TUGASAN 2 - PENGHASILAN PRODUK EDUP 3153 - PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN NAMA: NUR AIN SOFEA BINTI MOHD KHAIDI KELAS : 22S AMBILAN: JUN 2021/2026 ANGKA GILIRAN : 2021252340645 PENSYARAH : DR MAHAYA BINTI SALLEH
ISI KANDUNGAN PENGENALAN PENILAIAN INSTRUMEN 1 : LEMBARAN KERJA PENILAIAN INSTRUMEN 2 : GAMBAR AKTIVITI PENILAIAN INSTRUMEN 3 : SENARAI SEMAK PENUTUP RUJUKAN LAMPIRAN
PENGENALAN
Pentaksiran merupakan suatu proses untuk mendapatkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid dan ia merangkumi berapa peringkat prosedur yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat penghakiman terhadap nilai , tahap, atau prestasi murid dalam pengajaran dan pembelajaran ( Miller , Lin & Gronlund , 2009). Justeru , peringkat dalam pentaksiran dan penilaian berlaku secara sistematik dan berterusan supaya tahap perkembangan murid dapat direkodkan secara menyeluruh dan holistik. ( Assim , 2022). Dengan adanya pentaksiran dalam bilik darjah , guru akan dibekalkan dengan maklumat prestasi murid dan sekaligus guru juga dapat mengenal pasti punca kelemahan dan motivasi murid. Oleh itu, guru akan berusaha untuk meningkatkan kulaiti pengajaran supaya dapat membantu dalam meningkatkan penguasaaan murid terhadap topik yang dinilai (Popham, 2020). Pentaksiran yang boleh dijalankan kepada murid adalah melalui penggunaan instrumen pentaksiran seperti skala kadar, gambar aktiviti, senarai semak, lembaran kerja dan sebagainya untuk mengumpul maklumat murid dalam bentuk kuantitatif mahupun huraian kuantitatif ( Mahaya et al., 2024).
INSTRUMEN 1: LEMBARAN KERJA
Instrumen dinilai berdasarkan aspek : Instrumen : Lembaran kerja Kaedah pentaksiran: Pentaksiran secara bertulis Aktiviti : Mewakilkan bilangan duit syiling kepada nilai wang RM 1 yang setara Tajuk pdp : 4.0 wang ( Tahun 1) SK : 4.1 Wang kertas dan duit syiling. SP : 4.1.2 Mewakilkan nilai wang- i) Sen hingga RM 10 dan ii) Ringgit hingga RM 10. Spi : TP 1 - menyatakan dan mewakilkan nilai duit syiling kepada nilai wang RM 1 yang setara dan nilai ringgit hingga RM 10 yang setara.
LEMBARAN KERJAMURID TAHUN 1 ( TOPIKWANG )
Instrumen itu menunjukkan hasil lembaran kerja murid berkaitan dengan topik yang diajar dalam mata pelajaran matematik. Ia merupakan kaedah pentaksiran secara bertulis dan digunakan untuk mentaksir murid tahun 1 dalam aspek penulisan jawapan. Daripada instrumen itu , didapati aktiviti yang dilaksanakan oleh guru adalah berpusatkan bahan di mana guru menggunakan lembaran kerja sebagai bahan untuk menilai tahap kemahiran dan penguasaan murid dalam topik matematik yang diajar. Dalam pada itu, kebolehan murid untuk memberikan jawapan secara bertulis kepada soalan dalam lembaran kerja membolehkan guru membuat penilaian terhadap tahap kefahaman murid tentang topik yang diajar. Justeru, lembaran kerja juga sesuai digunakan bagi melaksanakan aktiviti yang memerlukan murid untuk membuat perwakilan seperti mewakilkan nilai bagi duit syiling kepada nilai wang RM 1 yang setara dengannya dan nilai wang ringgit hingga RM 10 yang setara sebagaimana yang ditunjukkan dalam lampiran lembaran kerja. Hal ini demikian kerana, terdapatnya gambar duit syiling dan wang RM 1 yang disediakan sebagai panduan kepada murid tahun 1 untuk menjawab soalan yang diberikan dalam lembaran kerja tersebut. Seterusnya, kaedah pentaksiran yang menggunakan lembaran kerja juga adalah sesuai dengan topik wang tahun 1 kerana topik tersebut juga terdapat di dalam DSKP dan buku teks. Dengan kata lain, lembaran tersebut membantu murid tahun 1 untuk faham tentang kandungan yang diajar dalam topik wang.
