The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 3 PAKK1172 KUMPULAN 4

NUR HANUM BINTI MOHD SUKRI
NUR QASRINA UMAIRAH BINTI AZWAN

NUR FATIN IRDINA BINTI MOHAMAD SAIDI
NUR INTAN SYAMINA BINTI SAPARIN
NUR KHAIRUNNISA BINTI ABDL MUTALIB
NUR FATIN IRDINA BINTI MOHAMAD SAIDI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 963-3-hanum, 2022-05-11 00:44:00

KOLEKSI KISAH HAIWAN

TUGASAN 3 PAKK1172 KUMPULAN 4

NUR HANUM BINTI MOHD SUKRI
NUR QASRINA UMAIRAH BINTI AZWAN

NUR FATIN IRDINA BINTI MOHAMAD SAIDI
NUR INTAN SYAMINA BINTI SAPARIN
NUR KHAIRUNNISA BINTI ABDL MUTALIB
NUR FATIN IRDINA BINTI MOHAMAD SAIDI

Keywords: CERITA HAIWAN

SI KUDA YANG CERDIK
WATAK-WATAK : SI KUDA,SANG HARIMAU,SERIGALA,PAK SIANG

Pada zaman dahulu,di dalam perkampungan kecil bernama Kampung Balah Lapar,terdapat
seorang pengembala yang dikenali sebagai Pak Siang .Pak Siang tinggal di dalam rumah yang
sangat kecil dan hidupnya seperti kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Dia
mempunyai seekor kuda bernama Utara.Utara berkerja dengan sangat kuat untuk
penjaganya.Dia akan bekerja daripada siang hingga malam untuk mengangkat barang-barang
yang dibawa oleh saudagar-saudagar yang berlabuh di Kampung Balah Lapar
tersebut.Semakin lama semakin ramai orang menggunakan khidmat Utara untuk mengangkat
barang -barang dagangan lalu Pak Siang serta Utara dikenali ramai serta dihormati oleh semua
penduduk kampung.

Utara merupakan seekor kuda yang sangat istimewa kerana dia sangat cerdas dan
bersemangat waja.Pak Siang tahu bahawa Utara merupakan seekor kuda yang berjiwa
bebas.Dia suka berkeliaran di sekitar kawasan kampung apabila dia tidak mempunyai kerja dan
akan pulang ke kandang apabila matahari hampir terbenam.Sekian lama masa berlalu,Pak
Siang membeli seekor kuda baharu.Dia sangat mencintai Utara tetapi dia mengetahui bahawa
bebanan kerja yang dihadapi oleh Utara sangat banyak.Oleh itu,dia terpaksa membeli seekor
kuda lagi untuk mengurangkan beban kerja Utara.Pada suatu hari,ketika Utara dalam
perjalanan membawa barang-barang dagangan ke atas kapal ,dia tetiba terduduk di tengah
jalan dan mula bernafas berat

Utara: ekkk.ekkk.ekkkkkk

Pak Siang : Utara !!

Pada malam itu,Pak Siang tidak boleh tidur kerana dia tahu bahawa sudah sampai masanya
untuk dia melepaskan Utara pergi.Keesokkan harinya,Pak Siang membawa Utara ke dalam
hutan lalu Pak Siang membuka ikatan tali pada badannya.Utara berasa seronok lalu
mengayunkan ekornya berkali-kali.

Pak Siang : Wahai Utara ,engkau adalah kuda yang sangat bagus.Aku tidak akan dapat
membalas jasa kau.Kau tidak perlu bekerja lagi.Kau telah bebas sekarang.Aku akan selalu

merindukanmu wahai sahabatku,Utara.Pergilah mengembara dan menjelajahi hutan rimba
tersebut.

Lalu Utara membalas

Utara :ek..ekk.ekk

Pak siang : (ketawa) Jangan membuat aku berasa sedih Utara.Kau boleh pulang kepadaku bila-
bila masa sahaja.Kau mengetahui jalannya.

