The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DISEDIAKAN OLEH" NUR AIN ZAFIRAH BINTI ROSLAN

PISMP TESL C JUN 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ain10-809, 2022-10-26 11:42:30

LAPORAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT CLEAN THE PARK

DISEDIAKAN OLEH" NUR AIN ZAFIRAH BINTI ROSLAN

PISMP TESL C JUN 2019

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM
KHIDMAT MASYARAKAT “CLEAN THE PARK!”

RINGKASAN PROJEK

JENIS PROJEK Khidmat masyarakat

JANGKA WAKTU/MASA 8.00 – 10.00 pagi (2 jam)

LOKASI Puteri Cental Park, Bandar Tasik Puteri,
Rawang, Selangor

PESERTA Penduduk taman perumahan Blok 6

JUMLAH PESERTA 10 orang

AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN

1. Bergotong-royong mengutip sampah di taman.
2. Memberi pendedahan kepada kepentingan pengurusan sampah yang betul.

KANDUNGAN MUKA SURAT
TAJUK

1.0 Pengenalan 1

2.0 Fasa Perancangan 1

2.1 Pemerhatian, kajian ringkas dll (cth: tinjauan awal) 1

2.2 Kertas kerja 2

3.0 Fasa Pelaksanaan 9

3.1 Persediaan sebelum projek bermula 9

3.2 Perbincangan mengenai proses pelaksanaan aktiviti gotong-royong 10

3.3 Penetapan dan pengagihan alatan yang diperlukan 10
3.4 Pembahagian kumpulan di kawasan-kawasan yang perlu 11
dibersihkan 12
3.5 Proses pengutipan sampah di sekeliling PCP

3.6 Pemantauan dan penyelenggaraan sampah secara berkala oleh 13
sukarelawan yang terlibat

4.0 Fasa Selepas Pelaksanaan 14

5.0 Analisis SWOT 14

5.1 Kekuatan 14

5.2 Kelemahan 14

5.3 Peluang 15
5.4 Ancaman 15

6.0 Cadangan penambahbaikan 15

7.0 Penutup 16

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
“CLEAN THE PARK!”

1.0 Pengenalan
Amalan gaya hidup lestari merangkumi pelbagai jenis aktiviti untuk melestarikan alam

sekitar. Salah satu program yang sering dilaksanakan ialah program khidmat masyarakat
di mana ia melibatkan suatu kumpulan yang mempunyai matlamat serta tujuan terhadap
satu komuniti tertentu. Kita dapat menyaksikan betapa program khidmat masyarakat ini
acap kali dipraktikkan terutamanya dalam usaha membendung pembuangan sampah
domestik yang semakin tidak terkawal terutamanya di kawasan awam. Sehubungan
dengan itu, Program Khidmat Masyarakat: “Clean the Park!” diperkenalkan sebagai
inisiatif untuk membersihkan sebuah taman rekreasi yang dikenali sebagai Puteri Central
Park (PCP) demi keselesaan penduduk Bandar Tasik Puteri yang tinggal di sekelilingnya.

Pembuangan sisa domestik lebih kerap dijumpai di PCP jika dibandingkan dengan
sampah bukan domestik. Muhamad Fiqrurazi Ahmad (2015) menjelaskan sampah
domestik sebagai bahan-bahan buangan yang dibuang dari rumah atau dapur. Contohnya,
botol, kaca, tin aluminium, beg plastik, kertas, pakaian buruk dan juga sisa makanan. Hal
ini terjadi kerana peningkatan kadar penjanaan sisa pepejal isi rumah adalah selaras
dengan perubahan gaya hidup masyarakat dan pertambahan jumlah penduduk dari hari
ke hari. Lau (2004) turut menjangka yang penduduk Malaysia secara puratanya akan
menjana 1.4 kg sampah per kapita dalam sehari pada tahun 2025. Oleh itu, penglibatan
masyarakat amatlah digalakkan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan peranan
mereka dalam isu ini agar pembuangan sampah di tempat awam dapat diminimumkan
semaksimum mungkin.