Menerusi hasil lembaran kerja ini , guru juga dapat menilai sejauh manakah kefahaman dan penguasaan murid terhadap topik wang melalui pernyataan jawapan murid dalam bentuk tulisan. Walau bagaimanapun , lembaran kerja tersebut kurang sesuai kerana ia tidak dapat membantu guru untuk membuat penilaian yang sepenuhnya terhadap tahap kefahaman dan penguasaan murid yang sebenar dalam konsep perwakilan nilai wang melibatkan sen hingga RM 1 dan ringgit hingga RM 10. Hal ini demikian kerana , murid yang tidak memahami konsep perwakilan nilai wang masih boleh menjawab dengan baik soalan tersebut dengan hanya menyatakan bilangan duit syiling berpandukan gambar duit syiling yang diberikan dalam soalan tersebut. Keadaan itu menyebabkan guru tidak dapat mengenal pasti antara murid yang pandai dengan murid yang lemah. Selain itu, lembaran kerja itu memenuhi standard kandungan (SK) dan standard pembelajaran ( SP) bagi topik wang dalam DSKP Matematik Tahun 1 dimana SK adalah 4.1 wang kertas dan duit syiling dan SP pula adalah 4.1.2 – i) mewakilkan nilai wang bagi sen hingga RM 1 dan ii) Ringgit hingga RM 10 . Kaedah pentaksiran yang digunakan ini adalah untuk mentaksir murid tahun 1 dari segi kemahiran membuat perwakilan nilai wang sen hingga RM 1 .Lembaran kerja itu memenuhi objektif pembelajaran yang ditetapkan dalam RPH kerana sp selari dengan objektif pembelajaran dan kemahiran yang hendak dinilai daripada murid. Standard prestasi murid daripada hasil lembaran kerja ini adalah berada pada TP 1 kerana murid hanya perlu menyatakan perwakilan yang melibatkan duit syiling ( sen ) hingga wang RM (ringgit) dengan memberikan kuantiti bilangan wang syiling yang ditunjukkan. Namun . terdapat juga murid yang tidak dapat nejawab soalan dengan betul dan ianya menunjukkan bahawa murid masih lemah dalam pengiraan yang melibatkan perwakilan wang.
Daripada lembaran kerja itu , kemahiran kognitif murid yang dinilai hanyalah berada pada tahap C1 dalam Taksonomi Bloom iaitu murid hanya dapat mencapai tahap mengingat di mana soalan tersebut hanya menghendaki murid untuk menyatakan bilangan duit syiling yang dapat diwakilkan dengan nilai wang yang setara . Taksonomi Bloom boleh dijadikan panduan oleh guru untuk menentukan tahap penguasaan murid kerana ia merupakan satu sistem pengelasan objektif pendidikan daripada peringkat yang ringkas kepada kompleks ( Hisham Md Nawi, 2021). Penambahbaikan yang boleh dibuat pada lembaran kerja itu adalah guru perlu mempelbagaikan bentuk soalan bagi SP yang sama. Hal ini demikian kerana, ia dapat membantu murid dalam meningkatkan tahap pemahaman dan penguasaan dalam topik yang diajar serta murid juga dapat mencapai standard prestasi atau TP yang lebih tinggi mengikut kesesuaian soalan yang diberikan dalam lembaran kerja. Tambahan pula , guru juga dapat membuat penilaian secara menyeluruh terhadap tahap penguasaan dan kemahiran dalam topik wang yang diajar . Oleh itu, guru juga boleh menjalankan intervensi lain kepada murid yang belum menguasai dan tidak menguasai topik yang diajar.
