenai kewajipan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk
menggubal Perlembagaan melalui Parlimen Persekutuan dengan memastikan
surat cara Perlembagaan yang dilampirkan akan menjadi suatu Akta dipatuhi di
dalam Perlembagaan yang digubal dan akan berkuatkuasa pada 31 Ogos 1963
dan tarikh ini akan dikenali sebagai “Hari Malaysia” (tarikh ini kemudian berubah
kepada 16 September 1963 disebabkan oleh beberapa hal).
Menyatakan mengenai tanggungjawab kerajaan United Kingdom untuk
menyerahkan kepada Queen, perintah-perintah untuk membolehkan
Perlembagaan negerinegeri Sabah, Sarawak dan Singapura berkuatkuasa
mengikut lampiran-lampiran perlembagaan setiap negeri tersebut yang
dilampirkan bersama-sama surat perjanjian.
Menyatakan mengenai kewajipan Kerajaan United Kingdom untuk mendapatkan
penggubalan satu Akta di Parlimen United Kingdom bagi membolehkan
perlepasan hak kedaulatan oleh Queen ke atas Borneo Utara, Sarawak dan
Singapura, bermula pada “Hari Malaysia” dan diserahkan kuasa itu mengikut
Perjanjian dan lampiran-lampirannya.
Page 8
Menyatakan mengenai kewajipan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk
mendapatkan penggubalan Akta oleh Parlimen bagi meminda skop imigresen
untuk kemasukan ke Sabah dan Sarawak serta peruntukan-peruntukan khas
seperti lampiran yang tertentu yang dilampirkan bersama-sama Perjanjian ini
akan tertakluk kepada penggubalan Akta tersebut.
Perkara 6 – menyatakan mengenai Perjanjian Pertahanan Luar dan Bantuan
Bersama antara Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom pada 1957, kini
akan diperluaskan bagi semua wilayah “Malaysia” serta kebenaran untuk United
Kingdom terus menggunakan pangkalan-pangkalan tentera sedia ada,
terutamanya di Singapura, seperti mana dalam lampiran di dalam Perjanjian ini.
Menyatakan mengenai persetujuan bagi membolehkan Queen membuat
perintah mengenai pembayaran saguhati kepada para pegawai dalam
perkhidmatan awam yang berkhidmat, terutama di North Borneo dan Sarawak
sebelum Hari Malaysia. Selain itu, ia turut menyentuh mengenai Perjanjian
Pegawai Awam yang harus ditandatangani oleh Kerajaan United Kingdom dan
Kerajaan Malaysia. Kerajaan Malaysia juga hendaklah memperoleh
persetujuan daripada Kerajaan Sabah, Sarawak atau Singapura sebelum
menandatangan perjanjian itu.
Menyatakan mengenai tanggungjawab Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu,
Borneo Utara dan Sarawak untuk mengambil tindakan bagi melaksanakan
segala syor, jaminan dan aku janji yang terdapat di dalam Bab III dan Lampiran
A dan Lampiran B Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan yang
ditandatangani pada 27 Februari 1963 selagi mana ia tidak dinyatakan di dalam
Perlembagaan Persekutuan.
Menyatakan mengenai keperluan menjadikan Lampiran J yang berkenaan
dengan Pasaran Bersama dan perkiraan kewangan di dalam perjanjian ini
dijadikan sebagai Perjanjian antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan
Kerajaan Singapura.
Menyatakan mengenai keperluan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan
Kerajaan Singapura dalam menjalankan kuasa-kuasa yang ada berkenaan
siaran radio dan televisyen seperti mana termaktub di dalam Lampiran K di
dalam Perjanjian ini selagi ia tidak dilaksanakan melalui Perlembagaan
Malaysia.
Menyatakan mengenai keperluan Perjanjian ini ditandatangani di dalam
Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sahaja manakala setiap lampirannya
hanyalah di dalam Bahasa Inggeris. Jika kekeliruan berlaku, maka naskhah
Bahasa Inggeris akan digunakan sebagai tafsiran yang sah.
Page 9
UNDANG-UNDANG INGGERIS
• British memperkenalkan undang-undang di Negeri-negeri
Selat (NNS) yang
dikenali sebagai Charter of Justice.
• Diambil daripada undang-undang yang digubal di England.