Utara berasa sedih untuk meningalkan Pak Siang tetapi dia juga bersemangat untuk meneroka
apa yang ada dihadapannya.Dia berjalan dengan riang sambil menikmati angin segar.Dia juga
tidak berasa takut.Utara minum air di sungai serta memakan rumput di kawasan
sekitarnya.Selepas itu,matahari mula terbenam.Utara mencari tempat yang selamat untuk
beristirahat lalu dia menjumpainya.

Utara :Wah gua itu merupakan tempat yang sesuai untuk aku beristirahat kerana berhampiran
dengan sungai.

Utara: Wah,malahan gua ini sangat besar dan cukup sesuai untuk aku.Oh,letihnya hari ini.

Utara mula tinggal di dalam gua.Dia minum air segar daripada sungai serta merumput di
kawasan sekitarnya lalu tidur dengan aman di dalam gua.Hari berlalu dengan pantas,Utara
mula menyukai kehidupannya di dalam hutan.Sebagai kuda peliharaan ,Utara merupakan
seokor kuda yang baik.Dia tidak menyedari bahawa hutan itu juga merupakan tempat tinggal
pelbagai jenis haiwan yang buas dan berbisa.Utara sedang seronok berjalan-jalan di kawasan
hutan sambil bernyanyi

LAGU

Aih gembira hati ini,

Dapat berjalan di hutan,

Bagaikan hutan ini,

Aku yang punya.

Kepada tuan aku,

Aku rasa seronok

Kerana dapat bebas

Di dalam hutan ini

Aih la la la la

Utara sangat seronok menyanyi sehingga dia tidak menyedari bahawa ada seekor serigala
yang selalu memerhatikannya.Serigala itu akan mengikuti Utara di belakangnya ke mana
sahaja dia pergi.Utara senang sibuk dengan perbuatan sehariannya sehingga dia tidak sedar
akan kewujudan serigala

Serigala :Wah wah begitu beraninya kuda ini berkeliaran di dalam hutan ini
bersendirian.Adakah dia tahu siapa yang sebenarnya tinggal di dalam gua tersebut?
Ha..Ha..Ha..Mari kita berseronok!

Bergerak menghampiri Utara

Serigala : Jalan jalan ke kota lama

Tidak lupa membawa rumpai

Assalamualaikum wahai kuda

Adakah kamu baharu di sini ?

Utara : Aku Utara.Aku sering datang kesini untuk merumput setiap hari.Aku tidak akan
menyebut diriku baru di sini .

Serigala :Oh.Ha..Ha..Ha. .Kamu pandai berjenakan wahai Utara.

Utara : Ha..Ha..Ha..Seekor serigala berkata aku pandai berjenaka juga sangat lawak.

Serigala: Wah Wah,beraninya kau mengejek ku wahai Utara.Aku adalah raja di dalam hutan
ini.Tempat yang kamu tinggal sekarang juga merupakan tempat aku.Semua haiwan di sini
tunduk kepada aku .Jika kau ingin hidup,kau perlu tunduk kepada aku Ha..Ha..Ha..

Utara :Memang aku baru di sini tetapi aku tidak akan percaya semua yang kau katakan.Dengar
sini,kau bukan ketua di hutan ini malah kau tidak mengetahui seberapa besar hutan ini

Musang berasa kesal dan berasa marah kepada Utara.Dia berjanji bahawa dia akan membalas
dendam.Utara juga sedar bahawa dia perlu lebih berhati-hati

Utara:Serigala itu tahu di mana aku tinggal itu bermaksud dia selalu memperhatikan diriku.Aku
juga tidak memimikirkannya sebelum ini dan gua itu juga pasti milik haiwan lain.Apa yang perlu
aku lakukan sekiranya pemilik itu kembali.Aku perlu berhati-hati.

Pada malam itu,bulan bersinar dengan terang.Ketika Utara berbaring di dalam gua,dia
mendengar sesuatu.Dia mengitip melalui lubang kecil dan melihat bayangan aneh .Mula-mula
dia berfikir bahawa itu adalah serigala yang datang untuk menyusahkannya tetapi ketika susuk
tubuh itu mendekat,Utara menggigil ketakutan kerana itu merupakan suara Sang Harimau.

Utara:Oh tidak ,gua ini rupanya milik Sang Harimau.Apa yang harus aku lakukan ?

