The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mariati2612, 2021-10-29 22:01:11

KESAN PENGGUNAAN ALAT TELEKOMUNIKASI

KESAN PENGGUNAAN ALAT TELEKOMUNIKASI

DISEDIAKAN OLEH:

2 MAWADDAH

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua Maktab
Mahmud Alor Setar,Puan Zaiton kerana memberi kebenaran kepada saya
dan rakan-rakan yang lain untuk menjalankan kerja lapangan ini dengan
jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru geografi saya,iaitu
Puan Asiah kerana telah memberi bimbingan,tunjuk ajar dan nasihat
sepanjang kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya,iaitu
Abdullah Bin Yahya dan Mariati Binti Abdul Ghani yang sentiasa memberi
sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja lapangan ini.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan saya
yang telah membantu saya dalam menyiapkan kerja lapangan ini.

PENDAHULUAN

Kerja khusus ini adalah tugasan yang wajib dilaksanakan oleh semua pelajar
tingkatan 2. Saya telah diberikan tajuk ‘’kesan penggunaan alat
telekomunikasi’’. Saya menjalankan kajian ini di Taman Gunung
Ledang.Taman Gunung Ledang dipilih sebagai kawasan kajian saya ialah
kerana saya menginap di sini. Ini akan memudahkan satu kajian yang
berkesan dapat dijalankan.Kesan penggunaan alat telekomunikasi banyak
memberi kemudahan kepada penduduk setempat.Tempoh masa yang saya
ambil untuk menyiapkan kerja lapangan ini ialah selama 4 minggu.
Pengumpulan data dan maklumat yang diperlukan dalam kerja lapangan ini
dilakukan pada waktu lapang selepas pembelajaran secara maya. Manakala
penulisan laporan pula dijalankan pada waktu pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran geografi secara maya.

OBJEKTIF KAJIAN

Saya melakukan kajian tentang ‘’kesan penggunaan alat telekomunikasi’’di
Taman Gunung Ledang untuk mencapai objektif yang berikut:
1.Menghuraikan konsep alat telekomunikasi.
2.Menghuraikan jenis-jenis alat telekomunikasi yang digunakan di Taman
Gunung Ledang.
3.Melukis peta lakar.
4.Menghuraikan kesan negatif penggunaan alat telekomunikasi di Taman
Gunung Ledang.
5.Menghuraikan cadangan cara penggunaan alat telekomunikasi secara
beretika.

KAWASAN KAJIAN

LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian yang dipilih iaitu Taman Gunung Ledang. Ianya terletak di
mukim Pengkalan Kundor dan hanya 5 kilometer daripada bandar Alor
Setar. Terdapat beberapa ciri fizikal yang ada di kawasan kajian saya.
Antaranya ialah sawah padi.

Ciri budaya yang terdapat di sekitar kawasan kajian saya adalah kedai runcit
dan petempatan.Terdapat jaringan jalan raya yang memudahkan
perhubungan antara satu destinasi ke destinasi lain.

PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan beberapa kaedah dalam menjalankan kajian
ini.Antaranya ialah:
1.Pemerhatian:Saya telah membuat pemerhatian di kawasan kajian untuk
mengenal pasti ciri-ciri fizikal dan ciri-ciri budaya di kawasan kajian.
2.Temubual:Saya telah menemubual…..orang responden untuk
mendapatkan maklumat tentang tugasan ini.
3.Soal Selidik:Saya telah memberi soal selidik kepada…..orang responden
untuk mendapat maklumat tentang tugasan ini.
4.Rujukan:Saya telah melayari beberapa laman web untuk mendapatkan
maklumat tentang kajian dan membuat rujukan berdasarkan buku teks.

HASIL KAJIAN

KONSEP ALAT TELEKOMUNIKASI

Mengikut Wikipedia,telekomunikasi pada dasarnya merupakan komunikasi
elektronik jarak jauh, sama ada satu atau dua hala.Ini termasuklah
komunikasi menggunakan radio,televisyen,telefon dan komputer.
Sistem telekomunikasi pula merupakan semua sistem atau komponen yang
terlibat dalam proses penghantaran maklumat tersebut.

MENGHURAIKAN JENIS-JENIS ALAT TELEKOMUNIKASI
YANG DIGUNAKAN DI TAMAN GUNUNG LEDANG

Terdapat banyak alat telekomunikasi.Berdasarkan soal selidik/temu
bual,berikut adalah alat telekomunikasi yang responden berikan.

1.Mesin faks

Teknologi telekomunikasi yang digunakan untuk memindahkan salinan
dokumen menggunakan mesin faks yang disambungkan dengan rangkaian
telefon.

2.Komputer

3.Telefon pintar

MENGHURAIKAN KESAN NEGATIF PENGGUNAAN ALAT
TELEKOMUNIKASI DI TAMAN GUNUNG LEDANG

Saya telah membuat beberapa pemerhatian tentang kesan negatif
penggunaan alat telekomunikasi di sekitar kawasan Taman Gunung
Ledang.Berikut adalah kesan-kesannya:

1.Penyebaran Maklumat Berunsur Negatif

Melalui soal selidik/temu bual dengan responden,perkembangan sistem
telekomunikasi di kawasan kajian mendapati banyak maklumat berunsur
negatif seperti keganasan,hasutan dan khabar angin sukar ditapis serta
berleluasa tanpa kawalan.

