KETERAMPILAN BAHASA DAN KOMUNIKASI BMMB2102M 1. NURUL AINA BINTI IBRAHIM (D24154428) 2. NUR AQILA SYAFIQA BINTI RAMLEE (D24154436) 3. NUR FATHIHA ASYIKIN BINTI BAHARIN (D24154415) Pentaksiran Berterusan Tugasan 2: Persembahan (Berkumpulan)
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 2.1 Membaca secara mekanis pelbagai bahan prosa dan puisi. 2.1.2 Membaca secara mekanis pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul dan nada yang sesuai. PUISI TRADISIONAL
BAHAN BANTU MENGAJAR: KAD MANILA Guru mempamerkan kad manila yang mengandungi dua rangkap pantun. Guru membaca dua rangkap pantun yang terdapat dalam kad manila tersebut. Murid mendengar guru mempersembahkan pantun. Murid membuat tekaan tema pantun yang disampaikan oleh guru. INDUKSI: TEKA SAYA INDUKSI: TEKA SAYA
Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap ahli kumpulan perlu beratur mengikut kumpulan. Guru memberikan arahan aktiviti terlebih dahulu. Ahli kumpulan di baris hadapan perlu membuka sampul surat yang berisi serangkap pantun berserta arahan bertulis. Murid perlu menghafal pantun tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan. Murid menulis pantun di kertas yang disediakan. Murid memberikan pantun yang telah ditulis kepada ahli kumpulan. Ahli kumpulan perlu mengulang langkah yang sama sehingga ke ahli kumpulan yang terakhir. BAHAN BANTU MENGAJAR: SAMPUL SURAT, KERTAS A4 BERWARNA LANGKAH 1: KU DENDANGKAN PANTUN LANGKAH 1: KU DENDANGKAN PANTUN
LANGKAH 2: SEPIT PANTUN LANGKAH 2: SEPIT PANTUN BAHAN BANTU MENGAJAR: KERTAS A4 BERWARNA, PENYEPIT Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Guru menampal kertas berwarna yang berisi pantun pada dinding. Setiap ahli kumpulan mengambil kertas yang disepit. Setiap kumpulan menyusun dan menampal setiap rangkap pantun mengikut susunan yang betul dalam kertas A4.
LANGKAH 3: KAD PANTUN LANGKAH 3: KAD PANTUN BAHAN BANTU MENGAJAR: KERTAS A4 BERWARNA Guru membahagikan pelajar kepada empat kumpulan Setiap kumpulan dibekalkan sekeping kad Kad tersebut dikenali sebagai Kad Pantun Pelajar dikehendaki membaca setiap helaian kad Pelajar mestilah melengkapkan rangkap pantun yang tidak lengkap mengikut kumpulan
MUKA HADAPAN KAD HALAMAN DALAM KAD
PEM K B AT E A NAR & KATA PANGKAL AYAT TATABAHASAT1 5.1 Memahami dan menggunakan perkataan daripada pelbagai golongan kata dalam pelbagai ayat. 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat dengan betul mengikut konteks.
TATABAHASAT1 SET INDUKSI Guru menampalkan beberapa kertas bercorak ‘eggs’ di papan putih 1. Empat orang murid akan dipanggil secara rawak daripada pemilihan batang aiskrim. Setiap batang aiskrim ditulis nama murid 1UPM. 2. Empat orang murid yang dipilih akan memecahkan kertas ‘eggs’ tersebut. Setiap eggs mempunyai petunjuk (perkataan) kepada topik yang ingin diajar oleh guru 3.
TATABAHASASE T1 T INDUKSI
TATABAHASAT1 LANGKAH 1 Guru menunjukkan beberapa gambar dan mengaitkan gambar tersebut dengan topik yang ingin disampaikan 1. Murid mendengar guru menerangkan makna kata pembenar dan kata pangkal ayat kepada murid 2. 3.Murid dipecahkan kepada lima kumpulan Guru memberikan setiap murid di dalam kumpulan masing-masing sebuah kotak yang berisi nota pelekat yang mengandungi kata pembenar dan kata pangkal ayat. 4. Murid berbincang di dalam kumpulan masing-masing. Setelah 3 minit, mereka diarahkan untuk ke papan putih untuk memadankan perkataan (nota pelekat) di bahagian kotak masing-masing. 5.
