The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Khadijah Ahmad, 2022-05-18 02:51:21

RAJA RIMBA YANG PENYAYANG

KHADIJAH BINTI AHMAD (290314)

KHADIJAH

Biar kasar diluar, tapi indah didalam

Pada suatu hari, Raja Rimba

bersiar-siar di dalam sebuah hutan.

Raja Rimba terasa sunyi kerana

hidup keseorangan. Semua

binatang tidak suka padanya.

Bosannya hari ini,
semua tak nak kawan
dengan aku. Hmmmm.

~T_T~

Dihujung pokok sana

terdapat seekor Raja Rimba

yang kesedihan, lalu Sang

Gajah terus menegur Raja

Rimba.

Ehh ada Raja Rimbalah,
kenapa nampak macam

sedih je tu?

"Hai Raja Rimba, kenapa engkau
duduk dengan muka yang sedih
?" Tanya Sang Gajah kepada
Raja Rimba.

"Ehh Sang Gajah ! Aku rasa sedih
kerana semua haiwan tak mahu
berkawan dengan aku. Semua takut
dengan aku." Kata Raja Rimba.

"Kesiannya engkau Raja Rimba,
sampai hati mereka berkata begitu.
Tidak mengapa, aku sudi berkawan
dengan engkau". Kata Sang Gajah

"Wahhh !! Terima kasih Sang Gajah
kerana sudi jadi kawan aku. Aku janji
akan sentiasa bantu engkau." Balas
Raja Rimba.

Akhirnya, Raja Rimba telah
menemui seekor binatang yang ingin
berkawan dengannya iaitu Sang
Gajah. Persahabatan Raja Rimba
dan Sang Gajah tidak kekal lama
akibat salah faham yang berlaku.

Pada suatu petang, Sang Kancil menemui
Sang Gajah lalu berkata "Kau berani
berkawan dengan Raja Rimba wahai Sang
Gajah ?".

"Kenapa kau berkata begitu wahai Sang
Kancil.?" Tanya Sang Gajah pula.

''Takkan engkau tidak tahu yang Raja
Rimba suka makan anak haiwan seperti
kita. Dia juga suka cederakan manusia. Jadi
berhati-hatilah wahai Sang Gajah. Takut
engkau menyesal di kemudian hari." Kata
Sang Kancil kepada Sang Gajah.

Betul juga khabar yang dikatakan oleh
Sang Kancil. Aku perlu menjauhkan
diri dari dia. Fikir Sang Gajah.

Sedang asyik Sang Gajah memikirkan kata-kata
sang kancil, tiba-tiba Raja Rimba datang
menyapa. ''Hai Sang Gajah, apa khabar? Lama
tak nampak kau, mana kau menghilang.?" Tanya
Raja Rimba kepada sahabatnya.

'"Pergi kau Raja Rimba dari sini, aku tak ingin
melihat wajah kau lagi ! Jangan pernah muncul
depan aku lagi. Aku tak suka haiwan ganas seperti
kau.'' kata Sang Gajah dengan angkuhnya kepada
Raja Rimba.

''Baiklah kalau itu permintaan kau sahabat, aku akan
pergi tapi ingat aku akan sentiasa pegang janji kita
dahulu. Aku akan tetap ada bersamamu. Jaga diri
baik-baik Sang Gajah." Pesan Raja Rimba kepada
Sang Gajah sebelum berlalu pergi dengan hati yang
hiba.

Pada keesokkan harinya, Sang Gajah dan haiwan-
haiwan lain bersiar-siar di dalam hutan yang
indah itu. Tiba-tiba tanpa mereka sedar, ada
sekumpulan pemburu yang sedang memerhati
gerak geri mereka.

Sang Kancil yang sedar akan kedatangan pemburu
itu terus menjerit dan lari bertempiaran untuk
menyelamatkan diri. "Rakan-rakan mari
selamatkan diri, ada sekumpulan pemburu ingin
menangkap kita." Jerit Sang Kancil.

Semua haiwan berlari bertempiaran untuk
menyelamatkan diri dari ditangkap dengan
sekumpulan pemburu. Sang Gajah tak dapat
melarikan diri kerana berat dan saiz badannya yang
besar. Akhirnya, sang gajah di tangkap oleh
pemburu itu. Sang Gajah berasa amat takut.

Raja Rimba yang terdengar akan jeritan Sang
Gajah dan bunyi tembakan terus berlari untuk
menyelamatkan Sang Gajah. Akibat daripada
pertolongan itu, Raja Rimba terkena tembakan
yang dilepaskan oleh pemburu tersebut. Raja
Rimba pengsan setelah terkena tembakan itu.

Sang Gajah amat terkejut dengan kehadiran
Raja Rimba yang datang menyelamatkannya.
Sang Gajah menangis teresak-esak melihat
keadaan Raja Rimba yang terbaring tidak
sedarkan diri itu.

"Bangunlah Raja Rimba, janganlah tinggalkan
aku seorang diri. Kau kata kau akan sentiasa
ada dengan aku, cepatlah sedarkan diri.
Huwaaa !!!" Kata Sang Gajah sambil menangis
teresak-esak.

"Janganlah menangis wahai sahabat, sudah
menjadi tugas aku untuk menyelamatkan
kau dari sebarang marabahaya. Mana ada aku
pergi tinggalkan kau, aku cuma pengsan
akibat terkejut terkena peluru kapur yang
digunakan oleh pemburu itu." Balas Raja
Rimba sebaik sahaja terdengar Sang Gajah
menangis.

''Maafkan aku Raja
Rimba. Cepatlah
sedar. "

"Ehh kau sudah sedar Raja Rimba. Mujurlah
kau tidak cedera parah. Terima kasih kerana
sudah menyelamatkan aku daripada dibunuh
oleh pemburu itu tadi. Aku minta maaf atas
sikap aku tempoh hari kerana menuduh kau
yang bukan-bukan." Kata Sang Gajah kepada
Raja Rimba.

"Tidak mengapa wahai Sang Gajah, aku sudah
lama memaafkan kau. Kau tidak ada salah
dengan aku, aku sayang kau sama macam aku
sayang keluarga aku. Kita buang yang keruh
dan ambil yang jernih". Balas Raja Rimba
kepada Sang Gajah.

Sesungguhnya apa yang dikatakan Sang Kancil
dan haiwan lain tempoh hari adalah palsu
belaka. Kau adalah seekor Raja Rimba yang
penyayang dan berhati mulia. Aku suka
berkawan dengan kau." Kata Sang Gajah
kepada Raja Rimba.

Disebabkan peristiwa itu Raja Rimba dan Sang
Gajah berkawan baik dan hidup bahagia di
dalam hutan yang indah itu.

TAMAT

PENGAJARAN

1. Jangan mudah berprasangka buruk terhadap
orang lain.

2. Sentiasa menolong orang lain yang dalam
kesusahan

3. Jangan menilai seseorang dari luaran, tetapi
kenalilah seseorang dari dalamannya.

4. Sentiasa menjadi seorang yang pemaaf dan
tidak suka berdendam.

KHADIJAH


Click to View FlipBook Version