2.0 Fasa Perancangan
Fasa perancangan melibatkan perancangan kertas kerja cadangan. Pada fasa ini,

beberapa aspek dalam merangka kertas kerja cadangan turut dipertimbangkan seperti
matlamat dan objektif program, cadangan aktiviti pelaksanaan, anggaran perbelanjaan
serta peruntukan. Berikut merupakan kertas kerja cadangan yang telah dirangka bagi
menjayakan program ini:

1

KERTAS KERJA CADANGAN
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

“CLEAN THE PARK!”
DI

PUTERI CENTRAL PARK (PCP)

TARIKH: 16 OKTOBER 2022

DISEDIAKAN OLEH: NUR AIN ZAFIRAH BINTI ROSLAN

2

KANDUNGAN MUKA SURAT
TAJUK 4
1.0 Pengenalan 5
2.0 Matlamat 6
3.0 Objektif 6
4.0 Rasional 6
5.0 Cadangan pelaksanaan 6
5.1 Butiran program 7
6.0 Rancangan aktiviti
7.0 Carta alir pelaksanaan Program Khidmat Masyarakat “Clean the 7
Park!” di Puteri Central Park, Bandar Tasik Puteri, Rawang,
Selangor 8
8.0 Kewangan 8
8.1 Anggaran perbelanjaan 8
8.2 Peruntukan 8
9.0 Penutup

3

1.0 Pengenalan

Jika diteliti dengan lebih mendalam, masalah pencemaran sampah ini sudah lama
wujud di negara kita. Banyak pendekatan telah diguna pakai namun, tidak cukup berkesan
kerana tiada sokongan kuat daripada pelbagai pihak yang merangkumi kerajaan, badan-
badan NGO dan juga masyarakat. Oleh hal yang demikian, ilmu dan pengetahuan tentang
pengurusan sampah yang bijak haruslah disebarkan secara meluas. Secara umumnya,
pengurusan sampah dapat ditakrifkan sebagai suatu disiplin ilmu yang berkaitan dengan
kawalan penjanaan, penyimpanan, pengumpulan, pemindahan, pengangkutan,
pemprosesan dan pelupusan sampah di tapak pelupusan sampah dengan suatu kaedah
yang sesuai dengan asas kesihatan orang ramai, ekonomi, kejuruteraan, pemuliharaan,
estetik dan pertimbangan kepada alam sekitar (Nur Ain, 2018). Sekiranya pengurusan
sampah terbiar dan tidak diuruskan dengan berkesan, permasalahan yang lebih kronik
akan terjadi. Pembuangan sampah di kawasan terbuka misalnya akan mengakibatkan
pencemaran tanah manakala pembuangan sampah ke dalam sungai juga akan
mengakibatkan berlaku pencemaran air, saliran tersumbat dan banjir kilat.

Puteri Central Park atau lebih dikenali dengan singkatannya iaitu PCP merupakan
sebuah taman rekreasi awam yang disediakan khusus buat penduduk yang berhijrah ke
kawasan Bandar Tasik Puteri. Pada awal pembinaannya, taman ini kelihatan sangat indah
dan bersih dengan penjagaan yang rapi. Hakikatnya, rakyat Malaysia gemar mengambil
kesempatan untuk membuang sampah di merata-rata tempat. Pemikiran negatif ini telah
menyumbang kepada sikap endah tak endah yang semakin berleluasa antara pihak yang
tidak bertanggungjawab. Mereka bukan sahaja mengotorkan alam sekitar malah, mereka
juga menjadi penyebab utama kepada bau yang busuk di sekeliling PCP pada masa kini.

Beberapa tahun yang lepas, taman ini juga telah menjadi tapak perniagaan dan bazar
makanan. Kesannya, lebih banyak sampah yang dihasilkan oleh manusia yang tergolong
sebagai penjual dan juga pembeli. Sebagai contoh, apabila mereka telah makan makanan
yang dibeli, mereka membuang plastik ataupun bekas makanan polisterin begitu sahaja
tanpa mengira kesan yang bakal mendatang. Situasi ini mendorong kedatangan haiwan-
haiwan perosak seperti tikus dan lalat yang membawa kepada penyakit yang berbahaya
iaitu kencing tikus dan Taun. Tambahan pula, pembiakan nyamuk Aedes turut bertambah
di tempat pembuangan sampah sekitar kolam takungan yang menjadi sebahagian dari
taman ini. Situasi ini bukan sahaja mendorong kepada penyebaran penyakit demam
denggi yang meluas malah menjadi punca utama kepada korban-korban yang terjejas.

