The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ikatan asas yang digunakan pada gajet perkhemahan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wan aqilah, 2023-10-27 11:45:38

MODUL IKATAN GAJET PERKHEMAHAN ASAS

Ikatan asas yang digunakan pada gajet perkhemahan

Keywords: gajet,ikatan gajet,manuk,silang tungku,seraya,lilit balak,silang gunting,lilit kacang

MODUL ikatan Gajet Perkhemahan Disediakan oleh: Wan Nurul Aqilah binti Wan Mahyudin Penyelaras tKRS SK Bongor (ASAS)


KANDUNGAN Pengenalan Fungsi lilit balak Teknik lilit balak Lilit Balak Fungsi simpul manuk Teknik simpul manuk Simpul Manuk Fungsi silang gunting Teknik silang gunting Silang Gunting Fungsi silang tungku Teknik silang tungku Silang Tungku Fungsi ikatan seraya Teknik ikatan seraya Ikatan Seraya Fungsi lilit kacang Teknik lilit kacang Lilit kacang


PENGENALAN Modul ini mengandungi enam jenis ikatan asas yang penting bagi membina sebuah gajet perkhemahan. Modul ini juga merupakan satu inisiatif kepada murid sebagai rujukan utama untuk mengetahui fungsi ikatan dalam pembinaan sesebuah gajet. Murid juga dapat merujuk langkah demi langkah cara-cara melakukan ikatan dengan cara yang betul untuk menghasilkan sebuah gajet. Dengan merujuk buku ini, murid pasti dapat menguasai ikatan-ikatan tersebut untuk menghasilkan sebuah gajet perkhemahan yang kukuh.


IKATAN YANG DI GUNAKAN PADA GAJET Lilit balak Ikatan silang tungku Ikatan lilit kacang Ikatan manuk Ikatan seraya


FUNGSI GAJET RAK SERBAGUNA MEJA TARIK BOLEH DITARIK KELUAR KETIKA MENGGUNAKAN DAN MUDAH DITOLAK MASUK UNTUK DISIMPAN RAK DUA TINGKAT UNTUK MELETAKKAN PINGGAN MANGKUK BULUH GANTUNG UNTUK MELETAKKAN SUDIP, SUDU DAN GARPU PARA UNTUK MELETAKKAN BARANG YANG BESAR SEPERTI PERIUK, BALDI DAN SEBAGAINYA


LILIT BALAK FUNGSI Digunakan sebagai ikatan sementara untuk menurunkan atau menaik beban seperti tungkul kayu Juga boleh digunakan untuk menurunkan barang dari tempat tinggi Boleh juga digunakan dalam ikatan untuk membuat gajet selain ikatan manuk Juga boleh digunakan sebagai pemula ikatan serong


LILIT BALAK TEKNIK Seterusnya ambil hujung tali yang panjang dan masukkan kedalam bulatan atas Tali yang pendek letak di atas tali yang panjang Kemudian pusing tali beberapa kali Kemudian masukkan kayu kedalam bulatan bawah Tarik kedua-dua hujung tali untuk kemaskan


SIMPUL MANUK Digunakan untuk mengikat benda licin seperti buluh. Ia mudah diikat dan di simpulkan dan mudah ditanggalkan. Juga boleh digunakan sebagai memulakan dan mematikan ikatan gajet FUNGSI


SIMPUL MANUK TEKNIK Buat X menggunakan tali pada kayu Buat gelung yang pertama atas tangan kiri Buat gelung kedua atas tangan kanan Pusingkan sekali lagi kebawah Masukkan hujung tali ke celah lubang X tadi Siap dan ketatkan Ketat dan siapkan Masukkan gelung kedalam kayu Gelung kiri tindan atas gelung kanan CARA PERTAMA CARA KEDUA


SILANG GUNTING FUNGSI Khas digunakan untuk mengikat dua batang buluh Ikatan ini digunakan untuk membuat jambatan, menara, gajet dan menyambung kayu


SILANG GUNTING TEKNIK Dimulakan dengan simpul manuk . Kemudian belitkan pada keduadua batang kayu itu dengan ketat. Belitkan tali di celah kayu itu beberapa kali supaya lebih ketat Akhir sekali matikan ikatan dengan simpul manuk untuk mematikan ikatan.


SILANG TUNGKU FUNGSI Digunakan untuk menyambung kayu Khas digunakan untuk mengikat tiga batang buluh yang sama besar dan panjang


Mulakan ikatan dengan simpul manuk Susun tiga batang kayu rapat dan sejajar SILANG TUNGKU TEKNIK Ikat tali dengan cara berselang seli antara kayu Pastikan kayu diatas dan ditengah ada tiga pusingan tali serta bagi kayu dibawah sekali mempunyai empat pusingan tali Kemudian ketatkan dengan ikatan silang gunting. Dimulakan dengan memasukkan tali dari bahagian bawah serta diteruskan dibahagian kayu yang atas. Lilitan tersebut boleh dilakukan berulang-ulang kali Akhir sekali matikan ikatan dengan simpul manuk.


IKATAN SERAYA FUNGSI Digunakan untuk mengikat dua batang kayu atau buluh yang bersilang


IKATAN SERAYA TEKNIK Mulakan ikatan dengan simpul balak. Selain itu, boleh juga mulakan ikatan dengan simpul manuk Letakkan kayu kedua di atas kayu pertama secara silang Kayu bahagian kanan selitkan keatas Kayu bahagian atas selitkan kebawah Kayu bahagian kiri selitkan keatas Kayu bahagian bahagian bawah selitkan kebawah Ikut kaedah yang sama, atas bawah dan ulang beberapa kali Kemudian, lakukan ikatan silang gunting Ikatan silang gunting untuk menguatkan ikatan seraya Bagi ikatan silang gunting, pusing tali pada bahagian bawah Sahaja sehingga ketat Akhir sekali matikan ikatan dengan simpul manuk.


LILIT KACANG FUNGSI Digunakan untuk menganyam buluh kecil pada rangka kayu untuk dijadikan papan seperti pemuka meja


LILIT KACANG TEKNIK Dimulakan dengan simpul manuk atau lilit balak. Kemudian ikat secara berselang seli pada kayu/buluh lantai dari atas ke bawah hingga selesai. Ikatan lilit kacang ditamatkan dengan simpul manuk


Click to View FlipBook Version