The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP KAJIAN SEJARAH MUHAMMAD ADAM DARWISH
5 ZUHRAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azieyus7980, 2021-09-02 18:26:26

PERJUANGAN TOKOH-TOKOH TEMPATAN

BUKU SKRAP KAJIAN SEJARAH MUHAMMAD ADAM DARWISH
5 ZUHRAH

BUKU SKRAP SEJARAH TAHUN 5

PERJUANGAN TOKOH-TOKOH TEMPATAN

SEK KEB GADONG JAYA

Disediakan Oleh :

NAMA : MUHAMMAD ADAM DARWISH BIN YUSRI

KELAS : 5 ZUHRAH TAHUN : 2021

SEKOLAH : SEK KEB GADONG JAYA

GURU MATA PELAJARAN : CIKGU MARNITA MOHD ADNAN

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 MUKA DEPAN/TAJUK 0
2 NAMA DAN LOGO SEKOLAH,NAMA 1

MURID DAN TAHUN 2
3 ISI KANDUNGAN 3
4
4 PENGHARGAAN 5 - 15
5 PENDAHULUAN 16
6 HASIL KAJIAN 17
7 KESIMPULAN
8 RUJUKAN

2

PENGHARGAAN

Alhamdulillah,akhirnya saya berjaya menyiapkan kajian kes
tentang perjuangan tokoh-tokoh tempatan.Saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Marnita Binti Mohd
Adnan di atas segala tunjuk ajar yg telah diberikan.Saya juga

amat berterima kasih kepada kedua ibubapa dan adik- beradik
saya kerana sentiasa menyokong dan memberi kata-kata
semangat kepada saya di dalam menyiapkan tugasan ini.

3

PENDAHULUAN

Kajian kes ini bertajuk Perjuangan Tokoh-Tokoh Tempatan.
Seramai 11 orang tokoh-tokoh tempatan dihuraikan secara
ringkas di dalam buku skrap ini. Semoga jasa dan perjuangan
tokoh-tokoh tempatan ini akan dapat diketahui dan disanjung
oleh generasi-generasi yang akan datang.

4

HASIL KAJIAN 1

DOL SAID Dol Said menentang British bagi mempertahankan kedaulatan
Naning.Beliau menentang perlaksanaan undang-undang British
dan bayaran cukai.Pada tahun 1831,Dol Said Berjaya
mengalahkan British dengan menggunakan taktik peraang gerila
dan mendapat bantuan pembesar dari daerah Seri
Menanti,Sungai Ujong,Johor dan Muar.

Pada tahun 1832, British bertindak menawan pusat pentadbiran
Naning dan membakar rumah penduduk.British terpaksa
membelanjakan $100 ribu untuk mengalahkan Dol Said.British
hanya dapat menewaskan Dol Said dalam serangan yang
ketiga.Pada tahun 1832,Dol Said telah ditewaskan dan tinggal
dalam buangan di Melaka.

5

HASIL KAJIAN 2

RENTAP Rentap menentang James Brooke kerana menganggap orang
Iban sebagai lanun dan telah menghapuskan penempatan
mereka.

James Brooke telah mendirikan kubu di Nanga skrang untuk
mengawasi pergerakan orang Iban.Pada tahun 1853,Rentap
menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang dan
mencapai kejayaan.

Rentap membina kubu pertahanan di atas Bukit Sadok.Ramai
pahlawan Iban yang menyokongnya.Pertempuran yang sengit
berlaku antara Rentap dan James Brooke di Bukit
Sadok.Rentap telah berundur ke Sungai Entabai dan tidak
dapat dikesan selepas itu

6

HASIL KAJIAN 3

SHARIF Sharif Masahor menentang James Brooke yang meluaskan
MASAHOR kuasa ke atas wilayah Sarikei dan mengambil alih kuasa
pentadbir.Pada tahun 1855,Sharif Masahor telah menyerang
Mukah.

Beliau Berjaya mengusir keluar pembesar tempatan yang
menyokong James Brooke.Sharif Masahor bersama-sama
dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim
telah mengadakan kerjasama untuk menyerang Kuching.Sharif
Masahor tidak dapat mengalahkan pasukan tentera Charles
Brooke,anak saudaraJames Brooke dan berundur ke
Mukah.Pada tahun 1861,Sharif Masahor ditewaskan dan
dibuang negeri ke Singapura.

Setelah dibebaskan,Sharif Masahor menuju ke Selangor untuk
membantu Raja Mahadi dalam perang saudara yang dikenali
sebagai Perang Klang.

7

HASIL KAJIAN 4

DATO’ Dato’ Maharaja Lela menentang British kerana British
MAHARAJA LELA memperkenalkan sistem cukai baharu dan campur tangan
dalam adat resam orang Melayu.

Sultan Abdullah,Dato’ Maharaja Lela dan pembesar-pembesar
lain telah mengambil keputusan untuk membunuh
J.W.W.Birch.

Dato’ Maharaja Lela dan Seputum telah membunuh
J.W.W.Birch.

Dato’ Maharaja Lela telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman
gantung pada tahun 1877.

8

HASIL KAJIAN 5

YAMTUAN Yamtuan Antah menentang British kerana tidak bersetuju dengan
ANTAH perjanjian antara British dengan Dato’ Kelana Sungai Ujong.

