KERJA KURSUS
SEJARAH
TINGKATAN 4
2022
TEMA:
ANCAMAN KOMUNIS DI NEGARA KITA SELEPAS PERANG DUNIA
KEDUA TELAH MENGGUGAT KESELAMATAN DAN KEMAKMURAN
NEGARA.PENGISYITIHARAN DARURAT OLEH BRITISH IALAH SALAH
SATU LANGKAH MENANGANI KEMARAAN DAN KEKEJAMAN
KOMUNIS.BINCANGKAN.
1
JADUAL KERJA
BIL. TARIKH PERKARA CATATAN
1. GURU
2. - Menerima tugasan dan mendengar taklimat panduan
3. melaksanakan kerja kursus Sejarah daripada guru
4. Sejarah.
5.
6. - Berbincang dengan rakan tentang tajuk yang sesuai
7. untuk dilaksanakan
8.
- Menulis dan membuat jadual kerja.
- Mencari maklumat tentang ancaman komunis dan
pengisytiharan darurat 1948.
- Mendapatkan bahan melalui internet dan buku teks
- Menulis dan menyusun penghargaan
,pendahuluan,pengenalan,isi kandungan,objektif
kajian
- Menulis kemasukan pengaruh komunis di negara kita
Pengenalan
Perkembangan ideology komunis
Ancaman komunis di negara kita
- Menulis usaha-usaha menangani ancaman komunis
Penguatkuasaan undang-undang
Pemerkasaan pasukan keselamatan
Strategi / Program / Rancangan dan kempen
Rundingan Baling
- Menulis kesan zaman darurat terhadap negara kita
Politik
Ekonomi
Sosial
Penamatan Darurat
- Membuat rumusan tentang kepentingan menghargai
sejarah dan mengetahui serta menyedari tenteang
ancaman komunis kepada diri sendiri,keluarga dan
masyarakat
- Menulis rujukan
- Membuat lampiran
- Menghantar tugasan kepada guru sejarah
2
1.1 PENGHARGAAN
Saya ingin merupakan berasa terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya untuk menjayakan
kerja kursus Sejarah ini.
Di sini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah iaitu ____
_____________ kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan sehingga tugasan ini berjaya
dilaksanakan. Kesabaran cikgu memberikan tunjuk ajar amat saya hargai.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya iaitu _________________ dan ____
_____________ kerana sentiasa memberikan kata-kata semangat agar saya tabah melaksanakan setiap tugasan.
Keikhlasan mereka memberikan bantuan sama ada dari segi masa, tenaga dan kewangan amat saya sanjungi.
Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan saya iaitu, _________________ dan
_________________kerana telah bekerjasama dan membantu menyiapkan tugasan ini.
Sesungguhnya, pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi amat bermakna. Sekian, terima kasih.
1.2 PENDAHULUAN
Latar belakang penubuhan Parti Komunis Malaya ialah Parti Komunis Malaya (PKM) ini mula disebarkan
di Tanah Melayu pada 30 April 1930. PKM bergerak melalui kesatuan sekerja, pertubuhan, penerbitan akhbar
dan sekolah Cina. Selain itu, PKM menyusap ke dalam Kesatuan Sekerja untuk mengukuhkan pengaruh
komunis.Semasa pendudukan Jepun PKM menjalinkan kerjasama dengan British, membentuk Malayan People’s
Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Bintang Tiga pada tahun 1942 dan menerima bantuan senjata, latihan,
kewangan, bekalan logistic dan perubatan daripada pihak British.Selepas Jepun menyerah kalah, kekosongan
politik di Tanah Melayu memberi peluang kepada PKM. Keadaan ini memberikan peluang kepada PKM untuk
meluaskan pengaruhnya dengan Bintang Tiga PKM melalui MPAJA keluar dari hutan melakukan kekacauan dan
mereka melakukan kekejaman atau membunuh orang Melayu, Cina dan India yang didakwa bersubahat dengan
Jepun. Seterusnya, MPAJA dibubarkan pada 1 Disember 1945 apabila BMA mengambil alih pentadbiran di
Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, PKM dibenarkan bergerak sebagai sebuah pertubuhan yang sah di Tanah
Melayu. Hal ini memberi peluang kepada PKM untuk mempengaruhi beberapa pertubuhan tertentu dengan
ideologi komunis.Tambahan pula, PKM menyusap masuk dalam dalam kesatuan sekerja Pan-Malayan Federation
of Trade Unions (PMFTU). Pada Disember 1947 hingga Mei 1948, PKM berjaya menguasai 335 kesatuan sekerja
dengan menyusap dalam PKMM, MDU dan PUTERA-AMCJA. Oleh sebab itu, pergerakan komunis mengancam
ekonomi dan keselamatan British, lalu British meluluskan Trade Union Ordinance NO.9 of 1948. Ordinan ini
menyekat pengaruh komunis dalam kesatuan sekerja dan akhirnya mengharamkan PKM.