INSTRUMEN 2: GAMBAR AKTIVITI
Instrumen dinilai berdasarkan aspek : Instrumen : Gambar aktiviti Kaedah pentaksiran: Pentaksiran secara pemerhatian Aktiviti : Pembentangan topik wang di hadapan kelas SK : 4.1 Wang kertas dan duit syiling. SP : 4. 1.1 Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas. Spi : TP 1 -Mengenal mata wang Malaysia ( duit syiling dan wang kertas).
GAMBAR AKTIVITIMURID TAHUN 1 ( TOPIKWANG )
Instrumen di atas merupakan instrumen dalam bentuk gambar aktiviti murid tahun 1. Kaedah pentaksiran adalah secara pemerhatian guru di mana ianya adalah untuk menilai murid dari aspek kemahiran bersosial, perlakuan dan sikap dalam melaksanakan aktiviti dalam bilik darjah. Gambar aktiviti ini adalah berpusatkan murid kerana gambar itu menunjukkan murid telah menjalankan satu aktiviti yang berkaitan dengan topik wang di dalam kelas . Justeru,murid akan dinilai oleh guru berdasarkan kebolehan dalam melaksanakan tugas yang diberikan itu dan guru hanya bertindak sebagai pemudah cara di dalam kelas. Gambar aktiviti adalah instrumen yang sesuai untuk menilai aktiviti pembentangan selepas membuat murid membuat perbincangan kerana guru dapat menilai secara langsung tahap pemahaman dan kemahiran interpersonal murid semasa berlangsungnya pembentangan. Daripada gambar aktiviti itu, guru juga dapat membuat pemerhatian dan menilai tahap penglibatan murid dalam aktiviti pembentangan sama ada murid dapat melibatkan diri secara aktif atau tidak. Seterusnya, gambar aktiviti juga sesuai untuk dijadikan rujukan kepada guru untuk menilai keberkesanan aktiviti pembentangan dalam memperkenalkan topik wang kepada murid tahun 1.
Berdasarkan gambar aktiviti , aktiviti pembentangan yang dijalankan adalah memenuhi SK iaitu 4.1 wang kertas dan duit syiling tetapi tidak memenuhi SP iaitu 4.1.1 mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas. Dalam aktiviti tersebut, murid membuat pembentangan yang berkaitan dengan mengenal pasti mata wang Malaysia iaitu duit syiling 1 sen , 5 sen , 10 sen , 20 sen, 50 sen, RM 1 , RM 5 dan RM 10 dari segi ciri – ciri perbezaan dan persamaan. Walau bagaimanapun, murid juga telah diminta untuk membentangkan mata wang negara lain seperti negara Asia yang mana ia tidak dinyatakan dalam SP tentang murid akan belajar mengenai mata wang negara luar dan sepatutnya murid perlu belajar di tahun 3 menurut DSKP matematik tahun 3 pada SP 4.6.1 . Seterusnya, standard prestasi (Spi) murid yang boleh dinilai menerusi gambar aktiviti pembentangan adalah murid mencapai TP 1 iaitu murid dapat mengenal pasti dan menyatakan ciri -ciri mata duit syiling dan wang kertas Malaysia. Jika dilihat , kemahiran kognitif murid dalam aktiviti pembentangan itu adalah mencapai C2 kerana murid perlu mengenal pasti ciri -ciri persamaan dan perbezaan antara duit syiling dan wang kertas. Ianya sesuai dengan tahap pemikiran murid tahun 1 kerana ia tidak memerlukan murid untuk membanding beza secara kritis.
