SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU AMPUAN NAJIHAH
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA TAHUN 2022
TARIKH : 23 Mac 2022
MASA : 2.30 petang
TEMPAT : Dewan Bestari, SMK Tunku Ampuan Najihah
KEHADIRAN: Guru Kanan Sains & Matematik
1. Pn. Norsuzana binti Latif KP Sains
2. Pn. Siti Nur Hikmah binti Shaari
3. Pn. Fadillah binti Mohamed Makhbul
4. Pn. Izeliwani Binti Ismail
5. Pn. Nurul Afida Binti Mustafa
6. Pn. Rosmiza Binti Razali
7. En. Shah Faizal Bin Mohd Nadzir
URUSETIA:
1. Pn. Siti Nur Hikmah binti Shaari
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli panitia ke mesyuarat panitia kali
pertama bagi sesi persekolahan 2022/2023.
1.2 Tahniah kepada semua guru sains kerana telah menjalankan tugas dengan
sebaik mungkin dan menyelesaikan peperiksaan akhir tahun 2021, mengikut
jadual yang telah disediakan.
1.3 Perkongsian oleh pengerusi tentang Penataran Garis Panduan Tadbir Urus bagi
sekolah rendah dan sekolah menengah KPM.
• Nama : Malaysian School Governance (MySG)
• Konsep : MySG merupakan satu garis panduan pengurusan sekolah yang
komprehensif dan sistematik bertujuan untuk mengatasi isu kekaburan
peranan dan menyeragamkan pengurusan sekolah.
• Antara yang perlu difahami ialah jumlah waktu bekerja guru ialah 45 jam
seminggu
Perkara Kekerapan Jam Seminggu
20 jam
Pelaksanaan PdP 40 waktu x 30 minit
5 jam
atau 5 jam
3 jam
30 waktu x 40 minit 5 jam
38 jam
Sebelum PdP 1 jam x 5 hari 7 jam
45 jam
Selepas PdP 1 jam x 5 hari
Kokurikulum 60 minit x 3 waktu
Lain-lain/Tugas Rencam 1 jam x 5 hari
JUMLAH JAM BEKERJA
Waktu Rehat
JUMLAH KESELURUHAN WAKTU
BEKERJA
1.4 Ketua panitia boleh menggunakan maklumat berkenaan PCG mata pelajaran
masing-masing untuk merancang perbelanjaan panitia bagi penggal tahun 2022.
Tindakan : Ketua Panitia
1.5 Guru-guru perlu menyiapkan tugasan akhir tahun 2021 iaitu
1.5.1 melengkapkan PBD pelajar dan markah PAT 2021 sebelum 4 Mac 2022.
1.5.2 melengkapkan fail berkaitan terutama fail panitia yang harus disimpan di bilik
dokumentasi.
1.5.3 menghantar ke pejabat fail rancangan pelajaran harian yang lengkap dan
dimasukkan kedalam Fail Rekod Mengajar (fail besar).
Tindakan : Ahli Panitia
1.6 Mesyuarat Kurikulum kali pertama 2022 akan diadakan pada 11 Mac 2022
Tindakan : Makluman
1.7 Panitia perlu merancang sekurang-kurangnya 4 program kecemerlangan akademik
bagi tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan merancang program LDP guru yang
berkaitan dengan kecemerlangan PdPC.
Tindakan: Ketua Panitia
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PANITIA BILANGAN 3 TAHUN 2021
2.1 Minit Mesyuarat Bilangan 3 /2021 telah disahkan seperti berikut :
Cadangan: Pn. Rosmiza Binti Razali
Sokongan: Pn. Izeliwani Binti Ismail
3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 TIADA
4.0 PENGURUSAN PANITIA
4.1 Mesyuarat mengambil maklum akan keterangan bahawa:
4.1.1 Fail panitia perlu dikemaskini dan dilengkapkan mengikut senarai semak
4.1.2 yang telah diedarkan.
4.1.3 Laporan kecemerlangan akademik hendaklah lengkap dan difailkan.
Senarai pendigitalan KSSM seperti QR code juga perlu dibuat.
4.1.4 Fail panitia (fail putih) di pejabat juga perlu dilengkapkan. Dokumen yang
4.1.5 perlu dimasukan oleh Ketua Panitia ialah
• surat penggilan mesyuarat
• minit mesyuarat
• post mortem peperiksaan
Jadual waktu 2022/2023 sedang disediakan selepas perbincangan termasuk
mengambilkira opsyen setiap guru.
Perancangan Strategik, Pelan Taktikal dan OPPM, perlu dihantar kepada
GKMP pada atau sebelum 10hb Mac 2022 untuk semakan dan perlu
dihantar kepada Pengetua pada 15hb Mac selepas semakan dan
perbincangan dengan GKMP.
Tindakan : Ketua Panitia dan Ahli Panitia
4.2 Perancangan Program Kecemerlangan Akademik dan LDP 2022/2023 : Ketua
1 Bengkel Sains
2 Kelas Tambahan
3 Guru Muda
4 Latih tubi
5 Klinik Sains
6 Bengkel Teknik Menjawab SPM
7 Pemantapan Galus
8 Pecutan Akhir
9 Bengkel Sains
10 Kelas Tambahan
11 Guru Muda
12 Latih tubi
13 Klinik Sains
4.3 PCG – Baki peruntukan bagi tahun 2021 ialah RM 1254.30
Tindakan:
Panitia
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Mesyuarat mengambil maklum akan keterangan bahawa:
5.1.1 Murid yang dikuarantin kerana COVID-19, akan mengambil peperiksaan
pada minggu terakhir persekolahan 2021/2022. Guru-guru yang terlibat
perlu memastikan kertas soalan peperiksaan disediakan. Markah
peperiksaan akhir tahun perlu diserahkan kepada SU Peperiksaan selewat-
lewatnya pada
4 Mac 2022.
Tindakan : Guru terlibat
5.1.2 Penulisan RPH bagi tahun 2022/ 2023 adalah menggunakan e-RPH.
Tindakan:
Makluman
6.0 PENUTUP
Guru kanan mata pelajaran mengucapkan terima kasih di atas perhatian dan kerjasama
semua guru.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.
Disediakan oleh,
Ketua Panitia Sains
SMK Tunku Ampuan Najihah
23/03/2022