The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-92331998, 2021-09-23 22:48:57

JAWAPAN MODUL BAB 13

SOALAN MODUL BAB 13

SOALAN MODUL
BAB 13

Meteoroid,
Asteroid, Komet

Disediakan oleh: Cikgu Hikmah



Campuran gas, ais, debu dan batuan yang bergerak
mengelilingi Matahari. Mempunyai dua bahagian, iaitu
kepala dan ekor

Batu dan logam besar yang bergerak mengelilingi
Matahari. Jalur asteroid terbentuk di antara
orbit Marikh dengan Musytari.

Batu dan logam kecil yang berasal daripada serpihan
asteroid dan komet. Terapung dan bergerak
mengelilingi Matahari.

Meteoroid yang memasuki atmosfera Bumi dan terbakar disebabkan
oleh geseran dengan udara.
Kelihatan seperti satu coretan cahaya dan disebut ‘tahi bintang’

Meteor yang tidak terbakar sepenuhnya dan dapat
sampai ke Bumi. Kawah akan terbentuk akibat
hentaman meteorit.

• Meteoroid yang memasuki atmosfera Bumi dikenali sebagai meteor.
• Geseran antara udara dengan meteor menghasilkan haba

menyebabkannya terbakar dan menghasilkan coretan cahaya di

langit.
• Pancuran meteor berlaku apabila banyak meteor memasuki Bumi

pada suatu masa.
• Meteor biasanya akan habis terbakar sebelum sampai ke Bumi.

Meteor yang tidak habis terbakar dan menghentam permukaan

Bumi dikenali sebagai meteorit.
• Kawah terbentuk akibat hentaman tersebut.

• Perlanggaran dengan asteroid yang bersaiz besar boleh menyebabkan kemusnahan

hidupan di Bumi.
• kesan hentaman menghasilkan kepulan debu yang sangat tebal sehingga

menghalang sinaran Matahari untuk sampai ke bumi.
• Bumi menjadi gelap dan sejuk sehingga tumbuhan dan haiwan tidak dapat

bertahan dan mati.
• Kemudian, apabila kepulan debu berkurang, gas-gas rumah hijau yang terhasil

menyebabkan kenaikan suhu yang melampau yang melebihi paras sebelum

hentaman.

• Komet hanya boleh dilihat dengan jelas dari Bumi semasa

berada hampir dengan Matahari.
• komet yang bersinar dan membentuk ekor yang panjang

berpunca daripada Matahari.

Orbit komet yang berbentuk elips membolehkan komet berada sangat dekat
dengan Matahari, kemudian berada jauh melepasi planet-planet.
Kelajuan komet akan bertambah apabila mendekati Matahari kerana
kekuatan tarikan graviti yang bertambah.

Kebaikan:
– sekiranya tepat, asteroid dipecahkan kepada serpihan kecil
– serpihan kecil ini akan terbakar semasa memasuki atmosfera Bumi
Keburukan:
– tembakan mungkin tidak tepat mengenai asteroid
– Serpihan asteroid yang ditembak mungkin terkena pada satelit
atau mengakibatkan kerosakan apabila menghentam bumi



Para saintis mendapatkan sampel objek di
tempat kejadian. Asal usul, komposisi dan
struktur sampel itu dikaji kerana meteroid,
asteroid dan komet mempunyai
ciri-ciri yang tersendiri.

Komet.
Jasad ini bergerak pada kelajuan yang tinggi maka hentaman pada
permukaan Bumi akan kuat.

Asteroid di luar lingkaran asteroid
mempunyai orbit yang berhampiran atau
bersilang dengan orbit Bumi.
Perlanggaran boleh berlaku kerana asteroid
dan Bumi berkemungkinan bertemu di titik
persilangan orbit itu.

• Satu kawah besar akan terbentuk dan seluruh kawasan

termusnah.
• Haba akan terhasil dan suhu permukaan Bumi meningkat.
• tumbuhan yang menjadi sumber makanan manusia dan haiwan

akan musnah
• Rantai makanan akan terganggu.
• Hidupan mengalami kepupusan.


Click to View FlipBook Version