KOMUNIKASI BERKESAN
&
KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
• Proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada
yang lain.
• Satu proses seseorang individu berkongsi atau bertukar-tukar
fikiran/idea, maklumat dan perasaan dengan orang lain.
• Asas kepada perhubungan interpersonal.
KOMUNIKASI 1
HALA
LISAN
KOMUNIKASI 2
INTERPESONAL
HALA
BUKAN LISAN
KOMUNIKASI
+VE MOTIVASI
TINGGI
MONOLOQ
INTRAPESONAL
DALAMAN
-VE KURANG
MOTIVASI
• AKTIVITI 1.
IKUT ARAHAN SAYA.
BERKESAN @ TIDAK BERGANTUNG KEPADA MAKLUMAT YANG DIBERI SAMA MAKSUD DENGAN MAKLUMAT YANG DITERIMA
BODY GESTURE
&
BODY LANGUAGE
Bahasa badan adalah cara berkomunikasi
melalui gaya duduk, berjalan, berdiri, mimik
muka dan sebagainya dan bukan melalui
pertuturan
KAKI & TANGAN
SEBAB….
Bahasa badan mampu menyampaikan sebahagian besar
maksud sesuatu komunikasi berbanding melalui
pertuturan.
Membantu PRS untuk membantu orang lain memahami
keadaan dirinya.
Rakan lebih dekat dengan kita sebab dia rasa PRS
faham perasaannya.
• PUJI-PUJI – SMASH
Tukarkan TAPI kepada BILA@ JIKA
Contoh:
Orang lambat masuk kelas.
Teguran:
Awak seorang yang baik hati dan seorang yang disukai. TAPI/BILA@JIKA
awak dapat masuk kelas awal awak akan lagi nampak hebat.
PRS & KEMAHIRAN ASAS MENOLONG
PROSES MEMBANTU
MELIBATKAN MANUSIA (BENDA HIDUP)
SENJATA@PEMUDAHCARA
APAKAH KEMAHIRAN ASAS TERSEBUT?
MELAYAN
Menyediakan diri sepenuhnya sebagai tanda
menerima klien kita seadanya.
MENDENGAR
Mendengar segala isi dan perasaan untuk setiap
makna atau perkataan yang disampaikan.
MENYOAL
Mendapatkan seberapa maklumat yang tepat
daripada klien.
MEMBERI RESPON
Memberi galakan kepada klien untuk terus
bercerita.
MEMINTA PENJELASAN
Minta klien menghuraikan maksud sebenar untuk
mengelakkan salah faham.
EMPATI
Memahami, mengalami dan menghayati sejenak
perasaan seseorang dalam situasi tertentu.
-
Persediaan PRS menerima klien.
• Ekspresi wajah & muka
• Tahap tenaga
• Kedudukan jarak
• Gaya duduk
• Nada suara
• Dorongan minima.
• Mendengar APA dan BAGAIMANA Sesutu perkara diperkatakan
• Mendengar kandungan, emosi & fikiran.
• Memastikan apa yang didengar adalah tepat seperti yang dimaksudkan
oleh penyampai.
Macam mana?
Beri tumpuan terhadap refleksi kandungan dan emosi.
Sebelum memberi respon tanya diri APAKAH PERASAAN YANG SEDANG
DIALAMI? @ APAKAH MESEJ YANG CUBA DIUCAPKAN OLEH KLIEN.
Tunjukkan penerimaan kita seperti dorongan minima. Elakkan membuat
penilaian, memberi nasihatdan tidak memperdulikan perasaan klien.
• PARAFRASA
Ulangan ayat yang pendek menggunakan ayat sendiri tentang apa y difahami tetapi maknanya
tetap dan tidak berubah. Tujuan beri peluang kepada klien untuk dengar kembali apa yang telah
diperkatakannya.
Contoh:
Situasi 1 :
Saya rasa tak puas hati kerana saya tidah dilantik sebagai ketua dorm.
Respon:
Mengulang : ‘Awak rasa tak puas hati kerana awak tidak dilantik sebagai ketua dorm’.
Prafrasa : ‘Awak kecewa kerana tidak dilantik sebagai ketua dorm’
• REFLEKSI (tanda tanya)
Isi – Tujuan memberi fokus kepada isi percakapan klien dan menyatakan semula dengan perkataan sendiri.
Contoh:
Klien : Sudah puas saya meminta wang yang dipinjam oleh Abu. Setiap kali saya minta, macam-macam alasan
yang diberi.
PRS : Awak rasa Abu tidak mahu membayar balik wang awak?
Perasaan – Tujuan memberi tumpuan kepada perasaan yang sedang dialami oleh klien sama ada lisan @ bukan
lisan.
Contoh:
Klien : Apabila saya balik lewat, ibu tiri saya selalu berleter yang bukan-bukan dan ini menyakitkan telinga
mendengar.
PRS : Awak merasa sakit hati dengan leteran ibu tiri awak?
Klien : Semua tak guna. Semuanya tak adil. Kita yang bertungkus-lumus,
orang lain yang mendapat nama. Saya benci orang-orang begini.