Saat harimau semakin mendekat,Utara tidak berhenti menggigil

Utara :Tenang tenang.Ouh Ya,aku boleh melihatnya tetapi dia tidak boleh melihatku.(Dengan
suara yang garang dan kuat) HAHAHA! Biarkan dia datang.Apa masalah kau nanti dia akan
mendengar kita.Benar ,maaf tetapi lihatlah betapa besarnya dia.Tidakkah aku memberitahu mu
bahawa yang tinggal di sini cukup besar untuk kita berdua makan HAHAHA! Wah wah
kenyanglah kita nanti.

Harimau ketakutan terus berlari dengan laju masuk ke dalam hutan.Oleh itu ,tipu helah yang
dilakukan oleh Utara itu berhasil dan dia mengetahui bahawa dia perlu tenang dalam apa jua
situasi.

Keesokan harinya,Serigala sedang berjalan-jalan lalu terlanggar harimau

Harimau :Kau menakutkanku wahai serigala

Serigala :Aku menakutimu?tapi kau adalah harimau ?

Harimau :Ya memang aku harimau tetapi semalam aku menjumpai dua haiwan yang
menakutkan yang tinggal di guaku

Serigala :Apa?yang tinggal di dalam gua kau? besar dan menakutkan ? Di sana hanya ada
seekor kuda.Ha..HA..Ha..Aku selalu memperhatinya.Kau telah ditipu

Harimau : Aku tidak mempercayaimu wahai serigala

Serigala:Aku boleh membuktikannya.Ayuh kita lakukan sesuatu.Aku akan membantumu

Harimau :Betulkah?Bagaimana kalau kau melarikan diri ?

Serigala :Aku tahu.Mari kita mengikat tali di sekitar badan kita .Satu hujung keperutmu dan
lebihannya kepadaku.Dengan cara itu,kau boleh menarikku jika aku melarikan diri.Setuju ?

Harimau setuju lalu mereka mengikat tali disekeliling badan mereka dan mula berjalan menuju
ke gua.Serigala berasa seronok kerana dapat memberikan pengajaran kepada kuda dan
diberikan kepercayaan oleh Harimau.Ketika mereka semakin dekat dengan gua ,Utara
memerhatikan mereka .

Utara:Hmmm,dia fikir dia pintar

Serigala : Biarkan aku menguruskan perkara ini.Kau hanya perlu memasuki gua ini jika
dipintaku,Harimau.

Utara mendapat idea yang bernas

Utara: Wahai serigala,aku meminta kau membawa 2 ekor harimau tetapi kenapa kau hanya
membawa seekor sahaja ? Kami begitu lapar.Adakah kau berharap kami akan berkongsi
seekor harimau itu?

Harimau : Apa ? Kau rupanya bersekokong dengan mereka (nada marah)

Serigala : Tidak .Tidak.Ini tidak benar

Sang harimau terus melarikan diri tanpa mempedulikan teriakan serigala yang sakit akibat
badannya terikat dengan harimau.

Utara :Ha..Ha..Ha.Inilah pengajaran kepada serigala.Aku sudah belajar pengajaran yang sangat
bermakna hari ini.Kalau aku tidak bertenang tadi,sudah tentu aku tidak dapat mengusir mereka
sebentar tadi.

PENGAJARAN CERITA :

Kita mestilah sentiasa tenang tidak kira apa jua situasi yang berlaku



SEMUT YANG PEMALAS

Pada zaman dahulu, terdapat seekor semut yang berat tulang. Dia tinggal bersama semut
yang lain dalam satu busut. Apabila tiba masa untuk melakukan sesuatu kerja, dia akan curi
tulang dan mengelak daripada melakukan kerja dan membiarkan semut yang lain melakukan
kerjanya. Semut-semut di situ amat tidak menyukai semut tersebut kerana bagi mereka,
semut itu terlalu menyusahkan. Malah, haiwan-haiwan lain turut mengetahui perihalsemut
yang pemalas itu. Pada suatu hari, ratu semut menitahkan rakyat semut untuk melakukan
tugas menyimpan makanan seperti biasa.
Ratu Semut: Beta menitahkan supaya kamu semua menyimpan makanan untuk kesediaan