4

Justeru, program khidmat masyarakat: “Clean the Park!” diperkenalkan kerana ia
merupakan salah satu aktiviti lestari alam sekitar yang berupaya meningkatkan kesedaran
masyarakat akan kepentingan penglibatan mereka dalam menjamin penjagaan alam
sekitar. Menurut Amnah Saayah, Nor Nazimi, Aida Nasirah, Nur Surayya dan Nurhana
(2020), khidmat masyarakat dapat didefinisikan sebagai kerja-kerja kesukarelawanan
yang dijalankan untuk membantu masyarakat sekeliling yang memerlukan bantuan serta
mengurangkan beban mereka. Dalam konteks ini, seramai 10 orang sukarelawan
penduduk perumahan Blok 6 berganding bahu dalam mengutip sampah sebanyak
mungkin di sekitar PCP. Aktiviti gotong-royong ini diharapkan mampu meningkatkan
keselesaan penduduk lain agar mereka kekal melakukan riadah di taman tersebut.

2.0 Matlamat

Program ini dijalankan bertujuan untuk memupuk kesedaran penduduk setempat
tanpa mengira umur akan kepentingan aktiviti kemasyarakatan sebagai salah satu amalan
gaya hidup lestari bagi memastikan alam sekitar terpelihara. Kerja-kerja kemasyarakatan
mestilah dipraktikkan dengan bergotong-royong dari masa ke masa untuk meringankan
bebanan, memberi manfaat, dan kesejahteraan kepada komuniti tertentu. Aktiviti ini amat
digalakkan agar dilakukan secara berkumpulan dan berkala untuk memberi hasil dan
impak kepada komuniti yang menerima. Melalui kegiatan yang mulia ini, persekitaran yang
lebih indah dan teratur di PCP dapat direalisasikan. Taman ini adalah tempat di mana
ikatan hubungan silaturrahim antara keluarga, sahabat mahupun saudara-mara boleh
dikukuhkan.

Sejajar dengan itu, semua pihak seharusnya berusaha sebaik mungkin untuk
memelihara kebersihan dan keindahan PCP dengan mengajak jiran tetangga untuk
bergotong-royong. Bersangkutan dengan endemik denggi yang semakin hari semakin
rancak dalam mengganggu ketenteraman penduduk, sedikit sebanyak program khidmat
masyarakat ini turut membantu pihak berkuasa dalam membanteras pembiakan nyamuk-
nyamuk yang terhasil akibat takungan air di kawasan pembuangan sampah domestik yang
terbiar khususnya di taman awam yang disediakan. Setiap individu perlulah sedar bahawa
tanggungjawab menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama. Oleh sebab itu,
program khidmat masyarakat ini diwujudkan untuk memastikan penduduk setempat akan
berasa lebih selamat untuk beriadah di sekitar taman PCP kerana pengurangan sampah-
sampah yang tidak terusik.

5

3.0 Objektif
Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk:
i) Menyahut seruan masyarakat setempat supaya mengekalkan kelestarian alam
sekitar melalui aktiviti gotong-royong.
ii) Mendidik penduduk untuk menjadi lebih bertanggungjawab dalam pengurusan
sampah yang betul.
iii) Memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain bagi membersihkan
kawasan persekitaran yang didiami sesama mereka.

4.0 Rasional
Program khidmat masyarakat di taman rekreasi awam yang bakal dijalankan ini adalah

diharapkan supaya dapat menarik perhatian penduduk setempat untuk tidak membuang
sampah di merata-rata tempat dan menjadi lebih bertanggungjawab dalam menjaga
kebersihan bersama. Rentetan daripada kepelbagaian penyakit dan pencemaran yang
semakin tersebar, aktiviti gotong-royong mampu membantu mengurangkan
permasalahan ini lagi-lagi apabila kegiatan mengutip dan membuang sampah ke tempat
yang sepatutnya diamalkan oleh semua pihak. Tindakan yang diketengahkan boleh
memperindahkan lagi kawasan persekitaran dan melahirkan sebuah komuniti yang lebih
bahagia dan sejahtera.

