The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Chenyee Chew, 2024-05-28 03:02:11

Buku Program Inklufest

BUKU PROGRAM INKLUFEST

arniv Tarikh : 29 Mei 2024 (Rabu) Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari Tempat : Fakulti Pendidikan, UKM “Meraikan kepelbagaian, memperkasakan inklusiviti” K l NKLUFEST Anjuran : Tahun 3 Program Pendidikan Khas, Fakulti Pendidikan. Perasmi : Prof Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro-Naib Canselor Strategi & Pembangunan Korporat


Kata Alu-Aluan Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro-Naib Canselor Strategi & Pembangunan Korporat Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T., kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita berkumpul pada hari ini untuk merayakan majlis yang istimewa dan bermakna dalam meraikan semangat inklusif. Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian, Sejajar dengan Dasar Inklusif OKU yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), UKM beriltizam untuk menjadi sebuah universiti yang prihatin dan mesra OKU. Saya memandang Karnival Inklufest sebagai suatu usaha murni yang mencerminkan komitmen UKM dalam mewujudkan kampus yang inklusif. Universiti watan akan sentiasa komited untuk memenuhi hak setiap individu, termasuk komuniti OKU. Inisiatif-inisiatif seperti pelaksanaan Polisi Inklusif OKU UKM, penubuhan Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU UKM, serta penyediaan infrastruktur mesra OKU di seluruh kampus adalah antara langkah yang telah diambil oleh UKM dalam usaha untuk memperkasakan inklusiviti OKU. Namun, kita tidak harus berpuas hati setakat itu sahaja. Tugas kita adalah memastikan usaha-usaha ini terus lestari dalam mewujudkan budaya komuniti kampus yang prihatin terhadap OKU. Justeru itu, saya menyeru agar lebih banyak program seperti Karnival Inklufest dianjurkan pada masa akan datang demi melestarikan kesedaran tentang inklusiviti OKU. Karnival seumpama ini dilihat sebagai platform yang sesuai untuk membuka mata masyarakat mengenai keperluan dan potensi golongan OKU, sekaligus menggalakkan keterbukaan masyarakat terhadap OKU. Hal ini selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke-10 yang menekankan pengurangan ketidaksamaan. Karnival ini jelas menonjolkan kepentingan inklusiviti dalam pendidikan dan kehidupan seharian, lantas menggalakkan penerimaan dan kefahaman yang lebih mendalam terhadap isu-isu yang dihadapi oleh golongan OKU. Buktinya, aktiviti-aktiviti dalam karnival ini seperti explorasi OKU Sejahtera dan Inklu-Ekspo direka khas agar mudah diakses oleh semua, tanpa mengira keupayaan fizikal atau mental. Selain itu, karnival ini juga menyediakan ruang untuk dialog dan interaksi antara individu dari pelbagai latar belakan, lantas membuka pintu kepada dialog dan pemahaman yang lebih baik antara semua peserta, selaras dengan SDG ke-17 untuk memperkuatkan pelaksanaan alat dan meningkatkan perkongsian pengetahuan bagi pembangunan yang berkekalan. Inisiatif ini sangat penting dalam mempromosikan inklusiviti, terutama bagi individu OKU (Orang Kurang Upaya), dengan menyediakan platform bagi mereka untuk berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi, serta mendapatkan sokongan yang sewajarnya. Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pelajar Tahun 3 Program Pendidikan Khas yang telah berusaha gigih menjayakan Karnival Inklufest ini. Sumbangan mereka adalah bukti komitmen dan dedikasi dalam memperjuangkan inklusiviti dan kesedaran tentang OKU. Diharapkan warga UKM kekal proaktif mengambil bahagian dalam memperkasakan inklusiviti OKU di peringkat dalam dan luar universiti, sekaligus menjadi titik tolak kepada usaha untuk membangun OKU Madani. Sekian, terima kasih. ْي ُكم َوَرْحَم ُة ِهللَا َوَب َركاُتُه لَسالُم َعَل َا