Yamtuan Antah juga tidak bersetuju dengan tindakan Dato’
Kelana yang mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya.

Yamtuan Antah telah menawan Paroi dan membina kubu
pertahanan.Pihak British mengalahkan pasukan Yamtuan Antah.

Yamtuan Antah terpaksa berundur ke Bukit Putus.Yamtuan Antah
dan British ntelah mengadakan rundingan perdamaian.Yamtuan
Antah telah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.

9

HASIL KAJIAN 6

DATO’ Dato’ Bahaman menentang British disebabkan
BAHAMAN kehilangan hak mengutip cukai dan dilucutkan gelaran
sebagai pembesar.

Pada tahun 1891,Dato’ Bahaman menyerang Balai
Polis Lubuk Terua dengan bantuan Tok Gajah dan
anaknya Mat Kilau.

Pada tahun 1894,Dato’ Bahaman menawan Kuala
Tembeling dan Jeram Ampai.

Dato’ Bahaman terpaksa berundur ke Kelantan dan
mendapatkan perlindungan di Chiengmai,Thailand. 10

HASIL KAJIAN 7

TOK JANGGUT Tok Janggut menentang British disebabkan cukai dan
peraturan tanah baharu yang membebankan.

Pada tahun 1915,Tok Janggut telah melancarkan
serangan ke atas Pasir Puteh.Pihak British bertindak
menyerang Tok Janggut yang berkubu di kampung
Saring.

Tok Janggut terkorban dalam pertempuran itu.

11

HASIL KAJIAN 8

MAT SALEH Mat Saleh menentang Syarikat Borneo Utara British
(SBUB) kerana kehilangan kawasan pengaruh.

Mat Saleh membantah cukai yang dikenakan serta
peraturan baharu yang membebankan.

Pada tahun 1897, Mat Saleh telah mendirikan kubu di
Ranau dan menyerang Pulau Gaya dan Ambong.

Mat Saleh telah ditewaskan di Tambunan dan dikatakan
telah terkorban.

12

HASIL KAJIAN 9

ANTANOM Antanom menentang (SBUB) kerana kehilangan
kuasa dan pengaruh,menentang pembayaran cukai
yang dikenakan,menjadikan orang Murut sebagai
buruh paksa dan menceroboh kawasan hutan orang
Murut untuk membina jalan.Antanom telah
menyatukan orang Murut untuk menentang SBUB.

Pada tahun 1915,Antanom telah menyerang
Pensiangan dan membina kubu di Sungai
Selangit.Terkorban dalam pertempuran di Sungai
Selangit.

13

HASIL KAJIAN 10

HAJI ABDUL Menentang British kerana penguatkuasaan undang-undang binatang
RAHMAN LIMBONG buas,peraturan tanah baharu dan pas kebenaran untuk menjalankan
aktiviti pertanian.

Pada tahun 1922,Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam
untuk membela petani di Kuala Telemong yang ditangkap kerana
menentang peraturan baharu.Mereka telah membersihkan tanah tanpa
mengambil pas kebenaran.

Pihak British juga telah mengancam akan mengambil tindakan undang-
undang ke atas mereka yang telah enggan membayar cukai.Ancaman
British untuk mengambil tindakan undang-undang menyebabkan para
petani telah menduduki balai polis dan bangunan kerjaan di Kuala Berang.

Pihak British telah melancarkan serangan dan Haji Abdul Rahman
Limbong telah ditangkap.Beliau dijatuhi hukuman buang negeri ke Mekah.

14

HASIL KAJIAN 11

RAJA MAHADI Raja Mahadi menentang campur tangan British dalam

pentadbiran Klang dan perusahaan bijih timah.

Beliau juga tidak berpuas hati dengan perlantikan Tengku Kudin
sebagai Yam Tuan k Selangor oleh British.Tengku Kudin dan Raja
Abdullah telah bekerjasama untuk menentang Raja Mahadi.

Raja Mahadi telah mengambil tindakan untuk menyerang Yap Ah
Loy di Kuala Lumpur kerana telah bekerjasama dengan Tengku
Kudin.Beliau telah dapat dikalahkan dan dihantar ke Johor.

Beliau telah meninggal dunia di sana.

15

KESIMPULAN

Setelah menyiapkan buku skrap ini,saya dapat mengetahui
perjuangan tokoh-tokoh tempatan seperti Dol Said,Rentap,Sharif
Masahor,Dato’Maharaja Lela,Yamtuan Antah,Dato’ Bahaman,Tok
Janggut,Mat Saleh,Antanom,Haji Abdul Rahman Limbong dan Raja
Mahadi.

Saya amat menghargai perjuangan dan pengorbanan tokoh-tokoh
ini kerana kegigihan mereka di dalam mempertahankan kedaulatan
dan maruah negara daripada ditakluki oleh penjajah.

16

RUJUKAN

1.Buku Teks Sejarah Tahun 5
2. http://perjuangan-tokoh-tempatan.blogspot.com/
3.http://www.arcgis.com/apps/Mapseries/index.html?appid=
1cd9f0ea5e3c4d0198108ff10efdfc8b
4. https://www.youtube.com/watch?v=PM7z-Ohv2Eg
5.https://sejkssrt5t2.wordpress.com/2017/08/18/perjuangan-
tokoh-tempatan

17


Click to View FlipBook Version