Jenis-jenis respon:
a. Macam mana boleh terjadi begini? Siapa yang awak maksudkan?
b. Awak berasa benci pada orang-orang seperti ini tetapi sebenarnya awak
teringin hendak jadi seperti mereka.
c. Siapa yang awak maksudkan? Beri saya namanya, biar saya laporkan
perkara ini.
d. Awak sepatutnya asertif sedikit. Cuba tonjolkan diri awak.
e. Beginilah keadaan dunia. Orang lain pun ramai yang terkena begini.
f. Awak hampa dan marah sebab orang lain pula yang dapat pujian sebab
kerja-kerja yang awak lakukan.
• Tujuan untuk mendapatkan maklumat dan respon daripada klien.
Soalan terbuka
Menggalakkan klien mengeksplorasikan diri mereka dan masalah yang
sering dihadapi ketika itu.
Contoh:
PRS : Boleh anda ceritakan dengan lebih lanjut lagi mengenai perkara
itu?
PRS : Apakah yang anda lakukan bila anda rasa sangat marah?
Soalan Tertutup
Biasanya boleh dijawab dengan hanya beberapa patah perkataan
ataupun dengan hanya YA @ TIDAK sahaja.
Contoh:
PRS : Adakah anda menghadiri kelas Bahasa Inggeris?
• TERBUKA : Bagaimana perasaan anda mengenai kelas Bahasa
Inggeris?
• TERTUTUP : Adakah anda suka kelas Bahasa Inggeris?
• TERBUKA : Apakah mengenai peperiksaan itu yang anda suka?
• TERTUTUP : Adakah anda suka peperiksaan itu?
• Tujuan – Membantu PRS untuk lebih memahami maksud tersirat
daripada maklumat, fakta, maksud yang disampaikan oleh klien.
• Contoh:
PRS : Setiap kail awak menyebut perkataan ‘frust’ awak mengangkat
bahu. Agaknya apa maksud perbuatan itu?
PRS : Boleh awak jelaskan apakah kaitan antara jiran di sebelah rumah
yang sering bergaduh dengan diri awak?
• Keupayaan PRS dalam memahami perasaan, sikap dan juga nilai klien.
• ‘KALAULAH AKU DITEMPATNYA, APAKAH AKAN AKU RASAKAN’
Contoh:
Klien : ‘Lagi saya cuba untuk mengenali pelajar baru itu, saya
merasakan dia semakin hendak menjauhkan diri pula’
PRS: ‘Saya rasa tentu awak berasa sedih jika awak berusaha untuk
memulakan persahabatan, tetapi tidak diterima’
Gembira Sedih Marah Takut Keliru Megah
Riang Hiba Benci Seram Bingung Sombong
Seronok Duka Sakit hati Ngeri Gelora Bongkak
Suka Terharu Geram Terancam Bimbang Besar hati
Puas hati Kehilangan Kesal Terperangkap Risau Angkuh
Lega Kesilapan Tersinggung Gerun Gundah Bangga
Selesa Kasihan Keci; hati Panik Bersalah Berjaya
Syukur Belas Tidak puas hati Gugup Malu Bersemangat
Geli hati Rindu Bosan Gentar Pelek
Puas Hampa Bodoh Tergamam
Sayang Kecewa Dengki Tercengang
Cita Terasing Iri hati Hairan
Terganggu Cemburu Terperanjat
Sunyi Kagum
Derita Syak wasangka
Keseorangan Resah
AKTIVITI 1
FAHAMI JENIS PERASAAN YANG WUJUD DALAM SETIAP SITUASI YANG
DIBERI.
SITUASI 1:
Klien : ‘Boleh ke saya mencapai keputusan yang baik dalam SPM ni? Ibu
bapa saya terlalu mengharapkan kejayaan saya’
Perasaan:………………………………………………………………………………………………
AKTIVITI 1
FAHAMI JENIS PERASAAN YANG WUJUD DALAM SETIAP SITUASI YANG
DIBERI.
SITUASI 2:
Klien : ‘Saya pinjam jam dari kawan baik saya, tapi saya tersilap letak. Dah
puas saya cari, tak juga jumpa. Saya tak tau macam mana nak beritahu
kawan saya itu. Lain kali tentu dia tak percaya saya lagi’
Perasaan : ……………………………………………………………………………………………..
AKTIVITI 1
FAHAMI JENIS PERASAAN YANG WUJUD DALAM SETIAP SITUASI YANG
DIBERI.
SITUASI 3 :
‘Hari ini cikgu marah saya dalam kelas kerana tidak dapat menjawab
dengan tepat. Semua orang pandang pada saya’
Perasaan : …………………………………………………………………………………………….
AKTIVITI 2
ROLE PLAY
SITUASI 1:
Klien : ‘Boleh ke saya mencapai keputusan yang baik dalam SPM ni? Ibu
bapa saya terlalu mengharapkan kejayaan saya’
Respon : ……………………………………………………………………………………………….
AKTIVITI 2
ROLE PLAY
SITUASI 2:
Klien : ‘Saya pinjam jam dari kawan baik saya, tapi saya tersilap letak.
Dah puas saya cari, tak juga jumpa. Saya tak tau macam mana nak
beritahu kawan saya itu. Lain kali tentu dia tak percaya saya lagi’
Respon …………………………………………………………………………………………………
AKTIVITI 2
ROLE PLAY
SITUASI 3 :
‘Hari ini cikgu marah saya dalam kelas kerana tidak dapat menjawab
dengan tepat. Semua orang pandang pada saya’
Respon ………………………………………………………………………………………………