2.0 PENGENALAN
Perkembangan pengaruh komunis di Negara kita berlaku sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua.Komunis
melakukan pelbagai tindakan untuk melumpuhkan ekonomi Negara dan menggugat kestabilan politik.Matlamat
komunis adalah untuk merampas kuasa daripada British dan menggantikannya dengan sebuah Republik
Komunis.Namun begitu, British Berjaya menawan hati dan fikiran rakyat untuk bersama-sama membanteras
anaman komunis.Zaman darurat telah membawa pelbagai kesan kepada politik,ekonomi dan sosial di Negara
kita.
3
2.1 DEFINISI
Komunis ialah ideologi yang diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engles. Mereka menulis karya
Communist Manifesto dan Das Kapital. Perkataan komunis membawa maksud orang yang menganut fahaman
komunis.Komunisme ialah suatu fahaman komunis. Komunisme ialah suatu fahaman politik yang menjadikan
ekonomi dan barang pengguna sebagai milik negara.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Menyatakan tindakan komunis di negara kita
= Tindakan komunis di negara kita ialah walaupun Undang-Undang Darurat dikuatkuasakan di seluruh
Tanah Melayu, komunis tetap meneruskan aktiviti menggugat keamanan dan kestabilan negara. Bagi
memastikan kejayaan dalam perjuangannya, komunis mencetuskan huru-hara di seluruh negara agar
penduduk hilang keyakinan terhadap British dengan cara melumpuhkan ekonomi, merosakkan
infrastruktur, mengancam keselamatan rakyat dan mengancam pasukan keselamatan.
3.2 Menghuraikan usaha yang dilaksanakan kerajaan British dan rakyat tempatan
dalam usaha menangani ancaman komunis.
= Usaha yang dilaksanakan kerajaan British dan rakyat tempatan dalam usaha menangani ancaman komunis
adalah Penguatkuasaan Undang-Undang Darurat.British mengambil pelbagai tindakan iaitu menahan
sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam sebarang perbicaraan. British juga mengenakan hukuman berat
kepada sesiapa sahaja yang membantu komunis. Selain itu, mengetatkan undang-undang senjata api
dengan mengenakan hukuman mati terhadap mereka yang membawa sejata api da bahan
letupan.Seterusnya, British menggeledah rumah kediaman, memagar kampong, mengadakan perintah
berkurung, mewujudkan Kampung Baru dan memindahkan serta menempatkan penduduk. Lain daripada
itu, British juga mengharamkan PKM dan parti politik berfahaman radikal.Antaranya, termasuklah
AWAS, Ikatan Pembela Tanah Air (PETA), Pemuda Radikal Melayu (PERAM), PKMM dan Hizbul
Muslimin. Akhir Sekali, British menangkap pemimpin gerakan radiakal seperti Ahmad Boestamam, Ishak
Haji Muhammad, Abu Bakar al-Baqir dan Khatijah Sidek.
3.3 Menjelaskan kesan zaman darurat terhadap negara kita
= Darurat memberikan kesan jangka panjang terhadap negara kita dari aspek politik dan sosioekonomi. Zaman
darurat meninggalkan pelbagai kesan dari aspek politik seperti mempercepatkan kemerdekaan. British sedar
pihaknya tidak boleh menamatkan darurat melalui strategi ketenteraan semata-mata. Penubuhan Jawatankuasa
Hubungan Antara Kaum (CLC) meningkatkan kesedaran politik dalam kalangan pemimpin kaum bahawa
mereka boleh berkongsi kepentingan dan hala tuju yang sama melalui penubuhan Parti Perikatan (UMNO-
MCA-MIC). Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1955 memberikan keyakinan kepada
British bahawa Persekutuan Tanah Melayu dapat menewaskan komunis melalui perpaduan penduduk yang
berbilang kaum. Dengan ini, PKM tidak mempunyai alasan untuk meneruskan perjuangannya
Dari aspek sosioekonomi pula, British menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan kepada rakyat.
Kawasan ladang dan lombong menjadi sasaran serangan komunis menyebabkan kegiatan ekonomi negara
terjejas. Pengeluaran tanaman padi dan makanan lain semakin berkurangan. Akhirnya,harga barang makanan
dan keperluan harian melambung tinggi. Sementara itu, peniaga, pekedai, pengusaha kebun, peladang dan
pelombong mengalami kesukaran kerana mereka merupakan sasaran peras ugut komunis bagi mendapatkan
wang dan bekalan makanan. Kegagalan memenuhi tuntutan komunis menyebabkan kemusnahan pada
lombong, ladang dan kedai serta mengancam nyawa.