Kata Alu-Aluan Prof. Dr. Mohd Mahzan Awang Dekan Fakulti Pendidikan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi memeriahkan Karnival Inklufest pada hari ini. Kehadiran anda semua merupakan sokongan berharga buat warga Fakulti Pendidikan dan merupakan bukti komitmen kita semua dalam meraikan semangat inklusif. Hadirin dan hadirat sekalian, Saya amat berbangga dengan pencapaian dan usaha yang dipersembahkan oleh pelajar Tahun 3 Program Pendidikan Khas. Sumbangan mereka telah menjadikan Karnival Inklufest ini sebuah acara yang bermakna, iaitu satu platform unik untuk memperkasakan nilai inklusiviti dan meraikan kepelbagaian. Semua aktiviti yang disusun amat bertepatan dengan konsep inklusif, memastikan bahawa setiap individu, tanpa mengira latar belakang atau keupayaan dapat turut serta dalam karnival ini. Sebagai fakulti yang sentiasa menjadi penggerak utama dalam pelaksanaan Polisi Inklusif OKU UKM, Fakulti Pendidikan sentiasa komited dalam memperjuangkan hak dan inklusiviti OKU. Selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke-4 yang menekankan kepentingan pendidikan inklusif, Fakulti Pendidikan berhasrat untuk menjadi tempat di mana semua individu, tanpa mengira latar belakang atau keupayaan, memiliki akses yang sama kepada peluang pendidikan. Fakulti Pendidikan adalah tempat yang terbuka dan mesra terhadap semua, memastikan bahawa setiap insan dapat menerima pendidikan berkualiti tanpa diskriminasi. Dengan inisiatif ini, kami berusaha untuk mewujudkan persekitaran pendidikan yang inklusif, di mana setiap pelajar, termasuk golongan OKU, dapat berkembang secara holistik dan mencapai potensi maksimum mereka. Melalui Karnival Inklufest, Fakulti Pendidikan berharap dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat tentang inklusiviti OKU melalui pelbagai pengisian bermakna, seperti simposium, Inklu-Ekspo dan Eksplorasi OKU Sejahtera. Selain itu, karnival ini juga dilihat sebagai platform yang sesuai untuk mengetengahkan pelajar Program Pendidikan Khas yang berkebolehan, sejajar dengan matlamat Fakulti Pendidikan yang ingin melahirkan modal insan yang berkeupayaan tinggi, termasuk dalam memperjuangkan hak dan inklusiviti OKU padai masa hadapan. Dengan memberi penekanan kepada potensi dan sumbangan para pelajar Fakulti Pendidikan khususnya pelajar program Pendidikan Khas, saya yakin bahawa mereka akan menjadi agen perubahan dalam memperjuangkan kesamarataan dan keadilan untuk golongan OKU dalam masyarakat suatu hari nanti. Akhir sekali, saya berharap agar melalui Karnival Inklufest ini, kesedaran dan sokongan terhadap golongan OKU dapat diperkasakan. Semoga usaha bersama ini akan membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang lebih inklusif dan penyayang. Sekian, terima kasih.


Kata Alu-Aluan Dr. Syar Meeze Bin Mohd Rashid Penasihat merangkap Pensyarah GGGB 3253 Falsafah dan Pengurusan Pendidikan Khas Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pelajar tahun 3 Pendidikan Khas 2024 yang telah mengikuti kursus Falsafah dalam Pendidikan Khas yang telah banyak menyumbang kepada kejayaan Karnival Inklufest 2023 / 2024. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) tahun tiga atas usaha yang bersungguh-sungguh dalam menjayakan Karnival Inklufest ini. Sebenarnya tujuan projek ini diadakan adalah untuk melatih pelajar bidang Pendidikan Khas mempunyai kemahiran dalam menguruskan sesuatu program Malahan program sebegini dapat membentuk jiwa advokasi terhadap OKU dalam diri mereka. Mereka semua bakal menjadi seorang guru Pendidikan Khas dan akan menjadi suara dalam memperjuangkan hak pendidikan OKU. Malahan program ini juga dapat mendidik mereka menjadi seorang guru yang berwibawa selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, program ini turut meraikan dan memperkukuhkan hubungan interpersonal dalam usaha menjamin kehadiran dan penyertaan semua kumpulan tanpa mengira latar belakang, keadaan individu, atau tahap kecekapan mereka. Inisiatif ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Ke-4, yang memastikan setiap individu mempunyai akses yang sama kepada peluang pendidikan, serta Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Ke-10, yang menekankan keadilan sosial untuk semua dengan mempromosikan kesaksamaan, kebolehcapaian, dan pengiktirafan hak semua individu, termasuk mereka yang berkeperluan khas atau berkebolehan yang berbeza-beza. Sesungguhnya, setiap usaha untuk mencapai pendidikan inklusif memerlukan perancangan yang rapi, dan setiap perancangan hanya akan mencapai objektifnya dengan kerjasama serta komitmen daripada pelbagai pihak. Pemerintah perlu menyediakan dasar dan sumber daya yang menyokong, sekolah harus dilengkapi dengan kemudahan dan tenaga pengajar yang terlatih, dan kita sebagai masyarakat harus mengubah cara pandangan kita terhadap perbezaan dan inklusi. Meraikan kekuatan setiap individu malahan sentiasa memberi ruang dan peluang dalam meraikan potensi yang ada dalam diri. Marilah kita bersama-sama mendukung pendidikan inklusif dan memastikan bahawa setiap anak bangsa di negara kita mendapat peluang dan ruang yang sama rata untuk menuntut ilmu dan mencapai masa depan yang cerah. Berusahalah untuk mencipta persekitaran yang inklusif dalam setiap golongan terutama sekali golongan berkeperluan khas supaya mereka rasa dihargai dan diterima. Semoga inisiatif ini dapat memberikan inspirasi dan semangat kepada masyarakat untuk terus mendukung pendidikan inklusif di negara ini. Sekian, terima kasih.