TATABAHASAT1 LANGKAH 2 Guru meminta murid untuk membaca buku teks halaman 71. Murid diberikan masa selama lima minit untuk memahami teks yang dibaca. Setiap kumpulan harus berbincang mengenai teks yang dibaca dengan perkaitan dengan kata pembenar dan kata pangkal ayat. 1. Guru meletakkan air yang penuh di dalam sebuah cawan. Muzik dimainkan dan cawan berisi air itu akan diserahkan kepada murid. Apabila air tersebut itu tumpah, maka murid yang menumpahkan air tersebut harus memberikan kata pembenar atau kata pangkal ayat yang mereka dapati daripada teks. Jika air tidak tumpah, muzik akan terhenti secara rawak. 2. Murid menyalin perkataan yang didapati hasil perbincangan bersama di dalam buku latihan mereka 3.
TATABAHASAT1 LANGKAH 3 Setelah selesai, guru akan memberi penerangan bagi setiap perkataan kata pembenar dan kata pangkal ayat yang dikenal pasti oleh pelajar 1. Murid melaksanakan sumbang saran mengenai penggunaan kata pembenar dan kata pangkal ayat dengan tepat. 2. Guru mengarahkan setiap kumpulan untuk berbincang dan membina enam ayat daripada kata pembenar dan kata pangkal ayat yang dikenal pasti itu tadi. 3. Ayat yang dibina harus ditulis di atas kertas kecil yang digelar ‘ekor sotong’ . Lalu, ‘ekor sotong’ itu tadi dilekatkan di badan sotong yang telah ditampal di papan putih. 4.
KUNCI BAHASA TINGKATAN 1
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi karya puisi dengan memberikan respons peribadi tentang bentuk, huraian maksud dengan betul, rasional dan penuh penghayatan. 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera dengan memberikan respons peribadi.
Lima orang murid akan menerima set klu soalan yang berkaitan dengan topik pengajaran dan pembelajaran. Klu soalan akan dilekatkan di bawah meja mereka. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk merangsang minat murid serta membantu murid mengaitkan aktiviti induksi dengan topik pembelajaran. SET INDUKSI “ADA APA BAWAH MEJA?”
LANGKAH 1 Murid diperdengarkan dengan video deklamasi sajak Kunci Bahasa. Murid secara rawak diberikan kad imbas (flashcard) yang mengandungi rangkap-rangkap sajak Kunci Bahasa. Murid cuba mendeklamasikan sajak secara bergilir-gilir dengan sebutan, intonasi dan nada yang betul seperti dalam video. BERSAJAK BERBANTUKAN KAD IMBAS
LANGKAH 2 Murid dibahagikan kepada enam kumpulan dan setiap kumpulan diberikan satu kad penanda. Secara berkumpulan, murid membincangkan maksud satu rangkap sajak dan bentuk sajak. “Wheel spinner” untuk digunakan menentukan kumpulan yang perlu membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing.
LANGKAH 3 KOTAK BERACUN Untuk aktiviti penilaian, murid akan bermain permainan kotak beracun secara berkumpulan. Setiap kumpulan akan menyerahkan kotak beracun secara bergilir-gilir dengan diiringi muzik. Apabila muzik berhenti, kumpulan yang memegang kotak perlu mengambil satu soalan dari dalam kotak beracun. Perbincangan selama 30 saat dan wakil kumpulan akan menjawab soalan.
Seorang murid dipanggil untuk duduk di hadapan kelas. Murid tersebut akan merumuskan apa yang telah dipelajari. Murid tersebut juga akan menjawab soalansoalan yang diajukan oleh rakan lain. PENUTUP KERUSI PANAS GANJARAN Berikut merupakan ganjaran yang diberikan kepada murid-murid yang berjaya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran sajak Kunci Bahasa.