5.0 Cadangan pelaksanaan
5.1 Butiran program
Tarikh: 16 Oktober 2022
Tempat: Puteri Central Park, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.
Sasaran: 10 orang sukarelawan daripada penduduk perumahan Blok 6
Cadangan nama program: Program Khidmat Masyarakat “Clean the Park!”
Keluasan tempat: 365 meter x 365 meter = 133225 meter persegi
Cadangan plastik sampah yang digunakan: 10 hingga 20 helai plastik

6

6.0 Rancangan aktiviti
Beberapa aktiviti akan dirancang bagi menjayakan program khidmat masyarakat ini.

Aktiviti-aktiviti tersebut merangkumi proses perbincangan mengenai tujuan sebenar aktiviti
gotong-royong, penetapan alatan yang diperlukan, pembahagian kumpulan di kawasan
yang perlu dibersihkan, proses pengutipan sampah di sekeliling PCP, pemantauan dan
penyelenggaraan sampah secara berkala oleh sukarelawan yang terlibat.

7.0 Carta alir pelaksanaan Program Khidmat Masyarakat “Clean the Park!” di Puteri
Central Park, Bandar tasik Puteri, Rawang, Selangor

Perbincangan mengenai
pelaksanaan aktiviti gotong-royong

Penetapan dan pengagihan alatan
yang diperlukan

Pembahagian kumpulan di
kawasan yang perlu dibersihkan

Proses pengutipan sampah di
sekeliling PCP

Pemantauan dan penyelenggaraan
sampah secara berkala oleh
sukarelawan yang terlibat

7

8.0 Kewangan Kuantiti Kos Jumlah
8.1 Anggaran perbelanjaan: 2 pek RM 5.00 RM 10.00

Item RM 0.80 RM 3.00
Plastik sampah

Sarung tangan serba 5 set
guna
JUMLAH RM13.00
KESELURUHAN

8.2 Peruntukan:
Peruntukan daripada: Sendiri

9.0 Penutup

Kebersihan PCP sepatutnya dijaga oleh penduduk yang berada di sekitarnya kerana
taman rekreasi awam ini disediakan bersesuaian untuk kemudahan mereka. Walau
bagaimanapun, setelah taman ini menjadi tempat perniagaan makanan, isu pembuangan
sampah semakin meningkat. Terdapat segelintir masyarakat yang menjadi lebih yakin
dengan kegiatan membuang sampah begitu sahaja kerana tiada tindakan atau denda
yang dikenakan terhadap mereka. Meskipun beberapa teguran dan nasihat diedarkan
oleh pihak berkuasa untuk mengingati mereka tetapi golongan ini tetap berkeras dengan
cara tersebut. Lantaran itu, pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat untuk membaiki dan
membersihkan semula PCP diharapkan dapat membuka mata komuniti yang terlibat
dalam memikirkan setiap perbuatan mereka terlebih dahulu sebelum bertindak. Intihanya,
aktiviti bergotong-royong yang melibatkan setiap ahli dalam masyarakat dapat menjadi
agen penyatu antara satu sama lain dan memudahkan proses program yang dirancang.
Semua penduduk di Bandar Tasik Puteri juga dapat menikmati aktiviti riadah bersama-
sama insan yang tersayang tanpa berasa risau akan bahananya.

Disediakan oleh,

Zaf
………………………………………….

(NUR AIN ZAFIRAH BINTI ROSLAN)

8

3.0 Fasa Pelaksanaan
Seterusnya, fasa semasa pelaksanaan pula melibatkan pelaksaan aktiviti bagi

program khidmat masyarakat ini seperti yang telah dirangka dalam kertas kerja cadangan
di atas. Aktiviti tersebut merangkumi proses perbincangan mengenai tujuan sebenar
aktiviti gotong-royong, penetapan alatan yang diperlukan, pembahagian kumpulan di
kawasan yang perlu dibersihkan, proses pengutipan sampah di sekeliling PCP,
pemantauan dan penyelenggaraan sampah secara berkala oleh sukarelawan yang
terlibat.
3.1 Persediaan sebelum projek bermula

Rajah 3.1 (a) Ketua memberi sedikit taklimat tentang
Tujuan aktiviti gotong-royong yang akan dijalankan
Pelaksanaan Program Khidmat Masyarakat “Clean the Park!” telah dijalankan pada
hari Ahad, 16 Oktober 2022. Program ini bermula dari jam 8.00 hingga 10.00 pagi dan
berterusan selama 2 jam. Ia melibatkan seramai 10 orang sukarelawan yang merupakan
penduduk perumahan Blok 6 yang sanggup bergotong-royong dalam membersihkan
taman yang terpilih demi kesejahteraan bersama. Sebelum projek bermula, semua