waktu kecemasan.
Semut: Makanan masa kecemasan? Tidak mengapalah, aku akan meminta makanan

daripada rakan-rakanku nanti sekiranya aku memerlukan. Sekarang aku mahu lari
daripada tugas itu. Tugas yang menyusahkan aku.
Semut tersebut mula melarikan diri seperti kebiasaannya supaya dia tidak perlu melakukan
tugas tersebut. Sekiranya makanan semut itu tidak mencukupi, maka dia akan meminta
makanan daripada semut-semut yang lain.
Maka, semut itu membuat keputusan untuk bersiar-siar di kejiranan haiwan yang lain.
Semasa bersia-siar, semut pemalas itu dapat melihat semua haiwan sedang bertungkus-
lumus menyimpan makanan kecemasan untuk keperluan sendiri.
Semut: Mengapa mereka terlalu rajin menyimpan makanan? Makanan tidak akan pernah
habis pun. Buat susah-susah sahaja mahu menyimpan.
Sedang bermonolog sendiri, seekor lebah yang sedang mengangkut madu daripada
sekuntum bunga menegur semut itu.
Si Lebah: Wahai si semut! Mengapa aku lihat engkau tidak menyimpan makanan? Atau

engkau sudah menyimpan makanan untuk persediaan nanti?
Semut: Aku malas mahu menyimpan. Buat apa aku nak simpan sedangkan makanan itu

tidak akan habis?
Si Lebah: Jangan berkata angkuh, semut. Jangan juga jadi pemalas. Kelak kau juga yang

akan rugi.

Semut: Aku tidak peduli. Jikalau makanan aku tidak nencukupi, tahulah aku untuk meminta
daripada rakan-rakanku yang lain.

Si Lebah: Ikut kau lah, semut. Jangan menyesal di kemudian hari.

Semut pun menyambung perjalanannya sehingga dia mendengar seekor tupai yang sedang
berkata sendiri. Tupai tersebut turut dikenali sebagai haiwan yang handal dalam berpuisi.
Sang Tupai: Wahai teman

Sudahlah engkau menyambung lena
Kelak pasti engkau yang merana.
Wahai teman
Jikalau engkau tidak berputih tulang
Kelak engkau yang berputih mata.
Semut: Wahai sang tupai, puisi apakah yang kau sedang baca?
Sang Tupai: Aku sedang membaca satu puisi tentang haiwan yang berat tulang.
Sesungguhnya, kelak haiwan itu akan merasakan kerugian akibat
kemalasannya itu.
Semut: Baiklah. Selamat tinggal.

Selepas daripada mendengar puisi itu, si semut yang pemalas tidak mengendahkan nasihat
tersebut. Semut itu menyambung lagi perjalanannya. Semut itu terhenti melihat seekor
kumbang yang sedang menggolekkan makanannya masuk ke dalam tempat tinggal. Semut
merasakan itu satu perbuatan yang memenatkan kumbang tersebut.
Semut: Wahai kumbang, tidakkah kau penat melakukan perkara sebegitu?
Kumbang: Tidak, wahai semut. Lagipula, aku sudah terbiasa dengan kerja aku ini. Jadi,

menggolekkan makananku sendiri tidak akan memenatkan aku.

Semut: Lihat sahaja padaku, walaupun aku tidak menyimpan makanan, tetapi aku tetap
akan mendapat makanan nanti.

Kumbang: Kau jangan berlagak sombong, semut. Belum tentu kau akan mendapat makanan
sekiranya kau menjadi seorang yang pemalas sebegini.

Warna-warna langit sudah pun bertukar menjadi oren merah.Semut yang pemalas itu pun
melangkah pulang ke sarangnya setelah matahari tenggelam. Dalam perjalanan pulang,
semut itu terdengar satu suara yang menyanyi. Nyanyiannya sungguh merdu dan semut
pemalas itu tertarik akan suara itu.
Burung: “Seseungguhnya orang yang malas itu akan rugi

Kawan akan lari
Tiada yang sudi
Untuk menemani”
Semut: Sungguh merdu suaramu itu, wahai si burung. Kau memang sungguh berbakat
dalam nyanyian.
Burung: Terima kasih wahai semut. Sungguh tinggi pujianmu itu.