Seterusnya, gambar aktiviti merupakan instrumen yang boleh digunakan oleh guru untuk menilai tahap penguasaan dan kemahiran murid dalam aktiviti bilik darjah. Namun, ia kurang sesuai kerana ia tidak memberikan data individu yang sebenar dari aspek kemampuan dan kemahiran murid yang sebenar.Keadaan itu akan meyukarkan guru untuk menetapkan TP kepada murid dan kemungkinan besar mungkin berlaku di mana guru akan membuat penilaian yang tidak menepati tahap penguasaan seseorang murid. Tambahan pula, guru juga tidak dapat mengukur perubahan sikap dan tingkah laku murid sepanjang pelaksanaan aktiviti perbentangan . Oleh hal yang demikian, terdapat juga kelebihan yang mana gambar aktiviti dapat membantu guru untuk mentaksir kelancaran pelaksanaan aktiviti pembentangan sebagai pengisian dalam topik wang kepada murid tahun 1. Cadangan penambahbaikan yang boleh dipertimbangkan apabila menggunakan instrumen gambar aktiviti adalah guru juga perlu menyediakan senarai semak bagi menilai SP yang dipilih sebagai rekod dan bukti untuk aktiviti pembentangan murid. Dengan itu, guru dapat merekodkan tahap penguasaan , kemahiran dan penglibatan murid dengan lebih terperinci.Bahkan, ia juga dapat membantu guru membuat analisa terhadap perkembangan prestasi yang ditunjukkan oleh murid tahun 1 di dalam bilik darjah . Seterusnya, guru boleh meminta murid untuk membuat membuat refleksi tentang kandungan topik yang diajar.
INSTRUMEN 3: SENARAI SEMAK
Instrumen dinilai berdasarkan aspek : Instrumen : Senarai semak guru Kaedah pentaksiran: Pentaksiran secara lisan Aktiviti : Mengenal duit syiling 1 sen , 5 sen, 10 sen , 20 sen ,50 sen serta wang kertas RM 1, RM 5 dan RM 10. Tajuk pdp : 4.0 wang ( Tahun 1) SK : 4.1 Wang kertas dan duit syiling. SP :4. 1.1 Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas. Spi : TP 1 - Mengenal nilai duit syiling dan nilai wang kertas Ringgit.
GSAEMNBAARRAIASKETMIVAITKIMURID TAHUN 1 ( TOPIKWANG )
Instrumen di atas adalah senarai semak yang digunakan oleh guru untuk menilai aktiviti bilik darjah dan kaedah pentaksiran untuk senarai semak adalah secara lisan. Hal ini demikian kerana, senarai semak dapat membantu guru untuk mendapatkan maklumat serta merta tentang kefahaman dan pengetahuan murid . Justeru, instrumen ini juga digunakan oleh guru untuk menilai aktiviti perbincangan murid tentang topik pengajaran yang diajar pada hari tersebut. Dengan itu, guru dapat mengesan kemajuan , dan pencapaian murid dalam kemahiran berkomunikasi sesama rakan- rakan yang lain. Berpandukan senarai semak tersebut, guru dapat membuat penilaian yang terperinci tentang keupayaan murid tahun 1 dalam memahami topik wang. Terdapat beberapa ciri -ciri kemahiran yang dinilai oleh guru untuk menentukan tahap kefahaman dan tahap penguasaan murid dalam topik wang . Dalam pada itu, terdapat juga skala yang telah tertera di dalam senarai semai itu yang boleh digunakan oleh guru untuk merekodkan tahap penguasaan murid tahun 1 dalam topik wang. Seterusnya, senarai semak yang digunakan adalah memenuhi SK iaitu 4. 0 wang kertas dan duit syiling, tetapi tidak memenuhi SP iaitu 4.1.1 mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas.Hal ini demikian kerana, terdapat 2 kemahiran iaitu No.1 dan No.11 yang tidak selari dengan SP yang dipillih daripada DSKP . Berpandukan RPH ,kemahiran pada No.1 adalah tentang kebolehan murid untuk mengenal pasti duit syiling 1 sen dan 5 sen tetapi duit syiling 1 sen sudah tidak relevan dalam pembelajaran topik wang matematik pada hari ini . Tambahan No. 11 pula menunjukkan kemahiran yang tidak sesuai untuk menilai murid dengan SP 4.1.1. kerana No. 11 merujuk kepada SP 4.1.3 yang menghendaki murid untuk menukarkan nilai wang kepada nilai wang yang setara dengannya.