Salam Sejahtera dan Salam Inklusiviti. Pertama sekali, izinkan saya mengucapkan selamat datang ke Karnival Inklufest FPend 2024. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pengunjung yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri karnival ini. Tahniah diucapkan kepada para pelajar kursus GGGB 3253 “Falsafah dan Pengurusan Pendidikan Khas” sesi 2023/2024 atas kejayaan cemerlang dalam menjayakan Karnival Inklufest yang penuh bermakna ini. Begitu juga kepada para penaja dan pihak kerjasama yang telah turut serta dalam merealisasikan karnival ini. Selain itu, tidak lupa juga kepada semua yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan karnival ini. Semoga segala komitmen dan usaha gigih yang dicurahkan menjadi nilai tambah yang mendorong mahasiswa/i dalam mempertingkatkan diri dan menjadi lebih bersedia serta mempunyai daya saing yang tinggi dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar kelak. Bertemakan “Meraikan Kepelbagaian, Memperkasakan Inklusiviti”, karnival ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik yang diharapkan dapat menjadi wahana penting dalam memperkasakan inklusiviti OKU dalam masyarakat. Para peserta akan diberi peluang untuk memahami dengan lebih mendalam konsep inklusiviti dan advokasi serta mendalami proses Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) untuk Orang Kurang Upaya Masalah Penglihatan, Masalah Pendengaran dan Masalah Pembelajaran. Selain itu, terdapat juga permainan eksplorasi yang penuh dengan maklumat dan info penting mengenai Orang Kurang Upaya melalui check-point yang disediakan. Saya berharap agar karnival ini mampu memberikan wawasan baharu dan membangkitkan semangat kita untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat yang inklusif, di mana setiap individu berhak dilayan dengan kesamarataan tanpa sebarang diskriminasi. Setiap individu memiliki keunikan tersendiri yang menjadi penanda kepada perbezaan manusia, namun perbezaan itu tidak seharusnya dijadikan penghalang untuk mereka mendapatkan pendidikan yang sempurna dan layanan yang adil. Akhir kata, saya selaku Ketua Pengarah Program Karnival Inklufest, sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya buat penyelaras kursus, Dr Syar Meeze Bin Mohd Rashid dan para pelajar Pendidikan Khas sesi 2023/2024, serta semua yang telah menyumbangkan masa dan tenaga dalam menjayakan Karnival Inklufest ini. Saya juga berharap agar usaha murni ini dapat memenuhi aspirasi kita dalam melahirkan modal insan yang cakna terhadap kepelbagaian komuniti serta permekasaan masyarakat inklusif secara berterusan demi masa depan negara yang lebih gemilang. Terima kasih. Kata Alu-Aluan Muhammad Muqri Aiman Bin Mazlan Ketua Pengarah


Penasihat merangkap Pensyarah GGGB 3253 Falsafah dan Pengurusan Pendidikan Khas Dr. Syar Meeze Mohd Rashid Ketua Pengarah Muhammad Muqri Aiman Bin Mazlan Timbalan Ketua Pengarah I Safinatun Najah Binti Asri Timbalan Ketua Pengarah II Syazana Binti Norezan Setiausaha Najwatul Azua Binti Mohammad Nazib Timbalan Setiausaha I Serena Binti Abdullah Timbalan Setiausaha II Chan Tong Yu Bendahari Azwa Zulaikha Binti Mazhar Timbalan Bendahari I Muhammad Aiman Najmi Bin Mahadi Timbalan Bendahari II Illy Syakira Binti Ahmad Zainal Jawatankuasa Tertinggi