9

peserta dikehendaki untuk menandatangani borang kehadiran yang disediakan oleh
ketua. Seterusnya, sepertimana yang dapat dilihat pada Rajah 3.1 (a), ketua member
sedikit taklimat tentang tujuan program yang akan dijalankan. Hal ini dapat memberi
pencerahan kepada sukarelawan yang terlibat akan kepentingan program “Clean the
Park”.
3.2 Perbincangan mengenai proses pelaksanaan aktiviti gotong-royong

Ketua turut membincangkan mengenai proses pelaksanaan program ini bersama-
sama dengan peserta. Hal ini kerana, terdapat beberapa orang sukarelawan yang terdiri
daripada golongan anak muda yang masih bersekolah. Mereka memerlukan bimbingan
yang jelas agar projek ini dapat berjalan dengan lancar tanpa menimbulkan sebarang
konflik yang tidak diingini. Penegasan diberikan terhadap memupuk sikap bantu-
membantu dan kerjasama sesama mereka supaya kerja yang ditugaskan boleh
dipermudahkan. Para peserta juga dikehendaki untuk peka dengan arahan yang
diberikan oleh ketua supaya matlamat program tercapai iaitu membantu penduduk lain
menjadi lebih selesa dalam melakukan aktiviti riadah di taman awam yang disediakan.
3.3 Penetapan dan pengagihan alatan yang diperlukan

Rajah 3.3 (a) Barangan dan alatan yang digunakan
Kemudian, ketua menetapkan dan mengagihkan barangan dan alatan yang akan
digunakan kepada sukarelawan yang hadir ke program ini. Sebanyak 2 pek plastik
sampah dan 5 set sarung tangan serba guna telah dibeli bagi memudahkan proses

10

pengutipan sampah. Disebabkan bilangan peserta hanyalah seramai 10 orang maka,
mereka akan dibahagikan kepada 5 pasangan. Pada permulaannya, setiap pasangan
akan memperolehi 4 helai plastik sampah dan 1 set sarung tangan. Sekiranya mereka
lebih selesa untuk tidak mengenakan sarung tangan yang diberi, mereka diberi pilihan
untuk mengutip sampah dengan cara tersendiri iaitu dengan menggunakan tangan atau
peralatan sendiri seperti alat pengutip sampah atau lebih dikenali sebagai “garbage
picker”. Jelaslah bahawa program ini memberi kebebasan kepada peserta untuk
melakukan kegiatan yang dikehendaki tanpa sebarang sekatan.

3.4 Pembahagian kumpulan di kawasan-kawasan yang perlu dibersihkan

Rajah 3.4 (a) Tapak letak kereta Rajah 3.4 (b) Kolam takungan

Rajah 3.4 (c) Kawasan pejalan kaki Rajah 3.4 (d) Kawasan pejalan kaki –
berdekatan dengan tangga

11

Disebabkan keluasan PCP ini agak lapang, setiap pasangan akan bergerak kepada
kawasan berbeza yang telah ditetapkan. Pasangan yang pertama ditempatkan di tapak
meletak kenderaan seperti yang dapat dilihat pada Rajah 3.4 (a). Kawasan ini terjejas
dengan tong kosong yang dipenuhi air hujan dan bekas makanan polisterin bersama
plastik yang terbiar. Pasangan yang seterusnya pula akan bergerak ke kolam takungan
di Rajah 3.4 (b) yang tercemar dengan botol-botol plastik dan sampah oleh pihak yang
tidak bertimbang rasa dengan kelestarian alam sekitar. Kumpulan yang selebihnya akan
mengutip sampah-sampah di sekitar kawasan pejalan kaki yang dapat didemonstrasikan
pada Rajah 3.4 (c) dan (d).
3.5 Proses pengutipan sampah di sekeliling PCP

Rajah 3.5 (a) Antara peserta yang mengutip sampah di sekitar
tempat permainan kanak-kanak

Setiap pasangan berpecah dan bergerak ke tempat masing-masing dan memulakan
proses pengutipan sampah di sekeliling PCP. Mereka seharusnya membersihkan
kawasan yang ditetapkan dengan mengutip sampah sebanyak mungkin mengikut
kemampuan masing-masing. Rajah 3.5 (a) menunjukkan salah satu pasangan yang
meneruskan kegiatan mereka untuk mengutip sampah di luar kompaun kawasan mereka,
iaitu berdekatan dengan tempat permainan kanak-kanak.