Jadi , guru sepatutnya memastikan kemahiran dan tahap penguasaaan dinilai mengikut domain yang sesuai dengan SP dalam DSKP. Tambahan pula , guru perlu memastikan kemahiran yang dinilai bersesuaian dengan komponen dan tahap pemikiran murid tahun 1. Justeru, Spi murid daripada senarai semak itu perlu diambil kira daripada kemahiran yang dinilai dan jika dilihat , murid hanya dapat mencapai TP 1 dan TP 2. Namun, terdapat kelemahan dari segi skala yang mana skala tidak menunjukkan tahap penguasaan sebenar murid berdasarkan TP yang sepatutnya bagi murid tahun 1 . Daripada senarai semak itu, tahap penguasaan murid tahun 1 dalam perbincangan topik wang adalah mencapai domain kognitif C2 iaitu memahami di mana murid berkebolehan untuk membandingkan ciri -ciri persamaan dan perbezaan antara duit syiling dan wang kertas. Oleh hal yang demikian , senarai semak dapat membantu mentaksir murid secara keseluruhan dan terperinci dari aspek tahap pemahaman konsep , penguasaan topik , dan kemahiran. Walau bagaimanapun terdapat kekurangan dalam senarai semak yang mana murid hanya dinilai berdasarkan penguasaan kandungan (content) semata -mata dan tidak memfokuskan kepada kemahiran yang perlu dikuasai. Jadi, tidak belaku perjajaran antara SP dengan aktiviti perbincangan dan instrumen senarai semak serta penambah baikan diperlukan dalam senarai semak.
Cadangan penambah baikan untuk instrumen senarai semak ini adalah guru perlu memastikan senarai semak yang dibina sesuai sesuai dan sejajar dengan SP yang ditetapkan dan guru perlu pastikan senarai semak dibuat untuk mengukur kemahiran -kemahiran murid tahun 1 dalam topik wang yang diajar. Kemudian, guru perlu menentukan kemahiran yang sesuai dengan TP yang hendak diberikan kepada murid supaya senarai semak yang dibuat dapat digunakan untuk menilai tahap penguasaan murid yang sepatutnya berdasarkan TP yang dinyatakan dalam DSKP matematik.
KESIMPULAN
Pelaksanaan PBD adalah bertujuan untuk membolehkan tahap murid diukur secara meluas dari segi kognitif , psikomotor dan afektif agar sejajar dengan hasrat FPK yang menenkankan kualiti murid yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi , intelek, rohani dan sahsiah ( KPM , 2018). Justeru, penilaian terhadap pelbagai jenis instrumen pentaksiran PBD dapat membantu dalam memberi pendedahan tentang kepelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam mentaksir dan mengukur tahap perkembangan murid meliputi prestasi nilai , kemahiran dan penguasaan murid terhadap topik pengajaran. Dalam pada itu, penilaian yang dibuat adalah untuk mengenal pasti kelemahan dan kelebihan instrumen yang digunakan bagi membolehkan guru merancang penambahbaikan yang sesuai dengan tahap - tahap murid ( Siti Nor Aisah Moktar, 2018). Jelaslah, kemahiran pentaksiran guru sangat penting dalam memastikan penilaian yang dibuat dapat mencapai objektif pembelajaran dan kemahiran yang dikehendaki daripada murid ( Aniza Ahmad & Zamri Mahamod, 2016).
RUJUKAN
LAMPIRAN
TERIMA KASIH