Jawatankuasa Pelaksanaan Exco Program Alia Najiha Binti Zulkifli Nur Hafizah Radziah Binti Mohd Amin Nur 'Ain Binti Yaacof Nurul Khairunnisa Najwa Binti Noorhalmy Nik Rosnita Nik Binti Haron Siti Fatin Najwa Binti Ahmad Siti Nur Zulaikha Binti Zaki Nur Asma' Salsabila Binti Mohd Nazri A'mirah Wafa Binti Abdl Hamid Siti Nur Aisyah Binti Mazlan Fadhila Aisyah Binti Mohd Aseri Muhammad Adiib Bin Mat Nazri Muhammad Shafiq Fahmi Bin Hisyam Mohamad Aireel Daniel Bin Mohd Zaharin Exco TTK (Keselamatan & Pengangkutan) Muhammad Faris Bin Makhtar Siti Aimi Afiqah Binti Ibrahim Wan Aqil Fathullah Bin W.Omar Chew Chen Yee Husna Muzhirah Munifah Binti Abdul Ghaffar Wan Sofea Wahida Binti Wan Zakri Siti Nuratikah Binti Mohd Azhar Muhammad Aiman Bin Fauzan Nur Mas Syamimi Binti Mohd Sukuman Muhammad Ilyas Bin Zainal Abadin Wan Noor Amilina Binti Wan Salleh Nicole Rabai David Nik Suraiya Sorfina Binti Nik Khalili Adonah Robert Dior Ortega Ario@Alexanderio Exco Media &Teknikal Exco Pemasaran & Keusahawanan Umar Afnan Bin Zaini Ahmad Najib Bin Hashim Wafa Izzah Binti Afizi Wan Nur Ain Nabila Binti Wan Mazuki Deena Zhafarina Binti Jasni Areshar Qistina Faisal Bt Faisal Halim Muhammad Bin Abu Bakar Nur Adibah Binti Adam Nurul Hafifah Binti Saifudin Sumaiyyah Binti Abdul Jalil Nursyafiqah Bt Mior Mohd Sharifuddin Nurdiyana Munirah Binti Rosle


Jawatankuasa Pelaksanaan Ainun Arbaina Binti Mohd Zin Nurul Afiqah Bt Nusuruddin Hadfena Syafiqin Binti Muhammad Haszery Shah Maisarah Binti Asbi Nazaratul Waheeda Binti Mohd Nazri Nur Auni Athilah Binti Anuar Nur Syakirah Binti Ismali Wan Khadijah Afiqah Binti Wan Muda Exco Jamuan Nur Ain Amirah Binti Mohd Kohar Khairun Nisa' Binti Mohd Zulkifli Nursyifa Farhani Binti Mazelan Nurul Ain Farhana Binti Mohamed Rozali Norain Afiqah Binti Jasnih Nornajwa Binti Mohamed Sobri Nuraliah Athira Binti Abd Aziz Zatul Adawiah Binti Ab. Rapor Exco Cenderamata Puteri Ainnatasya Yahkup Ain Zarifah Binti Samad Nur Alyanatasha Binti Saifulkhairi Nurin I'rdina Binti Mohd Fitry Nurul Najwa Binti Abdullah Nur Faqihah Fitriah Binti Mohd Asri Nurul Sa'adah Binti Ab Razak Nurul Huzaimah Binti Ab Halim Wan Mohamad Aliff Bin Wan Mohd Sofian Siti Azwella Binti Mohd Nafpi Lyfie Miehchie Marin Mazrina Binti Mohd Pauzi Nur Nabila Izani Binti Mohd Faidzal Exco Protokol Exco Pendaftaran


Tentatif Program 08:00 am 08:15 am 08:45 am 08:50 am 09:00 am 10:00 am 10:30 am 12:15 pm 12:30 pm 01:00 pm Kehadiran Peserta dan Pendaftaran Ketibaan Pensyarah Nyanyian lagu Negaraku, Varsiti Kita dan Bacaan Doa Ucapan aluan oleh Pensyarah Kursus, Dr. Syar Meeze Mohd Rashid Sesi 1: Simposium Sahabat OKU: Apakah Peranan Kita? Sesi 2: Inklu-Ekspo Pameran Bahan Bantu Mengajar (BBM) Simulasi Bilik Darjah REHAT Sesi 3: Eksplorasi OKU Sejahtera Pergerakan masuk VIP dan Pensyarah Majlis Penutup Persembahan Bahasa Isyarat Ucapan oleh Ketua Pengarah Program, Muhammad Muqri Aiman Ucapan oleh Dekan Fakulti Pendidikan, Prof. Dr. Mohd. Mahzan Awang Ucapan oleh Pro-Naib Canselor, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan Gimik Perasmian Penyampaian Hadiah dan Cenderamata Jamuan makan VIP & Bersurai


Sekalung Penghargaan Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis Karnival Inklufest. Terima kasih atas sokongan. Dengan Kerjasama Penaja Utama


Click to View FlipBook Version