12

Rajah 3.5 (b) Contoh sampah yang telah dikutip oleh peserta

Kebanyakan pasangan mengambil keputusan untuk berjalan mengelilingi PCP setelah
selesai dengan tugas di tempat yang ditentukan kerana mereka menjumpai variasi sisa
domestik yang dihasilkan oleh penduduk dari kawasan perumahan. Hal ini tercetus
apabila penduduk setempat membawa makanan atau barangan dari rumah mereka ke
taman rekreasi ini. Antara sampah yang diperoleh adalah sisa makanan yang sudah
rosak, pembungkus makanan yang telah reput dan majoritinya merupakan bekas
minuman plastik yang terpakai. Rajah 3.5 (b) menunjukkan contoh sampah yang telah
dikutip oleh para peserta yang terlibat dengan saksamanya.

3.6 Pemantauan dan penyelenggaraan sampah secara berkala oleh sukarelawan
yang terlibat

Rajah 3.6 (a) Pemandangan PCP setelah program berakhir

13

Setelah 2 jam berlalu, semua sukarelawan dipanggil untuk berkumpul semula di
tempat ketua mengadakan taklimat tadi. Mereka disarankan untuk memantau PCP lagi
sekali bagi memastikan tiada sampah yang tertinggal dan terbiar begitu sahaja. Mereka
juga digalakkan untuk melawat dan memerhati penyelenggaraan sampah di taman ini
agar penduduk lain dapat menjalani aktiviti riadah mereka dengan aman. Sebelum
bersurai, ketua mengucapkan tahniah dan berterima kasih atas pertolongan para peserta
dalam menjayakan program ini. Sampah-sampah yang diperoleh diasingkan oleh ketua
mengikut kategori di tong sampah kitar semula yang disediakan berdekatan kawasan
perumahan blok 6. Rajah 3.6 (a) menunjukkan kawasan di sekitar PCP yang kelihatan
lebih bersih dari sebelumnya. Gambar ini dirakam sehari selepas program khidmat
masyarakat ini dilaksanakan oleh ketua.

4.0 Fasa Selepas Pelaksanaan

Akhir sekali, fasa selepas pelaksanaan pula merangkumi perbincangan post-mortem
yang dijalankan pada akhir program. Perbincangan post-mortem tersebut melibatkan
pengenalpastian kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman dan cadangan
penambahbaikan. Penulisan laporan mengenai pelaksanaan program turut dilaksanakan
pada fasa selepas pelaksanaan ini.

5.0 Analisis SWOT (Kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman)

5.1 Kekuatan
Antara kekuatan yang dapat dikenal pasti dalam projek ini ialah sikap kerjasama yang

ditonjolkan oleh sukarelawan yang terlibat. Hal ini demikian kerana mereka boleh
menjalin permuafakatan yang kukuh untuk merealisasikan program yang diadakan
walaupun tidak begitu mengenali antara satu sama lain secara mendalam. Selain itu, para
peserta menolak perasaan jijik dan mementingkan kelestarian alam sekitar dengan
memberanikan diri untuk mengutip sampah-sampah yang terabai. Mereka juga sanggup
mengelilingi seluruh PCP berulang kali bagi memastikan semuanya telah bersih dan
bebas daripada pencemaran sampah yang telah menyebabkan kebimbangan dalam
kalangan komuniti untuk terus melawat satu-satunya tempat riadah mereka.

5.2 Kelemahan
Walaupun program khidmat masyarakat ini berhasil dijayakan, tetapi bilangan peserta

yang terlalu sedikit mengurangkan potensi untuk pengutipan semua sampah di sekitar
PCP secara efektif. Kesannya, para peserta hanya mampu mengutip sisa pepejal sahaja
berbanding dengan daun-daun kering yang berguguran. Ekoran daripada itu, program

14

lestari ini memerlukan gabungan tenaga masyarakat yang padu agar persekitaran yang
bersih boleh ditingkatkan sepanjang zaman.