4
4.0 KAEDAH KAJIAN
BIMBINGAN GURU
Cikgu sejarah _________________membimbing saya dan memberi tunjuk ajar yang berterusan
sehingga saya menyiapkan kerja kursus.
MELAYARI INTERNET
Saya telah melayari internet untuk mencari laman-laman web yang berkaitan dengan kajian saya secara
terperinci tentang anacaman komunis di negara kita. Melalui kemudahan Internet,
saya dapat mencari maklumat yang diperlukan dalam masa yang singkat.
BUKU RUJUKAN
Saya turut merujuk buku teks sejarah tingkatan 4 semasa menjalankan kerja kursus untuk memastikan
kesahihan fakta dan maklumat yang benar.
5.0 ISI KANDUNGAN HALAMAN
PERKARA 3
4
1.1 PENGHARGAAN 5
1.2 PENDAHULUAN 6 hingga 8
1.3.PENGENALAN
2.0 DEFINISI 9
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 10
4.0 KAEDAH KAJIN
5.0 ISI KANDUNGAN
6.0 HASIL KAJIAN
6.1 Kemasukan pengaruh komunis di negara kita
Pengenalan
Perkembangan ideology komunis
Ancaman komunis di negara kita
6.2 Usaha-usaha menangani ancaman komunis
Penguatkuasaan undang-undang
Pemerkasaan pasukan keselamatan
Strategi / Program / Rancangan dan Kempen Rundingan Baling
6.3 Kesan zaman darurat terhadap negara kita
Politik
Ekonomi
Sosial
Penamatan darurat
7.0 RUMUSAN
8.0 RUJUKAN
9.0 LAMPIRAN
5
6.0 HASIL KAJIAN
6.1 Kemasukan Pengaruh Komunis di negara Kita
Pengenalan
=Ideologi pengaruh komunis di negara kita dibentuk oleh Friedrich Engels dan Karl Marx. Mereka
Menulis karya Communist Manifesto dan Das Kapital. Perkataan komunis bermaksud orang yang
menganut fahaman komunis. Komunisme ialah fahaman politik yang rnenjadikan ekonomi dan barang
pengguna sebagai milik negara. Percubaan untuk menyebarkan ideologi komunis di negara kita bermula
sejak tahun 1920-an. Dua negara yang menyebarkan fahaman komunis, China dan Indonesia.
Perkembangan ideologi komunis
= Sejak awal tahun 1920-an melalui cawangan Parti Kuomintang (KMT) yang beribu pejabat di China
pengaruh komunis dibawa masuk dari China.Pada tahun 1924, cawangan KMT ditubuhkan di bandar
seperti Muar, Melaka, Seremban, Klang, Kuala Lumpur dan Sungai Petani. Pertubuhan (Main School)
bergerak dalam kalangan orang Hailam di bawah arahan Parti Komunis China (PKC). Pada tahun 1927,
berlaku perpecahan Parti KMT dengan PKC.Pada tahun 1920, pemimpin komunis dari Indonesia seperti
Tan Malaka, Alimin, Moeso, Boedisoejitro, Hasanoesi, Winanta, Soebakat dan Sutan Perpateh
menyebarkan fahaman komunis di Seberang Perai, P. Pinang, Perak Utara. Kegagalan Partai Komunis
Indonesia (PKI) menguasai Pulau Jawa (1926), PKI berusaha membuka cawangan di Tanah Melayu.
Namun begitu, usaha mereka tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu kerana komunis
menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat mereka
Ancaman komunis di negara kita
= Gerakan Komunis Antarabangsa telah menganjurkan dua persidangan di Calcutta, India. Persidangan
Kongres Belia Asia berlangsung pada 19 Februari 1948 hingga 25 Februari 1948. Pengikut komunis di
kawasan yang dijajah digesa untuk memperhebat perjuangan menentang kuasa imperialis.