Sebagai contoh,maklumat tentang data kes COVID-19 yang telah berlaku di
sesuatu kawasan disebarkan tanpa merujuk kepada data sahih dari KKM
dan MKN.Ini boleh menyebabkan maklumat tersebut menjadi satu khabar
angin di atas talian secara berleluasa

2.Hilang fokus ketika sesi pembelajaran
Salah satu impak negatif kepada remaja ialah remaja akan hilang fokus
ketika sesi pembelajaran.Hal ini berlaku disebabkan oleh sikap ketagih
mereka dan gagal menguruskan masa dengan baik.
Sebagai contoh,ada remaja yang berbual dengan rakan-rakan melalui laman
sosial sehingga lewat malam sehinggakan mereka mengantuk di dalam
kelas.

MENGHURAIKAN CADANGAN CARA PENGGUNAAN ALAT
TELEKOMUNIKASI SECARA BERETIKA

Disini saya membuat beberapa cadangan untuk penggunaan alat
telekomunikasi secara beretika.Antaranya ialah:
1.Menggunakan pengaruh laman web rangkaian sosial popular untuk tujuan
kebaikan seperti mengumpul derma/dana.
2.Tidak mengeksplotasi maklumat dan data peribadi pihak lain.
3.Tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu atau diragui kesahihannya
yang boleh menggugat ketenteraman awam.

RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya, terdapat banyak alat telekomunikasi seperti telefon
pintar yang digunakan oleh orang ramai khususnya di kawasan kajian saya.
Alat telekomunikasi ini mempunyai banyak kepentingan,antaranya ialah
untuk mengeratkan silaturahim.

Seterusnya,penggunaan alat telekomunikasi telah memberi banyak kesan
positif seperti mendapatkan maklumat dengan mudah dan pantas.Walau
bagaimanapun,terdapat juga kesan negatif terhadap penggunaan alat
telekomunikasi ini seperti penyebaran maklumat berunsur negatif.

Sama-samalah kita berusaha untuk menggunakan pelbagai alat
telekomunikasi dengan betul dan elakkan menyebar berita-berita atau
maklumat tidak tepat kepada orang ramai.

RUJUKAN

BUKU

Chong Mui Sen & Azizan Abu Samah.(2003).Geografi KBSM Tingkatan
2.Rawang.Percetakan Saufi .

Hisham Azman bin Ibrahim, Mohamad Khairun bin Ahmad,2017 . Buku
Teks Geografi Tingkatan 1 . Kuala Lumpur. Era Visi Sdn. Bhd.

LAMAN WEB

http://bukutekskssm.my/Geografi/Laporan.pdf

https://karangan.net/contoh-karangan-kesan-buruk-penggunaan-alat-
telekomunikasi/

https://www.youtube.com/watch?v=w5htc7-FKhg

https://www.youtube.com/watch?v=qLp5apNrnJM

https://www.youtube.com/watch?v=3EcFcq96vPg

LAMPIRAN

Lampiran 1:Surat Makluman kepada Ibu Bapa/ Penjaga

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR,
05050 ALOR SETAR, KEDAH

Rujukan kami :

Tarikh :

Kepada,
Ibu/ Bapa/ Penjaga

Tuan,

KERJA LAPANGAN MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 2

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

2. Semua murid tingkatan 2 Mawaddah sekolah ini akan terlibat dalam kerja
lapangan mata pelajaran Geografi bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Hasil kerja lapangan ini merupakan sebahagian daripada pentaksiran sekolah.
Bagi tujuan ini, semua murid akan menjalankan kerja lapangan di luar waktu
persekolahan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

4. Dimaklumkan juga bahawa kerja lapangan akan dijalankan pada 1 September
2021.

Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………..

Pengetua,
Maktab Mahmud Alor Setar
………………………………………………………………………………….………………….

(Keratan Jawapan)

Saya Abdullah bin Yahya, No Kad Pengenalan 700402026017 ibu/ bapa/ penjaga
kepada murid bernama Nurul Anisya Aina binti Abdullah, Tingkatan 2 Mawaddah
membenarkan / tidak membenarkan anak jagaan saya menjalankan kajian kerja
lapangan pada tarikh tersebut.

Tandatangan : Abdullah Nombor Telefon: 0124629269

Lampiran 2 :Surat Akuan Diri Murid

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR,

05050 ALOR SETAR, KEDAH

……………………………………………………………………………………….

Rujukan kami:

Tarikh :

Kepada sesiapa yang berkenaan,

Tuan,

KERJA LAPANGAN MATA PELAJARAN GEOGRAFI

Pembawa surat ini Nurul Anisya Aina bt Abdullah , No Kad Pengenalan 070124-04-
0244 ialah seorang murid Tingkatan 2 Mawaddah di Maktab Mahmud Alor Setar. Murid
ini sedang melaksanakan kerja lapangan Kurikulum StandardSekolah Menengah
(KSSM) Geografi.

2. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati jikapihak tuan dapat
memberikan kerjasama kepada murid ini untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

3. Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………….
Pengetua,
Maktab Mahmud Alor Setar.

Lampiran 3 :Surat Perakuan Murid Tentang Keaslian Kajian
Saya memperakui bahawa kajian bertajuk Kesan Penggunaan Alat Telekomunikasi di
Taman Gunung Ledang ini ialah hasil kerja saya sendiri.
Saya dengan ini mengaku bahawa kajian ini adalah asli. Saya ialah satu-satunya penulis
kajian ini.

Yang benar,
Nurul Anisya Aina
(Nurul Anisya Aina)

Disahkan oleh,

Farrah Ayuny

(Farrah Ayuny bt Fadzil)

Tarikh: 30 Oktober 2021


Click to View FlipBook Version