Semut: Sama-sama wahai burung. Kalau begitu, aku berangkat dahulu. Selamat tinggal
burung!

Burung: Selamat tinggal.
Semut itu menyambung lagi perjalanannya untuk pulang. Usai sampai di tempat tinggalnya,
dia melihat rakan-rakannya yang kepenatan. Semut itu juga menyiapkan diri untuk tidur.
Semasa semut itu tidur, kedengaran bunyi guruh dan kelihatan kilat sambung-menyambung
di luar tempat tinggalnya. Juga terdengar suara kekalutan semut-semut lain di luar
sarangnya itu.

Ratu semut: Cepat! Cepat! Kita perlu berlindung di kawasan yang lebih tinggi. Sarang kita
akan ditenggelami air. Bawa Bersama kamu semua makanan-makanan yang
telah kita simpan.

Semut yang pemalas itu menyangkakan bahawa itu semua hanyalah satu ilusinya sahaja.
Maka, dia pun menyambung tidur dan tidak mempedulikan suasana yang kalut itu. Seekor
semut hitam mengejutnya dari tidur namun dia tetap tidak mengendahkan kejutan itu.

Semut hitam: Semut merah! Bangun! Kawasan ini sudah mahu ditenggelami air.

Semut: Jangan kacau aku tidur, semut hitam.

Semut hitam: Aku tidak mahu lagi mengejutkanmu. Biarlah kamu tenggelam di dalam air

yang arusnya kuat ini.

Semut hitam itu pun berlalu dan meninggalkan semut yang pemalas itu. Air yang semakin
naik itu sudah mencapai tahap bahaya. Semut yang pemalas itu barulah tersedar daripada
tidurnya dan mula terkapai-kapai untuk mencari tempat yang tinggi untuk berlindung.
Namun, semuanya bagaikan satu usaha yang sia-sia kerana dirinya makin laju dibawa arus.
Dia mula menjerit meminta pertolongan dengan kuat. Namun, tiada siapa yang
mempedulikannya dan malah tiada yang mendengarinya menjerit.

Semut: Tolong! Tolong! Tolong aku. Semut hitam, tolong aku, semut hitam.

Namun, semuanya sia-sia. Dia semakin tenggelam dan mula pasrah dengan takdir
sekiranya dia mati dibawa arus yang deras itu. Dia mula merasakan menyesal kerana
sikapnya yang malas itu membuatkan dirinya tiada kawan yang dapat membantunya ketika
susah.

Apabila semut itu mula merasakan lemah, dia terasa seperti ditarik oleh sesuatu. Semut itu
dapat melihat bahawa sang tupai yang handal itu menariknya. Semut tersebut berasa
bersyukur kerana dia telah diselamatkan walaupun bukan oleh rakan semutnya yang lain.
Semut: Huh…huh. Terima kasih kerana selamatkan aku, wahai sang tupai. Semua rakanku

tidak mempedulikanku apabila aku meminta pertolongan mereka.

Sang tupai: Tidak mengapa.

Semut: Aku kelaparan. Akan tetapi, aku tidak mempunyai makanan yang aku simpan untuk

kecemasan.

Sang tupai: Sebab itu aku beritahu supaya jangan jadi seekor yang pemalas. Kau tidak akan

mempunyai kawan sekiranya kau teruskan sikap malas kau itu. Sikap malas kau

itu hanya akan merugikan sendiri. Kau boleh berteduh dahulu di tempat aku ini

malam ini. Kau boleh makan dahulu makanan di tempatku ini.

Semut: Terima kasih banyak-banyak, sang tupai. Aku betul-betul minta maaf kerana
menyusahkan kau tumpangkan aku di sini.

Sang tupai: Ya, wahai semut. Sudahlah dengan keangkuhan dan sikap kemalasan kau itu.
Semut yang pemalas itu merasakan keinsafan dalam diri dan berjanji bahawa dia tidak akan
bermalasan lagi untuk melakukan kerja.

Wahai teman
Sudahlah engkau menyambung lena

Kelak pasti engkau merana.
Wahai teman

Jikalau engkau tidak berputih tulang
Kelak engkau yang berputih mata.

-TAMAT-


Click to View FlipBook Version