Jawatankuasa Eksekutif Pusat PKM melancarkan perjuangan bersenjata. PKM meneneruskan tindakan
melumpuhkan ekunomi dan serta mengancam keselamatan rakyat. Tindakan komunis melancarkan
perjuangan bersenjata menyebabkan British mengisytiharkan darurat.Terdapat perisytiharan darurat
dalam ancaman komunis di negara kita. Komunis membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah di
Sungai Siput, Perak pada 16 Jun 1948.Selain itu, tindakan komunis merupakan salah satu ancaman di
negara kita. Komunis tetap menjalankan aktiviti walaupun Undang-undang Darurat dilaksanakan di
seluruh tanah melayu.Komunis melumpuhkan ekonomi, sejak Undang-Undang Darurat
dikuatkuasakan, lombong bijih timah dan ladang getah menjadi sasaran utama serangan komunis untuk
melemahkan ekonomi British. Komunis juga menyerang 80 lombong bijih antaranya di Perak, Selangor
dan Negeri Sembilan.Komunis merosakkan infrastruktur dengan menjalankan pelbagai kegiatan
sabotaj terhadap kemudahan asas, terutama sistem pengangkutan dan perhubungan. Komunis
mengebom, merosakkan dan mengalihkan landasan kereta api.
6
6.2 Usaha-usaha menangani ancaman komunis
Penguatkuasaan undang-undang
=British menangkap sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam pergerakan komunis tanpa sebarang
perbicaraan, mengenakan hukuman berat kepada sesiapa sahaja yang menolong komunis.Selain itu,
mengetatkan undang-undang senjata api dengan mengenakan hukuman mati terhadap mereka yang
membawa senjata api dan bahan letupan.British menggeledah rumah kediaman, memagar kampung,
kenakan perintah berkurung, wujudkan Kampung Baru dan memindahkan serta menempatkan
penduduk, mengharamkan PKM dan parti politik berfahaman radikal (AWAS, Ikatan Pembela Tanah
Air (PETA), Pemuda Radikal Melayu (PERAM), PKMM dan Hizbul Muslimin).
Pemerkesaan Pasukan Keselamatan
=British menubuhkan pasukan keselamatan yang dibahagi kepada polis,tentera dan sukarelawan.Polis
terdiri daripada cawangan khas. Tugas risikan yang dilakukan membolehkan pihak berkuasa mengetahui
operasi PKM. Ramai ahli Cawangan Khas dalam kalangan orang Cina diambil untuk menjejak anggota
komunis hingga kubu persembunyiannya. 5. Sebagai badan perisik, Cawangan Khas memberikan
sumbangan semasa darurat. Kejayaan cawangan ini membuat penyusupan dalam organisasi PKM
memudahkan pasukan keselamatan merancang tindakan terhadap PKM.Pasukan askar melayu pula
ditubuhkan pada tahun 1933 dan ditugaskan membanteras gerila komunis di dalam hutan. Kerajaan
melengkapkan tentera darat dengan pasukan Meriam dan pasukan bantuan yang lain pada masa yang
sama. Rejimen Askar Melayu ditingkatkan daripada tiga rejimen kepada tujuh rejimen. Pasukan ini
mencapai prestasi cemerlang dalam usaha melawan komunis.
Strategi/Program/Rancangan/Kempen
= Rancangan Briggs dibentuk oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada
tahun 1950.Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs pula dilantik menjadi Pengarah Operasi.
Tujuan utama Rancangan Briggs untuk memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen yang
membekalkan makanan, senjata, maklumat dan ubat-ubatan kepada PKM.Rancangan Briggs
merupakan langkah berkesan untuk melemahkan pergerakan komunis. Majlis Perundangan
Persekutuan mengisytiharkan kempen "Bulan Rakyat Melawan Penjahat" dilancarkan pada 22
Disember 1949. Penduduk berbilang kaum dinasihatkan mendaftarkan diri secara sukarela dengan
pihak berkuasa, Menjelang bulan Mac 1950, jumlah sukarelawan mencecah 435 905
orang.Sukarelawan dibahagi kepada penduduk lelaki dan wanita daripada pelbagai sektor termasuklah
golongan profesional.
Rundingan Baling
= Pada 28 Disember 1955, Tunku Abdul Rahman mengadakan pertemuan dengan pemimpin PKM di
Sekolah Inggeris, Baling, Kedah bagi menamatkan ancaman komunis dan mencapai
kemerdekaan.Pertemuan dilibatkan antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan PKM.
Persekutuan Tanah Melayu diwakili oleh Tunku Abdul Rahman ditemani oleh Tan Cheng Lock dan
David Marshall, sementara PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin
7
6.3 Kesan Zaman Darurat terhadap negara kita
Politik
= Peningkatan dalam jumlah warganegara menyebabkan kerajaan telah melonggarkan syarat
kewarganegaraan pada tahun 1952. Seramai lebih kurang 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang lndia
menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Kelonggaran syarat ini menunjukkan pengorbanan
orang Melayu terhadap kaum lain bagi mewujudkan perpaduan rakyat. Selain itu, Malayan Chinese
Association (MCA) ditubuhkan oleh Tan Cheng Lock di Kuala Lumpur pada 27 Februari 1949.