• Piagam terpilih yang bersesuaian dengan kegunaan NNS
sahaja diguna pakai.
Contohnya, Charter of Justice 1807.
• Di Sarawak pula terdapat The Sarawak Application of Laws
Ordinance 1949 yang
menggunakan The Common Law of England.
• Di Sabah terdapat undang-undang yang sama disebut Sabah
Application of Laws
Ordinance 1951.
Perjanjian Malaysia 1963 adalah satu perjanjian antarabangsa
dan telah didaftarkan oleh Kerajaan United Kingdom di PBB pada
21 September 1970.
Page 10 Perjanjian Malaysia 1963 adalah satu perjanjian
antarabangsa dan telah didaftarkan oleh Kerajaan United
Kingdom di PBB pada 21 September 1970.
Latar Belakang Sarawak
Pada bulan Ogos 1956, Perlembagaan Sarawak memberikan
kuasa kepada badan membuat undang-undang, iaitu Council
Negri (Majlis Negeri) yang mengandungi 45 orang ahli dan
dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha. Majlis Tertinggi pula
dipengerusikan oleh Gabenor yang turut dianggotai oleh Ketua
Setiausaha, Setiausaha Kewangan dan Peguam Negara.
Perlembagaan Sarawak pada tahun 1959 memberikan kuasa
pentadbiran negeri kepada Majlis Tertinggi dan Council Negeri.
UNDANG-UNDANG NEGERI SARAWAK
The Sarawak Application of Laws Ordinance 1949
menggunakan The Common Law of England.
Ogos 1956, Council Negri (Majlis Negeri) mengandungi 45
orang ahli dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha diberi
kuasa membuat undang-undang.
Majlis Tertinggi dipengerusikan oleh Gabenor turut
dianggotai oleh Ketua Setiausaha, Setiausaha Kewangan
dan Peguam Negara. Perlembagaan Sarawak 1959
memberi kuasa pentadbiran kepada Majlis Tertinggi dan
Council Negeri.
Page 11
Latar Belakang Sabah
Di sabah pula ditubuhkan
Majlis Undangan dan Majlis
Kerja pada tahun 1950.
Majlis undangan memberikan
kuasa kepada Babenor untuk
menggubal undang-undang
dalam pemerintahannya
Institusi Pemerintahan beraja
diteruskan apabila Tanah
Melayumencapai
kemerdekaan
Walaupun begitu, beberapa
pindaan disesuaikan
dengankonsep Raja
Berpelembagaan dan
Demokrasi Berparlimen
Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957
diperkenalkandan menjadi
asas kepada perlembagaan
negara kita pada hariini
Perlembagaan inilah menjadi
asas kepada sistem
RajaBerpelembagaan dan
Demokrasi Berparlimen
Page 12
Kesimpulan
Kita perlu mengambil ikhtibar dari
pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh
generasi terdahulu dalam menghayati erti
sedia berkorban, toleransi dan rela berkongsi
kuasa.
Permuafakatan social atau contract ini perlu
diterima oleh semua rakyat malaysia tanpa
perlu mempersoalkannya lagi.
Melalui pembudayaan sikap ini, secara
langsung ia dapat menghidarkan negara
Malaysia daripafa berada dalam keadaan
tidak stabil yang boleh merosakkan
perpaduan yang sudah sedia terjalin
Page 13
Rujukan
https://www.researchgate.net/profile/Nurhafilah
Musa/publication/334162575_ULASAN_PERUNDA
NGAN_PINDAAN_PERKARA_12_PERLEMBAGAAN_
PERSEKUTUAN/links/5d1aec1445851
https://www.studocu.com/my/document/sekolah
-menengah-kebangsaan-seri-sepang/skema-
spm/21-latar-belakang-sejarah-perlembagaan-
persekutuan/36869464
https://www.mytuition.live/wp-
content/uploads/2022/03/bab-2.pdf
Page 14
NAMA SKOP TUGASAN
SHAHIRUL Asas Pembentukan Perlembagaan
Undang- undang Negeri Melayu
ADAM
RAJA
MITRA
AMIRAH Perjanjian Malaysia 1963
Undang-Undang Inggeris
Latar Belakang Di Sarawak
Latar Belakang Di Sabah
Kesimpulan