5.3 Peluang
Program khidmat masyarakat yang diadakan memberi kesedaran awal kepada para

peserta akan kepentingan menjaga kebersihan dan keindahan taman awam yang telah
dibina oleh pihak berkuasa demi kesenangan bersama. Natijahnya, mereka akan lebih
berhati-hati dengan setiap tindakan mereka dan memilih untuk membuang sampah di
tempat yang sepatutnya. Mereka juga berkesempatan dalam menggunakan semula
sampah yang diperoleh bagi membentuk sesuatu yang berguna untuk kepentingan diri.
Misalnya, mengubah botol plastik kepada bekas letak pensel dan pen di rumah.

5.4 Ancaman
Antara ancaman yang berkaitan dengan program ini ialah kewujudan pihak yang tidak

bertanggungjawab dalam menguruskan sampah mereka. Pada realitinya, individu-individu
yang terbabit ini mengendahkan nasihat dan teguran yang ditujukan kerana kekurangan
pengetahuan tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang wajar
diketengahkan terutamanya oleh pihak berkuasa.

6.0 Cadangan penambahbaikan
Berdasarkan kelemahan dan ancaman yang telah dinyatakan, masyarakat Bandar

Tasik Puteri dicadangkan untuk menumpukan amalan hidup bersatu-padu dalam
membendung sebarang masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. Aktiviti bergotong-
royong yang telah tersemai dalam budaya bangsa mestilah diteruskan
kesinambungannya demi menjaga keindahan dan kelestarian alam sekitar yang
dianugerahkan kepada manusia. Keprihatinan oleh semua lapisan masyarakat adalah
mustahak bagi mengelakkan pengorbanan alam sekitar dalam arus pemodenan dan
pembangunan sesebuah negara.

15

7.0 Penutup
Secara tuntas, pelaksanaan program ini dilihat berjaya mencapai objektif yang telah

ditetapkan. Kelalaian sesetengah pihak terbukti membawa kesan yang buruk terhadap
taman awam yang ditempatkan untuk kemudahan komuniti setempat. Kini, setiap individu
memainkan peranan sama ada untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang
tertentu bagi membendung isu sampah yang semakin hangat diperkatakan. Saranan dan
galakan daripada pihak luar juga seharusnya lebih giat dengan menggunakan pelbagai
jenis media yang menjadi saluran informasi untuk menarik minat masyarakat dalam
memelihara dan memulihara alam sekitar. Semoga masyarakat yang madani dapat
dilahirkan hasil daripada penglibatan dalam aktiviti gotong-royong bagi membanteras
sebarang bentuk pencemaran dan ancaman kesihatan. Sesungguhnya, mencegah
sesuatu perkara adalah lebih baik daripada mengubati.

Disediakan oleh,
Zaf

………………………………………….
(NUR AIN ZAFIRAH BINTI ROSLAN)

16

Rujukan

Amnah Saayah Ismail, Nor Nazimi Mohd Mustaffa, Aida Nasirah Abdullah, Nur Surayya
Mohd Saudi, and Nurhana Mohd Rafiuddin. (2020). PEMBENTUKAN
KEPIMPINAN PELAJAR MENERUSI PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI DI
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA: FORMATION OF STUDENT
LEADERSHIP THROUGHT HE COMMUNITY SERVICE PROGRAMME AT THE
NATIONAL DEFENCE UNIVERSITY OF MALAYSIA. Zulfaqar Journal of Defence
Management, Social Science & Humanities.

Lau, V. L. (2004). Case study on the management of waste materials in Malaysia. In Forum
Geookol (Vol. 15, No. 2, pp. 7-14).

Muhamad Fiqrurazi Ahmad Shamsuri (2015). Masalah longgokan sampah kawasan
perumahan berteres kajian kes: Taman Universiti, Skudai, Johor (Doctoral
dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).

Nur Ain Abd Muin (2018). Pengurusan sampah di Kuala Lumpur, 1974-2004: Peranan pihak
kerajaan dan pihak awam (waste management in Kuala Lumpur, 1974-2004: The
role of government and the public). Asian Journal of Environment, History And
Heritage, 2(1).

Lampiran
• Link video pendek projek:
https://youtube.com/shorts/THF-raSONtk
• Link Google Drive hasil projek:
https://drive.google.com/drive/folders/1L_SoZj4Q9kMx1jOVXdP2ILsXOTJVtSAI?usp=sh
aring
• Maklum balas pihak luar:


Click to View FlipBook Version