Penubuhan MCA meyakinkan British bahawa bukan semua orang Cina menyokong komunis. MCA
juga bersedia berganding bahu dengan kerajaan melawan komunis. Sehingga bulan Februari 1953,
MCA mempunyai 250 ribu orang ahli. MCA mernbantu kerajaan dari segi kewangan dan
menempatkan 500 ribu orang penduduk semula ke Kampung Baru.Kutipan derma dijalankan melalui
jualan loteri kebajikan dan didermakan kepada penduduk di Karnpung Baru.
Ekonomi
= Dalam aspek ekonomi pula,terdapat peningkatan dalam kos perbelanjaan. Perkembangan ekonomi dan
meningkatkan kos perbelanjaan pihak British untuk menangani ancaman komunis dijejas akibat darurat.
Sebanyak $250 ribu hingga $300 ribu sehari merupakan Anggaran purata kos darurat. Kerajaan terpaksa
membelanjakan lebih $10 juta sebulan atau $120 juta setahun untuk membanteras ancaman komunis.
Kerajaan membelanjakan kos yang besar untuk menyelesaikan masalah penempatan semula penduduk
di pinggir hutan. Dari tahun 1950 hingga tahun 1953, perbelanjaan kerajaan dianggarkan lebih $7 juta
untuk pembangunan di Kampung Baru.
Sosial
= Kesan sosial adalah penderitaan dan kesengsaraan kepada rakyat.Rakyat menghadapi penderitaan
semasa zaman darurat. Kawasan ladang dan lombong menjadi sasaran serangan komunis menyebabkan
kegiatan ekonomi negara terjejas. Pengeluaran tanaman padi dan makanan lain semakin berkurangan.
Akhirnya, harga barang makanan dan keperluan harian melambung tinggi. Peniaga, pekedai, pengusaha
kebun, peladang dan pelombong mengalami kesukaran kerana mereka merupakan sasaran peras ugut
komunis bagi mendapatkan wang dan bekalan makanan.
Penamatan Darurat
= Banyak nyawa terkorban, kemusnahan harta benda dan membawa kesengsaraan kepada rakyat dalam
darurat. Zaman darurat diisytiharkan tamat di seluruh negara berkuatkuasa mulai 31 Julai 1960.
Tempoh darurat selama 12 tahun menyebabkan kesengsaraan dan kesulitan kepada penduduk
tempatan.Tindakan komunis memusnahkan kemudahan asas serta menyerang penduduk dan anggota
keselamatan menyebabkan keadaan huru-hara di negara kita.
8
7.0 RUMUSAN
7.1 RUMUSAN KEPENTINGAN MENGHARGAI SEJARAH DAN
MENGETAHUI,MENYEDARI TENTANG ANCAMAN KOMUNIS KEPADA DIRI
SENDIRI/KELUARGA/MASYARAKAT DAN NEGARA ZAMAN MODEN INI
= Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang
diberikan.Ketika menjalankan kerja khusus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah
saya pelajari. Selepas menjalankan Kerja Khusus Sejarah ini, saya menyedari sejarah sangat penting
dalam kehidupan manusia dengan menjadi panduan dan iktibar kepada kita untuk memperbaiki
kesilapan masa lalu bagi membolehkan kita mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Tanpa belajar
daripada kesalahan dan kesilapan masa lalu,kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan
sahaja merugikan diri kita malah boleh merugikan keluarga,masyarakat dan negara mahupun bangsa
.Sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme atau semangat cintakan negara.Perasaan ini timbul
apabila kita mempelajari sejarah tanahair dan dengan itu akan lahirlah rasa bangga terhadap negara
dan bangsa.Akhir sekali, saya amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan kerja kursus ini dengan
sempurna.
8.0 RUJUKAN
Buku teks
Ridzuan bin Hasan,Sharifah Afidah binti Syed Hamid,Muslimin bin Fadzil&Subramaniam a/l Raman
(2019).Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur.
Rujukan Internet
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
9
9.0 LAMPIRAN
Parti Komunis Malaya. Imej dari sejarah k2. Kereta api yang disabotaj oleh komunis
melumpuhkan ekonomi British di Tanah Melayu
Parti Komunis Malaya. Imej dari sejarah k2. Darurat Angkara Komunis kembali zaman
darurat
Ladang getah dan rumah kediaman yang telah Pokok getah yang dirosakkan oleh komunis
dibakar oleh komunis untuk melumpuhkan ekonomi
10
11